Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. Pertama kali cuba untuk menulis kisah seram dekat FS ni. Aku malas nak mukadimah panjang jadi aku teruskan berceritalah ye. Pengalaman yang seram nak kata banyak tak banyak mana. Cuma apa yang sering mengganggu aku dan buat aku berjaga jaga adalah mimpi. Korang selalu bermimpi? Kata orang mimpi itu mainan tidur. Tapi kalau kerap sangat bermimpikan benda yang pelik betulkah mainan tidur? Atau petanda pada sesuatu? Pertama kalinya aku tak tahu nak klasifikasikan mimpi aku ini kategori mimpi apa. Aku mula bermimpi dari sekolah menengah lagi. Bukan mimpi tanda kau dah cukup umur ok.
Mimpi 1
Mulanya aku hanya bermimpi berada di atas sampan. Dan sampan yang aku naiki itu berada di tengah tasik yang luas. Suasana masa itu malam dan berkabus. Bersama aku di atas sampan terdapat seorang tua berpakaian serba putih dan di belakang aku wujud seekor makhluk yang huduh. Macam agar agar cair. Lembik dan berwarna hijau serta busuk. Aku berada diatas sampan yang tak bergerak tu dan diapit oleh dua makhluk tadi. Tiada sebarang komunikasi antara kami. Yang pasti aku melihat makhluk makhluk tersebut silih ganti sehingga aku tersedar dalam keadaan binggung dan termanggu. Seingat aku inilah mimpi aku yang pertama. Sebelum ini aku bermimpi didatangi oleh arwah atuk aku meminta aku menyerahkan pinggan kepadanya.
Mimpi 2
Aku berada di satu sekolah yang huru hara keadaannya. Kenapa aku katakan sekolah? Kerana pakaian budak budak di situ seperti uniform sekolah. Berbaju putih dan seluar hijau. So aku terus assume oh, sekolah ni. Sekolah agama mungkin sebab rata rata mereka bersongkok dan yang perempuan bertudung labuh. Keadaan sekolah waktu tu sangat huru hara. Seakan akan hysteria ada yang terjun dari bangunan ada yang berlari dan menjerit. Aku disitu teruskan berjalan memerhati dan kehadiran aku macam tak wujud pun. Seolah olah aku hanya pemerhati ala ala movie yang mana kita masuk dunia lain dan nampak apa yang orang lain buat tetapi orang lain tidak nampak kita. Haa.. macam tu. Dapat bayang tak? Ok… sambal berjalan, di satu kawasan lapang di depan salah satu bangunan sekolah itu terdapat sekumpulan tenaga pengajar mungkin kerana wajah mereka kelihatan lebih tua dari wajah yang aku nampak yang sedang berlari, menjerit dan terjun banggunan tadi.
Kumpulan pengajar itu sedang duduk dan seolah olah sedang berwirid diselangi dengan jeritan Allahuakbar. Aku teruskan berjalan memerhati setiap sudut sekolah itu dan apabila aku menghampiri bangunan lain disekolah itu aku ternampak seorang lelaki. Lelaki itu mengiring, badannya mengadap ke dinding namun kepalanya menoleh ke arah aku dan tersenyum sinis. Apa yang aku boleh gambarkan lelaki itu botak. Telinganya capang, runcing serta tajam di bahagian atas. Bertelanjang dan mempunyai parut dari tulang pipi membawa sehingga ke tepi bibir. Sambil tersenyum dia bergerak seiring dengan langkah aku. Aku sudah mula rasa tak sedap hati. Makin aku lajukan langkah, makin laju jugak dia berjalan dan semakin lebar senyuman. Namun pandangan matanya tidak lekang dari memandang aku. Senyuman yang sinis. Kalau kawan kawan yang senyum macam tu aku pasti dah lama aku maki. Dan… mimpi aku hanya berakhir disitu apabila aku tersedar dalam keadaan yang membingungkan.
Mimpi 3
Ini adalah mimpi yang paling buat aku terkesan. Malam itu seingat aku, aku bangun ke tandas. Melepaskan hajat dan berbaring. Posisi tempat tidurku adalah di bahagian tepi katil dan tepi almari baju. Antara katil dan almari baju itu mempunyai satu laluan. Muatlah untuk seorang dewasa lalu. Yalah susun atur tipikal sebuah bilik tidurlah kan. Sedang aku dalam mood untuk tidur semula, aku ternampak seorang budak kecil perempuan keluar dari tandas dan menghala ke almari baju di sebelah ku. Aku konfius, antara sedar dan tidak. Betulkah apa yang aku Nampak. Aku berpura pura tidak mempedulikan budak tadi. Tiba tiba dia keluar dari laluan tepi katil itu dan berdiri di hujung kakiku. Sambil senyum dia berkata “saya tahu awak dah Nampak saya”.
Lupa aku nak gambarkan rupa budak kecik tu. Budak kecik perempuan, berambut panjang kemas dan tidak serabai tau. Bermata bulat tapi kulitnya putih pucat. Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh budak itu, aku terus pejamkan mata aku sekuat mungkin sambil membaca apa sahaja yang aku ingat. Antaranya ialah Al Fatihah dan beberapa surah pendek yang lain. Semakin aku baca semakin kuat dia gelak. Macam kanak kanak yang tengah seronok bahagia bermain dekat padan permainan. Macam tulah dia gelak. Tiba tiba datang lagi seorang budak perempuan sama seperti yang sedia ada Cuma budak yang baru ini kelihatan lebih kecil. Mungkin adik dan kakak. Mereka berdua di hujung kaki aku. Sekakak tadi masih lagi dengan ketawanya dan si adik hanya tersenyum memandang aku. Aku dah mula rasa sesak nafas. Aku duduk bersila dan membaca Al fatihah berulang kali diselangi dengan bacaan ayat dan zikir zikir lain. Pendek kata mana yang aku ingat semua aku baca.
Aku pegang kaki si adik sambil membaca alfatihah dan alhamdulillah si adik tadi hilang. Untuk makluman aku hanyalah tidur diatas tilam jadi apabila aku bersila budak kecil tadi juga turut duduk bersila setentang dengan aku. Selepas hilang adiknya, si kakak tadi berhenti ketawa. Tapi tak lama selepas dari tu dia mula tersenyum sambil memandang aku. Aku pegang kakinya berharap agar dia hilang sama macam adik dia. Namun sia sia. Senyuman si kakak tadi makin melebar. Matanya semakin membulat dan kata kata yang di ucapkan cukup buat aku tercabar, marah, takut dan penat. “tak guna baca kalau takutkan aku” itulah yang diucapkan oleh budak kecik tak guna tu. Berulang ulang dan aku dah mula penat. Dada aku rasa sesak dan dalam masa yang sama aku nampak adik aku bangun dan pandang ke arah aku. Dengan pantas aku menyuruh dia turut sama membaca surah surah yang di ingatinya dan membantu aku. Tapi malang.. dia Cuma pandang dengan muka yang pelik dan sambung tidur.
Dan si kakak budak kecik tak guna itu terus dengan ayatnya “tak guna baca tapi takutkan aku” , “tak guna baca ramai ramai pun tapi takutkan aku”. Aku betul betul tak tahu nak buat apa.. aku dapat rasakan aku makin tak larat. Badan aku menggeletar. Tapi nasib aku baik. Lagi skali keadaan tegang tadi tu hilang selepas pintu bilik aku di ketuk oleh ayahku. “Subuh!subuh!” dan sekelip mata budak kecik tadi hilang dan aku boleh bernafas dengan lega. Perkara pertama aku buat ialah aku marah adik adik aku terutama yang dah bangun tapi tidur semula tadi. Katanya dia dengar aku mengerang ngerang, jadi dia ingatkan aku sedang bermimpi sebab itulah dia tidur semula. Aku tak puas hati aku memarahi adik adik aku yang lain kerana tidak membantu aku. Aku keluar bilik aku lihat ayah sedang siap untuk ke surau. Sudah subuh… aku ceritakan pada ayah. Ayah senyum di suruhnya aku beristighfar dan siap untuk subuh. Lagi sekali aku terpinga pinga… letih, rasa lembik badan sampai sekarang aku bingung dengan apa yang berlaku. Adakah aku bermimpi atau keadaan itu adalah benar.
