Bismillahhirahmanirrahim….
Assalammualaikum. Terima kasih buat admin dan sahabat2 FS. Entry kali ni merupakan kisah pengalaman dari sahabat aku yang mana aku terlibat secara tidak langsung. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Aku CikEdot! Selamat membaca ?
TAHUN 2017
Lokasi: hospital
Aku menyusun langkah sedikit laju ke arah wanita yang sedang menuju keluar dari pintu ward. Setelah tubuh itu berjaya aku hampiri, lalu aku memberanikan diri untuk menyentuh bahunya perlahan.
Aku: “Maria?”
Hayunan langkahnya terhenti dan lantas dia berpaling ke belakang. Ya… maka benarlah telahanku, Maria di hadapan mata. Pertemuan semula setelah lebih kurang 2 tahun tidak berjumpa. Dia masih cantik dan anggun. Namun riak wajahnya sedikit tegang, dari anak matanya aku tahu dia seolah-olah tidak senang bertemu aku.
Maria: “Hei..tak sangka kan? Berjumpa lagi kita”. Bibirnya tersenyum bersama satu jelingan. Senyuman meluat mungkin?
Aku:” Kau apa khabar? Ke mana kau menghilang Maria?”
Maria:”Aku ada je….Masih bernyawa dan cukup sihat untuk melihat orang yang aku benci still hidup. Kenapa diorang tak mampus je?”
Aku:”Kau masih berdendam? Sudah2 la tu Maria. Benda dah lepas. Mereka pun dah berpisah. Aku rasa kau dah cukup puas bukan? Memaafkan…itukan lebih baik.”
Maria:” Senang kau cakap Dee. Bukan kau yang berada di tempat aku. Ohhh, aku lupa pulak.. diorg kan kawan baik kau dan Thaqief! Sepatutnya aku buat diorg sampai m**i baru puas hati aku!!”
Aku:”Begitu juga kau dan Mel. Dia kan sahabat baik kau. Kenapa dia dihukum atas kesalahan orang lain?”
Maria diam dan hanya menundukkan pandangannya ke lantai.
TAHUN 2014 – DIMANA SEGALANYA BERMULA
Cawan yang berisi teh tarik aku hirup perlahan. Suasana sejuk di cameron highland membuatkan air yg panas itu begitu enak rasanya mengalir di kerongkong. Lelah seharian berjalan di tanah rata dan brinchang sudah cukup membuatkan tumit aku sakit dan keletihan. Sedang rancak aku dan Thaqief berbual, tiba2 handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama yang tertera di screen membuatkan Thaqief tersenyum.
Thaqief:”hello.assalammualaikum bro.”
Imran:”Wassalam.Bro,kau kat mana?”.
Thaqief:”Wei,lama senyap?Aku ada kat Cameron ni dgn Dee.”
Imran:”Bila kau balik?Aku ada hal nak jumpa. Urgent!”
Thaqief:”Aikk…lain macam je bunyi. InsyaAllah,esok petang aku sampai KL.”
Imran:”Ok bro. Jumpa kat bengkel aku. Jangan lupa,esok!”
Klikk .Telefon dimatikan tanpa sempat Thaqief membalas. Aku memandangnya, sambil mengangkat kedua belah keningku sbgai isyarat ingin tahu. Siapa?
Thaqief:”Imran. Nak jumpa abang esok, katanya ada hal penting.”
Keesokan harinya, kami tiba di rumah. Usai solat maghrib Thaqief keluar bertemu Imran. Aku memilih untuk berehat saja di rumah. Malas nak join sebab kata Thaqief Mel tak ikut serta dengan pertemuan mereka. Mungkin ada perihal yg ingin mereka bincangkan. Pasal kereta kot?
MELALUI CERITA THAQIEF – KAU SIHAT BRO?
8.30PM
Lokasi: Bengkel Imran, Gombak.
‘Aku’ dalam ni adalah Thaqief.
Aku tiba di bengkel Imran. Hanya Imran sahaja yang berada disitu. Pekerjanya Roy dan Mat tidak kelihatan, kemungkinan sudah pulang awal. Setelah berjabat tangan, kami duduk di kerusi yang berada di hadapan bengkel sambil melayan angin malam. 10 minit berlalu, Imran hanya diam sambil menghisap rokok. Aku begitu hairan melihatkan keadaan fizikal dan penampilan Imran. Baru tak jumpa 6 bulan takkan dah kurus cengkung macam ni? Dengan rambut kusut masai, baju berkedut seribu. Paling tak tahan, bau badan Imran yang terlalu busuk. Bukan bau tengik atau masam tapi lebih kepada bau bangkai. Kembang kempis hidung aku menahan aroma tajam itu. Habis sahaja rokok yang dihisap Imran, aku mula membuka bicara.
Thaqief:”Apa yang penting sangat bro? Yelah, orang baru kahwin kan. Syok sangat sampai lupa kawan. 6 bulan jugak kau hilang dari radar.”
Imran:”Aku ada je…Tak kemana. Kau pun langsung tak calling2.Dee sihat?”
Thaqief:”Macam tu jugaklah.Aku takkan berhenti berusaha untuk dia.Insyaallah, dia kuat bro.Mel apa cerita?”
Imran:”Ermmm….aku ajak kau jumpa ni sebab aku nak cakap pasal aku dgn Mel. Dia…dia..dah tinggalkan aku bro!”
Thaqief:”Maksud kau?Korang dah berpisah? Cerai?”
