Aku merupakan bekas pelajar matrikulasi x… tahun tak ingat. Aku merupakan batch ke 3 dan matrikulasi itu agak baru dibuka. Pengalaman aku sepanjang setahun berada si situ agak menyeramkan. Mungkin aku insan terpilih oleh Allah untuk melalui semua itu. Bukan aku seorang sahaja yang terkena gangguan makhluk halus itu. Ramai lagi kawan aku yang terkena. Mungkin aku boleh kongsikan juga pengalaman kawan aku disini.
Kisah aku di bilik hostel… biasalah budak matrik memang struggle. Pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Buat tutorial. Aku memang suka tidur lambat walaupun bukan minggu study week. Selalunya aku akan tidur pukul 12 tengah malam dan aku akan bangun balik pkul 4 untuk study… Tidak lupa juga untuk bertahajud. Study2 juga… jangan lupakan Allah ye… kes ni berlaku ketika aku period. Biasalah… masa kita tengah ‘tidak suci’ banyak yang menganggu. Jadi aku tidur lambat untuk menyiapkan tutorial yang diberi oleh pensyarahku. Seperti biasa… kalau pukul 12 tengah malam ke atas aku akan pasang ayat2 al quran dalam telefon bimbitku. Memandangkan kawan2 ku yang lain telah lena, aku memasang earfon sahaja.
Tanpa aku sedari, jam menunjukkan angka 3:45 pagi. Mataku masih aktif dan tanganku masih lagi menulis. Tiba-tiba tali earfone aku tercabut dengan sendiri. Aku pasang balik earfon aku kerana aku fikir aku tertarik. Tetapi kedua2 tangan ku berada di atas meja. Hati ku terdetak… takpe… sabar.. tak ada apa-apa. Kali kedua earfon aku tercabut lagi dari telingaku. Seperti seseoang sedang menariknya. Hatiku berdebar-debar. Semakin aku takut, semakin aku kuatkan volume surah yang aku dengar. Kali ke tiga earfon aku ditarik kuat sehingga terjatuh ke bawah. Allahuakhbar. Aku sedikit menjerit. Aku membaca ayat kursi di dalam hati. Terus aku cabut earfon dan mencampaknya ke lantai. Telefon bimbit kubawa ke katil. Kupasang ayat2 ruqyah dengan kuat. Nasib baik roommate2 aku tidak terjaga. Aku memang terdesak malam tu dan aku juga harus menghormati roomate aku yang indian. Pukul 4:30 baru aku terlena setelah roommate aku yang indian itu bangun dan aku menutup kembali ayat2 ruqyah yang aku pasang dan tidur hingga ke pagi.
Kali kedua aku kena ialah sewaktu aku bangun untuk berqiam di masjid. Biasalah dekat matrik banyak program2 agama yang dianjurkan oleh geng2 surau. Aku join jugalah sebab dapat mengisi masa lapangku. Aku tersedar pukul 4 pagi. Aku melihat roomateku yang indian sudah bangun dan sedang study. Aku tidak tegur sebab aku takut bukan dia. Ehh? Haha. Aku tak mahu kacau dia study sebenarnya.
Aku membawa peralatan mandi ke tandas hujung. Sewaktu aku tengah gosok gigi di hadapan singki aku melihat kelibat seorang perempuan berjubah putih berambut panjang lalu dibelakangku. Aku tidak Nampak mukanya. Aku biarkan aje. Mungkin juga dia mahu ke masjid denganku nanti untuk qiam. Hatiku lega. Fuhhh!!! Ada geng! Kata hatiku. Selesai mencuci muka aku bergerak ke tandas. Ehhh??? Pelik jugak. Tadi aku Nampak perempuan tadi masuk tandas pertama tu. Tetapi pintu tandas terbuka. Tadi aku memang dengar bunyi air seperti orang sedang mandi. Haissshh… tak boleh jadi. Aku buat tak endah aje. Terus aku bergerak ke tandas empat iaitu tandas feveret aku. Aku mandi koboi je. Bulu roma aku memang meremang habis. Hari2 seterusnya aku memang tunggu kawan indian aku ke toilet. Pergi sekali ada geng. Hehe.
Seterusnya… perkara yang paling aku tak boleh lupa, kejadian ini berlaku pada waktu zohor di masjid matrik ku. Selalunya pada waktu zohor pelajar perempuan tidak ramai ke masjid. Mereka lebih selesa solat di bilik. Tetapi lain pulak bagi aku. Aku lagi selesa solat di masjid. Sebabnya aku malas naik ke bilik memandangkan bilikku berada di aras tiga. Sewaktu aku menjejaki tangga masjid, aku agak pelik kerana ramai pula yang datang berjemaah. Aku mengambil air sembahyang di ruang bawah masjid. Kebetulan waktu itu azan sedang berkumandang. Selesai mengambil wuduk aku terdengar seseorang menjerit kuat dari tingkat atas iaitu ruang solat wanita. Semakin kuat azan zohor berkumandang semakin kuat pula orang menjerit. Allahu… waktu itu aku sendiri rasa mahu menangis. Paling menakutkan aku orang yang azan suaranya semakin bergetar kerana setiap kali lafaz azan makhluk itu seperti melawan balik dengan kuatnya. Aku naik ke tingkat atas melihat pelajar itu sedang ditenangkan. Pelajar itu berada di tengah-tengah masjid. Dia pun sudah berhenti menjerit setelah azan berakhir.
Aku meletakkan beg aku di belakang dan memakai telekung untuk menunaikan solat sunat. Dia memerhatikan aku dengan pandangan tajam seolah-olah marah kerana aku menunaikan solat. Mungkin juga aku berada berdekatan dengannya. Aku buat2 biasa dan meneruskan solatku. Selesai solat sunat, aku bergerak ke hadapan untuk solat zohor berjemaah. Matanya masih tidak putus memandangku. Aku membalas pandangannya sewaktu aku berjalan melintasinya sambil aku membaca ayat kursi. Dia seperti mendengus marah. Aku terus tidak melayan. Kalau dilayan perasaan itu, semakin cepat benda itu masuk dalam badan kita. Bukan nak cakap aku kuat atau lemah. Tetapi banyakkanlah berdoa agar kita dijauhkan dengan benda2 macam ni.
Sebernarnya banyak lagi aku nak cerita. Cerita yang aku dengar daripada rakan2 ku yang lain. Lain kali ye aku cerita. Maaf andai cerita ini macam biasa2. Tetapi memang berlaku kepada aku. Bersyukurlah jika kamu semua tidak mengalaminya. Terima kasih kerana baca… peace yo!