Assalamualaikum pembaca FS. Nama saya Yung. Ini kali kedua saya hantar cerita tapi cerita pertama tak menepati citarasa jadi sya cuba sekali lagi. Saya berasal dari Sabah dan sekarang berumur 21. Kali ni saya cerita pengalaman-pengalaman kawan, saudara dan mungkin saya sendiri. Cerita-cerita yang saya akan share ada seram dan ada yang kurang. Dan saya akan menggunakan ‘AKU’ dalam setiap cerita supaya senang difahami. Saya akan ubah cerita sedikit supaya nampak lebih mantap (maklumlah dulu ada try buat skrip). Cerita ini pendek saja jadi harap cerita ini sampai dihati pembaca semua.
Cerita ini ada beberapa pengalaman dari Makcik aku, Aku dan Anak buah aku. So enjoy guys.
SIAPA DITANGGA ITU? – Cerita makcik aku (2008)
Aku baru saja habis membeli barangan dapur. Maklumlah suri rumah. Aku belum mempunyai kereta dan memang belum pandai memandu. Kereta pun milik suami jadi tak berani nak bawa. Mart pun tak begitu jauh. Lebih kurang 10 minit sampai. Sepulangnya aku dari mart. Aku naik jejantas untuk menyeberangi jalan raya dan kereta pada masa itu memang laju. Jadi aku pun ikut laluan yg memang gelap. Hanya diterangi lampu malap dari rumah-rumah bahagian kiri aku. Bahagian kanan aku pula semak-semak yang tinggi. Kalau aku masuk confirm aku tenggelam.
Lepas melintasi sekolah rendah, aku ternampak ditangga rumah anak buah iparku seperti anakku bersama sepupu-sepupunya. Berbaju tshirt hitam tetapi mukanya betul-betul macam anakku. Aku pun mendekati rumah itu (rumah aku di belakang saja jadi memang lalu disana). Tetapi aku hairan, tadi aku nampak anakku dan sepupunya. Ke mana mereka menghilang? Semasa aku berada di sebelah rumah ni aku masih nampak bayang mereka. Sesampainya aku dirumah aku tanya anakku adakah mereka berada ditangga itu tadi. Anakku pun menjawab ‘Teda, aku disini seja ba mak’. Aku terkejut lalu aku ceritakan kepada nya kejadian tadi. Anakku terus terdiam.
Apa yang aku nampak tadi ? Mungkin Jin ? ataupun mainan halusinasi saja.
SLEEP PARALYSIS. – Cerita Aku (2006-2017)
Siapa yang tidak pernah berpengalaman Sleep Paralysis ? Tipulah kalau tidak kan ? Apa itu Sleep Paralysis ? Sleep paralysis atau kelumpuhan tidur merujuk pada keadaan ketidakmampuan bergerak ketika sedang tidur ataupun ketika bangun tidur. Seseorang yang mengalami kelumpuhan tidur biasanya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak bisa mengeluarkan suara dan sebagainya. Dan selalunya mengalami halusinasi seperti terbayang sesuatu lembaga atau apa saja benda ghaib.
Cerita dan pengalaman aku ni ada kena-mengena dengan Sleep Paralysis. Dan seperti biasa kenalah tidur kan ? Kejadian pertama aku terkena Sleep Paralysis ni ialah ketika itu aku berumur 10. Kejadian itu terjadi dirumah pertama aku di Kudat Sabah dan aku pada masa itu kira budak penakut. Esoknya pula sekolah nasib baik sekolah petang. Nak dijadikan cerita pada masa itu semua dah tidur termasuk aku.Tetapi, aku terdengar seperti ada bunyi tapak kaki entah mungkin harimau atau beruang. Aku pandang ke arah kaki aku. Dari jauh aku nampak benda hitam seakan-akan anjing. Kecuali anjing ni warna matanya Merah.
