#FSN – Bilik Larangan (Untuk Sahabat)

Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca semua..atau lebih mudah saya gelarkan kamu semua SAHABAT… atas permintaan Sahabat-sahabat di FB dan Follower serta sahabat di Fiksyen Shasha. saya menyambung kisah ini. Sekali lagi saya ucap kan terima kasih..- saya tidak mahu letak part..atau extra part..kerana cerita ini untuk sahabat saya semua..salam semua.. –

Selepas balik dari berjumpa pakcik di warung itu, aku termenung memikirkan apakah maksud kata-kata “Kamu kena jaga balkis baik-baik ya…kamu yang lepaskan dia..kamu kena pandai kurungnya semula.”

Aaahh…!! serabut je aku nak fikir,bukan masalah aku. Lagipun semuanya aku dah tahu.!.aku bermonolog sendirian sambil terbaring, saiful pula sedang sibuk membasuh pakaiannya. Hafiz pula..masih dihospital sedang dirawat, penyakitnya masih juga tidak dapat dikesan. keluarga hafiz mengambil keputusan membawa hafiz pulang kekampung untuk ikhtiar secara tradisional.

Ibu dan Ayah mana yang tidak sayangkan anak,begitu juga ibu dan ayah hafiz. Pelbagai ustaz dan bomoh dibawa, kadang kala sudah seakan syirik pun ada.tetapi masih juga belum serasi dalam perubatan mereka.

“Arghhhhh…sakittttt…..waarrghhhhhhh…sakittt…….. huuuu…huuuuuu..hhuuhuhuhuuuuu..” hafiz meracau dan kerasukan,begitulah yang akan terjadi kepada hafiz kadang kala bila maghrib menjelma.

“kembalikan…!!!…….kembalikan….!!” pekikan hafiz, itu yang selalu menjadi persoalan kepada keluarga mereka. puas ditanya, apa benda yang hafiz ada ambil atau curi.? namun hafiz tetap menafikan. tiada apa yang diambil.!

“Assalamualaikum…” suara dari luar rumah hafiz.

“waalaikumusalam…” jawab ayah hafiz sambil membuka pintu.

Apabila pintu dibuka, kelihatan Abang hafiz bersama seorang Tok Batin yang dibawa dari perkampungan orang asli, tok batin itu dikenalinya melalui dari seorang sahabatnya juga, yang pernah terkena sihir.

“masuklah,” ayah hafiz menjemput tok batin masuk kedalam. sambil pintu dibuka lebih luas.

Tok batin masuk terus melulu duduk bersebelahan Hafiz. dibuatnya seperti rumah sendiri, kemudian tok batin mengeluarkan satu bekas seakan mangkuk dan membakar kemenyan didalam nya,sambil membaca beberapa mentera,…..segala semangat alam dipuja dan di panggil. tiba-tiba hafiz duduk dengan kaki lurus menegak, matanyaa terbeliak memandang ke arah tok batin.

“apa mau kau masuk sini.!?” tok batin mula berbicara secara tiba-tiba.

“Aku mau barang ku.!!” balas hafiz,merenung tajam kearah tok batin.

“apa barang kamu..?

“Perhiasan diri ku!! rumah ku..!!!” hafiz membalas dengan suara garau.

“Dimana.?”

“Pada dia..!!” balas hafiz bermaksudkan dirinya sendiri.

Selepas bersoal jawab, tok batin membaca beberapa mentera sambil meniup kemenyan kearah hafiz dan hafiz rebah terbaring semula.

“Saya rasa dia ada ambil barang yang bukan milik dia. kamu semua cari barang tu dan pulang kan semula ke tempat asalnya.jika tidak nanti lagi susah anak kamu.” kata tok batin

Semenjak itu, bertungkus lumus la keluarga hafiz mencari barang yang dimaksudkan oleh tok batin.Jika ada masa terluang pasti mereka akan menyelongkar bilik dan barang hafiz, tetapi sia-sia..tiada apa yang mereka temui..atau adakah makhluk itu menipu..? keluarga Hafiz mula rasa bagai dipermainkan oleh makhluk iblis.