Imran:”Tak bro.Aku tak lafazkan talak. Tapi dia pergi tinggalkan aku macam tu je.Dah 2 minggu, aku tak tau dia kat mana. Aku tak salahkan dia bro. Apa yg berlaku antara kami, aku yang jadi puncanya. Kau ingat Maria?”
Thaqief:”Maria?Awek yang langgar kereta kau dulu?”
Imran:”Ya..dia.Aku yakin,semua yang jadi ada kaitan dengan dia. Semuanya bermula sejak pertemuan tu.”
MELALUI CERITA IMRAN – AWAK CANTIK MARIA!
‘Aku’ dalam ni adalah Imran.
Seminggu pun berlalu sejak dari insiden sebuah kereta myvi yang melanggar bontot kereta honda fd type r kepunyaanku. Berbahanglah juga kepala otak bila kesayanganku dirobek. Tetapi amarahku reda bilamana si dia berulang kali memohon maaf sambil menangis. Ditambah pula yang empunya diri begitu cantik orangnya. Sejajar dengan kelembutannya tatkala dia bersuara. Gugur iman yang dah sememangnya nipis ni. Walaupun Mel tunanganku sudah cukup cantik, tapi jujur aku katakan si dia lebih jelita. Maria! ya…itu namanya.
Sejak dari pertemuan itu kami ada bertukar2 nombor telefon. Pada awalnya, ia hanya berkisar tentang kereta sehinggalah terbawa-bawa kepada perbualan mengenai topik2 lain. Kami sering berbalas mesej, kemudian mula bergayut di telefon sehinggalah up ke level yang lebih akrab dan membawa kepada pertemuan demi pertemuan. Aku mula berbagi2 masa antara Mel dan Maria. Dan ketika itu Maria langsung tak tahu yang aku sudahpun bertunang dan bakal berkahwin berselang 3 bulan akan datang. Aku cuba rahsiakan perihal ni sebab aku dah sukakan dia.
3 hari dengan ketiadaan Mel yang menyertai program team building oleh syarikatnya memberikan aku peluang keemasan bersama Maria. Setelah dia aku pujuk rayu dengan pelbagai janji manis, akhirnya dia berjaya aku bawa ke sebuah hotel untuk kami menginap.J ujur aku katakan, Mel tunanganku sendiri atau mana2 bekas kekasihku yang dulu tak pernah aku heret sampai ke hotel apatah lagi ke katil tetapi dengan Maria, aku tewas mengawal nafsu. Dia sangat menggiurkan kejantanan aku. Maka, pada malam yang indah itu, daranya aku ragut. Aku puas!
………………………………………..
Thaqief:”Astaghfirullahalazim.Kau sedar tak apa yang kau buat ni bro?”
Imran:”Aku tau bro…Apa yang aku buat ni salah pada Maria. Pada Mel..Aku..aku khilaf sebab nafsu.”
Thaqief:”Lepas tu apa jadi?”
MELALUI CERITA IMRAN – SAYONARA MARIA!
Hubungan intim kami berlanjutan selama 2 bulan. Sudah berkali-kali aku heret Maria ke hotel- hotel mewah di sekitar KL. Penangan Maria ni lain. Dia ni macam dadah, aku jadi addict. Aku lebih banyak menghabiskan masa bersama Maria berbanding dengan persiapan perkahwinanku. Berkali-kali juga Mel merajuk sebab aku kerap membatalkan pertemuan kami dengan alasan aku sibuk dengan urusan di bengkel. Nasib si Mel ni mudah di handle. Aku pujuk dan minta maaf, dia dah sejuk.
2 minggu sebelum majlis akad nikah, aku adakan pertemuan bersama Maria. Malang bagi Maria kerana dia langsung tidak tahu bahawa ini adalah pertemuan terakhir aku dengannya. Sungguh ketika ini, tidak sedikitpun terbit rasa kesal atau kesian dengannya. Apa lagi yang aku mahukan? Manisnya aku dah dapat. Kalaulah dengan duit boleh aku gantikan, aku sanggup bayar asalkan aku dengan dia kira habis. Aku tak mahu ada masalah berkait bila aku dah disatukan dgn Mel. Selepas pertemuanku yang terakhir, aku tukar no telefon. Bengkel aku yang terletak di rawang aku serahkan pengurusannya pada pekerja ku Azlan dan aku akan fokus pada lokasi baru iaitu di gombak.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami kepada Mel. Majlis kami agak meriah dgn kedatangan tetamu yang meraikan. Usai sesi kami makan beradab,aku dan Mel bertemu rakan2 kami untuk berterima kasih kerana hadir. Dalam kesibukan kami melayani mereka bergambar bersama, aku tersentak dengan panggilan nama Mel dari seseorang. Suara itu aku kenal benar. Maria!!!
Maria :”Mel,tahniah atas perkahwinan kau.”
Mel:”Tq babe sebab datang majlis kami. Ohhh…ni aku kenalkan suami aku,Imran. Bi,ni bff I masa kat Uni dulu.”
Aku terpempan dengan pertemuan ini. Aku cuba mengawal rasa debar dan takut yang mula bertandang di hati. Riak wajah cuba aku maintain dari terus menampakkan rasa cuakku ketika berhadapan dengan Maria dan Mel. Aku tatap wajah itu. Maria nampak tenang dan langsung tidak memandang aku.
Maria:”Mel,terima kasih jemput aku minggu lepas. Aku balik dulu. Ni hadiah untuk kau.Aku doakan kau bahagia Mel.”
Maria dan Mel berpelukan sebelum Maria berlalu pergi. Aku memerhati pemergiannya sehingga tubuh itu hilang dari pandangan.Jujur, aku takut! Aku takut kalau2 tembelangku pecah.