Bukan 1 tapi tiga ekor. Seekor di atas katil ibu bapaku (aku tidur dibilik mereka maklumlah penakut), seekor lagi berjalan di dinding seperti cicak dan seekor lagi betul-betul berada di hujung kakiku. Mereka seolah-olah memandangku dan ingin mendekati aku. Aku pun apa lagi. Bergerak kekiri-kekanan tetapi aku seperti dikunci. ‘Mmmaak, Mmmak,’ aku menjerit tetapi suara aku bagai hilang masa tu. Lepas tu aku tersentak ketika anjing-anjing tu melompat kearahku. Aku terbangun. Aku duduk dengan dada berdebar-debar. Aku pandang ke arah dimana anjing itu tadi. Hilang. Aku menarik nafas lega. Kejadian itu hanya sekali dan aku hanya diam tidak bagitau ibuku.
Kejadian kedua ini baru sahaja pada bulan Januari tahun ini 2017. Kejadian ini ketika pulangnya aku dari Kudat ke Putatan, Kota Kinabalu. Waktu ni aku seorang saja dirumah. Ibuku, abangku dan adikku masih berada di Kudat kerana majlis perkahwinan sepupuku. Aku pun buat seperti rumah ini akulah ketuanya. Tidur pun lewat. Maklumlah esoknya cuti dari kerja. Aku tidur dibilik ibuku. Aku buat benda seperti remaja sekarang. FB, 9gag, FB, 9gag, download itu ini. Jam menunjukkan jam 2, mata pun mengantuk. Aku pun letak phone dan tidur.
Lebih kurang 30 minit lepas tu aku macam dengar sesuatu. ‘Yung! Yung!,’ sayup-sayup suara itu. ‘Seperti suara mak,’ kata hatiku. Aku cuba bergerak kekiri kekanan tetapi kaki dan tanganku dikunci. Lepas beberapa namaku dipanggil ‘YUNG!,’ jeritan itu betul berada dekat ditelingaku serentak dengan ada ketawa budak kecil dibelakangku. Aku tersentak dan terbangun. Aku tengok belakangku. Tiada apa. Aku mengalih pandangan baringanku melawan arah pula. Tidak sampai seminit aku dah terlelap. Tetapi kali ni dalam 10 minit aku terdengar seperti suara abangku pula bercakap sesuatu. Aku cuba lagi bergerak tetapi aku sememangnya dikunci. Aku pun cakap ‘Jangan kacau aku lah aku nda kacau kau pun,’ aku masi tak bergerak. ‘ALLAHU AKBAR,’. Aku pun terbangun lepastu aku menoleh. Ya tidak ada apa. Aku memberanikan diri dan tidur saja sambil menggoyangkan kaki.
Keesokannya aku bangun seperti biasa. Kejadian semalam tu aku masih tak boleh lupa. Betulkah itu hanya mainan tidur ataupun mainan makhluk ghaib ? Aku terfikir hingga sekarang.
ANAK BUAHKU. – Cerita aku.
Ini adalah cerita aku yang sememangnya seram kerana waktu tu Hari Raya 2011. Sebelum tu aku cerita dulu asal usul kejadian yang kena anak buahku. Anak buahku sama umur dengan aku. Masa itu anak buahku diganggu di sekolah saja. Dia ternampak lembaga atau apa aku tak ingat. Sejak kejadian itu seakan-akan hijabnya mula terbuka sedikit. Jadi dia memang nampak apa kami tidak nampak. Okay mula cerita.
Kejadian ini berlaku pada hari raya 2011. Mungkin Hari Raya ke 4. Kami baru saja balik dari bandar Kota Kinabalu. Balik dari tengok wayang di Center Point (sebelum Suria terkenal CP is the best). Kepulangan kami memang tiada kejadian yang tidak diingini. Aku cuma berada dirumah tengok tv macam biasa. Jam menunjukkan tepat jam 10 lebih kurang. Tiba-tiba anak buahku yang lelaki (umur 2 tahun muda dariku) datang kerumah.
