AKU TIDAK MENULIS CERITA INI DAN HANYA COPY N PASTE DARI SUMBER ASAL MEMANDANGKAN PENULIS ASAL IAITU DAMMERUNG MEMBERI KEIZINAN CERITA BELIAU BOLEH DI KONGSI DI PLATFORM LAIN DENGAN SYARAT DIKREDITKAN KEPADA BELIAU DAN SUMBER ASAL DAN TIDAK DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIL (financial gain).
PENULIS ASAL: dammerung
SUMBER: mforum.cari.com.my
BOD: misteri dan paranormal
BAHAGIAN 2
Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!
Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.
Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput.
Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.
Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.
Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.
And then, Bangla-bangla tu tanya..
Tuan rumah ni sakit ke?
Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.
Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.
Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.
Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.
Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.
Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat.
Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.
Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu.
Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba “perabot” tu mula berayun (rocking).
Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!
Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.
Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.
Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh “haiyaa…” dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.
“Rishi, you switched off the board already ya?”
“Yes boss”
“You go home then”
Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit…
“Boss..I call the police okey?”
Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.
Rishi “paksa” apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.
Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu “security guard” untuk dalam rumah.
Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.
Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.
Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring.
Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.
Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.
Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei…dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.
Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.
Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.
Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.
Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.
Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.
AKHIR
Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box. Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah. Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway? gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak.
Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar ni kaki report ke boss), terpaksalah beli motor dan sejak ada motor, Rishi ambil duit gaji from this young Chinese lady kat rumah area Dutamas. Kalau dulu drebar van tolong pass duit kat dia setiap pagi, tapi sebab ambil sendiri so gaji dah jadi bulanan.
Rishi lepas kejadian penampakan, dia dah takde mood nak kerja situ. Sampai bangun tidur pun rasa nak lempang orang mengenangkan beberapa jam lagi masuk kerja. Itu alasan Rishi lah, kalau ikut pemahaman aku si Rishi ni yang dah naik tocang, ye lah takda siapa nak monitor.
Dah setahun lebih bekerja ni juga Rishi baru tahu yang dia lah satu-satunya security guard kat rumah tu. Dia pernah borak dengan fellow security guard yang bekerja di rumah berdekatan, orang tu cakap rumah tu setahu dia memang tak pernah berjaga. Rishi adalah cucuk sikit kot-kot ada urban legend ke pasal rumah berhala tu, tapi takde pula orang tu cakap “office” Rishi ni berhantu, just memang tak berpenghuni aja lah.
Pada satu malam, boss si Rishi (apek tua) datang ke rumah naik Mercedes S-Class ditemani beberapa orang lagi. Kereta kancil yang selama ni tak pernah bergerak, di pandu keluar dari rumah. Rishi cakap ada dua orang middle-aged Chinese women bawa dulang yang kelihatan seperti makanan dan kedengaran seperti upacara “menurun” berlangsung di depan pintu rumah. Bau colok menyengit sampai ke post-guard dan asap menyelubungi kawasan rumah. Rumah berhala terang malam tu dan sekitar hampir tengah malam baru lampu ditutup semula. Sebelum beredar, Boss minta Rishi datang tengahari besok dia nak datang angkat barang.
Keesokan harinya, Rishi datang ke rumah waktu tengahari seperti di arahkan. Boss sampai dengan lori 1 tan dan beberapa pemuda Cina. