Jam menunjukkan tepat jam 12.00 malam. Dalam kepenatan, aku menghidupkan kereta aku dan memandu pulang ke rumah. Kebiasaannya aku akan pulang lebih awal, memandangkan dua hari lagi aku akan bercuti, aku terpaksa menyiapkan segala kerja-kerja yang menimbun di pejabat. Bekerja sebagai seorang Koordinator program Latihan Kemahiran ini agak mendesak apabila menghampiri persiapan Peperiksaan Pelatih, banyak kertas-kertas kerja perlu disiapkan. Pernah juga aku keseorangan di pejabat menyiapkan dokumentasi sehingga jam 3.00 pagi. Disebabkan mata semakin lesu ketika itu, aku terpaksa meninggalkan saki-baki kerja pejabat aku kerana pada waktu itu, tiada siapa yang turut sama di pejabat. Aku tak berani stay lama-lama keseorangan di pejabat semenjak mendengar staff diganggu makhluk āehem-ehemā. Perkara tersebut membuatkan aku seram sejuk akan tetapi sengaja buat gagah.
Pada kebiasaan cuti sebegini, aku akan pulang melawat adik-beradik serta sanak saudara yang duduk berjauhan daripada aku. Maklumlah, hanya mereka sahaja yang aku ada kerana aku telah kematian kedua-dua ibu-bapa 10 tahun yang lalu. Cuti kali ini, aku bercadang untuk melawat kakak sulung yang berada di Kota Tinggi, Johor Bharu. Sudah lama juga tak jumpa dengannya. Terasa rindu untuk jumpa dengan adik-beradik yang lain sejak sekian lama terpisah kerana desakan hidup. Mereka (adik-beradik) juga bercadang untuk berkumpul di rumah Kak Long. Jadi, lengkap pertemuan kami sekeluarga lantas mengubat rindu yang lama terpendam.
Aku memandu pulang ke rumah keseorangan. Jarak dari rumah aku ke pejabat taklah sejauh mana. Hanya mengambil masa 20 minit pemanduan. Rumah aku terletak di Bukit Beruntung dan tempat bekerja di Bandar Rawang. Dalam perjalanan pulang hanya kegelapan malam dan lampu-lampu samar beberapa kenderaan yang menemani sepanjang perjalanan pulang. Dikelilingi pokok-pokok besar kiri dan kanan jalan yang menggerunkan serta malam yang dingin menyebabkan meremang bulu roma dibuatnya. Aku perasan dari pejabat sehingga perjalanan ke rumah, terasa kenderaan yang dipandu agak berat. Kebetulan jalan yang dilalui pula sunyi dan kurang kenderaan melalui memandangkan sudah 12.00 pagi ke atas. Tercetus dibenak fikiran, mungkinkah ada āehem-ehemā menumpang? Aku berhenti seketika dibahu jalan untuk memasang CD Surah Quran. Aku sambung semula perjalanan pulang, dan baru aku tersedar rupa-rupanya aku terlupa lepaskan brek tangan. Padanlah rasa berat je kereta. Sukun goreng betul! M**i-m**i ingatkan ada benda menumpang.
Setelah tiba di rumah kira-kira jam 12.20 tengah malam, aku terus mandi dan kemudian tidur kerana terlalu letih. Keesokannya, aku pergi kerja seperti biasa untuk siapkan saki-baki kerja pejabat yang masih belum selesai. Nasib baik kerja-kerja yang tertinggal dapat aku siapkan dengan cepat. Aku pulang yang sedikit awal iaitu sekitar jam 6.00 petang. Setibanya di rumah, aku bersiap-siap dengan pakaian, keperluan dan lain-lain lagi. Segala isi rumah habis aku kemas. Kemudian, aku tidur sekejap sebab akan memandu pada malam nanti. Pada jam 8.00 malam, aku memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin aku tuju iaitu, rumah Kak Long di Johor Bharu. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Johor Bahru kerana sebelum ini Kak Long berkhidmat sebagai Guru di Melaka. Selepas dia kahwin, dia transfer ke sana.
Perjalanan dari Rawang ke Johor Bharu mengambil masa kira-kira 6 jam. Semasa aku bertolak dari Rawang jam 8.00 malam, bermakna anggaran masa ketibaan aku di sana adalah lebih kurang jam 1.00 malam. Aku jenis yang memandu cermat bukan speed racer, hihi.
