Panggung Wayang

Assalamualaikum wbt kepada pembaca FS.Terlebih dahulu aku ingin perkenalkan diri. Nama aku Iyntan tapi orang panggil Qis, tak tahu kenapa. Umur aku 15 tahun tapi belum masok lagi,huhu. Dan asal aku sarawak. Ni kali pertama aku menulis kisah di FS. Andai cerita ini tidak menarik aku minta maaf sangat sangat.

Kebetulan haritu kami ada cuti, kawan pun ada ajak tengok wayang(cerita apa ntah tak ingat). Kami seramai 11 orang yang ikut sekali masa tu. Bangunan panggung tu dia punya kecil je, tempat duduk dia pun hanya untuk 50 orang je. Sebelum kami masuk tu, aku punya niat dah macam orang tak betol dah. Kami pun masuk dengan membawa pop corn dan air satu seorang. Masing masing dah pilih tempat duduk, panggung bermula 8:10 malam.Tunggu punya tunggu, jam pun dah menunjukan 8:30 malam tapi panggung tu belum bermula lagi.

Aku dah tak tahan terus angkat untuk kencing, aku punya pelik nye pintu yang kami masuk tu dah tak da. Pintu yang kami mula jejak tu dah tak ada. Dengan berani nya aku panggil Hani(nama panggilan) untuk temankan aku. Dalam ketakutan semua pun angkat dari tempat duduk setelah tengok aku macam orang gila dah, huhu. Aku masa tu rasa nak terkencing je dalam seluar,hahaha.Secara berjemaah kami mencari pintu keluar dan pintu masuk. Bayangkan panggung kecil pun boleh sesat,huhu !!

Tiba tiba ada seorang nenek duduk di depan sekali(depan panggung). Kawan aku ni punya berani dia tegur “hey tolong kmk orang lok, kmk orang mok keluar dari situk” (Hey tolong kami, kami semua nak keluar dari sini) Tiba je nenek tu toleh belakang dengan kepala berpusing, malawey buat buat tak nampak je. Kawan aku semua nya kumat kamit membaca doa masa tu, yang sorang ni masuk air pulak dok gurau dengan nenek tu. “Hey ingat ku takut ka, setakat main pelik pelik camyo aku pun boleh le” (Hey ingat aku takut ke,setakat main pelik pelik camtu aku pun boleh la) ehhh aku punya niat masa tu rasa nak tampar je mulut dia.

Dengan tiba tibanya panggung wayang pun bermula, tapi bukan panggung yang kami tempah. Filem tu terpapar yang tempat ni pernah terbakar. Ya Ampun seram nak mampos masa tu. Kami pun toleh depan tapi nenek tu dah hilang, tak tahu mana pergi. Aku kuatkan iman untuk semua benda ni, peluh dah bukan main lagi mengalir. Ada yang nangis masa tu, ada yang dah macam hilang semangat dan macam macam reaksi di orang.

Aku melangkah kaki ke depan dengan kawan aku yang berani tadi, Tarif(nama panggilan). Tiba nak melangkah, ada orang sentuh bahu aku. Ya Allah masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Dengan semangat yang ada aku terus toleh, malawey muka dia sampai sekarang masih ingat. Si Tarif ni pencarut orang nya, siap boleh carut gi. “ehh kekmak kau,kejut ku.” (ehh kimak kau,terkejuk aku). Masa tu dia boleh carut lagi, memang power betul dia ni. hahaha. Lepas tu kami semua baca ayat 4 Qul, Alhamdulillah benda tu hilang.

Ingatkan sampai situ je, Ya Allah masih ada lagi makhluk makhluk Allah ni. Tiba tiba je elektrik terus tak da,aku pun dengan rasa takut terus pegang tangan si Hani. “Ehh pegeang pegeang tangan ndah nyo” (Ehh pegang pegang tangan pulak dia) Aku pun buat buat tak dengar je apa yang Hani kata, huhu dah takut sangat dah.

Allhamdulillah elektrik pun dah ada, aku tengok di orang semua nya berterabur.Yang hairan nya, Hani bersama dengan aku, tiba tiba depan panggung. Dengan rasa takut aku pun bertanya dengan hani “Hani, kau pegang tangn aku nak?” (Hani, kau pegang tangan aku kan?) Hani pun berkata “ehh bilo maso nafas kau pun aku sik raso ntah gik nak pegang tangan kau” (Ehh bila masa nafas kau pun aku tak rasa ntah lagi nak pegang tangan kau). Time ni Hani boleh buat lawak lagi, mak aiii. Aku buat endah tak endah je percakapan Hani tadi. Lepastu kami semua berkumpul, masing masing tengok jam dah menunjukkan 11:23 malam. Kami semua duduk di panggung sambil pegang tangan lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan dan Si Tarif ni mewakili sebagai imam baca doa. Doa apa ntah di baca si Tarif ni, aku pun tak tahu haha.

Tiba tiba penjaga panggung ni panggil kami.”Hey sik pulang ktk orang ka?”(Hey korang tak balik ke?) Semua toleh belakang, terus belari selaju yang boleh. haha dah macam apa ntah di orang lari. Alhamdulillah dah tiba di tempat letak motosikal, kami terjumpa pak cik security. Pak cik tu kata “Lain kali boh gi sitok gik k, susah mok carik pintu keluar kelak” (lain kali jangan datang sini lagi ye,susah nak cari pintu keluar nanti) Dengan kata kata Pak Cik tu kami semua terdiam dan terus jalan.

Alhamdulillah kami pun balik dengan selamat, tapi yang lawak nye. Ada yang terkencing dalam seluar tanpa pengetahuan. hahaha. Sejak dari tu kami semua tak keluar tengok panggung lagi. hahaha, padan muka sendiri.

Cerita ni ada tergantung sikit, hehe minta maaf. Minta maaf juga Andai terkasar bahasa dalam tu. Dan minta maaf jugak kalau tak seram.
Note: Benda ghaib jangan di takut. Tapi ambiklah iktibar dari kisah ini,huhu.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
iyntan

15 thoughts on “Panggung Wayang”

  1. Dik..aku harap ko tak layan la wechat ye. Lepas tu plak, tak seram or tak menarik takpe. Nanti nak pt3 kan, better ko belajar menulis betul2 dik. Aku bkn nak doakan buruk2, tapi dgn cara ko menulis ada harapan karangan ko nak melingkup.

    Reply
  2. terpaksa tahan diri dari maki sbb awal2 dia mention dia 15. cerita ni sesuai buat borak masa siapkan homework pendidikan seni ja yg tekap corak batang pisang kat kertas putih tu

    Reply
  3. testing2 saja nak test cmna dia generate avatar hantu kat ruangan komentar ni ek..detect ip ka nama..testing2

    Reply
  4. Susunan ayat berterabur, pening baca. Isi yg x penting x perlu letak if nak letak juga bg padat baru tak hambar.

    Reply
  5. Maaf la dik abg x bc karangan adik sbb abg tau kelaut punye susuan kata dan tatabahasa standrd karangan cikgu bg C beza dgn abg dulunkarangan dpt A..lepas ni jgn bc cerita seram dik baca buku pt3 nak dekat dh ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.