Lagenda Imam Hafiz – Pertarungan Pertama (Jin Majusi Tewas)

Assalammualaikum. Nama dan watak di ubah untuk tatapan pembaca. Nama pena saya East semoga terhibur .

Alunan suara membaca al-quran yang sungguh mengasyikkan dan merdu bergema di seluruh pelusuk kampung pantai, terlihat sekumpulan lelaki berjalan perlahan menuju ke masjid . Di masjid, Hafiz membaca surah Al Baqarah tidak seperti masjid lain yang menggunakan kaset di saat hampirnya tiba waktu solat. Sudah menjadi kebiasaan Hafiz, untuk mengalunkan ayat al quran. Latar belakang hafiz yang mendapat pendidikan sekolah pondok di Kedah melayakkannya untuk menjadi imam muda di kampung pantai.

Azan subuh memecah keheningan pagi, Hafiz mengimamkan solat subuh pagi itu kerana imam Fauzi tidak dapat hadir. Hafiz bukan calang calang kerana dia telah banyak membantu kampung pantai di mana dia telah mengalahkan jin yang selama ini menghantui penduduk kampung pantai. Selama ini penduduk kampung sering memberikan korban pada jin tersebut, jin kafir dari kaum majusi dan kaum kaum yang lain menghuni pulau. Bertahun tahun penduduk kampung menurut perintah, sehinggalah kehadiran Hafiz selaku pembantu imam hadir di kampung pantai.

“Kenapa kita harus memberi korban pada Jin sedangkan kita tahu apa yang kita buat itu salah dan syirik iaitu menyekutukan Allah SWT?”, Soal hafiz pada penduduk kampung.

“Ustaz jangan buat serba tahu. Kami penduduk kampung ni dah berdekad memberi korban pada dia. Dia membantu kami”, Tegas Dukun Daud.

“Ustaz tak tahu kalau kami tak persembahkan korban pada ‘Dia’, masalah nanti akan menimpa kami. Ustaz muda lagi berbanding kami yang dah berumur dan berilmu”, kata leman.

“Adakah kerana kamu mempunyai ilmu yang cukup, kerana itu kamu mempercayai makhluk selain Allah SWT?. Ilmu yang kamu miliki tidak berguna jika kamu lebih suka menyekutukan Allah SWT dan bukannya beriman pada Allah SWT”, Tegas Hafiz

Suasana di dewan mesyuarat kampung sunyi sepi tiada jawapan. Hafiz mengeluh seketika.

“Begini lah. Penduduk kampung usah lagi memberi korban pada makhluk ini. Biar saya dan Imam Fauzi yang uruskan. Dan seeloknya tambahkanlah keimanan kamu dengan taat pada Allah SWT”, kata Hafiz dengan nada lembut .

Dukun Daud memandang Hafiz dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Dukun Daud sudah berumur 50an dan merupakan orang yang menguruskan korban bagi penghuni pulau. Kenyataan Hafiz pada penduduk kampung seolah olah mencabar kewibawaan beliau sebagai Dukun kampung pantai. Mesyuarat kampung ditamatkan dengan keputusan tiada lagi pengorbanan nyawa dilakukan pada penghuni pulau.

“Hafiz dan Imam Fauzi dah melampau. Jika perkara ni berlarutan amat bahaya bagi kita”, kata Dukun.

“Apa yang perlu kita takutkan? Kita tidak perlu takut wahai Dukun. Kita adalah penyelamat bagi kampung dan kita jugalah segalanya bagi kampung ini”, terdengar satu suara di sudut bilik.

Perlahan lahan dari asap kemenyan kepunyaan Dukun berkumpul di sudut bilik membentuk rupa makhluk bertanduk yang sangat buruk rupanya. Ternyata Dukun lah orang yang rapat dengan makhluk ini dan dia jugalah yang mendatangkan masalah bagi penduduk kampung.

“Jadi, apa yang kita perlu lakukan wahai jin?”, soal Dukun.

“Jangan khuatir Dukun. Aku akan pastikan Hafiz Dan Imam Fauzi terima akibat nya”, kata makhluk itu.

“Maut pasti hadir buat mereka”, jerit makhluk itu dan terus lenyap dari pandangan Dukun .