Mimpi 4
Kali ni berlaku waktu aku belajar di salah sebuah universiti tempatan di Kelantan. Alhamdulillah sepanjang aku menjadi budak asrama aku tiadak pernah mengalami mimpi pelik. Cumanya setiap kali bilik aku bising dan terlampau seronok dengan gelak ketawa. Tidak kiralah datang dari aku sendiri mahupun dari teman teman sebilik aku. Aku akan mendengar suara seorang lelaki “hoi!” atau pun “huh!”. Seakan seorang lelaki sedang memarahi kami atau pun mendengus. Dan setiap kali aku terdengar bunyi itu aku akan ingatkan kawan aku supaya memperlahankan ketawa atau pun sudah sudahlah, jangan seronok sangat. Nak dijadikan cerita, tahun akhir disitu aku terpaksa menyewa ini kerana permohonan asrama aku tidak berjaya. Jadi aku dan rakan rakan ku yang senasib itu mulalah mencari rumah sewa.
Dan akhirnya alhamdulillah dapat. Rumah hujung kampung agak jauh dari university. Tapi tak pe, murah. Seorang RM50, rumah kampong dengan 5bilik dan 2 bilik air. Besar dan murahkan? Tapi bukanlah keadaan dirumah itu yang menakutkan. Alhamdulillah rumah sangatlah selesa, walaupun hujung kampong dan terpaksa melalui 2 tanah perkuburan. Tapi itu tak jadi hal janji murah. Suatu petang, aku dan rakan rakan rumah sewa ku yang juga merupakan rakan sekelas aku pergilah berjalan di sekitar kampung. Petang itu kami ditemani oleh anak tuan rumah, katanya hujung kampung ini terdapat sungai. Terujalah semuanya nak mandi sungai punya pasal. Sesampai di sungai, bukanlah seperti air terjun keadaan sungainya. Tapi tak jadi hall ah, asalkan boleh mandi. Kami pun apa lagi terjun dan mandi manda dengan riangnya.
Setelah kembalinya dari sungai masih seperti biasa sehinggalah malam itu. Sekali lagi aku bermimpi. Kali ini, aku bermimpi seorang nenek datang ke rumahku dan meminta aku menghantarnya ke sungai tadi. Aku tak menolak, aku membantu nenek itu sambil memapahnya kami berjalan mengikuti jalan yang sama yang aku lalui petang tadi. Sepanjang perjalanan tak banyak yang dibualkan cuma sekali sekala nenek itu memandang dan tersenyum pada aku. Agak lama berjalan nenek itu mengadu yang dia tak larat dan minta aku mendukungnya. Belum sempat aku mendukung aku dah dikejutkan oleh rakan serumah ku. “Beb, bangun pagi dah kelas”. Aku bangun tapi badan aku rasa lembik dan lenguh satu badan. Hari diteruskan seperti biasa dan malamnya aku masih bermimpikan nenek tersebut.
Mimpi yang bersambung, tempat yang sama dimana aku terjaga semalam. Cuma kali ini nenek itu semakin membongkok. Aku masih memapahnya. Keadaan masih seperti biasa tiada sebarang komunikasi Cuma nenek tu sahaja yang sering melihat dan tersenyum dekat aku. Tapi apa yang aku perasan nenek itu semakin berat dan membongkok. Mengah juga aku dibuatnya. Kerana posisi aku yang memapah dan nenek itu yang berpaut pada lengan aku agak menyukarkan dan melambatkan perjalanan kami. Dan lagi sekali, nenek itu meminta aku mendukungnya. Dan sekali lagi juga aku terjaga. Kali ini badan aku lagi lenguh dari semalam. Dan malam yang berikutnya juga aku masih bermimpikan nenek tersebut. Kali ini keadaannya teramatlah bongkok dan berat.
Sepanjang jalan meminta aku mendukungnya. Senyumannya dan pandangannya pun dah jadi semacam, renungannya makin dalam. Setiap kali minta didukung setiap kali itu renungan dia jadi menakutkan. Dek kerana keadaannya yang berat dan bongkok membuatkan perjalanan kami semakin lambat. Dan lagi sekali aku terjaga. Kali ini aku memang lembik. Tapi aku masih ke kelas dan aku rasa cukup tak bermaya. Malam itu aku sudah mula takut, sebelum tidur aku menghubungi ayah aku menceritakan segalanya. Ayah minta aku baca ayatul kursi, alfatihah dan 4 qul sebelum tidur. Dan sekiranya masih bermimpi ayah meminta aku untuk pulang kekampung. Katanya berubat. Dan alhamdulillah setelah melakukan seperti yang disuruh. Malam itu aku tidak didatangi oleh nenek tu lagi.