Pada suatu hari,ketika hafiz semakin tenat dan tak bermaya,dia memangil lemah ibu nya..

“makkkk…..” hafiz memanggil dengan nada lemah.

“ye fiz.? balas ibu nya sambil melihat sayu anak nya.

“hafiz dah tak tahan la makk…mak bukak almari baju hafiz…ambil jacket hitam hafiz..baju tu ada poket dalam..ambil rantai yang ada dalam tu.”

“Haa…!!! ” dengan pantas ibu hafiz bangun mencari seperti yang diberi tahu oleh hafiz. apabila dilihat didlam poket baju itu. benarlah apa yang hafiz katakan. ada seutas rantai emas berloket kan jed berwarna hijau.

-Di Rumah Sewa-

“Saiful,kau rasa macam mana keadaan hafiz ye?” sengaja aku mengajak saiful berbual,

“entahlah….aku call tak jawab..sms pun tak balas”

“harap-harap dia sehat la.”

“harap macam tu lah..ehh…sebenarnya apa yang korang buat kat rumah tu?” saiful cuba mengorek rahsia.

“tak ada apa lah,aku tengah lepak dekat ruang tamu,baru nak terlelap tetiba dengar suara hafiz menjerit.” aku cuba berbohong, harap tidak terbongkar rahsia aku.

“hurmm….aku sebenarnya pelik la,masa yang aku kejut kau pagi nak pergi kelas..kau tidur depan pintu bilik larangan tu, aku dah suruh ahfiz naik dulu kejut kau, tapi dia turun tak cakap apa-apa cuma dia ada turun sambil pegang rantai..” saiful cuba mengingat kembali..

“haa..?!! kau biar betul?? bukan kau naik dengan hafiz ke..? sebab hafiz sebelah kau masa tu..masa turun tangga dia siap toleh aku sambil senyum..!”

” ehh tak lah…hafiz masa tu dah kat luar..tengah panaskan engin motor dia.aku tengok kau tak ada..sebab tu aku naik kejut kau.” saiful cuba menerangkan apa yang terjadi saat itu”

“maknanya!! masa tu yang aku nampak dengan ko bukan hafiz la..?” aku mula rasa tidak sedap hati..

“tak.!! aku memang naik sorang-sorang je”

Selepas apa yang aku dengar dari mulut Saiful, aku terus cuba menginggat kembali. aku memaksa sel-sel otak aku ni berhubung. mencari point-point penting selama duduk disana sebelum kejadian. tetapi tiada apa yang penting aku ingat.

“Woii..!! kau menung apa..?” tiba-tiba saiful menjerkah aku..membuatkan lamunan aku terhenti,

“ishhh..kacau je..” balas aku ringkas, tanpa menghiraukan saiful yang masih cuba mengorek rahsia dari aku.

Aku kene cari pak cik tu semula…aku kene tahu banyak perkara lagi!! selagi benda ni tak selesai. selagi itulah aku akan tertanya-tanya.. dan mungkin hafiz akan sakit selalu.

Kringggg….kringgggg…kringggg….. handfone aku berbunyi, aku memang suka guna nada sebegitu..lebih mudah dengar dari nada lagu-lagu.pantas aku mengambil dan melihat nama yang mendail “Hafiz RM”, jantung aku tiba-tiba berdegup kencang.. kuat bagaikan ada getaran.. bulu roma ku meremang.

“Hello……assalamualaikum” aku menjawab pangilan

“WAalaikumusalam…ini Akim ya?” terdengar suara wanita seakan usia dalam lingkungan 40an.,mesti ini ibu hafiz..hatiku meneka..

“Iya betul cik..kenapa ya?” tanya ku tidak sabar, bimbang dengan keadaan sahabat ku itu..dan harap tiada berita tidak baik yang aku dengar.

