Cerita Cikgu Yang Orang Kata Poyo –Part 2-

Assalamualaikum wbt.
Terima kasih admin kerana menerbitkan cerita saya. Terima kasih kepada pembaca yang memberikan komen menegur penulisan saya. Barulah saya faham kenapa banyak cerita yang ditulis dalam Fiksyen Shasha ne penulisan nya sukar difahami. Nak tau kenapa? Sebab saya yakin mereka juga seperti saya, mengarang cerita didalam smartphone masing-masing. Kalau korang tak percaya, cubalah tulis…hahahah, lepas tu biar aku pulak komen penulisan korang.wakakakaka. ok tak lawak. Ok di siri kedua ini saya nak sambung lagi kisah saya sekitar 2012-2014 saya, dan masih ada cerita berkaitan sekolah saya.

Sekolah Ku Syurga Ku
Sekolah Aku ne mempunyai sejarah yang panjang, kalau tak silap sekolah ini ditubuhkan sekitar 1907, di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, sekolah ini dikatakan telah dijadikan markas tentera Jepun semasa zaman penjajahan. Di ceritakan juga oleh penduduk tempatan, sewaktu pembinaan bangunan kantin yang baru, sedikit tanah dialihkan/diratakan , pekerja menjumpai tulang dan rangka manusia. Terdapat juga penduduk mendakwa pernah mendengar tentera berkawad di tengah malam.

Perkara ini tak dapat aku sahkan, sebab sepanjang aku berkhidmat kat sini, dah pernah tido di sekolah kerana perkhemahan badan beruniform dan sebagainya, tak pernah lagi lah kejadian mistik berlaku ke atas murid-murid ku. Samada histeria, terserempak atau jumpa, walaupun dengan makhluk yang duduk di tingkat 4, yang nak ‘berkenalan’ dengan aku dulu.

Cuma pekerja pembersihan pernah mengadu yang dia juga turut di ganggu di tingkat 4 di waktu petang. Pekerja sekolah aku tu super rajin (ok, dia janda), dia pergi menyapu/bersihkan tingkat 4 tu sorang-sorang. Kemudian berlari turun, muka cemas, dan bertanya pada pekerja lain, “ada benda ke kat atas tu?” , entah waktu kejadian aku pon ntah macam mana aku ada sekali, pekerja tu pon mengiyakan. Kemudian aku pon ceritakan kisah aku dulu tu. Dan aku pesan jugak kat akak cleaner tu, kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Bagi aku kadang-kadang dia sengaja nak tunjuk kat orang, bahawa dia duduk di situ, so kene lah respek dia sama.

Cerita Prasekolah
Kat pra ne pon ada jugak, waktu aku masuk sekolah ne, PPM (Pembantu Pengurusan Murid) dia comel, cikgu dia cantik, dua2 awek, tapi…dah ada boipren (puiih…ajet2 hensem nk mengorat). Makcik kantin (rumah dia betul2 sebelah prasekolah) selalu bising kat GB/PK dan cikgu-cikgu lain, yang PPM prasekolah tu tak tutup radio, boleh dengar radio di pasang waktu malam. Sekali, mungkin kebetulan, tapi bila berkali-kali, tu bukan kebetulan. Aku tanya jugak PPM ne, yang dia tak tutup radio ke, dia marah aku balik, dan menegaskan memang dia dah tutup radio sebelum balik. So, benda tu boring lah kot, suka dengar radio. Janji tak kacau murid sudah, noktah.

Cerita Migrain 2011
Tahun pertama aku duduk sekolah ne, aku jadi rajin, proaktif, melayan karenah GB, disukai GB lah kot, (yelah, semangat berkobar-kobar, tak pernah lalu lagi liku-liku kehidupan bekerja, apa GB suruh, buat tanpa banyak alasan). Tak silap aku lebih kurang bulan september-hingga ke oktober, aku menghidap migrain yang melampau, tanpa alasan yang kukuh migrain aku datang. Hampir setiap minggu aku MC/balik awal, sebab minta izin untuk ke klinik, painkiller yg dapat dr klinik sampai habis aku makan, habis je 6jam, pening akan datang balik. Aku ne bukan lah jenis ada migrain sebab secara seriusnya, apa jua masalah aku hadap, aku tak akan fikirkan sangat. Migrain yang melampau ne pada mulanya aku kaitkan dengan cermin mata aku yang dah lama tak tukar. Kemudian aku pon tukar cermin mata, sama jugak.

Dipendekkan cerita, aku minta bantuan Guru aku, untuk bantu pulihkan aku dari jauh. Diikuti aku pon pulihkan diri sendiri, berulang-ulang kali aku buat, sampailah Allah izinkan aku sembuh. Alhamdulillah. Syukur. (kejadian ini berlaku sekitar 2011)(husnudzhon banyak aku ne.)