………………………………………………..
Thaqief:”Ermm…Jujur aku tak tau nak cakap apa. Kau memang cari nahas bro! apa jadi lepas tu?”
MELALUI CERITA IMRAN – ANAK AKU??
Selepas urusan pindah rumah baru settle, kami terbang ke phuket untuk honeymoon. Cukup seminggu bercuti panjang, kami mula bekerja seperti biasa. Hari itu, selesai makan malam kami pun duduk santai rehatkan badan sambil menonton TV. Mel terlebih rajin, dia ke dapur bancuh air milo 2 mug untuk kami minum. Borak punya borak, akhirnya Mel membuka bicara.
Mel:”Bi,you ingat lagi tak dengan kawan I, Maria?” Pertanyaan Mel membuatkan aku terperanjat.Nama yang sudah aku lupakan sejak pertemuan terakhir.
Imran:”Err…Ingat. Kenapa dengan dia?”
Mel:”Siang tadi I ada jumpa kawan I Julia. Mak Julia ni sepupu dengan Mama Maria. Guess what??Julia bagitau yang Maria mengandung anak luar nikah Bi. Mengamuk sakanlah parents dia bila dapat tahu. Papa dia halau dia Bi.”
Imran:”Apa? Mengandung??”
Mel:” Yup..And apa yang I sedih. Lepas je Maria keluar, malam tu papa dia kena heart attack. And…Papa dia meninggal dunia Bi. Maria pulak family dia tak tau kat mana dia sekarang. Ya Allah Bi, I tak dapat bayangkan apa yang Maria tanggung sekarang ni. I tak tau kenapa dia jadi macam tu. Actually, Dia baik orangnya Bi…”
Dammm!!
Aku diam tak terkata. Mengandung?? Anak siapa? Anak aku?? Tak mungkin!
Mel:” Eemm…by the way, mug yang kita guna ni hadiah dari Maria. Cantikkan? Siap terukir nama dan gambar kita yang diambil contohnya dari kad kahwin. I akan abadikan pemberian Maria sebagai kenangan.”
Satu lagi kenyataan yg keluar dari mulut Mel terasa sukar untuk aku hadam. Aku memandang tepat ke arah mug yang terletak di atas meja. Otak aku bertambah kusut.
MELALUI CERITA IMRAN – GANGGUAN BERMULA!
Hari berganti hari, aku nampak akan kelainan pada kesihatan Mel. Dia mula muntah2. Pada mulanya aku ingat dia mengandung tetapi hasil dari pemeriksaan dokor Mel hanya gastric sahaja. Mungkin ada banyak angin dalam badan, tu sebab dia muntah2. Tetapi apa yang merisaukan aku adalah tidur malam nya sering terganggu. Kadang2 dia akan meracau dan bercakap2 dalam tidur. Butir bicaranya macam bahasa Thailand.
Aku awalnya tak ambil kisah, sebab aku fikir mungkin dia hanya bermimpi. Cuma apa yang buat aku mula angin dengan Mel, dia dah mula bersikap panas baran. Sampai tahap dia dah pandai mencarut dan maki hamun aku kalau kami bergaduh. Aku macam tak percaya sebab Mel yang aku kenal, bukan pemarah orangnya.
Malam tu….tengah kami menjamu hidangan makan malam tiba2 Mel naik gila. Dia lempar pinggan nasi yang dia tengah makan ke atas lantai.
Mel:”Kau memang jantan sial!!!sialll!! Aku benci kau! Hidup kau takkan aman setan!!”
Bengang dengan jeritan dan makian dari Mel yang tanpa punca, aku tampar dia. Dia jatuh tersembam ke lantai dan kemudiannya pengsan. Aku kendong dan baringkan dia ke atas sofa. Aku menyesal sebab pertama kali angkat tangan pada dia. Yang peliknya bila dia sedar dari pengsan, dia tanya apa yang jadi pada dia. Kenapa bibir dia berdarah? Aku blurr. Aku tak faham. Takkan dia langsung tak ingat apa yang jadi tadi?
Perihal malam tu aku ingatkan takkan berulang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset, makin menjadi2 pergaduhan antara kami. Mel langsung tak bagi aku sentuh dia. Katanya, dia jijik tengok aku apatah lagi disentuh oleh aku. Kami tak bertegur siapa hinggalah satu malam tu…
Aku tiba di rumah agak lewat. Sejak kami selalu bertekak, aku memang kerap balik lambat. Malas nak bersua muka. Kami dah tak tidur sebilik. Aku tidur di bilik tetamu. Sedang aku melayan mata dan badan yang letih, tiba2 pintu bilik aku dibuka dari luar. Aku nampak Mel berdiri di hadapan pintu dalam keadaan bertelanjang tanpa seurat benang. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri aku yang sedang berbaring diatas katil.
Aku menelan liur. Tubuh yang sangat aku rindukan datang menyerah. Segala amarah aku hanyutkan ketepi, aku anggap ini cara kami berdamai. Sedang aku hanyut bersama dia, tiba2 aku lihat wajah Mel berubah menjadi Maria!! Aku tolak dia agak kuat hingga dia jatuh dari katil. Kemudian aku dengar dia menangis…mendayu…
“Sampai hati awak….”
“Sampai hati awak Im…”
“Apa salah saya pada awak…..”
“Huuuuuuuu……huuuuuu…..”
Suara tu!! Aku kenal suara tu!! suara Maria!!! Dalam ketakutan, aku kelam kabut bangun dari katil. Tiba-tiba…..
