Dusun *** Resort Janda Baik

Hai assalamualaikum kepada semua readers dalam FS ni dan buat admin terima kasih sebab kongsikan cerita ni. Semua sahabat handai aku gelarkan aku chippy. Jangan tanye kenapa sebab aku pun was was kenapa nama macam tu diberikan padaku. Ahaha. Okay cerita yang aku nk kongsikan ni memang betul berdasarkan dari pengalaman aku sendiri pada 9 tahun lepas masa berumur 17 tahun and masih sangat segar di ingatan aku.

Cikgu Faizah cikgu kaunseling sekolah aku inform dekat aku dalam masa lagi dua minggu akan datang ada perkhemahan anjuran Kementerian Belia Sukan dekat Dusun *** Resort Janda Baik Pahang. Diaorang nk sponsor sekolah kami seramai 44 org iaitu bersamaan dengan satu bas. Cikgu memang nak attend perkhemahan tu sebab nak biar kami dpt sijil and so on lah katanya. Dipendekkan cerita aku disuruh untuk cari kawan-kawan yang berminat nak join. Aku bawak hampir semua pelajar lelaki melayu kelas aku untuk turut serta, kawan kawan dari kelas lain. Dan beberapa pelajar perempuan nak turut serta.

Kami berangkat jam 8 pagi dari sekolah hari jumaat yg dinantikan. Sesudah smpai d siana rupanya ada lagi dalam 4-5 sekolah lain turut serta dan ada satu kumpulan fasilitator dari Kolej Yayasan Melaka. Kejadian Hari pertama lepas solat isya’ dan makan malan. Sewaktu kami semua berkumpul standard lah brain storming and aktiviti berkumpulan, tengah leka dan kusyuk beraktivitas tiba tiba salah seorang peserta perempuan dari sekolah mana tah lari melulu keluar dari dewan dan terus berlari ke arah satu dewan yg kosong selang beberapa blok dari dewan kami berhimpun. Abg kakak fasi tu apa lagi lari kejar perempuan tu.

Baru nk tangkap makin laju dia lari masuk dalam dewan yg kosong tu. Semua pelik pintu dewan berkunci macam mana dia boleh bukak macam tu je. Perempuan tu masuk dalam je dia menangis ya Allah sangatlah kuat sampai kiteorang tercengang cengang dari jauh tengok pun boleh dengar. Apa lagi dah nangis dia boleh mengilai gelak ronok ronok dalam tu macam jumpe kawan lama dia. ‘Ahh sudahh!’, kami semua bercakap dalam hati. Tiba tiba datanglah seorang lelaki rasanya dia supervisor incharge dalam resort tu. Pakdin nama dia. Pakdin ditemani oleh seorang ustaz salah sebuah sekolah yg ikut trip kami tu.

Lepas dalam 10-20 minit ustaz dan pakdin ber-negotation dengan perempuan tu, akhirnya perempuan tu senyap lalu rebah jatuh pengsan. Kiteorang lain semua diam seribu bahasa dalam dewan tu. Memang tak jadilah nk aktiviti ke apa malam tu. Fasi semua bagi arahan suruh kiteorang balik ke dorm. Okay sekolah aku ni disebabkan ramai sangat lelaki berbanding sekolah lain so kiteroang dapat satu dorm yg memuatkan 25 katil double decker. Satu hall dorm tu memang kami punya. Dorm kami tinggi sebab dia dekat kawasan macam rendah tapi diselaraskan sama level ketinggian dia dengan dorm lain iaitu dorm pelajar perempuan sebelah kanan. Jauh gaklah dalam 50 meter terpisah.

Belakang dorm kami memang hutan semata mata. Dan toilet pulak dibawah sebelah kiri. Kiranya kalau nk ke toilet memang kena turun tangga yg berada di hujung dorm tu lah. Rasanya siapa penah ke resort ni tahu kot macam mane ghupenya. Susah nak explain. Nak dijadikan cerita malam tu kami semua kawan kawan ni lepak la dekat depan dorm tu sambil berborak pasal kejadian tadi dekat dewan tu. Semua memang jujurlah takut tk penah tengok, dengar semua benda tu. Kalau stakat menyakat kawan lain buat suara pelik pelik ke apa pernah lah.

Ada seorang kawan aku nama dia Hakim. Tengah rancak kami berbual hp dia berbunyi tiba tiba dahlah dia tengah bercerita pasal kes tadi tu. Rupanya mak dia call nak tnye macam mane keadaan kem tu semua, dia pun berlalu pergi jauh dari kami sebab bising dan line telepon tak clear. Dia berjalan menuju ke tangga nk turun tu langsung datang lari balik ke arah kami semua. “Kau dah kenapa kim nak lari lari macam ni?”, tanya aku pada dia. Selamba badak je dia jawab, “aku nampak ada benda tengok merangkak naik tangga macam dalam cite ju-on tu terkejut lah aku”. (Untuk pengatahuan kalian. Hakim ni alim orangnya. Solat tak pernah tinggal tiap ada masa terluang berzikir dia isikan masa).

