#DocSHA-Tangisanku Ketawamu (Bhg. 2)

#DocSHA-TANGISANKU KETAWAMU PART 2

Intro
Harini baru sempat nak menulis sebab hari ni cuti kena jaga husband n anak demam campak.Sory semua!.Maaf jugak sebab aritu punya cerita banyak typo.Ok jom sambung.

2012
Petang tu aku dapat oncall.Diorang kata dah takde siapa nak ganti aku haritu.So aku gagahkan diri.Macam biase la kena bertugas kat wad kecemasan.Dalam pukul 9.30pm gitu,aku nampak yang lampu bilik Qayyum still on.So mesti orang ada la kan.Aku ketuk pintu bilik dia.
“Come in”ujar dia pada aku.
Aku pun dudukla kat kerusi depan meja dia.Dia tengok aku.
“Awak,ade orang nak hancurkan hubungan kita.Ada orang hantar benda tak elok kat saya.Saya takut”Dia pandang aku pelik.Muka die macam muka student yang x boleh selesaikan addmath.
“Sory to say but we don’t have any special relationship.Saya just ketua awak je.”ujarnya
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?”Aku tanya dia balik.Aku dah angin satu badan.
“Saya tak tahu apa masalah awak ni but please get out from here”suara dia naik but still dia berlagak cool.Aku ni jenis brutal jugak so aku angkat kaki and cau dari situ.Separuh jalan nak ke bilik aku.Aku sesak nafas.Aku terus duduk kat lantai pastu duduk tegak.Maybe aku stress.Makin lama makin susah nak tarik nafas.Last sekali,aku memang langsung tak boleh bernafas aku cuba merangkak panggil orang but no one yang datang.Aku dah start nangis mungkin ini penghujung hidup aku.Aku zikir dalam hati.Tiba-tiba,ade tapak kaki menghampiri aku.Terus aku pengsan sebab kurang oksigen.Sedar-sedar aku ada dekat atas katil hospital.Aku bangun.Dekat kiri aku ada family aku dan sebelah kanan aku ada mamat yang aku bedah ayah dia tu.Mama genggam tangan aku.Menangis dia tengok diri aku yang semakin kurus.Muka pucat.Badan pun penuh dengan kesan cakaran.
“Adik,esok mama nak adik pergi ikut Imran pergi berubat dengan pakcik dia dekat Negeri Sembilan.Dia kata dia boleh tolong”aku melemparkan pandangan kosong pada mama.Air mata aku deras mengalir
“Mama,adik nak putus tunang.He did’t remember me.Adik sakit ma.Adik dah tak tahan dah”aku meraung depan mama.Mama mengangguk tanda faham akan situasi aku.Petang tu aku discharged.Mama dan ayah dari hospital terus pergi rumah mummy dady Qayyum unttuk putuskan pertunangan kami.Aku pulak naik satu kereta dengan mamat yang nama Imran ni sebab aku nak terus shoot pergi berubat dah tak tahan wey!.Sampai je rumah,aku terus packing barang and lepas tu kami memulakan perjalanan.
“Nama saya Dina.”aku start perbualan kami sebab boring giler dalam kereta dia.
“Tahu”dia jawab sepatah sambil senyum.Eh,pelik pulak mamat ni detik hati aku.
“Awak ni tak kerja ker.Saya tengok awak free je”aku tanya dia sebab nak sangat tahu.
“Dah agak dah.Saya kerja offshore la.Tengah off 2 weeks ni.Mesti awak ingat saya tak kerja kan?”
“aah”aku pandang muka dia.Tiba-tiba muka dia terkejut
“Hidung awak berdarah”dia cakap dalam nada cemas.Masa tu kami dah terbau benda busuk.Aku terus ambil sapu tangan dalam handbag aku.
“Awak just pandu je.Jangan hiraukan saya.Dia tak nak saya berubat agaknya”Imran ikut cakap aku.Dia memang pecut kereta audi sport dia.Alhamdulilah tak jam time tu.D***h dari hidung aku tak henti-henti keluar macam air paip.Aku batuk dan tak henti-henti keluar d***h.Imran sesekali jenguk kat aku.Sampai satu selekoh nak sampai rumah pakcik dia.Aku suruh dia berhentikan kereta.Masa tu dah malam.Tekak aku nak muntah.Aku muntah kat tepi jalan.Macam biasa la paku,rambut mesti ada dalam muntah tu.Time Imran nak start balik engine kereta.Kereta dia start buat hal.Keadaan aku makin parah dengan asyik muntah and keluar d***h dari hidung.
“Kalau macam ni dikira darurat ker?”dia tanya aku
“Darurat la.Saya dah separuh m**i ni.”Aku jawabla jugak soalan ngek dia walaupun agak menderita disitu.Tiba-tiba dia cempung aku.
“Sory but saya tak mampu dah nak tengok awak.Awak kata darurat kan.Awak tahan sikit lagi.Rumah pakcik saya tak jauh dari sini”aku tak tahu la dia ni manusia ker hulk tapi dia boleh berlari sambil cempung aku.Aku rasa sangat menyusahkan diri dia.Pak cik dia terkejut bila kami tiba di depan rumahnya.Mana tak terkejutnya,baju Imran lencun dengan peluh aku pulak lencun dengan d***h.Pakcik Imran tu aku panggil Pak lang.Dia imam.Aku dibawa ke dalam.Untuk permulaan Pak lang menawarkan air buat aku.Lepastu,Mak lang(isteri pak lang) mandikan aku dengan air ruqyah dan daun bidara.Masa aku dimandikan dengan air ruqyah dan daun bidara badan aku macam kena arus elektrik.Pak lang kata kalau badan kita ada yang menumpang mesti akan rasa effect sakit tu.Malam tu aku dan Imran tidur dekat rumah Pak lang.Malam tu tiada lagi gangguan dalam mimpi aku.Esoknya,aku demam panas.Selama seminggu kami berkampung di rumah Pak lang dan Maklang.Dalam tempoh itu,macam –macam kejadian menimpaku.Contohnya,bunyi orang terjatuh dekat bumbung rumah,bunyi tangisan perempuan di luar rumah,pernampakan lembaga hitam didalam bilik dan macam-macam lagi.Alhamdulilah,aku kembali sembuh.Kami pulang selepas seminggu disitu.Aku terharu bila lelaki yang aku tak kenal langsung sanggup berkorban masa,tenaga untuk memulihkan diriku yang tenat.