‘Nek (merangkap ibuku) cepat pegi rumah Ina (anak buahku, bukan nama sebenar). Dia kena rasuk,’. Ah sudah. Mentang-mentang dah bebas buat kacau pulak. Aku pun ikut ibuku sekali kerumah Ina.Sesampainya rumah itu ramailah saudara mara ku datang tengok. Aku tengok diruang tamu anak buahku terbaring diatas tilam meracau-racau sambil kena tahan oleh 4 orang lelaki. Bayangkan 4 orang pegang seorang budak perempuan sebaya dengan aku. Terbuang-buang lelaki-lelaki tu bro. Lelaki tu abang-abang sepupuku (bapak Ina pun ada).
Aku pun duduk jauh sikit takut benda tu nampak aku pulak. Tak lama lepas tu ada pakcik ni memang aku kenal dari kecil lagi (nama takyah sebut la ek) dan dia dulu memang bukan macam sekarang. Yaaa jauh beza.Dengan dimulakan dengan Bismillah,dia pegang pergelangan tangan Ina. Bermula la dialog pakcik tu dengan makhluk yang ada didalam Ina. Dialog mereka aku tak ingat jadi aku cerita sikit la dialognya tu.
Makhluk tu : Sakit la bodoh (sambil garam diletakkan di dalam tangan ina)
Pakcik : Kalau sakit kau mau keluar atau tidak ?
Tak lama lepastu Pakcik tu ajarkan mengucap pulak. Disuruh makhluk tu ikut apa yang pakcik aku sebut, boleh pulak makhluk tu ‘blah blah blah’ mengajuk pakcik tu. Tak lama lepas tu reda la keadaannya. Makhluk tu keluar dan anak buahku kelihatan penat. Pakcik tu plak p****g limau…satu dia bagi kat anak buahku satu dia letak di suatu tempat aku tak ingat dimana. Lepas tu anak buahku buka cerita. Rupanya kepulangan kami dari bandar tadi petang tu ada sesuatu rupanya.
Dia nampak ada lembaga budak dekat dengan tempat aku duduk berehat. Waktu tu aku memang berlari ajak lumba kat kawan lain. Aku duduk di satu bustop kat depan sekolah rendah tu. Sambil-sambil tu aku sembunyi disebalik kereta orang. Patutlah aku rasa lain macam. Ntah yang dia nampak tu toyol or anything. Mungkin memang tempat budak tu. Anak buahku sempat lagi menakutkan aku kononnya budak tu suka kat aku. Hahaha aku cuma ketawa saja.
Itu saja cerita aku hari ini. Kejadian-kejadian tu aku berada disana (kecuali Siapa ditangga itu). Aku minta maaf kalau tidak seram atau apa. #brocuba katenyeeee. Kisah Anak Buahku tu sebenarnya panjang lagi dialog tu. Tapi disebabkan aku ingat sikit je jadi aku type yang sikit tu je la.Cerita-cerita ni pula memang aku ubah dan olah sedikit supaya kurang sama dengan kejadian sebenar. Maklumlah teringin nak jadi penulis skrip ahaha. Oooo yang tertanya-tanya aku laki ke perempuan….aku Lelaki.
Kalau ada yang berkenan sorry bukan taknak…aku saja jer malas nanti korang menyesal kat aku. Dahlah tak hensem. Terlebih pula gurau ahaha. Maklumlah…aku menaip ni pun rasa seram sejuuuk jer…nak sedapkan hati. Apa-apa pun harap korang terhibur dengan kisah ni.Dan harap Kisah aku yg ini dipublish dalam Fiksyen Shasha. Dahlah aku suka cerita-cerita yang ditampilkan di FS.
Bye guys, Assalamualaikum dan jaga diri.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hmm rasa nak demam
“Siapa yang tidak pernah berpengalaman Sleep Paralysis ? Tipulah kalau tidak kan ?”
Emmmm…
Setakat ni Alhamdulillah rezeki akk blom merase lg ketindihan ni…
Hmm.. same laa.. setakat ni xde…dan kalau boleh mang xnk pun kenaa..
Pape pun.. sy nk gthu.. sy pembaca komen hakak paling setiaa.. suke nengok ayat2 akk.. ilang stress mak tauu.. heheheh
Best bro..
Aku umr 16 thun dn skrg 25, dok kena sleep paralysed ni.
Ok la aku bagi 3HA
Bolehlah