Lepas dengar dia cakap macamtu, apa lagi lintang pukang lah semua lari masuk dalam dorm. Disebabkan semangat setia kawan yg sangat kuat kami semua tambah dengan takut, kiteorang rapatkan semua katil double decker tu ke tengah dorm dan tidur dekat dekat semuanya. Takde yg terpisah jauh. Sampai sekarang bermain dalam ingatan aku. Apa benda yang hakim nampak tu ? ‘Benda’ tu ke yg da masuk dalam badan perempuan yg melulu lari masa aktiviti berkumpulan tu ? Weh baru hari pertama dah buat perangai camtu lahai. Ahah.

Ps: Maaf kalau cerita ni tak seseram yg lain. Tapi ada lagi yg terjadi pada malam kedua dekat resort tu. Kalau diberi peluang kesempatan aku sambung lagi cerita malam kedua. Ni pun baru lepas azan subuh rasa macam senang skit nk berkarya ceh. Tadi masa azan subuh berkumandang pun bulu roma den berdiri goosebump. Taktau lah kenapa. Assalamualaikum nak solat dan sesiap bermulanya hari baru. -MIAR-

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ikhwnn

23 thoughts on “Dusun *** Resort Janda Baik”

  1. haa aku pun rasa dusun eco resort sbb mmg dorm dia panjang and hujungg skali ada tandas tapi kena turun tangga lalu kt ampaian baru jumpa tandas. aku pun ada kisah seram kt situu. kat ampaian tu la aku terkena huhuuu

    Reply
  2. Kalau stay kat sana, first thing staff Dusun akan brief, dilarang melepasi rentangan tali yang dah disediakan, dan kedua jgn jejakkan kaki ke kawasan yang gelap.
    Kalau jungle trek pon sama, byk kali warning jgn keluar dari trek yg dah siap bertali.
    Tapi kat sana, kala malam menjelang, mmg angker!

    Reply
  3. Aku pun merasa kat dusun eco ni sbb terpaksa mandi tgh mlm, sbb tergelongsor masa duk sesi aktiviti yg berjalan dlm hutan tu.bdn penuh tanah.dy teman aku mandi dgn bau-bauan dy.tak cukup dgn tu,ak kena tolak dlm hutan berbukit tu.mujur tak jatuh kebwh.dan mujur jugak budak laki blkng aku x kena lesing sbb sia2 kena tuduh dgn aku.huhu

    Reply
  4. pernah gak prgi kem kt situ,kem skola dululah. sblm dtg tmpt tu lg rse mcm ta sdp hti.prmpuan dpt dorm yg tinggi, lelaki dpt dorm yg bwh mcm penulis cerita tnds dia kt bawah hujung sblh kiri (mmg seramlahkan),prnh satu mlm tu kwn ajak gi tnds rse na carut je time tu tp temankanlah jgk kn kesian takde kena kacau pn kat sana just rasa cam seram tu adalah.siang dia lawaje, mlm rse seram sb sejuk ,berkabus je kwsn tu. ada aktiviti nightwalk jgk mse tu, aku ni jenis yg takdela tkut sgt tp mlm nightwalk tu mmg aku rse gelabah sgt, pstu ahli kmpuln plk suruh aku dok blkg skli(motif? sb aku bdn besar ) mm aku benci gila la member2 kumpuln tu dulu.tp mmg aku gelabah hbis, berpeluh sakan,kalau toreh muka aku pn tak berdarah, nthla tkut dia lain mcm .lps abes nightwalk tu msing2 cter jmpe hntulah apalah. dkt kem2 sblm ni takde plk aku gelabah gila kalau aktivti nightwalk ni. kt tmpt ni je rse pelik

    yg jungletrekking tupun seram jgk walaupn wktu siang. aku kn jnis bdn besar,so mmg aku jln lmbt la kn mmber2 kumpuln sume blah tak tunggu aku , jln2 pnya jln tetibe aku tggl sorg2 je bygkn aku ikut je laluan yg member2 td lalu sb still nmpk dorg kt dpn ,lpstu nth mcm mana drg hlg dri mata.time tu kt sungai na melintasi sungai tu.aku mcm org bingung time tu.nsib baik kumpulan lain tba2 muncul dri blkg so aku join la group tu. tp endingnya aku trpish ngn group tu jgk sb lembab and aku manusia pling lst kluar dri hutan tu dgn abg fasi sorg yg tmnkn aku.hehe tp walaupn seram tmpt tu best jekan. mcm2 aktiviti bleh buat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.