SUNYI: Hasutan Tangisan Malam

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam pengenalan buat semua penbaca Fiksyen Shasha. Penghargaan besar kepada Fiksyen Shasha sekiranya karya yang tak seberapa ini diterima dan disiarkan. Maaf kerana tidak memperkenalkan diri. Cukuplah sekadar, saya dikenali sebagai F. Terlintas dalam benak fikiran saya untuk menulis cerita dalam page ini. Kisah dalam penulisan ini hasil dripada gabungam kisah-kisah benar di sekitar saya dan turut ditokot tambah atas nama fiksyen. .

Dari jauh terpandang satu rumah kayu yang hampir usang. Ya, itu rumah nenek Hamka, lebih dikenali sebagai Mek oleh orang kampung dan keluarga. Terletak di sebuah perkampungan yang tenang dan dihiasi keindaan alam yang mengagumkan, kawasan pertanian, hutan berpaya dan rumah Melayu lama yang masih tersegam indah, namun pembangunan tidak ketinggalan di kawasan ini.
Terpahat di sudut hati mengenangkan pahit manis bersama Mek ketika dia tinggal bersama neneknya itu 3 tahun lepas. Air mata memecah dari kelopak matanya, linang mengalir bersama senyuman manis di bibirnya takkala melihat Mek berada di beranda rumah melontarkan senyuman ke arahnya.
Terus dia pergi kearah neneknya dan memeluknya. Biasalah, lama tak bersua muka. Cuti semester 3 ini dia pulang, perjalanan jauh dari KL ke Kelantan.

“Mek sihat?” ringkas daripada Hamka.
“Alhamdunillah. Lengoh bade sikit jah. Biasolah orhe tuo-tuo. Mari naik atah rumoh dulu.” Seru Mek dengan dialek Kelantan.
Hamka terus melangkah kaki masuk ke dalam rumah neneknya diiringi dengan salam. Terus, bulu romanya naik, dek hempakan oleh angin monson sejuk dari belakang rumah yang masuk melalui jendela ke mukanya. Maklumlah musim bah. Hamka bermalam di rumah Mek semalaman sebelum berangkat ke rumahnya, 20 Km selepas rumah Mek.

Setelah makan tengah hari bersama Mek dan ahli keluarga yang lain, dia terus masuk ke dalam sebuah bilik tidur untuk meletakkan begnya. Jendela dibunka, silau cahaya suria masuk di celah-celah langsir. “Ahhh silaunya” terus dia berpaling ke arah lain dan tercengap dia apabila seorang kanak-kanak cantik lut sinar senyum simes ke arahnya. “Allahhuakbar” mengucap panjang sambal memejam mata. Selepas itu tiada pula. Dia husnuzon, mungkin itu hanya silauan ditambah hayalan dek terlalu penat perjalanan jauh.

Dia ambil keputusan untuk tidur sebentar. Langsir sedikit ditutup. Bilik sedikit gelap. Sunyi. Baru je nak lelap bunyi suara seorang kanak-kanak menangis. “Hah, anak sape lah pulak tu berdayu-dayu menangis. Mungkin jiran sebelah” bermonolog dia dalam hatinya. Tangisan itu terhenti dan lama kemudian diiringi bunyi “Gtummm!!!”, anak patung orang untan terjatuh kelantai dari almari yang tinggi. Terus dia terbangun dari tidur. Jantungnya kuat berdenyut. Dilihat jam di dinding telah menunjukkan pukul 3:39 petang. Dah nak asar! Dia tersasur lama tidur. Terus bangun ambil wudhu dan solat.
Pada sebelah malam, dia bersama dengan Mek menonton tv di ruang tamu bersama yang lain sambal berbual kosong.
Tiba-tiba Mek tersasur cakap semasa berbual, “Tuhhh ado tercengap duk perhati tepi langsir pintu bilik!”
Wah..! terus berdiri bulu roma Hamka sambil mencelah, “Sapo Mek napok??? Ore tak napok pun!”
Lalu Mek membuka cerita menyebabkan semua orang ketika itu memandang Mek. Makhluk itu adalah seorang kanak-kanak perempuan. Dia ikut Mek balik ke rumah. Dia ikut bersama cadar yang dibeli oleh Mek di kedai barangan terpakai(boundle) 2 hari lepas. Pertama kali Mek melihatnya pada malam membeli cadar tersebut. Dilihat Mek seorang budak menangis diatas cadar tersebut. Cadar yang dibuat daripada kekabu itu cantik. Dihiasi pula dengan corak bunga kemboja putih ala-ala ukiran lama-lama.
Kata Mek, budak tu selalu munculkan diri. Mujurlah mukanya tidak hodoh. Tapi melihat pada perwatakanya yang diceritakan oleh Mek, dia berambut Panjang sehinnga paras pinggan, muka pucat seperti manyat, kuku panjang dan kotor dan matanya merah dek selalu menangis. Apabila malam berlabuh, ia selalu mengis. Biasanya waktu senja Kadang-kadang tangisannya didengari oleh jiran tetangga.