Sepanjang perjalanan, aku singgah sebentar di R&R Pagoh untuk isi minyak pada jam 11.30 malam, solat dan rehat-rehat sebentar. Setelah itu, aku meneruskan perjalanan menuju ke Kota Tinggi. Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, aku melalui pekan Tampoi. Ketika itu kelihatan sebuah Mall yang boleh tahan besar bernama āKemayan City Mallā. Waktu pada masa itu sekitar 12.00 malam. Lampu Pasaraya ini terang benderang dan terpampang banner perasmian pembukaan. Agak mengujakan kerana pasar raya ini sangat besar dan boleh challenge āMid Valleyā lah ketika itu. Aku kagum kerana walaupun waktu menunjukkan 12.00 tengah malam, pengunjung tidak putus-putus datang. Dashyat juga orang JB kalau dapat bershopping. Dengan lampu yang bersinar terang-benderang serta kelihatan ramai yang mengerumuni pasar raya itu seperti memanggil-manggil aku untuk beli-belah di situ.
Di dalam pasar raya tersebut, banyak-barang yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Melihatkan harga barangan murah di situ, aku kegirangan. Di dalam hati terdetik, āKat rawang mana dapat harga macam ni, baik aku beli duluā. Di samping itu, aku juga berniat untuk membelikan hadiah untuk ahli-ahli keluarga aku serta saudara mara di sana. Banyak juga barang-barang yang aku beli. Boleh dikatakan penuh kereta jugalah dibuatnya. Aku āshoppingā sakan kerana esok-esok tak mungkin dapat harga yang sama kan. Dekat 1000 jugalah berbeli belah. Gila kan?.
Disebabkan aku terasa lapar, aku sempat menikmati Ayam Penyet di Food Court mall tersebut. Sedap!, memang nanti boleh recommend kat kawan-kawan, cuma staff jual Ayam Penyet tu muka masam mencuka, pandang aku macam tak puas hati. Yang dia tahu, Hmmm, Hmmm, Hmmm. Bisu agaknya tak reti cakap. Nasib baik Ayam Penyet dia sedap.
Tiba-tiba, dalam kesesakan orang ramai membeli belah, telefon bimbitku berbunyi. Rupa-rupanya Kak Long aku menelefon aku dan bertanya,
āAda kat mana?ā, Lantas aku membalas,
āAku ada kat Kemayan City ni, tengah beli barang-barang sikitā,
āKemayan City?, beli barang?ā, Kak Long menjawab dengan nada kehairanan.
āYa lah, kat Kemayan City lah ni. In Sha Allah nanti aku sampai laā,
āCepat-cepat sikit, jangan lama sangat, dah jam berapa sekarang ni!ā, Kak Long seperti mendesak.
Perbualan aku dengan Kak Long yang sangat sekejap penuh tanda tanya.
Setelah selesai beli-belah, aku meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Hampir penuh juga bonet kereta aku dengan barang-barang. Dalam jam 4.00 pagi aku tiba di sana. Kak Long sahaja yang menyambut aku memandangkan yang lain sudah ke alam mimpi. Kerana terlalu letih, aku tinggalkan barang-barang yang dibeli dalam bonet, esoklah jawabnya.
Keesokan pagi, aku mengajukan pertanyaan kepada kakak aku. āKenapa malam semalam, cara kau cakap macam mendesak suruh balik cepat-cepat?ā. Kak Long mendiam seribu bahasa seolah-olah merahsiakan sesuatu. Aku mengulangi pertanyaan dan akhirnya Kak Long membalas,
āSebenarnya, kalau kau nak tahu, Kemayan City yang kau shopping semalam tu tak wujud punā.
Aku bertambah kehairanan. āTak! Memang ramai semalam. Tempat tu punya lah terang benderang, takkan la aku ni rabun kut, dia orang buat perasmian pembukaanā, aku cuba menjelaskan.
āKalau kau nak tahu tempat tu sebenarnya bangunan terbengkalai. Dah 10 tahun bangunan tu terbiar. Lagipun memang dah ramai orang terkena macam kauā, jawab Kak Long.
āHabis, duit yang aku guna, barang-barang yang aku beli semalam?ā. Aku kehairanan dan masih cuba berfikir logik.
āKau beli apa?”, Kak Long membalas.
Aku tanpa teragak-agak terus mengambil kunci kereta dan membuka bonet kereta. Alangkah terkejutnya aku kerana mendapati bonet kereta hanya dipenuhi dengan daun-daun kering dan ranting pokok. Kak Long seperti sudah menduga dan tidak terkejut kerana perkara tersebut bukanlah kali pertama terjadi kepada sesiapa yang pertama kali datang ke JB.
Tetapi aku tak puas hati. Aku terus menghidupkan enjin dan memandu semula ke pasar raya tersebut. Setibanya di sana, apa yang dapat aku lihat hanyalah sebuah bangunan yang terbiar yang penuh semak-samun serta sampah yang bersepah. Aku memasuki bangunan terbengkalai usang tersebut sambil membayangkan kembali keadaan pasaraya yang meriah malam tadi. Semakin lama aku menapak semakin itu juga aku berasa tidak kena dan bertambah seram. Pelbagai tanda tanya bermain difikiran.
āApa yang aku nampak semalam?ā
āKan ramai orang semalam?ā
āApa yang aku makan semalam?ā, bisik aku dalam hati.
Tekak aku tiba-tiba berasa loya dan terus muntah. Aku muntahkan cecair kuning yang sangat busuk macam bau bangkai. Dalam sebatian muntah itu aku dapat melihat jelas ācacing tanahā yang tidak hancur.
Tanpa berfikir panjang, cepat-cepat aku buka langkah untuk meninggalkan bangunan tersebut dalam keadaan perut yang teramat sakit sehingga mata berair sebab muntah. Dalam perjalanan keluar, aku ternampak wang yang aku belanjakan semalam bertaburan di atas lantai. Sepantas kilat aku sambar wang tersebut lantas lari menuju kereta untuk pulang ke rumah kakak aku.
Dalam perjalanan pulang ke rumah kakak aku, kejadian aneh tersebut terus-menerus bermain di benak fikiran sehingga aku trauma. Sehingga hari aku masih tak dapat melupakan tragedi yang menimpa diri. Sukar untuk dihadam dengan logik akal. Hanya istighfar dan doa aku panjangkan kerana tak menyangka perkara sedemikian rupa akan terjadi. Sesungguhnya, perkara misteri yang telah terjadi pada aku tersangatlah ājahatā permainannya tak mungkin akan aku lupakan sehingga kini.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Serius, memang ramai juga kena macam ni.
Dekat 1000 tu..nasibbaik dpt jumpa saki baki duit tu..tp beranila sanggup masuk balik dlm bangunan trbengkalai tu
Tapi…. hurm. Pukul 11.30pm kt pagoh, isi myk rehat, solat. Seorang pemandu cermat dan bukan speed racer, sampai kemayan city mall sekitar jam 12.00. Gi tampoi dulu baru patah blk kota tinggi? Maaf la sy keliru…
hehe….memang agak keliru disitu….
paling kurang 1.30 -2. 00 baru sampai kemayan. Tp ape kejadahnye die gi tampoi dlu sblm kota tinggi
Betul tu. Bila penulis tulis “Kota Tinggi, Johor Bahru”, aku dah was-was dengan cerita ni. Tapi kejadian di Kemayan City tu kisah yang common, selalu diceritakan, kalau tinggal di JB memang akan selalu dengar.
*Nota untuk penulis, kalau nak menulis cerita fiksyen seram, cuba elak membuat jalan cerita yang logiknya boleh dipersoalkan para pembaca, kalau tak, seramnya tak sampai. Anyway, good effort & keep on writing! Peace.*
Aku dok 9 thn kat JB, wpun newbie masa tu x penh terkena dgn kemayan city, dengaq org crta ja, org spore penh terkena , adik beradik biras aku pun penh terkena, aku dok lalu kot jln belakang kemayan city tu, sram jugak.
la dh depa bangunkan semula kemayan city tu, aku dulu dok keja kat Tampoi j, tiap hari lalu depan tu, lama x balik JB,
sat lg jadi la paradigm mall kawasan tu
intro dia kalau boleh tak payah panjang sangat..macam dah tak kena mengena dengan cerita seram awak..keep it up
Boleh la diwar2kan kepada semua orang supaya semua tau fasal kemayan city ni dan x singgah situ jadi mangsa
sekarang da jadi paradigm mall tak lame lg opening.. jgn tekejut pulak kalau dtg jb nmpk ade mall kat situ. haha
Kemayan City cite lejen org JB.. Skrg dh runtuh buat Paradigm Mall.. Tak tau la seram ke tidak nanti…haha
Kemayan City tak diruntuhkan, bangunan asal, tapi diteruskan pembinaan menjadi Paradigm Mall. insya Allah hujung tahun ni akan dibuka.