“nanti mak cik datang sana ye..nak jumpa kamu dan saiful.”

“err…aa… ok cik..” balas aku tergagap-gagap..takut jika keluarganya akan melontarkan pelbagai soalan.

Ibu hafiz menamatkan pangilan selepas aku bersetuju, dan pasti nya esok ibu nya akan sampai.Aku kene persiap kan jawapan yang mungkin bakal aku terima. atau mungkin aku akan dimarahi jika hafiz telah membongkar rahsia sewaktu dirumah sewa itu.

-Keesokan harinya-

“wei…aku kene balik kampung la.” saiful memberi tahu aku sewaktu sedang sarapan pagi.

“alahh..kenapa?? mak ayah hafiz kan nak datang hari ini…” aku cuba mengingatkan saiful

“kirim salam jelah dekat family dia ye..aku ada hal…”

“hurm…ok lah..pape jaga diri nanti..” balas aku hampa.

Selesai sarapan pagi itu. aku hanya melihat Saiful berlalu pergi, kini tinggal aku seorang.. Ya aku seorang..!! perlu hadap keluarga hafiz..sebab apalah agaknya ibu hafiz nak datang. aku mengelamun.. kdangkala tersenyum teringat gadis manis yang melambai aku di tingkap bilik larangan…haisshh…Balkiss…rindu pula dekat kau.!! nasib baik lah hantu..!

“Assalamualaikum…” suara seorang perempuan memberi salam..dan tentunya ibu hafiz..

“waalaikumusalam..” haaa masuk lah mak cik, pak cik..maaf rumah bujang.!

Ibu dan ayah Hafiz terus duduk diruang tamu yang tidak mempunyai kerusi dan hanya beralaskan simen itu. sambil menceritakan tentang hafiz menyimpan rantai emas berloketkan Jed hijau.mungkin pada anggapan kedua ibu bapa hafiz..bahawa aku tahu tentang rantai itu, dan berharap aku emnceritakan dari mana ia dapat.

“maaf pak cik, mak cik…..saya tak tahu pula hafiz ada simpan rantai tu.” kata aku sambil menunjukkan rantai yang terletak pertengahan diantara aku dan kedua orang tua hafiz. Aku sendiri takut untuk memegangnya.

“Pak cik harap akim dapat letakkan dirumah sewa lama tu..rasa nya dia ambil disitu.”

“Aduhh…!! kenapa aku..?” hati berkata.. sebenarnya aku pun masih takut dengan kejadian yang menimpa.

“Boleh ya…pak cik harap bantuan kamu…” rayu ayah hafiz lagi. membuatkan aku rasa serba salah..

“insyallah pakcik..” balas aku sambil mengambil rantai itu.

Zuppppp meremang terus bulu roma aku, bagai ada sesuatu yang menyelinap terus tepat ke jantung aku, diri aku jadi tidak menentu, jantung berdegup kencang, kaki dan tangan ku sejuk. mata ku terasa bahang. tetapi aku diam kan sahaja. selepas selesai semuanya, ayah dan ibu hafiz meminta diri untuk pulang. aku sempat bertanya khabar tentang hafiz. tetapi jawapan nya sangat mengecewakan. “Hafiz masih sama dan makin teruk”.

Kini tinggal aku sendirian dirumah, ayah dan ibu hafiz sudah pulang semula kerumah mereka. Aku duduk sambil merenung rantai yang diberikan itu, “Hurmmmm…hafiz…bila lah kau ambil rantai ni.!” aku mengeluh sendirian, cantik juga rantai ni. tapi macam mana aku nak pulang kan dekat rumah tu balik. kalau mintak pada tuan rumah..mesti kantoi nanti..!!

Lama juga aku duduk termenung berfikir, dan akhir sekali keputusan aku ialah aku simpan sahaja rantai tu. kalau aku sakit baru aku pulang kan.!. aku terus memakai rantai itu dileher, tiba-tiba rasa diri aku begitu tenang dan gembira. rasa macam ada suatu perasaan sangat happy..