Tiba-tiba bunyi petir mencelah mereka menukar kesunyian malam. Terkejut! Apatah tidaknya sedang dengar cerita Mek yang seram tiba-tiba kilat menyambar! Diikuti pula dengan hujan yang amat lebat. Tv ditutup dan Mek ke dapur mencari besin untuk menadah air hujan yang tiris jatuh ke lantai kayu beralaskan tikar sengkuang. Biasalah celoran air di rumahnya banyak tembus. Terbongkok Mek menadah tirisan itu. Yang lain takut nak ke dapur selepas dengar pasal budak tuh.
Semasa mek mahu bangun dari meletakkan besin,muncul di hadapannya budak tadi. Kali ini tiada lagi muka yang pucat. Mukanya menjadi hodoh dengan d***h menitis-nitis dari mulutnya. Mek terkejut kaku dan terkumat-kamit membaca sesuatu. Yang lain yang masih berada di ruang tamu terkejut kerana semua diantara mereka dapat melihat kelibat itu kecuali seorang, Hamka.
Hamka kebingunan dengan apa yang berlaku kerana dia tidak nampak pun kelibat budak yang bertukar menjadi hodoh itu dengan muka yang bingis.
Budak itu hilang dan tiba-tiba Hamka melaung kepada neneknya sambil berdiri, “Mekkkkk… bakpo ore tak leh napok.”. Pandangannya menjadi gelap dan dia rebah melutut. Dia tersenyum simes kea rah orang sekitar. Habis semua ahli keluarga terkejut dan Mek terus ke arah Hamka. Meraung-raung Hamka yang dipercayai dirasuk dalam suasana riuh bunyi atap zink dek kerana hujan berterusan lebat sambil disusuli dentuman kilat.
Pak Su, bapa sedara kepada Hamka terus mengambil telefon bimbit dari sakunya terus call kenalan sekampungnya yang merupakan seorang ustaz. Setelah beberapa minit, mereka terdengar bunyi kereta. Itu ustaz! Paksu membuka pintu lalu menjemput ustaz naik masuk ke dalam rumah.
Belum sempat lagi ustaz mahu masuk, pintu ditup dengan kuat sehingga Pak Su tertolak ke tangga dan rumah Mek yang usang itu bergegar sedikit. Uztas membaca beberapa ayat dan menghembus ke arah pintu, membukanya dan masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan bersahutkan salam. Hamka yang di pegang oleh Mek dan beberapa orang lelaki yang lain semakin meraung-raung dan mengganas.

Ustaz mendapatkan Hamka lalu membaca beberapa ayat dari al-Quran sambil memegang kepalanya. Lalu ustaz berintraksi dengan syaitan itu.
“kamu syaitan yang dilaknat kenapa masuk ke dalam budak ini yang tidak bersalah ini?” seru ustaz dengan kerasnya.
“Tidak bersalah! Hmm! Dia… dia! Mengganggu aku. Dia ceroboh Kawasan aku!” dengan marah jawab mahkluk yang ada di dalam badan Hamka.
“Di mana Kawasanmu yang dicerobohinya.”
“Hahaha….!” Makhluk itu tidak menjawab pertanyaan ustaz malah mengila sahaja.
“Baik kau keluar sekarang juga. Kalua tak aku b***h kau.”
“Hahahaha… Ada hati nak b***h aku, di luar rumah ni dikelilingi seluruh keturunan aku. Mereka datang!” Gelak makhluk itu dengan ketawa yang amat kuat. Kami semua amat takut. Mana taknya dikelilingi oleh jin dan syaitan dari seluruh salah silahnya.