Saya duk kat belakang kemayan tu bang… xde apa pun….. blik keje pun memalam… yg saya cuma dengar “org kata” je smpailah hari ini.. sy duk situ dr kicik2 lagi..hahaha.
Orang kata her kan. Semua orang boleh kata yer dak.
Ermmm buat fiksyen x kaji dulu…. banyak silap karangan ko ni… ptong markah
1. R&R Pagoh 11.30 mlm – sampai Mall 12.00 mlm… kata pemandu cermat… tapi kalau bawak laju pun x
sempat nak sampai dik ooiii…
2. Nak gi Kota Tinggi lalu JB … apahal….. terusla…. exit Kota Tinggi/Kulai ibarat nak dr JB nak gi Putrajaya
tapi exit kat Toll Kuala Lumpur
tang time tu memang tak logik lah pagoh ke jb mau lagi 2-3 jam. tang jalan tu mungkin kluar ikut exit skudai dan ikut jalan highway pasir gudang then lalu ulu tiram dulu sebelum sampai ke kota tinggi. sebab die pun ckp bru first time datang jb mungkin die sesat kot, jalan just ikut signboard.
kikiki. baca boleh, percaya jangan. cerita imaginasi penulis.
penulis ni budak sekolah menengah.sembang tak tau apa-apa.setakat sampaikan semula apa yang didengar.tambah-tambah perisa.
sama macam kes villa nabila.menipu orang ramai.
Apa pun komen lainĀ²…dpt jg tahu ada mall mcm ni… Dahsyat nya…
dlu mlm2 kalau lalu depan kemayan kat highway skudai tu biase nmpk kereta masuk ikut bawah. kereta tu menuju ke mana wallahu a’lam. sebelum renovate nak jadi paradigm mall, fly over tu dari jb nak masuk ke kemayan boleh guna untk u-turn balik ke jb dan akan lalu belakang kemayan city ni. biase lalu malam2 akan rase macam ada kelibat kat dalam bangunan tu. enth sape yang masuk dalam tu malam2 bute.
aje.. aku lalu situ dulu memalam minyak kete ngamĀ² habis. pasal meter ak rosak xleh la nak tau levelnye. jln kaki bli minyak. waktu tu mmg berharap xde yang teman. haha..
Ini cerita lama kan? Mcm pernah baca dulu2. Copy and paste ke. Cuma dulu takda la ayam penyet tu dlm cerita. Kalau tak salah family Cina org singapore yg kena dlm artikel aku baca dulu
Perjalanan yg kau redah tu jauh giler… buat apa laa kau masuk tampoi lepas tu patah balik ke kota tinggi..
Dari kulai kat boleh tembus jln kota…
ape2 pon ko memang berani m**i masuk tempat terbengkalai mcm tu… skrng tempat tu tgh buat balik akan dibuka dlm tahun jgk rasanya…
Husnuzonn, ni sebenarnya cerita fiksyen yang menggunakan lokasi sebenar.
Aku dulu duk jb 5 tahun, x tau pn wujud kisah kemayan city mall ni. Kemayan tu pn mcm x pnah dgr. Atau… aku dh hilang ingatan?Bahaha~~ nmpk sgt x amik kisah
kemayan city wujud bro, skg paradigm. tu yg berlampu memanjang takut ada “”benda”
Kemayan City tu akan jadi Paradigm Mall. Dah hampir siap pun.
Lepas ni kalau korang datang JB jangan terkejut ye.
Sebab mall tu memang dah cantik.
Ni hanya cerita rekaan semata2
Aku muka baca dengan serius.. Tp bila sampai kat bab rnr pagoh tu nak ke jb.. Aku dh jadi was was.. Nak kata 11.30 am dari pagoh sampai ke kemayan city jam 12 am xkan lama sangat kot.. Nak kata 1130 pm ke 12am pun cepat sngatlah plak. Tp yang herannya ada plak kedai buka sampai 12 am.. Cuma aku ingat penulis ni lupas nak tambah ayat last tu.. “Rupanya aku berminpi”. Batulah orang baca tanpa pertikaian.. Hehe