#nana- Perjalanan Terakhir Seorang Lelaki

Assalamualaikum untuk semua pembaca fiksyen shasha. Diharapkan sudi-sudilah baca cerpen kita yang tidak seberapa ni. Nak bagi rate pun boleh. Hanya sekadar perkongsian cerita sahaja. Kepada yang tidak suka fiksyen, tak mengapalah boleh abaikan sahaja.

…………………………………………………

Proton Gen 2 di pandu laju membelah kepekatan malam yang hening, di sepanjang laluan lebuhraya utara selatan. Azizi memecut laju keretanya tanpa ada perasaan takut. Seolah-olah ingin melepaskan perasaan amarah yang sedang menguasai dirinya. Pedal minyak di tekan sehabis mungkin. Jalan raya yang landai membuatkan pemanduannya bertambah lancar. Saat kereta sedang di pandu laju, tiba-tiba Azizi seperti terlanggar sesuatu. Sehingga melambung-lambung dia dari tempat duduknya. Namun stereng kereta tetap di pegang kemas agar kereta yang dipandunya tidak terbabas.

“Apa benda yang aku langgar tu….?”

Azizi panik, memandangkan dia berseorangan pada malam itu. Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini ketika memandu. Mungkin boleh meragut nyawanya kelak.

Sehinggalah…., dia melalui satu pekan kecil yang asing padanya. Dia tidak pernah melalui jalan itu. Sungguh! Tidak pernah! Dia sendiri tidak pasti jalan apakah yang sedang di laluinya sekarang.

“Kenapa aku langsung tak perasan jalan ni ya….?” Azizi mula mempersoalkan diri sendiri.

Setakat ini fikirannya tidak mampu untuk berfikiran lebih rasional. Hanya berpandu pada kata hati. Di harapkan juga dia tidak tersalah memilih laluan. Biarlah laluan dan perjalanannya kali ini adalah yang betul.

Memandangkan hari itu juga genap dua hari dia putus tunang dengan Nureen. Selama 5 tahun menyulam kasih bersama Nureen termasuklah menempuh alam pertunangan. Langsung tidak terlihat akan kecurangan Nureen terhadapnya. Semuanya baik-baik sahaja. Namun setelah kecurangan Nureen mulai terserlah, Azizi nekad putuskan tali pertunangannya bersama Nureen. Dia sedar siapalah dirinya yang hanya pemandu lori kontena jika hendak di bandingkan dengan teman lelaki baru pilihan Nureen. Sehinggalah malam itu dia nekad menempuh lebuhraya utara selatan secara bersendirian. Memaksa dirinya membawa diri untuk mencari kedamaian di hati. Menebus kembali kekecewaan yang dialaminya kini. Semoga angin sejuk di sepanjang lebuh raya yang mendatar itu dapat memberi kesembuhan luka yang menghambat hatinya.

Sepanjang menempuh perjalanan di pekan kecil itu, Azizi merasakan dia tidak pernah sekali melalui kawasan itu walaupun disiang hari sepanjang dia membawa lori kontena. Dia sungguh yakin dan pasti. Namun kini dia hanya mengikut gerak hati sahaja, memandangkan dia sendiri tidak tahu akan arah tujuannya. Tetapi Azizi berasa sedikit pelik kerana sepanjang dia berada di laluan itu, Azizi langsung tidak menemui sebiji kenderaan pun. Sedangkan jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam. Dia seperti melalui satu kawasan lain yang tidak dihuni oleh manusia. Gelap dan sunyi. Sungguh aneh pada pemikirannya.

Namun sedang Azizi fokus dengan pemanduannya, terlihat Azizi sosok seseorang di tepi jalan sedang menahan keretanya.

“Siapa pula tu…..?” Azizi cuba menajamkan pandangannya pada sosok tubuh itu.

Sosok seorang lelaki tua dengan memakai jubah putih dan berketayap putih. Azizi cuba memberhentikan keretanya di hadapan lelaki tua itu. Kemudian cermin kereta disisi penumpang di turunnya untuk memudahkan dia bercakap dengan lelaki tua itu.

“Assalamualaikum pakcik. Dari mana, hendak ke mana….?” Azizi menyoal mesra.

