Pertama Kali Bertemu Muka Langsuir

Assalamualaikum Fs dan semua pembaca setia fiksyen shasha ni. Nama aku rina (bukan nama sebenar). So, first aku nak cerita ni pasal study lewat malam dekat asrama
sekolah dekat kajang. Tak perlulah kan untuk aku dedahkan tempatnya dekat mana ye. Kalau siapa tahu asrama ni dekat mana-mana, diam-diam je la.

Tapi boleh dikatakan
sekolah nie agak keras juga la. Cerita nie tak adalah seram sangat, tapi bagi aku ini adalah kali pertama aku bertemu dengan makhluk halus. cerita nie bukan rekaan
semata-mata, cerita nie memang aku sendiri yang alaminya. Harap semua pembaca tak bosan dengan cerita aku ni. hihi.

Kisah ini bermula bila aku start masuk kelab persatuan silat gayung. Dekat sekolah aku ni, nak katakan pelajar perempuan memang tak ramai sebab kebanyakkan kos yang
ada dekat sekolah nie kebanyakkannya kos lelaki macam kejuruteraan mekanikal, penyejukkan aircond, equenn (kuda) dan cuma dua kelas untuk perempuan iaitu kos
pengurusan perniagaan.

so aku salah seorang pelajar perempuan yang ambik kos pengurusan perniagaan. Bermula balik pada aku start masuk persatuan silat gayung tu, pada
hari first perjumpaan nak katakan rata-ratanya lelaki ye la dah nama pun sekolah teknik. Kiranya pada waktu tu, ada 3 orang perempuan sahja yg berdaftar dlm persatuan
silat gayung ni.

Tapi sepatutnya hari tu, aku datang berdua dengan kawan aku sorang ni. Tapi disebabkan kawan aku ni ada pertandingan softball terpaksa la aku datang
sorang. First of all, memang la rasa janggal sebab ramai laki kot. tapi lama-lama dah ok dekat gelangang tu ye la dah pengajar dari luar pun sporting habis.

Aku skip cerita aku, tak payah la cerita lebih detail mcm mana aku silat pulak ye. Sebelum perjumpaan persatuan ni habis, kami semua diminta berdiri jarak antara satu
sama lain la. Kira jauh jugak la. Time nie, kita orang diminta baca doa penutup majlis. Macam biasalah baca doa, then si pengajar dari luar ni suruh kita orang semua
tadah tangan dan cuma amin sahaja bila dia dah habis doa. aku tak tahu la dia baca apa sebab tak dengar sangat.

aku duduk belakang memang tak dengar la cerita dia. aku
pun amin je la setiap doa yang dibacakan. lepas dah habis tu, aku aminkan doa dan sapu dekat muka. lepas je aku sapu dekat muka, aku terasa semacam. tapi time tu aku
tak tahu kenapa. so aku buat bodoh je la. habis perjumpaan petang tu, aku terus balik naik asrama.

Kejadian nie bermula 2 minggu kemudian, tapi sorry la ye. sebab story aku nie ada aku ingat ada yang aku tak ingat. aku straight to the point je la, aku startkan
cerita aku lepas dah solat isyak. Dekat asrama aku tu, memang rutin hari-hari solat maghrib dan isyak berjemaah dengan surau besar. Lepas je solat tu aku terus naik
asrama aku. asrama aku bukan macam asrama biasa.

dia bukan asrama tapi villa. banyak-banyak asrama dekat sekolah aku, asrama untuk perempuan lain sikit bentuk dia.

so aku naiklah ke bilik aku aras 2. Malam tu macam biasa, kawan-kawan aku yang satu bilik dah ready nak tidur. Asrama aku ni, adat cara tidur lain. Walaupun ada katil
double decker, kita orang tak pernah tidur atas katil. Tabiat kitaorang bila nak tidur, semua tilam dibawak turun dan susun panjang-panjang. Korang tahu la kan,
dah nama pun bilik asrama mestilah besar dan panjang. So, sepanjang bilik tu kitaorang semua susun tilam. berderet. dari depan pintu sampai la bertemu dinding.

Aku tak pasti masa tu jam dah pukul berapa. Aku tengok masa tu, da berapa orang kawan aku dah tidur. ada yang berselubung, ada yang masih berborak lagi. time tu, aku
sibuk buat kerja akaun. aku buat kerja aku dari pukul berapa sampai pukul berapa entah. aku tak pasti. tapi yang pasti, bila aku dah siap kerja aku. aku tengok semua
budak bilik aku dah tidur.

Kiranya aku sorang je la tak tido lagi. Dah siap kerja, aku terus letak buku aku atas katil yang tak bertilam tu. tilam aku tak ada hujung sangat. tengah-tengah la juga. kiri kanan aku, kawan-kawan dah tidur. Sebelum aku tidur, aku pergi dulu tandas nak ambik wuduk. time tu aku tak rasa apa-apa lagi. bila aku dah tutup lampu bilik. hati aku terus rasa berdebar-debar. memang tak tahu kenapa time tu. aku dah baring atas tilam aku siap berselimut.