“Kau kejam!!”
“Jantan tak guna!!!”
“Setann kauu!!!”
Dia meluru ke arahku dan mencekik leher aku kuat sehingga aku tak mampu bernafas. Aku bergelut untuk melepaskan diri. Ternyata kudrat dia tak terlawan olehku. Tanpa berfikir pajang, aku angkat lutut dan menghayunkannya tepat ke arah perut Maria. Cengkamannya terlepas dan dia jatuh terduduk diatas lantai. Aku lari keluar dari bilik dan meluru ke bilik tidur utama mencari Mel. Tombol pintu bilik aku pulas, ternyata Mel tiada di atas katil. Mana Mel??
“Bi…tolong I bi.huuuuuuuu…..”
Aku terdengar suara Mel memanggilku sambil menangis. Suaranya datang dari bilik aku tadi. Walaupun rasa takut aku masih menebal namun aku gagahkan jua untuk menapak semula ke bilik tersebut. Dari pintu bilik yang terbuka, terlihat sekujur tubuh yang terjelopok di lantai memegang perutnya sambil menangis. Perlahan aku memanggil isteriku.
Aku:”Mel…?”
Mel:”I tak tahan, sakit sangat perut I. Tolong I bi…”
Aku meluru ke arah Mel. Aku yakin itu bukan jelmaan Maria. Lantas aku kendong tubuhnya dan dudukkan dia di atas katil. Melihatkan keadaannya yang sedang menanggung sakit, maka aku membawanya ke klinik yang berdekatan. Dalam perjalanan kami, pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh Mel. Macam mana dia ada dalam bilik tu? Kenapa dia dlm keadaan tidak berpakaian? Apa aku dah buat dekat dia? Aku hanya diam tanpa jawapan. Aku sendiri keliru!
Sejak dari peristiwa haritu, aku jadi tak senang duduk. Setiap detik aku asyik fikirkan hal ni. Adakah semua ni hanya mainan igauan atau benar2 berlaku? Apakah semua yg berlaku ada kaitannya dgn Maria?
Sedang aku leka memandu pulang ke rumah dari tempat kerja, dalam perjalanan tiba2 aku rasakan satu hentaman kuat dari arah bontot kereta seperti dilanggar sesuatu. Aku menekan brek secara paksa, kereta aku sedikit hilang kawalan dan terhenti di bahu jalan. Aku keluar dari kereta dan terus ke bahagian belakang. Hairan! Ternyata tiada langsung bekas hentaman. Dan aku tercari2 kelibat kenderaan yang melanggar dari belakang tadi. Tiada.
Aku memandang pula ke arah jalan raya, namun tiada sebiji pun kereta yang wujud ketika itu. Jam dipergelangan tangan aku lirik, tepat jam 3 pagi. Tiba-tiba ada angin kuat yang datang menerpa ke wajahku beserta bau busuk seperti bangkai yang sangat meloyakan anak tekak. Bulu romaku merinding. Aku bergegas masuk semula ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi.
Sepanjang perjalanan, terasa keretaku terlalu berat walaupun meter kelajuan sudah di aras maksima. Berat muatan seperti menumpangkan seekor lembu. Perjalananku jua ditemani bau busuk tadi hingga membawa ke rumah. Dan bermula dari saat itulah pelbagai lagi gangguan demi gangguan yang aku lalui. Setiap masa aku didatangi jelmaan Maria dalam sedar atau mimpi.
Selera makan aku m**i kerana setiap kali aku ingin menjamah makanan, aku akan nampak longgokkan ulat2 sampah yang menguit-nguit di atas pinggan. Aku jadi loya. Tambahan pula tekak aku sentiasa perit, waimah ingin menelan air liur pun terasa sakitnya. Setiapkali masuknya waktu maghrib malam jumaat, aku akan memuntahkan ketulan d***h bersama lendiran hitam yang berbau busuk.
Mel?? Dia semakin menjauhkan dirinya dari aku. Dia bersikap dingin dan acuh tak acuh melayan aku seperti aku tidak wujud dalam rumah tu. Sehinggalah 2 minggu lepas, tiba2 dia mahu kami bersemuka 4 mata. Katanya ada perkara yang ingin dia tanyakan pada aku. Dan hari itu jugalah merupakan hari terakhir kami bertemu sebelum dia pergi meninggalkan aku.
……………………………………………….
Thaqief:”Parah masalah kau ni. Aku rasa kau kena pergi berubat ni bro. Orang tua kau dah tau pasal ni?”
Imran:”Belum. Aku belum bagitau mak ayah aku. Dengan kau je aku bagitau. Tolong aku bro!”
TEMBELANG PECAH – MEL
Seminggu berlalu sejak dari pertemuan Thaqief dan Imran. Tiada apa2 yang dikongsikan Thaqief dengan aku seperti kebiasaannya. Mungkin pertemuan dia dan Imran hanya borak2 biasa.
Petang itu pula aku menerima panggilan dari Mel yang menyatakan hasrat untuk bertemu aku sendirian tanpa Thaqief. Aku ON saje sebab aku faham sangat perangai Mel dari dulu. Dia ni jenis memendam perasaan. Kalau dia nak berkongsi cerita pasti dia dah terlalu buntu. Mungkin ada perkara sulit yang ingin dia kongsikan. Kami bertemu di tempat biasa. Dari kejauhan aku lihat wajah Mel kelihatan sugul dan termenung jauh.