“Waalaikumsalam…., pakcik dari surau depan tu, nak balik ke rumah…..” lembut tutur bicara pakcik tua itu membalas pertanyaan Azizi.

“Jadi pakcik berjalan kaki sajalah ni….?” Azizi menyoal lagi.

“Ya nak…, pakcik berjalan kaki sahaja balik ke rumah ni. Lagipun pakcik sudah biasa….” pakcik tua itu membalas mesra soalan yang diajukan Azizi tadi.

“Mari saya hantar pakcik. Sudah malam ni….”
Sempat Azizi mempelawa pakcik tua itu untuk menghantarnya pulang.

“Rumah pakcik tak jauh dah, dekat je….” pakcik tua itu seakan segan apabila dipelawa Azizi.

“Tak apa pakcik. Dekat ke, jauh ke…. Saya tetap akan hantar pakcik. Mari naik….”

Tanpa membuang masa pakcik itu terus masuk ke dalam kereta Azizi.

Di dalam kereta, Azizi hanya fokus pada pemanduannya kerana jalan yang dilaluinya itu sungguh gelap dan sunyi. Hanya berpandukan sorotan lampu keretanya sahaja. Mujur jalan yang dilaluinya lurus sahaja tanpa sempang kiri dan kanan.

“Nak masuk sempang mana pakcik…? Semuanya hutan sahaja kiri kanan….” Azizi semakin cuak sambil mengerling ke arah pakcik itu.

“Depan lagi…..” sambil jari telunjuk pakcik itu menunjukkan ke arah hadapan.

Azizi terdiam. Bukan merungut mahupun tidak ikhlas bantuan yang dihulurkan, cuma….
Sudah terlalu jauh Azizi memandu. Dimanakah simpang atau rumah pakcik itu berada…? Tambahan pula, tiada sebiji rumah pun di kiri kanan. Hanya hutan belantara dan sebatang jalan yang seakan tiada penghujung.

Azizi panik dengan keadaan yang sedang dialaminya kini. Difikirannya mula melayang perkara yang bukan-bukan.

Adakah pakcik di sebelahnya ini bunian….?

“Apa yang aku merepek ni……” gumam Azizi di dalam hati.

Tiba-tiba pakcik itu tertawa. Seolah-olah mendengar kata hati Azizi.

“Kenapa pakcik ketawa…?” Azizi pura-pura bertanya dalam keadaan cuak.

“Cuba kamu lihat jalan yang kita sedang lalu ini. Lurus sahaja, langsung tiada simpang,” pakcik itu cuba berkata sesuatu, seperti ada maksud tersirat di sebaliknya.

“Kita salah jalan ke pakcik….?” Soalan pura-pura lagi yang terkeluar dari mulut Azizi.

“Kamu seperti lari dari sesuatu. Semakin kamu lari, semakin kuat dia mengejar….” ayat yang dilontarkan pakcik itu seolah-olah seperti ditujukan khas untuknya.

Azizi semakin kusut. Hatinya memberontak. Ingin sekali bertanya. Namun dia tetap menyimpan persoalan itu. Kenapa sukar sungguh untuk dia bertanya.

Siapakah engkau wahai orang tua…?

“Pakcik seperti tahu masalah saya. Sedangkan pakcik tak kenal pun saya. Kita baru saja kenal malam ni….” Azizi menutur lembut, sebolehnya dia tidak mahu menyinggungkan perasaan pakcik itu.

“Pakcik tak tahu masalah yang kamu hadapi, cuma itu hanya anggapan sahaja. Apa yang pakcik ingin beritahu, kamu selamanya tidak boleh lari. Kamu harus tempuh…..”

Azizi bingung dengan kenyataan pakcik itu. Apa yang cuba pakcik ini ingin sampaikan.

“Rumah pakcik jauh lagi ke….?” Azizi cuba mengalih topik.

“Depan saja lagi. Mungkin sekarang ni jalan yang kita lalui ini masih sama, tetapi selepas ini laluan kita akan berbeza…..” sambung pakcik tua itu.

“Itu sudah tentu pakcik. Pakcik akan balik ke rumah pakcik dan saya akan teruskan perjalanan…..” senyum Azizi sambil melirik kearah pakcik tua itu.