Sekejap sahaja malam sudah hampir menjelma, aku pula hanya menghabiskan masa dengan duduk menghadap telefon dan tidur. Tik…tik…tik…. tiba-tiba bunyi seperti guli jatuh diatas bumbung rumah. Aku mula panik. teringat akan pesan orang tua tua, jika bunyi guli itu petanda ada jin dirumah kita. tetapi aku buat-buat berani je…atau mungkin tepatnya terpaksa berani.. sebab aku tinggal seorang.

Sreecchhhh…sreeeccchhhhhh…bunyi sesuatu benda di seret. dammmmm…!!! bunyi pintu dihentak tutup… dengan pantas Jantung aku juga bagai direntap…

“Subhanallah…subahanallah..ya Allah…ya Allah…..” hanya itu yang aku ungkap dan ulang..ketakutan yang melanda aku waktu itu lebih hebat dari sebelum ini…

Aku terus teringat rantai yang aku pakai.. dengan tangan mengigil.aku gelabah cuba mencabut rantai itu, biasalah bila dalam keadaan kelam kabut..semua benda jadi susah..begitu juga waktu aku nak cabut rantai tu dari leher…selepas dapat aku cabut,terus aku lemparkan ke lantai agak jauh dalam 6 kaki dari aku.

Tiba-tiba muncul balkis dari ruang dapur..wajah nya cantik..! tetapi aku tahu,..itu hantu.! “Allah…Allah…..” aku menjerit sekuat hati..semakin lama balkis semakin hampir kepada ku..dan aku jelas dapat lihat, rantai yang balkis pakai, sama seperti yang aku lemparkan tadi….”Alllaahhhhhhhhh” aku jerit sekuat hati aku, dalam masa yang sama terus aku etrsentak dari tidur… huhhh.!! tidur rupanya.. aku terus meraba kearah leher ku, dan rantai itu masih ada..maknanya aku sedang bermimpi.

Aku melihat jam handfone aku,,sudah pukul 4 pagi rupa nya..! dan aku terus menyambung tidurku.Aku ada tugas esok pagi..

-Pagi itu –

Aku awal pagi sudah bersiap untuk ke warung tempat aku berjumpa pak cik itu. dengan harapan aku dapat berjumpa dengan nya, sampai sahaja di warung, aku lihat mak cik itu baru hendak membuka kedainya.. menyusun kerusi dan mengemas sedikit alatannya. Aku terus duduk dimeja paling hujung sekali.

“Maaf dik, lambat sikit ye… mak cik baru nak buka” kata mak cik itu kearah ku, apabila melihat aku duduk.

“ehh tak mengapa mak cik..saya duduk je dahulu..” jawab ku sambil tersenyum.

Aku seperti biasa la..sarapan nasi lemak dengan air milo ais, sedang menikmati makanan aku nampak pak cik tu baru datang. aku dengan semangat melambai-lambai memangil pak cik tu..lambaian aku tidak sia-sia apa bila pak cik tu datang dan duduk bersama aku.

“askum…lama tak nampak anak..?” soal pakcik itu sambil menghulur tangan untuk bersalam dan terus duduk tersenyum melihat aku.

“waalaikumusalam.” jawab ku sambil bersalaman.

“kenapa pangil pak cik??”

“saya nak tahu la pak cik, sebenarnya kenapa balkis sakit? dan sebenarnya apa yang ada dirumah tu…saya tak faham..dan maksud pak cik, suruh saya jaga balkis dan kurung kan nya semula.” tanya aku sambil melihat muka pak cik itu,dengan harapan rayuan aku diterima.