Makhluk ini tidak mahu keluar dan mahu m******h Hamka. Ustaz mengambil tindakan untuk memagari rumah terlebih dahulu bagi mengelakkan jin dan syaitan yang berada di luar memasuki rumah itu. Ketika ini Hamka seperti bukan dirinya lagi. Ibu bapa hamka datang ke rumah Mek untuk melihat anaknya. Sayup air muka ibunya melihat anaknya sedemikian.

Mek yang keletihan memegang Hamka terus terduduk di kerusi. Dia memikirkan sesuatu. Di hairan sebab ini bukanya budak perempuan yang selalu menangis yang mengikutnya pulang ke rumah. Dia memandang ke arah cadar yang dibelinya 2 hari lepas itu. Dudak perempuan itu duduk tersimpuh di atas cadar itu yang diletak Mek di bucu rumah. “Siapa yang ganggu cucu aku? Ini musuh tradisi!” Mek bermonolong lalu lekas bangun apabila tahu jawapannya.
Mek terus ke biliknya, datang kembali membawa sesuatu. Ia adalah minyak penawar yang dibuat oleh arwah suaminya khas untuk menewaskan makhluk yang berkampung di belakang rumahnya sebagai perlindungan. Mek memberi minyak tersebut kepada ustaz. Ustaz membaca ayat suci al-Quran dan menyapu dan memicit pada kami Hamka. Makhluk itu menjerit kesakita. Melaung-laung supaya dilepaskan.
“Kau nak keluar tak dari badan budak ini? Kalua tak aku nak tambah lagi biar kau m**i!” seru ustaz dengan tegas.
“Baiklah aku akan keluar. Jangan b***h aku. Aku ada anak dan isteri.” jawab makhluk itu dengan tangisan.
“Tapi kau kena janji dengan aku, kau bawa balik semua keturunan kau keluar dari Kawasan rumah ini.”
“Baiklah aku janji. Manusia pula jangan sesekali lagi kacau Kawasan Aku! Aku juga nak dia pergi dari sini. Anak dan keluarga aku tidak senang dengan tangisannya” Kata-kata akhir mahkluk itu mengejutkan mereka semua. Sambil berkata ia menuding jari ke arah cadar yang dibeli Mek. Hamka remah tertidur. Mek dan keluarga yang lain terasa lega.

Tangisan hujan mula beralih. Disilih ganti pula dengan bunyi katak paya pada malam yang basah itu. Turut ditemani dengan bunyi cengkerit. Hamka mula sedar. Dia tak inga tapa-apa yang berlaku. Setahunya ialah dia tertidur semasa menonton tv. Ibu bapa Hamka pula bermalam di rumah Mek. Kebnyakan mereka tidur di ruang tamu.
Ustaz memesan supaya jangan bagi Hamka masuk ke hutan paya belakang rumah Mek lagi. Hamka istimewa. Ada yang menjaganya. Petang tadi Hamka ada pergi ke hutan belakang rumah untuk menghirup udara segar di tepi paya. Makhluk tadi terserempat dengan penjaga Hamka. Pergaduhan berlaku. Namun Hamka selamat.
Malam itu juga ustaz mengambil cadar tangisan dudak perempuan tersebut dan membakarnya. Beberapa antara mereka yang menyaksikan perkara tersebut dapat melihat kelibat budak perempuan yang selalu menangis itu beransur-ansur pergi dan akhirnya lesap. Suasana riuh tadi menjadi SUNYI. Namun, banyak lagi persoalan yang perlu dirungkai oleh Mek.

Sunyi mengambil tirai malam yang basah bertemankan bintang terang di langit…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “SUNYI: Hasutan Tangisan Malam”

  1. terlampau banyak kesalahan ejaan. banyakkan membaca supaya dapat meningkatkan kemahiran mengeja. lepas ni kalau nak tulis cerita lagi, baca ulang-ulang dulu sebelum post ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.