Aku:”Assalammualaikum Mel. Dah lama kau tunggu aku? Kau sihat Mel?Lama kita tak jumpa.” Aku menarik kerusi dan duduk.
Mel:”Waalaikumussalam. Kau tak lambat, aku yang sampai awal. Maaf sebab aku ganggu kau Dee. Tapi aku perlukan seseorang utk berkongsi cerita. Nama kau yang terlintas di benak aku.”
Aku:”Ehh,aku okay je.Ada apa hal yg kau nak kongsi dengan aku?”
Mel:”Dee, aku dah tinggalkan Imran. Kau tahu kan betapa aku sayangkan dia. Tapi jujur aku cakap, selepas kahwin rasa tu semakin hilang malah aku bencikan dia Dee. Aku dah cuba nak tanam perasaan cinta dan perbaiki hubungan kami tapi tak berhasil. Dia cakap aku dah berubah tapi kau tau tak sebenarnya dia yang berubah! Setiap hari aku kena hadap perangai pelik dia. Bila malam je aku dengar dia terjerit2 nama Maria.”
Aku:”Maria?Maksud kau?”
Mel:”Kau kenal Maria kan? Kawan satu Uni aku dulu. Kita pernah terserempak dengan dia dulu kat OU. Mula2 masa aku selalu dengar Imran sebut2 nama Maria dalam tidur, aku tak pernah terfikir pun itu Maria yang sama. Sampailah lebih kurang 3 minggu yang lepas, aku dapat mesej dari Maria. Cuba kau tengok mesej ni.”
Mel menyerahkan handphone nya,lalu mesej pendek yang dihantar oleh Maria aku baca. Mesej itu cukup membuatkan hatiku tersentak.
“Mel, aku kandungkan anak Imran. Dia memang jantan tak guna! Dia hancurkan hidup aku!.”
Aku:”Biar betul ni?Jadi, apa yang kau buat lepas kau dapat mesej ni?”
Mel:”Aku macam tak percaya sebab setahu aku, aku tak pernah kenalkan Maria dengan Imran sebelum ni. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati untuk abaikan mesej Maria. So aku decide, malam tu aku kena juga tanya Imran pasal ni. Dan cuba kau teka apa yang aku dapat dari jawapan Imran?”
Aku:”Apa dia Mel?Im jawab apa?Maria buat cerita kan?”
Mel:”Aku pun harapkan jawapan yang sama Dee tapi aku silap! Malam tu Imran buka semua cerita antara dia dan Maria. Imran curang dengan aku Dee!! Apa yang aku tak boleh terima, dialah lelaki yang mengandungkan Maria. Memang jahanam perangai dia. Aku tak sangka Imran macam tu Dee. Sanggup dia buat macam ni dengan aku…huuuuuuu”
Aku tak mampu berkata-kata walau sepatah pun. Sayu hati aku melihat Mel yang menangis menggugu menahan pedih di hatinya. Aku cuba memujuk dan menyabarkan tapi aku pasti hatinya kini retak seribu. Pertemuan aku dan Mel berakhir di situ.
Setibanya aku dirumah, aku kongsikan perihal ini bersama Thaqief. Pada mulanya aku sedikit hairan kenapa Thaqief seolah-olah tidak terperanjat dengan hal yang aku kisahkan. Rupa2 nya dia dah terlebih dahulu tahu akan masalah ini melalui pertemuannya dengan Imran hari tu.
Thaqief juga ada beritahu, dia ada menemankan Imran pergi berubat 2 hari lepas dengan seorang ustaz di Paya Jaras. Melalui cerita Thaqief ,Ustaz itu ada memberitahu bahawa Imran terkena buatan orang yang berdendam dengannya. Malah Imran dan Mel turut dikenakan ilmu pemisah sehingga hubungan mereka bergolak. Jadi tidak hairanlah kenapa Mel begitu membenci Imran.
Bulan berganti bulan, keadaan Imran aku kira tidak ada perubahan. Usai berubat dari satu tempat ke satu tempat, sembuhnya hanya seketika sahaja dan dia akan kembali sakit malah bertambah teruk dari sebelumnya. Pernah ada seorang ustaz ini menasihati Imran.
Ustaz M:”Saya hanya mampu membantu setakat yang saya mampu. Selebihnya saya serahkan kepada Allah swt. Maaf jika saya bertanyakan satu soalan. Awak ada menyakiti seseorang kah hingga menyebabkan dia begitu berdendam? Mengikut apa yang saya lihat, si penghantar menghantar sihir secara berterusan. Maksudnya dia tidak pernah putus asa untuk buat awak menderita. Beginilah, jika awak tahu sesiapa saja yang pernah awak sakiti, jumpa dan mohon maaflah pada mereka. Semoga Allah memberi pertolongan, insyaAllah.”
Setahun berlalu, Imran dan Mel akhirnya secara rasminya bercerai. Walaupun Mel sudah tahu yang mereka telah dikenakan sihir oleh Maria namun Mel tetap mahu berpisah kerana dia masih tidak boleh menerima apa yang berlaku antara Imran dan Maria. Mel meneruskan niatnya untuk menyambung pelajaran di sebuah negeri di pantai timur. Aku pun dah lama tak bertanya khabar dengannya. Semoga dia sihat hendaknya.
Imran?? Dia masih lagi bertarung dengan sakit yang menimpanya. Dia kembali kepada fitrahnya sebagai hamba Allah. Kini dia lebih mendekatkan dirinya kepada Maha pencipta. Aku diberitahu oleh Thaqief bahawa Imran kini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah. Semoga dia peroleh umrah yang mabrur dan diberikan petunjuk serta dikurniakan kesembuhan. InsyaAllah.