“Macam yang pak cik ceritakan pada kamu sebelum ini, sama je cerita nya…tak ada lain pun.. cumaa….. sebenarnya selepas kematian anaknya balkis. bomoh itu tidak boleh terima kematian anak kesayangannya, lalu dia selalu memuja anaknya kembali dan berharap anaknya dapat dihidupkan kembali. tetapi sebenarnya itu semua mainan IBLIS. maka saka dia lah yang mengantikan anaknya, semenjak itu bomoh itu menjaga dan menyanganggi saka nya seperti dia anaknya sendiri. sebelum dia m**i dia sempat mengurung saka anak dia didalam sebuah loket.. yang bab loket ni pak cik tak tau lah betul ke tak..mulut orang kan..!!.. lepas tu tak tahu mana hilang loket tu..loket tulah sebenarnya rantai anak dia…”

“Owhh…. kira nya rantai tu lah tempat saka dia..!”

“iya nak…” jawab pak cik sambil tersenyum..dan barulah aku faham, kenapa rantai itu,,dan kenapa hafiz sakit..!! sebab sakanya yang duduk dirantai itu..hafiz telah mengambil rumahnya.

Tetapii…!!! rantai itu ada pada aku sekarang,…!!

“Pak cik…rantai ini ke??” aku tanya sambil mengeluarkan rantai dari kolar baju aku.

“Iya…mana anak dapat??!!” pak cik seakan terperanjat..dan nampak di raut wajahnya rasa takut dan cemas.

“Pulang kan balik nak..!” kata pak cik itu lagi..

“Saya nak pulangkan lah ni pak cik..tapi saya takut..” jawab aku ringkas..

“kamu campakkan sahaja di rumah itu.” pak cik itu memberi cadangan..

“Baiklah..” jawab aku sambil meneruskan menjamu juadah sarapan pagi itu.

Selepas selesai makan,aku terus menuju kerumah sewa itu, sempat aku menoleh kearah bilik atas..kosong..gate pun terbuka..jadi mudah lah aku masuk..dan mencampakkan rantai itu melalui celah bawah pintu.

Alhamdulillah selesai sudah tugas aku, lalu aku pulang ke rumah dengan tenang, tanpa menoleh kebelakang lagi.

-dua minggu kemudian-

Kami dapat perkabaran yang hafiz telah pun sehat semula.manakala saiful seperti biasa, dengan hidupnya. dan Qistina…!! iya awek aku…!! sebenarnya sudah ada teman lelaki lain semenjak sebelum aku sambung belajar lagi.. cerita itu aku eprolehi dari kawan aku di kampung.segala persoalan hati aku kini terjawab la..

Trittt…tritttt..triittt… ada sms yang aku terima. lemah aku ambil handfone dan melihat dari siapa.. “Qistina”!! eh…dia sms aku?? biar betul?? nak apa lagi dia ni??!… apabila aku buka sms itu dan membacanya “Assalamualaikum awk..maaf selama ni saya sakitkan hati awk..boleh tak minggu ni kita jumpa?”. aku memikir sejenak sebelum membalas.. “Ok”.. ringkas,,dan sebenarnya aku masih marah pada dia.

Hari yang ditunggu pun telah tiba…hari ini aku akan pulang kekampung, berjumpa dengan keluarga dan mungkin juga lebih utama untuk berjumpa dengan Qistina.Sewaktu sampai dikampung…aku terus salam berjumpa mak ayah aku..walaupun marah.tetapi merekalah kedua ibu bapa ku..dan sebenarnya kerinduaan ini tiada tandingi..aku sangat rindukan mereka..!! ego aku hanya m******h aku..!!

Malam itu aku siap-siap utnuk keluar berjumpa Qistina ditempat biasa..taman yang menyimpan 1001 kisah cinta..

“Hai awak..” tiba-tiba suara menyapa aku dari belakang.

“hai..” balas aku ringkas..dan seperti agak ekkok sedikit untuk seperti dahulu.

“awak macam mana..? sehat?”

“alhamdulillah sehat..”

Sepatah disoal..sepatah juga aku jawab..memang aku sudah seperti tawar hati atau mungkin sebenarnya perasaan marah itu menebal dihati. aku sedar aku tak lah hensem untuk duduk bersama dengan gadis cantik seperti dia..!! apatah lagi jika nak bersuamikan dengan dia.!..

