Tingkat 4

Sudah tiga kali aku hantar cerita, tapi tak dipublishkan. Tak apalah, aku cuba lagi. Kali ini, aku nak cerita pengalaman aku duduk dekat sebuah rumah flat di Johor. Family aku ada empat orang; Aku, abang aku, ummi dan baba.

Satu hari tu, masa kitorang baru pindah, makcik yang duduk dekat sebelah rumah aku kata dekat ummi aku, ” hati-hati,  rumah ni dah banyak orang keluar masuk sebab ada sesuatu.” Ummi aku pun taklah percaya sangat benda-benda macam tu. Ummi aku ni memang jenis berani. lepas petang tu, kitorang angkat letak barang dekat rumah tu, plan esok pagi-pagi datang rumah tu baru kemas. so, esoklah start duduk rumah tu.

Pagi tu, kitorang satu family kemas sama-sama. Aku kemas bilik aku, sapu-sapu apa semua. lepas tu aku nampak satu patung budak-budak. Alah, yang jenis macam Barbie Doll tu. Tapi, nenek sebelah rumah ni ada kata, sebelum family aku, budak-budak dua orang yang duduk dekat sini. Aku pun fikirlah, eh, takkanlah abang-abang tu yang main anak patung ni? So, aku pun simpan jerlah patung tu sebab aku rasa comel.

Malam tu, satu family penat rasa penat sangat. Ummi aku tak masak, so baba dengan abanglah yang pergi kedai untuk beli makanan. Aku duduk rumah dengan ummi. Ummi tengah mandi masa tu, jadi aku pun tunggulah turn nak mandi pula. Tengah best scroll Instagram, aku terdengar suara seorang lelaki bagi salam dekat pintu, suaranya garau tapi sayup. aku pun ingat baba aku, tapi bila aku buka, tak ada sesiapa pun dekat luar. Aku fikir positif jerlah kan. Mungkin juga aku salah dengar. Lepas ummi keluar dari bilik air, aku pula masuk mandi. Baba dengan abang balik, kami sekeluarga pun makan. Aku langsung tak ingat pasal patung, atau bunyi orang ketuk pintu tu.

Okay, malam tu, aku main phone, tgh tengok youtube. Katil aku ni betul-betul sebelah tingkap. Memang aku sengaja set dekat situ sebab bawah tingkap tu ada plug charger. Memang asyiklah kan. Tapi sebenarnya, tingkap tu yang bawa kecelakaan. Haha! Okay, waktu tu tingkap tu belum pasang langsir lagi sebenarnya. So, nampaklah orang dekat luar walaupun samar-samar. Tiba-tiba aku ternampak macam perempuan lalu dekat sangat dengan tingkap. Perempuan tu macan berjalan slow jer. Macam bukan berjalan pun ada. Lebih kepada terapung macam tu. Masa tu aku taklah menggelabah sangat sebab aku ni ikut ummi aku sikit. Aku dari tengah syiok layan lagu K-pop, aku alihkan ke surah-surah. Lama sikit lepas tu, aku pun terlelap.

Aku tersedar dalam pukul tiga pagi, aku tengok patung yang aku letak kemas dekat atas meja beda, tiba-tiba ada dekat atas katil aku. Aih, benda ni main kasar betul. Aku ambil patung tu, aku campak dekat belakang pintu. Tengah-tengah aku cuba nak tidur, aku dengar tingkap sebelah aku tu kena ketuk. Fuh, aku siap nampak tangan yang ketuk tu. Mahu tak meremang bulu roma. Dia punya tangan tu nampak macam ketuk kuat, tapi bunyi yang terbit tu macam sayup-sayup jer. Lepas tu, tangan tu tiba-tiba macam melekap dekat tingkap. Bunyi ketukan tu pun berhenti. Aku pun selubung seluruh badan dengan muka aku dalam selimut. Tak sampai beberapa minit lepas tu, aku dengar pintu pulak kena ketuk. Aku selak sikit selimut, jeling ke arah tingkap tadi. Aku tengok tangan tu masih ada dekat situ. Berapa banyak tangan benda ni? Fikir aku. Dalam hati aku agak berbelah bahagi sebenarnya. Entah-entah itu abang, baba atau ummi aku jer, tapi hati aku memang kecut gila nak buka pintu tu. Lepas tu, pintu tu macam terkuak sikit. Sikit jer. Aku terdengar bunyi macam, ala-ala macam ni:

“Ngeeeeeiii!”

Panjang gila, tapi satu nafas. Memang aku menjeritlah waktu tu.

“Ummi! Baba! Abaaang!”

Tapi yang aku pelik, aku jerit macam nak keluar isi perut, tapi suaranya macam aku berbisik.

Aku cuba baca apa yang patut. tangan tu macam bergerak-gerak. Allah, aku ckp dalam hati. Aku berselubung sampai berpeluh-peluh kurang nafas. Aku sendiri pun taj perasan bila masanya aku tertidur.

Esok pagi, semuanya okay. aku tengok patung tu elok jer terletak kemas dekat tempat aku letak awal petang semalam. bukan dekat belakang pintu. Aku pun ceritalah dekat ummi dan baba aku tentang hal semalam tu. Tapi diorang tak nampak hairan pun. Lepas tu, diorang pulak buka cerita. Malam tu, diorang tak nampak tangan, tapi diorang nampak muka. Bila baba aku try baca surah-surah, benda tu ikut baca sama, tapi macam berterabur. Tak tertib. Ummi aku pulak nak keluar dari bilik kejut aku dengan abang, tiba-tiba kaki dia keras macam tak boleh bergerak. So, ummi dengan baba aku pilih untuk buka surah dekat phone kuat-kuat sebelum tidur.

Abang aku lagi teruk, sedar-sedar jer benda tu tengah bertenggek dekat besi katil tenung dia tidur. Siap tersengih lagi. Fuhh!

Baba aku pilih untuk tak terus duduk dekat rumah tu. Memang silap sebab tak bersihkan rumah tu masa awal-awal masuk. Kitorang pindah duduk dekat tingkat 1, tapi still dekat dalam flat tu. Rumah yang kitorang kena kacau tu dekat tingkat 4. Memang seram. Patung tu baba aku bakar.

Dua minggu lepas tu, aku ikut ummi aku, melawat nenek sebelah rumah. Nenek tu pun cerita, rumah tu dulu anak perempuan dia punya (kitorang deal dengn kawan anak dia). Anak dia tu dah kahwin, dan ada anak seorang dah. Tapi laki dia lari bawa anak sekali. Anak nenek tu pulak tiba-tiba jadi sewel siap beli patung, cakap dengan patung. Sampai diri tak terurus. Kadang-kadang makan seminggu sekali. Badan kurus, muka cengkung. Nenek tu cuba nak bantu anak dia, tapi tak menjadi. Anak dia tu kurung diri sendiri. Last-last dia jumpa mayat anak dia tengah peluk patung tu dekat ruang tamu. Sedih pun ada. Ummi aku tanya, “acik tak kena kacau ke?” nenek tu jawab, ‘benda’ tu tak kacau dia, sebab dia tak pernah datang bersihkan rumah tu. kalau dia bersihkan, mesti nenek tu kena kacau. Itu jer. Memang seram. kami masih duduk dekat flat tu sampai sekarang ni. Nenek tingkat 4 tu pun meninggal dah. Sorry tak seram sangat. tapi bagi kami sekeluarga, cukuplah peristiwa hitam tu.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
gadisjohor

6 thoughts on “Tingkat 4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.