“Itulah maksud pakcik….” pakcik itu membalas senyuman Azizi.

Azizi mengerutkan dahi. Mahu sahaja dia mengeleng-gelengkan kepalanya di hadapan pakcik itu apabila melihat gelagat orang tua itu.

“Kalau saya tak hantar pakcik ni, sudah tentu pakcik akan menapak jauh ni…..”

“Tak apa…, pakcik sudah biasa…” sambil memandang keluar tingkap.

“Nanti kamu akan faham, mungkin sekarang kamu masih tidak faham lagi…..” sambung pakcik tua itu lagi.

“Berhenti di sini sahaja….” pakcik tua itu menunjuk ke arah tepi sebelah kiri.

“Pakcik…, kiri kanan hutan. Mana rumah pakcik….?” Azizi menoleh ke kiri dan kanan. Hanya hutan belantara. Sebiji rumah pun tiada. Satu cahaya tidak kelihatan, hanya lampu keretanya sahaja yang menerangi jalan.

“Rumah pakcik ada di dalam. Pakcik sudah lama tinggal situ. Sekarang giliran kamu pula, cuma di kawasan yang berlainan. Seperti yang pakcik kata tadi laluan kita sama, mungkin arah kita suatu hari nanti berlainan. Ikut pada amalan yang kita bawa semasa kita hidup dulu. Kamu akan jadi penghuni di alam sana nanti. Lihat di cermin depan kamu. Kamu akan tahu. Assalamualaikum….., insyaAllah semoga amalan kita dapat mrmpertemukan kita diakhirat nanti….. Terima kasih Azizi, tumpangkan pakcik……”

Mengeletar Azizi apabila mendengar kata-kata dari pakcik tua itu. Semakin ligat fikiran Azizi memikirkan yang bukan-bukan.

Azizi cuba memandang cermin depan. Cuba untuk mentafsir maksud akan kata-kata pakcik tua yang misteri itu. Dengan teragak-agak Azizi melihat dirinya di cermin. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat wajahnya dipenuhi dengan darah. Kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan sebahagian tengkorak dan otak. Sedikit demi sedikit keretanya yang elok bertukar menjadi seperti kereta yang baru terhempas di jalan. Pecah di sana sini, penuh dengan darah dan serpihan daging yang berkecai. Remuk seperti tin sardin yang baru lepas dipijak-pijak.

Kini barulah Azizi faham akan maksud kata-kata pakcik tua itu. Pakcik itu sudah lama meninggalkan dunia ini. Sedangkan dirinya baru sahaja…….

………………………….

Lori towing cuba menarik kereta jenis proton Gen 2 yang melekat pada divider. Pasukan bomba cuba menarik keluar seorang lelaki yang tersepit di tempat duduknya. Polis cuba mencari beg duit atau apa sahaja di dalam kereta yang remuk itu untuk mengenal pasti identiti lelaki yang terlibat dengan kemalangan ngeri itu.

“Saya dah jumpa….” salah seorang anggota polis menunjukkan beg duit milik lelaki yang kemalangan itu. Kemudian menghulurkan beg itu kepada rakan setugasnya. Lalu kad pengenalan lelaki itu di keluarkan.

“MUHAMMAD AZIZI BIN AZIZ…..”

  • tamat –

Insan yang suka menulis,

#hasilkarya
#cerpenuntukfiksyenshasha
#suhanamatlazim
#nana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

57 thoughts on “#nana- Perjalanan Terakhir Seorang Lelaki”

  1. Dh ngagak mesti mse die terlanggar benda tu benornye die dh meninggal eksiden…
    Tapi suke watak pakcik tu…
    Lembuuttt jer caranye…

    Reply
  2. layan lah.. buat hilang boring.. tapi kan kenapa ayat hanya pemandu lori kontena.. mcm keje tu tak bagus je.. kau tau tak dik kawan2 kak mami n asben byk bawak lori besar2 ni.. tak kisah la kontena ke carton loader ke ape gaji diorang kadang2 ada yg cecah 10-12k.. yg keje main2 3-4k dalam tangan tiap2 bulan.. tu keje main2 je tau.. kebanyakan wife dorang tak perlu susah payah keluar kerja nak tolong asben.. kena buang tu ayat hanya tu.. mcm keje murahan pulak ayat tu..