Cerita Migrain 2013
Kak Mah, Guru Cemerlang yang pindah masuk pada tahun 2012, sangat berwibawa, cakap serupa bikin, mudah bergurau, dan pandai bagi nasihat, tapi tua (ok, sempat lagi mengutuk, sory kak, kahkahkahkah). Memandangkan dia guru senior dan power, apa yang salah dia akan tegur, tak kira lah siapa pun orang (jawatan) tu. Berani kerana benar. Kononnya.haha. satu waktu tu, dia ambil MC bersambung-sambung, mula-mula seminggu, (bapak boring time dia MC, xde sapa nk bahan, dah la sekolah tu xde anak dara, semuanya mak-mak budak, kak mah ne je aku salu jek lebih, sebab anak dara dia 5 orang, hahahah), kemudian masuk minggu kedua, kadang seminggu tu dia datang sehari je, lepas tu tak datang lagi.

Dia kene migrain yang sangat teruk. Dia maklumkan pada aku dan rakan2 yang lain, pakar di hospital taktau migrain dia tu datang mcm mana, yg diaorang boleh buat bg MC dan painkiller, sampai dokotor pakar scan MRI pon tak jumpa dia sakit apa.

Dipendekkan cerita, jalan terakhir yang dia cuba, dia mula berubat kampung. Dia jumpa seorang ustaz dikawasan aku ne, dan alhamdulillah dengan izin Allah migrain dia sembuh. Tapi sewaktu perawatan berlangsung, suami dia menceritakan, Kak Mah ne menjerit/meracau nama orang yang buat dia migrain (aku waktu ne xsangka ada sihir jenis migrain) , orang yang buat dia tu duduk satu sekolah dengan kami.

Sakit migrain ne jugak jadi jugak pada junior (nama dia Mizam, apa punya pelik nama) aku di sekolah tu, Cuma semasa dia kena, kami menganggap dia kena sebab dia memang dah ada d***h tinggi, dan masalah degupan jantung tak normal.(jangan ingat orang muda tak de sakit jantung, ini semua penghapus dosa bak kata ustaz…hehe). mizam ne aku tak berapa pasti macam mana dia sembuh dari migrain berlarutan ne.

Kisah migrain yang kami hadapi ne, sebenarnya kami bukanlah kumpulan mangsa pertama yang diserang. Sebenarnya pernah ada seorang cikgu, yang dulu bekerja di sekolah itu juga kene, dia pulih dari migrain apabila dia bertukar sekolah. Cikgu yang bercerita ne (panggil dia Abg Nasa), bila aku pernah mengadu padanya, dia bersikap skeptikal, dia nasihatkan aku supaya tukar sekolah. Nak tukar sekolah mendenya, baru posting woii.

Orang dok buat migrain ne, aku malas nk ulas, Abg Nasa dia cerita, yang orang tu ada yg menjaganya, jadi sesiapa yang buat tuan dia sakit hati, maka mesti orang tu akan terkena migrain melampau, wallhaua’lam.

Cerita Penutup Part 2
Alhamdulillah sejak aku pindah tempat kerja di kampung (kampung isteri….ok aku dah kawen, anak nak masuk 3 dah,syukur alhamdulillah), syukur tak pernah lagi jadi kejadian mistik yang melampau, takat suka main suis2 aircond, lampu, kipas, radio, dram, gitar, piano tu biasalah, ok yang main alat muzik tu tipu. Apa2 pon benda ne wujud, selagi tak kacau kita, wat dunno sudah…ahahaha. dan beringatlah sentiasa amalkan pendinding diri (ayat qursi dan 3 qul), selawat dan istighfar sebagai pengisian amalan diri, kerana jiwa yang kosong lebih mudah di ganggu, fardhu 5 waktu jgn buat lecehhh(bagi yang tak faham, maksudnya, jangan ambil mudah, pffftttt). Doakan aku boleh menulis part 3. Mengantuk pulak.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
kayhebat

9 thoughts on “Cerita Cikgu Yang Orang Kata Poyo –Part 2-”

    • Aku perati je kau ni , asyik mencarut je kat penulisan org , last – last nak jawab SPM pun sempat lagi mecarut kat kertas tu sbb soalan susah (sbb x study) & lantak dia lah tu cara penulisan dia dah tu kalau dia dak wechat kau dak apa ? Dak fiksyen shasha yg always bagi commment negetive ? .

      Reply
  1. Akak bg cikgu 78% utk karangan ni. Sbb akak kire ade dekat 8 kali ngko tulis NE. Jadi markah ngko bnyk akak dh tolak. Tu psl ngko x dpt A.

    Reply
  2. lantak cikgu tu lah nk tulis mcm mana pun. dia punya cerita kau yang panas. tak suka takpayah baca. yg komen pun lebih kurng bhasanya ngko lah syial lah. tulis elok-elok

    Reply
  3. “takat suka main suis2 aircond, lampu, kipas, radio, dram, gitar, piano tu biasalah, ok yang main alat muzik tu tipu…”

    Eeiii cgu ni…
    Ghase nk ketok2 jeerrr bace citer die ni…
    Punyelah byk ko menggatei ngorat jandalah, ppm anak dara cun lah, 5anak dara cgu tualah, ghupenye ko dh beranak pinak ekkk…
    Adeeehhhh…
    Akk x dpt nk fokus buat2 seram sbb melayan mereng ko ni dik…
    Hahahahahaha…

    Jgn tdo bebyk bln pose ni…
    Bebanyakkan menulis xper…
    Heheheheee…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.