TAHUN 2017
Lokasi: Hospital
Setelah beberapa minit Maria tunduk mendiamkan diri, aku bersuara dan mengajaknya duduk di bangku yang terletak di laluan ward aras berkenaan. Dalam keadaan berteka teki akhirnya dia akur mengikutku.
Aku:”Maria…aku tahu, aku tak rasa seperti mana yang kau rasa.Tapi aku harap sangat kau hentikan semua perbuatan kau. Bukan kau saja yang jadi mangsa dalam hal ni tapi Mel pun turut menderita. Dia dan Imran dah lama bercinta sebelum mereka kahwin. Tapi kerana satu kesilapan, semuanya musnah.”
Maria:”Dee, sumpah aku tak pernah tahu yang Mel tu kekasih Imran sehinggalah aku dapat kad jemputan yang tertera nama Imran dan gambar mereka. Aku nekad juga untuk pergi sebab aku nak buat Imran terperanjat. Kalau aku tahu dari awal, aku takkan jalinkan hubungan aku dengan Imran. Dia perdayakan aku dengan janji2 manis dia untuk berkawin dengan aku. Aku sanggup biarkan maruah aku tergadai demi cinta dia Dee.” Pandangannya redup. Ada airmata yang bertakung di tubir matanya.
Aku:”Aku tahu Maria. Tapi, anak yang kau kandungkan tu anak Imran? Mana anak tu sekarang?” Wajahnya yang redup tadi kembali tegang.
Maria:”ya,memang aku kandungkan anak jantan keparat tu! Bila aku tau aku mengandung, aku jadi tak tentu arah. Aku takut untuk laluinya seorang diri. Silap aku, Mama aku terjumpa PT dalam toilet dan semuanya jadi kecoh lepas tu. Aku kena halau oleh papa dan aku bawa diri ke thailand. Aku ingat bila aku dah lari ke sana aku dapat lupakan semuanya tapi aku silap.A ku terserempak dengan Mel dan Imran yang tengah bahagia honeymoon kat sana. Hati aku jadi sakit Dee. Aku menangis macam orang gila. Akhirnya aku nekad untuk bertemu seorang bomoh untuk membalas dendam! Aku nak diorang merana seperti apa yang aku rasakan. Anak aku….anak aku dah takda Dee.”
Aku:”Maksud kau?”
Maria:”Aku keguguran Dee. Aku terlalu stress. Tapi anak aku tak pernah tinggalkan aku. Dia sentiasa ada disisi aku.” Maria tersenyum sumbing sambil dia mengeluarkan sesuatu dari bag tangannya dan menyuakan bekas itu kepadaku. Allahhuakbar!!Aku tergamam melihat bekas botol kaca berisi air dan janin!
Maria:” Dengan inilah aku gunakan sihir terhadap Imran! Aku tahu sekarang dia masih hidup. Aku sengaja buat dia menderita sebelum dia m**i!”
Aku:”Astaghfirullahhalazim. Maria, kau sedar tak apa yang kau buat ni. Tak takut ke kau dengan azab Allah? Bertaubatlah Maria… Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Percayalah Maria, selagi kau menyimpan dendam, hati kau takkan tenang. Redha Maria…Redha dan memaafkan.”
Dia hanya terdiam dan terus diam. Sejujurnya, aku sendiri terasa debar berdepan dengan dia. Terdetik dalam hati ,janganlah dia ada niat untuk mengapa-apakan aku.
Maria:”Biarkan aku Dee. Aku tahu apa yang aku buat! Masa saja yang akan menentukan segalanya. By the way, kalau aku tanya sesuatu boleh?”
Aku:” Ermmm…apa dia Maria?”
Maria:” Kenapa harimau tu ikut kau? Kau bela ke? Huhuuhu…..” Dia bangun dan berlalu pergi bersama ketawa yang masih bersisa…
Hulubalang??
P/S: Buat sahabat2 sekalian, kita ni semua pendosa tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Bertaubatlah selagi masih punya sisa-sisa hidup. Yakinlah bahawa Allah swt itu Maha pengampun dan menerima taubat hamba-hambanya. Jauhi perkara2 syirik dan jauhi zina. Sesungguhnya perbuatan2 ini sangat2 memberi kesan di dunia dan akhirat kelak.Dosa yang tak tertanggung azabnya. Wallahhualam.
“Subhanallah wabihamdihi…Subhanallah hil azim…”Amalkan zikir ini 100 kali sehari.
Wassalam.
Aku CikEdot penulis untuk entry2 dibawah.Terima kasih sudi baca.
1) Moyang
2) Moyang 2 : Mak long & Nek Jah
3) Moyang 3 : Aku & Mereka
4) Allah kan ada!Â
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kau memang betul2 pandai menulis. congrats
T.kasih…bnyak lagi yg perlu sy baiki.
Hebat….lelaki2…hargailah ape yg ada skrg, jgn duk puaskan nafsu cri betina lain…sedih btol cerita ni..
Kadang manusia merasa tak pernah cukup sedangkan perancangan Allah tu sebaik2nya….
Saya juga takut kerana kita tak tau apa yg akan jadi akan datang pd kita dan org2 yg kita sayang.semoga kita semua dalam perlindungan Allah..amin
.lelaki2…hargailah ape yg ada skrg, jgn duk puaskan nafsu??? lelaki sahaja ker??? xadil le
Boleh jadi pd sesiapa…lelaki dan wanita.pengalaman yg dikongsi sbg iktibar utk kita bersama.
entry sblom2 nie ade ke watak imran dan mel?? sorry xperasan plk
Ada dalam entry moyang 3.Mel housemate sy sebwlum kahwin.Imran adalah sahabat Thaqief.
saya #kipassusahmati #CikEdot !!