3 SEBULAN BERLALU…
Aku meneruskan hidupku seperti biasa.Mesti korang tertanya-tanya apa yang jadi pada Qayyum.Lepas mama putuskan tali pertunangan.Family dia macam tak boleh terima.Diorang asyik-asyik texts aku.Aku rimas aku terus block diorang.Dia dan nurse yang menggedik hari tu dah selamat diijabkabulkan.Aku terima jemputan diorang dan aku pergi ke majlis itu.Sakit sangat bila kenangkan memori lama.Tapi tak sah la kalau aku tak buat drama dekat sana so aku ajak Imran untuk teman kan aku.Kami pergi kesana dan ternyata nurse tu memandang sinis pada aku.Ko ingat aku kesah?.Kami sekadar makan je.Dalam kereta aku aku cakap dekat Imran yang aku dapat pergi Mekah untuk tunaikan umrah.Dia kata eloklah untuk tenangkan hati.Masa aku di Mekah.Aku berdoa agar Allah pulihkan semangat aku dan tunjukkan jalan buat aku untuk teruskan hidup.Malam tu aku bermimpi aku terjumpa seorang budak kecil yang seiras dengan muka Imran.Dia menghulurkan tangan nya pada aku dan aku menyambutnya.Aku keliru apakah tanda mimpi ini?.Rupa-rupanya,Imran melamar aku di airport time aku balik dari Mekah.Kami mula rapat dan alhamdulilah kini kami bergelar suami isteri.Aku dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.Selepas pengalaman dengan Saka Tok wan(admin pls letak link).Masa aku bersalin.Aku dapat berita yang Qayyum and nurse tu dah bercerai.Aku tumpang sedih.Sehingga kini,Qayyum,aku dan nurse tu masih bekerja di hospital yang sama.Kami professional jer.Kalau ternampak just senyum.Biarlah apa yang terjadi diantara kami menjadi satu ingatan pahit.MOGA KAU DI RAHMATI.Coretan dari hidupku.Peace!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
DocSHA

15 thoughts on “#DocSHA-Tangisanku Ketawamu (Bhg. 2)”

  1. Terharu.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Perempuan baik untuk lelaki yang baik..perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.. Ok! ? Hidup ini terlalu singkat untuk kenang kisah silam.. Enjoy you life..

    Reply
  2. Hepi ending…
    Yeeeaaaa…I likeeee…

    Akk suke bile mane Qayum dan nurse mentel tu kena hadap muke ko yg sedang berbahagia…
    Hahahahhahaha bagus bagus…!!!

    Reply
    • Tak juga, kita tak tahu hal sebenar yang dialami oleh doc Sha.. Sebab orang dah mabuk cinta ni pun boleh bertindak macam2.. Berpura2 macam kene sihir..
      Tapi ye la doc Sha layak dapat cinta sejati sweet tak baru balik dari Mekah kene lamar.. Bahagia tau..

      Reply
  3. Happy for u doc sha! walau apa pun, jangan expose sangat happy doc kat nurse busuk tu. org busuk dan hitam hati macam tu, selalunya jaki dan dengki dgn kebahagiaan org lain. walaupun dia dah dapat yang dia nak. ni pengalaman saya je la. peace doc.

    Reply
    • hi assalamualaikum, en fazahmad.Bila nak sambung cerita lagi.Sejujurnya saya suka giler dengan awak pnye cerita.Sambung plss.Bole jugak klu share dgn sye jer..hehe

      Reply
  4. Allahu sedihnya..

    iols dh syak mesti docsha kawin ngn lelaki offshore tu.. bukan ngn qayyum.. sb iols harap uols kawin tau.

    ape punca deols bercerai?

    ape komen kawan2 di tempat kije after uols clash putus tunang n tetiba qayyum kawin ngn nurse kat situ?

    siapa sebenarnya nurse tu, tak cuba siasat latar blkg dia?

    Reply
    • hai assalamualaikum
      1)sis pon x tahu ape punca diorang bercerai.Malas sebenarnya nak tau.Ade jugak nurse2 tu story pasal diorang tapi sis buat pekak jer
      2)hermm..ade yang sokong nurse tu,ade jugak yang tolong makikan nurse tu.Sis berdiamkan diri time tu sbb satunya sis broken n sis kena sihir santau.Satu hospital terkejut sbb xde angin xde ribut diorang kahwin.
      3)sis x tahu pn siapa dia sbb time tu baru masuk.Tapi sekarang dia dah pindah ke hopital yang dekat kg halaman dia.Tapi qayyum still ada keje dkat situ.Kami profesional time kerja.Klu dia ajak berbual sis berbual.Klu dia buat lawak sis gelak.Tapi dia sllu ungkit salah dia tinggalkan sis.Dia kata klu sis x bahagia.Dia akan jaga sis.Tapi sis bukan jenis macam tu.Sis bahagia dengan en hubby.TQ sbb baca.Luv u

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.