SBP Kem Tentera, Melaka

Nama aku Fathi. 1998-2000 aku bersekolah disebuah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) di dalam kem tentera di Melaka sebelum ke Taiping pada tahun 2001-2002. Sinonimnya kem tentera dengan kisah kematian perang tak perlu diperjelas. Lantas membawa kepada cerita-cerita angker mistik yang diperturun zaman ke zaman. Hatta ceritera ketika sekolah ni didirikan dulu pun tak pernah gagal diperturun bergenerasi.

Seawal Minggu Orientasi Form 1 kami disemai dengan hikayat mistik ni. Aku sebenarnya malas nak amek kesah hal-hal mistik ni. Pada aku takde apa yang perlu ditakutkan. Mereka juga makhluk Allah. Tak perlu takut, sehinggalah suatu hari ni.

Semester 1, 1999. Seminggu sebelum final exam.

Aku sebagai scorer kena berusaha lebih supaya result aku tak jatuh. Walaupon diorang kata aku gifted, tapi diorang tak sedar usaha keras aku. Time diorang tido aku curi-curi stay up untuk study. Tinggal kat asrama ni lights off 11pm. Cuma ada 1bilik yang diprovide untuk stay up. Mana lalu aku nak bersendat untuk study. Bila dah ramai-ramai ni pasti 5 minit study, 30 minit sembang. Tak effisyen.

Prep malam tu aku dah selesaikan study Math. Plan aku lepas lights off aku nak study Sejarah berbekalkan reading light yang Ibu belikan. Amat sesuai untuk study subjek yang memerlukan pembacaan. Takkan Math aku nak membaca je, mesti mau mencoret untuk kira-kira. Sebab tu aku selesaikan Math time prep.

Seperti kebiasaan tepat 10.55pm Kapten dorm atas Abang Muaz melaungan siren lights off. “Lights off wei! Lights off! Lights off!!” Sambil menepuk-nepuk pintu loker. Kalau kau orang yang rajin menghitung, tak sampai 10 saat semua bilik dah gelap kecuali 1 bilik kat hujung yang dibenarkan lights on untuk study. 3-4 orang dorm mate dilihat keluar dari bilik masing-masing menuju ke bilik terang. Serupa kelkatu mencari lampu selepas hujan.

Kebiasaan aku akan tido sekejap barang sejam dua, sebelum bangun untuk study. Kelebihan aku selain dikatakan bijak, aku ni senang tidur dan senang bangun. Senang bangun tu bukanlah bermaksud aku sentitif dengan bunyi aku akan bangun. Tidak. Cuma biological clock badan aku ni memang dah terlatih ikut setting aku. Kalau pukul 1am aku nk bangun, InsyaAllah pukul 1am aku bangun. Bijakkan beta?

1 pagi lebih kurang aku terjaga. Terpisat kejap menggosok mata. Aku gogok 4-5 teguk air masak. Aku dah ready nak study. Buku Sejarah dah aku siapkan dengan penanda buku kat chapter yang aku nak study. Lafaz Bismillah dan sedikit bacaan doa penerang hati, aku mulakan sesi menelaah. Menariknya subjek Sejarah ni pada aku, aku rasa macam baca buku cerita/novel. Sangat mengkhayalkan macam story telling. Sebab tu kalau time exam, subjek Sejarah aku kerap mintak kertas lebih sebab aku perlukan banyak ruang untuk bercerita.

Suasana malam tu tak banyak beza dengan malam yang lain. Cuma agak sedikit dingin. Walaupun takde angin bertiup kat luar. Takde kerja aku nak fikirkan kaitan ketiadaan angin dengan suhu yang sedikit dingin malam tu. Aku nak study Sejarah, bukan Geografi. Tengah khusyuk aku study, sekilas aku perasan ada orang lalu kat koridor dari ekor mata aku. Ntah kenapa rajin pulak aku nak bangun menjenguk dari tepi loker nak tengok sape yang masih belum tido study tengah malam macam aku. Mungkin saingan aku untuk kekal scorer sem ni.

Aku julurkan sedikit kepala aku menoleh ke arah objek yang lalu tadi. Owh, Tepet rupanya. Menuju ke toilet gayanya. Baru aku nak kalihkan kepala kembali ke dalam bilik, Tepet pegun dipintu toilet (toilet kitorang takde daun pintu) yang masih gelap. Tidak berganjak. Kaku. Kejung. Tanpa disuruh jantungku berdegup deras. Sampaikan terasa ke gegendang telinga. 5 saat, 10 saat, 15 saat, Tepet masih kaku disitu. Dingin yang tak aku hiraukan tadi terasa semakin dingin. Meremang rerambut romaku. Aku tak perlu tunggu apakah elemen kejutan yang bakal “Tepet” sajikan. Pantas aku melompat dan berselubung penuh umpama jenazah dibilik mayat.

Dalam pada aku cuba menenangkan diri, akalkan menambah dalil mengukuhkan bahawa itu bukan Tepet. Tepet duduk dorm bawah. Apa dia buat kat atas ni? Kalau ye pon Tepet lepak dorm atas, nape dia berdiri kaku depan toilet? Ligat otakku yang berfikir. Entah berapa lama pastu, aku tertidur. Sudahnya esok aku demam 3 hari. Kaw btol salam pengenalan untuk aku.

Sepanjang waktu aku demam, budak-budak ramai risaukan aku. Macam-macam soalan ditanya. Takde sorang pon aku ceritakan. Aku rasa biarlah pengalaman pertama aku tu aku simpan dalam lipatan sejarah. Sama macam subjek yang patut aku study malam tu. Tapi setelah didesak oleh mereka, seolah-olah dapat menghidu sesuatu yang tak kena disebalik pendemaman aku selama 3 hari, akhirnya aku bukak cerita. Full house bilik aku time tu. Ro, Faizul, KAR, Golok, Abe, Ikmal, EJ dan wajah yang membuatkan aku demam pon ada, Tepet.

“Sebenarnya aku demam sebab lemah semangat. 3 hari lepas masa aku stay up pukul 1 pagi, aku nampak ada kelibat lalu kat koridor. Pastu aku jenguk la siapa. Aku nampak yang lalu tu sebijik macam kau Tepet. Yang anehnya kau menuju toilet, tapi kau tak masuk. Kau berdiri depan pintu toilet dalam gelap. Lama kau berdiri. Bila aku rasa tu bukan kau, terus aku selubung ketakutan. Esoknya aku demam. Tu la sebabnya.”

Masing-masing tekun mendengar dan kelihatan sedikit cemas. Antara semua, Tepet yang paling nampak cemas dan seolah tak senang duduk. Tepet bersuara.

“Sebenarnya malam tu memang aku tido kat dorm atas. Aku lepak bilik Sarip. Aku terjaga pukul berapa tak pasti, tapi sebab nak kencing. Aku pegilah toilet. Skali aku lupa lampu toilet rosak, nak masuk seram pulak. Tu yang aku diri dan kencing kat pintu toilet je.”

“Patut la pagi haritu aku nak mandi bau hancing semacam kat pintu masuk toilet. Haramjad ko Tepet!!”, kata Faizul separa menjerit.

Dan muka aku merah padam menahan marah dan malu. @&%$#%*&$#%@⧥$&!!!

P/S: Admin tolong linkkan dengan “Jalan FELDA Semenchu“.

http://fiksyenshasha.com/jalan-felda-semenchu/

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Sappil

6 thoughts on “SBP Kem Tentera, Melaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.