Terima kasih cik ratu support sy…realy appreciate it.
Wow! Unexpected story line.
Hurmm…takde yang mustahil kat dunia ni selagi manusia gelap mata dengan nafsu serakah.
By the way, kisah-kisah #CikEdot tak pernah mengecewakan kami sebagai pembaca setia.
Please keep sharing…
Thanks a lot.
Terima kasih Cote’dor sudi baca kisah2 saya ……insyaallah,sy akan share lagi pengalaman sy dan sahabat2 sy.
kenapa dgn harimau tu???
Boleh refer cita #cikedot yg tajuk moyang. Si putih hulubalang kalau tak silap
Sye sgt terkesan dgn ape yg terjdi pde maria..jalan kite hmpir same,jadi sye doakan maria kembali kepadaNya..amin
Amin…begitulah apa yg saya harap untuk Maria.Sebenarnya seperti yg diceritakan Mel, Maria ni seorang gadis yg sgt baik,patuh pada Allah dan ibu bapanya.Dia seorg gadis yg sgt menjaga adab dan maruah.Sangat2 disenangi sahabat2 lain sbb pekertinya..Tapi sayang dia tersilap langkah bila bertemu dgn Imran.Cinta yang menghancurkan dia sehingga membuahkan dendam yg tak bertepi.Pada Allah sy bermohon agar dia diberi hidayah…Buat awak,sy harap awak memaafkan dan redha.semoga awak peroleh ketenangan hati dan kebahagiaan yg hakiki.amin
Apa2 sis tolonglah maria tu kesian pulak aq dgr.Tp tulah manusia kan semua ada salah silap masing2.
P/s:btw apa kaitan harimau yg maria bagitau tu.
Last sy jumpa maria masa kat hospital tu..dia pun pergi macam tu je.sy xda fon no dia pun…harap dia baik2 saja.
Utk harimau tu..awak baca moyang part 1 sampai part 3 nanti awak tau kisahnya…tq
kalau x kena mcm ni mesti imran tu xkan menyesal atau berubah kan? amboi senang nye ckp. manis dh dpt tggal je tnpa rse bersalah. maria tu mmang bersalah jugak tp mesti die stres sgt smpai mental. pengajaran untuk lelaki dn wanita juga
Seriously,masa berdepan dgn dia sy seolah-olah berdepan dengan ‘maria’ yang lain…emosi dia berubah-ubah.Anak mata dia tajam,penuh dendam.Saya kasihan sebenarnya dgn dia.semoga dia diberi hidayah Allah…
Semoga Maria dilembutkn hati utk maafkan Imran. Semoga Imran istiqomah berubah & sihat seperti sediakala.
Amin allahumma amin…
Alamak! Hulubalang buat comeback..
Entah..mengada ngada kan si putih hulubalang.orang taknak dia tak faham2 agaknya…ermmm
Daebak… Den doakan maria dpt maafkan kesalahn org tu. Walaupun susah sbb mestilah kita heran kan org tipu kita hidup²…. Tapi ganjaran maafkan org tu lebih besar dr sgala nya… Moga maria dan semua yg Imran bertaubat.
Insyaallah,amin…
sedih dan simpati dengan Maria…sapa tak sakit hati…dimainkan…pregnant…bapa meninggal…si jantan senang2 je tinggalkan dia dan kawin dengan org lain…teladan utk lelaki2 diluar sana jgn sesekali mainkan hati pompuan ya…ingt semua pompuan leh redho seredhonya ke utk maafkan lelaki mcm tu? habis madu sepah dibuang? tak semua wanita leh MOVE ON lepas ditipu begini…TAK SEMUAAAAA……yg tak semua tu la akan balas dendam melalui sihir pd orang yg aniaya dia…sebab hati kita ni tak semuanya kuat terutama jika lemah dan tiada rakan2 utk beri nasihat….Maria saya doakan awak supaya sihat dan insaf…jgn kerana lelaki dan dendam awak lupa pada Allah….maafkan lah Imran dan MOVE ON…semoga ditemukan jodoh lelaki yg soleh dan buat awak lupa segala kisah pahit tu…jangan kerana seorang LELAKI…awak hancurkan hidup awak dan org lain….utk Cik Penulis semoga anda dpt terus terusan menasihati Maria kepangkal jalan….aminnnn
Saya setuju…memang bukan smua org begitu mudah memaafkan.Lebih2 lagi perkara yg melibatkan maruah diri.Saya akui Maria juga salah kerna biarkan diri diperdaya oleh Imran yg terang2 berjanji manis hanya kerana satu tujuan iaitu nafsu.Jika Mel sendiri sukar memaafkan imran apatah lagi Maria.Apapun hanya doa yg mampu sy panjatkan,nasihat sudah sy beri selebihnya pada Allah sy pohon agar diberikan hidayah dan lembutkan hati mereka agar saling memaafi..
bagus cerita awak ni dee. saya salute pada Maria tapi tidak menyokong tindakan dia. saya salute sebab saya tau dia terima dan mengaku nasib dia sekarang. manusia mana boleh terlepas dari berdendam. dah orang buat kita takkan kita diam kan. tak semua orang mampu bukakan hati untuk memaafkan orang yang menganiaya dia. tapi tu lah semoga maria kembali ke pangkal jalan. sihir ni sekali dah kita guna dia memang payah nk stop sebab sekali kita guna maka hilang la separuh dari kewarasan mental kita. jadi jauhi la niat untuk menyihir orang. Thanks dee atas cerita yang memberi banyak pengajaran.