    Reply
    • One big point…
      Bebaru ni borak ngan asben…

      “Napelah dlu Yulie belajar tggi2…patotnye dlu amik lesen bawak treler kontena jer…klu x skrg mesti gaji Yulie dah belas ribu….ni silap org sekeliling ar ni mandang keje bwk lori ni cikai…menggigil jer kaki ni nampak treler besor2 canggih2 mcm Optimus Prime ni…aci dak klu Yulie request adiah enibeseri tu abg bayorkan amik lesen bawak treler…?”

      Sengeeettt jer asben akk mandang bini die yg suke bercita2 pepelik ni…
      Hahahahahahhaha…

      Reply
      • kak yulie dulu asben kita before masuk polis dalam umo dia 22-24 tu dia bawak side loader kak.. masyuk tau.. lesen bas pon ada dia.. pastu apply polis sbb abah aku paksa masuk polis.. sbb abah pon sejenis umat jugak memandang rendah org bawa lori.. tu yg kitorang ramai kawan yg bawak lori.. padahal gaji polis kocik anak yo dari gaji org bawak lori cuma nye nak buat loan n kemudahan lain la banyak.. ikotkan besau lagi bawak lori.. tu cite 10tahun lepas la masa tu asben ensem begaya aku tengok wpon bawak lori.. aku sokong kalau kak yulie amik lesen e.. aku sangat setuju dan cadangan ditutup.. mana tau kak yulie pasni bleh tambah lagi koleksi kete.. kalau pandai beli lori sebijik kak yulie sub gn mana2 company logistik lagi asyukkk kak.. puluh ribu leh dapat sebulan.. kawan asben buat camtu sebulan 20k tak lari..

        Reply
      • Best kaannn…
        Sonoknye dpt bawak treler…
        Dahler besor gedabak, macho jer atas jalan…
        Peerrgghhhh…
        Mmg wishlist tu…
        Tp ghase asben akk kompom x bg punye…
        Akk nk amik lesen B full pn die x caye…
        Pdhal bini ni dr sek obses motor besoorrr…
        Almaklumlah, akk kan besoorrr…
        Nmpklah nnt motor lg besor dr akk, soo akk akn nmpk kecik…

        Reply
        • besor ke akak? aku tengok okay je tak beso.. tak kurus sangat pon.. omputeh kate tengah sedap.. muahahah.. ala b full pon berkira tau laki ko kak.. takut la tu kak yulie join konvoi superbike nnt.. hahah

          Reply
        • Akk ni tggi besor…
          Ble dikelilingi org2 yg halusss, akk mule rase akk ni monster, hahahahahah…

          Pandei pon ko tekaaa…
          Mmg btol sesangat…
          Die takot nnt akk join konvoi sana sni…
          Adeeehhh…

          Reply
          • tinggi tu aku tak nafikan lah.. aku tengok pic kak yulie gn laki pon lebey2 kurang.. tak mcm aku bantut parasa bahu laki aku.. aku tinggi 152 laki aku 180.. trok kak ngena bahan je.. kasi la ketinggian ko kat aku sket.. nak gak merasa view paras tinggi.. nnt anak da beso2 kak yulie kecek la laki superbike satu.. soh dia bawak p konvoi makan angin.. uih bestnya kak yulie hanimun takda anak2 ngaco.. haha

          • aku 6’3 tinggi sikit dari asben kak mami.. kak long kawasan tinggi brapa? kalau tgk gmbr x de la monster mana pun.. haha

          • Tinggi ko ekk…
            Tp tggi lg ex akk zmn study dlu, tggi die 189…
            Abah akk berdiri sebelah die trs nmpk comeelll jee, heheheheheh…

            Akk xdelah tggi sgt poonnn…
            167 jer…
            Bolehlah nk jd model catwalk PLUSSIZE, hahahahahah…
            Akk cutting lelaki sket, rangka besor…
            Pastu patern ganeh lg ar nmpk monsternye…
            Penah tumbuk pintu lemari, berlubang pintu tu woooo…
            Penah sepak pintu toilet, tercabot terus, hahhaha jahanam rete bende nayooo…