Mimpi 5
Selepas peristiwa dari mimpi nenek itu, aku sudah jarang bermimpi yang tidak tidak. Melainkan baru baru ini. Sekarang aku sudah bekerja dan menyewa di Kuala Lumpur. Aku seeorang yang gemar melepak serius sangatlah kutu embun. Pernah juga kejadian bila aku balik ke rumah sewa dalam lingkungan pukul 2 atau 3 pagi. Sebaik sahaja aku memasuki bilik tidur aku, rakan sebilik aku terus terjaga dan memarahi aku. Disuruhnya aku keluar. Katanya sebaik sahaja aku memasuki bilik ruang bilik jadi panas sangat sangat. “Awak masuk tak baca apa apa ke? Panas satu bilik ni!” tersentak aku dan terus aku kembali ke ruang tamu. Membaca apa yang patut sebelum memasuki bilikku semula.
Kejadian di rumah sewa juga boleh tahan tapi aku abaikan. Aku percaya makhluk itu wujud jadi asalkan tidak melampau gangguannya aku biarkan sahaja. Sepanjang aku habis belajar dan bekerja aku dah mula jarang mimpi yang tidak tidak ni. Cumanya satu hari, aku cuti dan ingin pergi beriadah. Aku memutuskan untuk memanjat bukit gasing. Satu hiking trail yang simple sesuai untuk beginner. Kebiasaanya aku akn ke bukit gasing ini dengan adik aku. Memandangkan adik aku pulang ke kampung jadi aku memutuskan untuk pergi berseorangan. Kali ini aku ingin mencuba laluan baru, yang tidak memerlukan aku mendaki anak tangga yang disediakan. Jadi aku teruskan berjalan melalui denai yang ada.
Malangnya dua kali aku sesat membawa aku ke jalan m**i. Tapi akhirnya aku tetap berjaya menghabiskan pendakian yang tak berapa nak mendaki sangat tu. Nak dijadikan cerita malam itu, aku mula bermimpi. Kali ini aku mimpi aku di denai bukit gasing yang aku sesat siang tadi. Dikeliling ku terdapat tiga orang budak berlari lari dan mengikuti aku. Dan apabila aku terjaga seperti biasa badan aku lenguh satu badan. Aku terus beristighfar dan sambung tidur semula dan itu adalah yang terakhir aku pergi ke bukit itu berseorangan.
Jadi inilah antara mimpi mimpi yang pernah aku alami dan yang aku ingati. Apapun, mimpi mimpi ini kerap membuat aku jadi lesu untuk keesokan hari tapi aku tetap bersyukur. Sekurang kurangnya aku menjadi lebih berhati hati dan beringat terutama jika aku pergi ke tempat baru. Terima kasih sudi baca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mimpi ni kadang² bukan main an tidur cuma klu yg pelik² tu syairan pnya kerja lah.
Den rasa better bro ni pergi rujuk spa². Mmglah bro baca dah okey spya x ada² pa pe yg berlalu. Drpd hidup bro dihantui misteri better pergi je tnya Ustaz yg boleh berubat. Just pandangan
Bukit gasing dkt je dgn umah sy, xelok jln2 kt situ, sbb situ ada kuil besar, crlah tempat lain utk riadah
best cerita anda.
Dari mimpi2 awak tu, memang ada gangguan… Saya harap awak pergi berubat ya saudara… Sebab mimpi budak, mimpi jatuh dari bangunan tinggi, melihat orang jatuh dari bangunan tinggi, semua tu petanda gangguan…
eeh sama la kita . saya pun selalu mimpi pelik2 smpai jadi blur bila bngun tido n trfikir tu mimpi ke betul… tp lps berjmpa ngn ustaz untuk berubat Alhamdulillah dah makin kurang mimpi2 tu n x ekstrem mcm dulu hahahaa
td petang baru mimpi org kasi stroller baby. tp kosong dlm tu. cari baby. japg ada org kasi baby nya. tapi tak ingat kasi ke kita atau org laen. tp di sambut lah. dan before tdo yg mimpi tu. kemain susah nak tdo. yelah keje malam. tdo siang lah kan. jam 3 lebih baru nak tdo. dlm bilik panas sgt. dah spray air keliling bilik bagi sejuk pon takjalan. tdo 30 mnt terjaga. pegi ruang tamu. bukak ekon pon masih panas je rasa.
org kte mimpi baby, org nk bg saka
Best cerita kau tp mimpi yang kau alami tu semuanya ada tanda yang xbaik.ada bende nk berdamping tu..pergi la scan mana2