Tq fizi atas komen awak…tulah,sy pun harap maria sedar yg masih ramai sygkan dia.Mel sendiri pun masa last sy jumpa dia dulu,dia ada ckp yg dia da maafkan maria sbb dia tahu maria mangsa keadaan,cuma mel sukar terima apa yg imran buat.sy hanya mampu mndoakan,selebihnya berserah pada Allah.anyway thanks fizi.bila nk submit story baru?
dah submit tapi belum publish lagi ni..hehe
Kena tunggulah fizi…bnyak entry yg tgh que agaknya.sy pun submit on 18 april,baru mlm tadi publish kat blog. semoga apa yg kita kongsikan dapat beri iktibar buat sahabat2 kita di luar sana.insyaallah
insyallah. ramai penulis sekarang,. hue hue hue
Pity maria n mel deserve better really…nasib baik mel x salahkan maria…
To imran, justice served.Aku ckup benci lelaki macam tu. Pegila cari maria mintak maaf kat dia. Boleh bersenang lenang lepas buat anak org mcm tu…
To maria, sy berdoa dia kembali ke jalan Allah dan semua urusan ke jalan tu dipermudahkan…..She deserve better…InsyaAllah..jgn sbb sorg laki x guna cm tu, dia rosakkan hidup dia…YaAllah, selamatkan Maria…
Amin Allahumma amin….tq sahabat
Aku faham apa maria rasa… Aku x seram atau takut baca cerita ni… Tapi aku sedih… Knp ada lelaki yg serupa mcm ex aku.. Tapi aku tak balas.. Walau aku trlalu menderita.. Rahim aku rosak.. Rahim aku akan di buang bulan mei nanti.. Tapi dia.. X pernah ada rasa salah.. Jantan sial.. Perguna kelemahan wanita umtuk nafsu..
Allahhu…semoga diberi kekuatan padamu sahabat.semoga awak redha dan tidak mnyimpan dendam seperti maria…dendam buat hati kita tak tenang.perbaiki diri dan ingat sahabat bahawa allah sentiasa ada buatmu..la tahzan…semoga apa yg berlaku buat jdi pengajaran.semoga kebahagiaan bakal menjadi milikmu kelak.amin
Kesian kat maria n mel… Semoga maria kembali ke pangkal jalan.. Pintu taubat masih terbukak…
Sebab satu kesilapan je smua jadi mangsa.. Manusia mmg x kan terlepas dari berdendam.. Harap nanti semua akan kembali pulih…
Cerita cik edot x pernah mengecewakan.. Sy #DieHardFan #CikEdot.. ?
Insyaallah doakan yg terbaik buat mereka….btw,t.kasih sudi baca kisah2 yg sy share.muahhh…huhuhu
Harimau yg si Maria nampak tu dia tuju kat Dee ke acane? Penjaga Dee eh tu?
Ermmm…kalau rajin nanti baca moyang part 1 sampai part 3 ya..tq
citer kau memang best.. macam citer si fizi jugak.. teruskan berkarya..
bgs cita ko. celaka imran ni. elok la tu kena
kesian maria… x boleh salahkan dia jugak.. kau yg mulakan..kau hadaplah..
apa yg aku nak katakan,jalan cerita yg menarik penulisan yg mudah di baca dan di fahami..
TERBAIK
cantik sgt ke maria tu?
Sedihnya cerita ni. Paham perasaan wanita seperti Maria. Dijanjikan yg manis2 tapi akhirnya ditinggalkan. Kepada kaum lelaki, jgn sesekali mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita, kepada kaum wanita ingatlah jgn sesekali tergadai maruah dan harga diri kita hanya kerana cinta. Moga maria sedar dan berhenti melakukan benda2 syirik ini. Moga baik2 untuk semua.
This is osemmm
Cikedot
I like you
Yg benarin,
Raizzo
cerita ni mmg cerita benar ye?
Ini pengajaran for both woman and man. For man, jgn senang sangat ambil kesempatan. For woman, jangan senang sgt menyerahkan and apa apa pun masalah you guys jgn sesekali guna cara syirik untuk selesaikan, bukan bahagia yg kita dpt akhirnya kalau hidup bertunjangkan dendam. For that man cari Maria and minta maaf akui kesilapan sendiri, minta maaf juga dekat wife you dan jangan lupa untuk maafkan diri sendiri, kalau kita memilih untuk berdendam that’s mean kita tak maafkan diri sendiri.
best la cerita akak syaman king ni.huhu
Moga ada jalan keluar dan jalan kembali untuk maria..
Faham dia marah. Tapi x berbaloi masuk neraka utk laki x guna tu
semoga beliau sempat bertaubat
Penulisan yang baik CikeDot . nasib baik saya dah marathon dr awal penulisan Cikedot so mudah faham
Speechlesss…..Menusuk sampai jantung dendam tu..kdgkala bila hati disakiti kita akan membenci sampai m**i..sy pun kdg ada rasa sebegitu..kita hanya manusia biasa..
Bace balik sume cite cik edot hahaha😂😂😂
gigih baca balik semua karya #Cikedot
smoga Dee sihat sejahtera hendaknya..
cikedot tak penah tak best…
Best sgt story line ni.. tq sbb share story yg byk sgt pengajaran ni.. tetiba jd fans jugak lahhh <3