“ok lah awk..saya nak balik dulu..dah pukul 12 lebih ni..” aku meminta izin pada Qistina untuk pulang awal pada malam itu.

“hurmm iya lah…” jawab Qistina seakan lemah..

Aku bangun berdiri dan diikuti Qistina, sambil melihat wajahnya hati aku sedih sayu!..orang yang aku sayang dan cinta suatu tika dahulu sebenarnya mempermainkan aku.!! sebelum aku memusingkan badang untuk pergi, aku terlihat rantai Qistina pakai..aku kenal sangat Rantai tu..!! dengan berloket Jed hijau..!! itu rantai Balkiss,.,,!!!!!..dengan pantas aku membuka langkah,,pantas seakan berlari anak,,menuju kearah motor dan terus pulang kerumah. sampai dirumah aku terfikir.. bagaimana rantai Balkis boleh ada pada Qistina..mustahil kebetulan sama…dan tak mungkin yang aku jumpa itu bukan Qistina..semenjak perjumpaan itu…Aku dan Qistina tidak lagi berjumpa..!! sebenarnya memang hari itu adalah pertemuan untuk mengucapkan salam perpisahan..dan aku telah menyatakan pada malam itu..yang aku dan dia sudah tiada apa-apa hubungan..kami bawa haluan masing-masing.

Trittt…Trittt…Tritttt…. Sms aku terima..bila aku buka handfone…aku lihat sms itu dari Qistina..dan dah tentu aku harap Qistina ingin mengikat hubungan kembali..tetapi apa bila aku baca sms Qistina..aku tergamam… kerana….

“Assalaamualaikum…. akim….Qis nak mintak maaf sangat-sangat..sebab Qis tak dapat jumpa malam tu, Qis tak dapat bagi tahu Akim..masa tu tiba-tiba Qis demam panas,kepala Qis sakit..Qis sebenarnya nak ckap dengan Akim..Qis nak kita teruskan hubungan kita..harap akim terima Qis semula ya..” -Sms dari Qistina

Aku terkedu..jadi siapa kah yang aku jumpa malam tu?? maknanya…aku jumpa balkiss..??

* Terima kasih pembaca sekalian..hanya ini lah yang dapat saya sajikan kepada sahabat saya semua..,.jangan tanya saya siapa malam itu..? balkis atau pun Qistina..kerana yang pasti.. Qistina sudah pun berkahwin dengan Akim…Balkis..? iya mungkin balkis sudah bebas..atau mungkin balkis kembali duduk dirumahnya mencari tuan baharu…

P/S- kepada semua sahabat..janganlah suka ambil barang yang kita tidak tahu kesahihan asalnya..khuatir memakan diri…walaupun barang itu dari atok nenek moyang kita..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “#FSN – Bilik Larangan (Untuk Sahabat)”

  1. Haishh pandai plak ‘dia’ menyerupai …tp tu lah jin/syaitan ni mmg slalu amik peluang tambah2 plak kalo hati tgh terluka kan…Nasib ko tak stay smpai pg ngan dia dik huhu…

    Reply
    • balkis m**i tpi dipuja oleh bomoh (ayah balkis) dan saka bomoh tu menyerupai balkis (anak bomoh tu)…jadi kat sini maksudnya balkis tu bukan balkis…balkis tu saka yg dibela oleh bomoh tu (ayah balkis sendiri) mungkin saka tu nk berdamping dgn penulis maybe?

      Reply
    • balkis m**i tpi dipuja oleh bomoh (ayah balkis) dan saka bomoh tu menyerupai balkis (anak bomoh tu)…jadi kat sini maksudnya balkis tu bukan balkis…balkis tu saka yg dibela oleh bomoh tu (ayah balkis sendiri) mungkin saka tu nk berdamping dgn penulis tu (kemungkinan) sbb kan penulis org terakhir yg pgg loket tu masa dia p baling balik kat umah sewa tu?

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.