Mulanya aku mengiring sebelah kanan tapi tak selesa. Aku tukar mengiring ke kiri pula. Memang time tu aku sorang je tak tidur lagi. Tengok kiri kanan, semua dah tidur.
Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku try plak berselubung. Time aku berselubung nie la, benda nie muncul depan mata aku. Selimut aku tak tebal sangat, bila kita selubung
kita still boleh nampak bukan?

Time tu la, aku tak tahu kenapa mata nie terbeliak tengok ‘benda’ tu muncul dari dinding. jantung dah berdebar-debar tapi mata still juga
nk tengok ‘benda’ tu. Tengah elok ‘benda’ tu berjalan melintas depan kawan aku yang lain terus berhenti. Kalau berhenti dekat tempat lain tak apa. ‘Benda’ tu berhenti
betul-betul berhenti dekat kaki aku.

Aku pulak tengah berselubung time tu. ‘Benda’ tu elok je pakai baju warna putih berambut panjang. Muka tak payah tanya, memang tak
nampak. Yasin dekat bawah bantal aku capai. aku pegang kuat-kuat yasin tu sambil mulut tak berhenti baca ayat kursi. tunggang langgang aku punya bacaan.

Lama juga ‘benda’ tu berdiri depan aku. sepanjang ‘benda’ tu berdiri, ‘benda’ tu tak buat apa-apa pun. ‘benda’ tu cuma tenung aku. tapi dah nama pun first time nampak,
memang mengagau juga bila baca ayat kursi tu. aku tak tidur malam tu sampai ‘benda’ tu pergi dari pandangan aku. aku perhati je ‘benda’ tu bila dia pergi dari bilik
aku.

Pukul berapa entah aku tidur pun tak tahu. Esoknya aku demam. Aku tidur dekat bilik kesihatan dekat sekolah aku. Petang tu, aku cerita dekat kawan sebilik aku
pasal ‘benda’ tu datang depan aku. Terus kawan aku bagi tahu senior, then lepas je solat maghrib satu penghuni blok asrama turun ke surau kecil baca yasin.

Hujung minggu tu, aku terus balik and cerita dengan parents aku. Ayah aku terus ajak jumpa kawan dia yang pandai dalam bab-bab ni. Dalam pukul 5 juga jumpa pakcik tu.
Lepas pakcik tu habis kerja, terus ayah aku ajak jumpa tengokkan aku. Aku ingat lagi conversation aku dengan pakcik tu macam mana. Pada awalnya pakcik tu tenung aku
dari atas ke bawah. aku dah seriau time tu, bila tengok reaksi dia.

Pakcik: apa yang dah jadi sebenarnya?
Aku: saya tak tahu pakcik, yg saya tahu saya buat kerja sampai lewat malam. then masa nak tidur, benda tu datang depan saya.
Pakcik: benda tu rupanya macam mana? (saja nak tengok sama ada aku nie tipu ke apa, kurang asam pakcik tu)
Aku: saya tengok time tu ‘benda’ tu pkai baju putih and rambut dia panjang sampai muka dia saya tak nampak.
Pakcik: (mengeluh) Apa yang kamu nampak tu sebenarnya langsuir. Biasalah, kalau dah duduk asrama kalau tak jumpa dengan benda-benda nie meamang tak sah. Pakcik cuma
nak tanya. kamu nie memang boleh nampak ke apa.

Pakcik nie memang buat aku tergelak. Kalau aku dah biasa nampak, tak ada la aku pucat bila berdepan dengan kak langsir tu.

Aku: tak adalah pakcik. nie first time saya nampak, sebelum nie tak pernah pula saya nampak. saya pun pelik juga, macam mana saya boleh nampak.

Sebenarnya, banyak lagi cerita aku nak ceritakan. tapi buat masa nie, separuh nie je la aku cerita. kalau ada masa aku sambung cerita nie. Terima kasih kepada pembaca
setia fiksyen shasha nie. Walaupun cerita nie tak seram sangat, tapi bagi aku ini memang pengalaman buat kali pertama.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
sabrina (jangan dedahkan nama saya, terima kasih)

9 thoughts on “Pertama Kali Bertemu Muka Langsuir”

  1. Apa kene mengene cite silat gayong kau tu dgn kang Lang tu?! Kata straight to the point tp bnyk meleret ke cite yg tak relevan langsung… 1/10

    Reply
  2. kalau pertama kali bertemu aku mahu lumat muka kau aku lumat lumatkan. hangin betul lah cerita tergantung ni. tolong seorang sabarkan aku! grrr

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.