          • den 190 kak.. kalah la ex kak long kawasan.. 167 tu kira tinggi la bagi pompuan.. adehh part sepak pintu tu nmpk sangat gangsternya .. haha

          • Meh sini Singkong akk nk pinjam ko utk amikkan buah cempedak di luar pagar, hahahhahaha…

            Akk akan rase tggi ble ade lelaki yg lebih rendah dr akak…
            Itu jam ghase Kak Long Kawasan sesgt…
            Huhuhuhuuuu…

          • Ehhh bukan ekkk…
            Alaaarrr…
            Xde galah, Singkong pon berguna…
            Lg bagus akak xyah pegang2…
            Bg arahan jer…
            Haahahahaha…

          • Akak mmg gangster sesgt…
            Sbb tu mak akk x bg akk belajar silat dulu…
            Abis semua org kena belasah sat gi…

          • wau tingginya ko dik.. taste sangat.. kahkah.. ala kak yulie je rasa dia monster.. aku tgk lawa je.. tak besor pon.. aku nampak dia tinggi.. beso tu average.. tak besa tak kecik

          • Officemate aku ada sorang yg lg tinggi dr aku..da mkn hantu galah juga.. Haha

            Aku pun tgk mcm tu kak mami.. Tp X sampai ati nak caras impian kak long kawasan yg dia nmpk mcm gangster.. (Yg ni off record) **Kak yulie blocked to see this comment

          • Wah wah waahhhh korg berdua…
            Mengumpat berjemaah ekkk…
            Siap off record lagi…

            Kaylah kaylaahhh…
            Korg ar menang…
            Tapi kaannn…
            Akk masih seorg monster ble blk kg mertua…
            Ke diorg yg kerdil soo akk nmpk monster…???

          • diorang yg kerdil kak.. diorang tu cm aku la tu.. laki aku cakap aku ni yg jaga cincin dlm lord of the ring tu. sedih aku kak..

          • hahahaha giler.. yg ni lawak sngt kak mami.. sampai ati betul samakan kak mami ngan si “my precious” tuh

          • kan singkong kak mami pon nak bgi jugak dia rasa dia mcm genster kita sapot dia.. te kak yulie mmg besau.. aku tgk pon takutt.. kalau kak yulie tumbuk dinding pecah punya kak.. hahah.. nengok aku sanggup menipu demi kak yulie..

          • Hahahahahah…
            Tu mmg impian akk…
            Satu hari nnt akk akan beli gak superbike wpon hakikatnya mase tu akk dh tua dan hanya mampu pandang jer motor tu park kat garaj…
            Hahahahahah…

            Ko Mami same tggi kakak akk yg no.2 tu…
            Die jelah yg plg haluusss dlm fmly ktorg…
            Yg lain2 sume stok2 monster…
            Heheheheheeh…

          • kak yulie aku tebayang ko betongkat bekurung kedah.. beserkup merenung superbike ko.. mengekek aku mcm antu kak yuli.. tu la aku kecik rendang je kak yuli.. berat aku pon 50 je kak.. aku nak besau!!!

          • Hahahahahhaha…
            Kasik apgred ar sket…
            Berkurung kedah berserkup, adeehhhh…
            At least imagine ar akk pki jaket kulit Harley Davidson ngan kain batik ikat tepi siap helmet fullface…
            Haaa gituu baru rare…

          • Bagi xlehlaaarrr…
            Pinjam boleh…
            Impian akk Spider Rodster taaauuu…
            Klu nk jalan jauh Gold Wing nnt leh letak beg kiri kanan siap ade radio leh layan Adele…
            Eceehhh berangan is free…

  3. kenapa kau memandu laju wahai Azizi,putus tunang jer pun . huhuhuhu .Cerita yang pendek tapi padat dan mudah difahami . Best2. Teruskan menulis fiksyen@cerpen seperti ini #nana.

    Reply
  4. Not bad.Ingatkan gangguan biasa.Pengakhiran cerita not my expectation.Ingatkan pakcik tu senanya hantu ke mende nak tukar muke ke ape Hahahha. Cha bagi 9/10.Keep it up! 😂💖

    Reply

Leave a Comment