Hafiz baru sahaja selesai memberi tazkirah sesudah selesai solat isyak di masjid sebentar tadi dan Hafiz balik melalui jalan yang sunyi. Sudah menjadi kebiasaannya datang dan balik dari masjid berjalan kaki. Tasbih puji memuji tidak pernah lekang dari bibirnya. Tiba-tiba,

“Engkau Hafiz, engkau mempertikaikan kewujuda ku dan engkau la penghasut maha durjana merosakkan penduduk kampung supaya khianati aku”, satu suara bergema.

Dengan tenang Hafiz tersenyum,
“Aku sudah menjangkakan kehadiranmu wahai makhluk Allah SWT. Tidak pernah aku gentar dengan makhluk selain Allah SWT. Tunjukkan rupamu wahai makhluk”, kata Hafiz.

Di satu sudut berhampiran semak samun kelihatan satu makhluk menyerupai wanita menunjukkan rupa. Wanita itu sungguh cantik. Tapi Hafiz sedikit pun tidak terkejut dan Hafiz hanya tersenyum.
Hafiz telah pun bersedia dengan botol kecil di dalam poketnya untuk memerangkap makhluk itu. Hafiz membuka pencak silat kalimah tanda ingin bertarung dengan makhluk itu.

“Sesungguhnya aku tidak takut dan aku ingin bertempur dengan kau wahai makhluk. Sekiranya kau kalah, kau masuk ke dalam botol yang telah ku sediakan ini”, Kata Hafiz.

Sesungguhnya Hafiz amat berani. Di sebalik pohon terlihat Imam Fauzi dan beberapa pelajar agama muncul. Kelihatan agak takut tapi atas kata kata Hafiz sebentar tadi. Mereka yakin Hafiz boleh menamatkan riwayat makhluk itu.

“Baiklah. Jika engkau kalah. Jiwamu milikku”, kata makhluk itu.

Terdengar satu jeritan yang amat membingitkan. Tapi Hafiz tenang. Makhluk itu menyerang Hafiz. Tanpa disangka sekelip mata Hafiz hilang dari pandangan dan berada di belakang makhluk itu. Tingginya ilmu seseorang takkan dapat dilihat begitulah perumpamaan buat diri Hafiz. Dan Hafiz membaca yang membawa maksud:

‘Tiada Tuhan Selain Allah SWT Dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah SWT’
La Haula wa La Quwwata illa billah
(Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)
Di sambung dengan ayatul Qursi .

Makhluk itu menyerang dengan pantas. Mujur Pelajar dan Ustaz Fauzi mengelilingi Hafiz ketika itu. Makhluk itu kelihatan terkejut dengan cahaya putih kebiruan mengelilingi Hafiz dan yang lain.

“Dari Allah SWT Kamu Datang Dan Kepada Allah SWT Kamu Kembali. Aku tidak mahu berkasar tapi kamu memaksa aku berkasar. Engkau pergilah Dari Kampung Ini. Dengan Kalimah Allahuakbar!”.

Jerit Hafiz sambil menunjukkan telapak tangan dari silatnya yang ditunjukkan sebentar tadi.
Arggghh. Jeritan kesakitan memecah keheningan malam. Makhluk itu telah kalah di dalam pertarungan. Dengan pantas Hafiz mengurung di dalam botol dan di simpan untuk dibuang di lautan. Di sudut semak terlihat sepasang mata kelihatan sedih. Dan hilang dalam sekelip mata.

“Kamu bodoh wahai manusia. Kamu tidak melindunginya di saat ‘Dia’ memerlukan kamu. Terimalah balasan kamu”, jerit makhluk tu pada Dukun Daud .

Sekali libasan hilanglah nyawa Dukun kepada Makhluk itu. Kepala Dukun tercabut dari jasad. Makhluk itu berdendam dengan Hafiz kerana pasangannya sudah ditangkap. Akan dibalas satu hari nanti bisik mahkluk itu. Aku perlu mencari perantaraan lebih muda dan kuat bisik makhluk itu lagi. Dan makhluk itu lenyap dari pandangan.

Lagenda Imam Hafiz – Pertarungan Kedua (Imam Hafiz Tewas)

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
East

10 thoughts on “Lagenda Imam Hafiz – Pertarungan Pertama (Jin Majusi Tewas)”

  1. suka baca citer macam ni. teringat citer Siri Bercakap Dengan Jin.
    tenang menghadapi cabaran. best best.
    teruskan laa lagi 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.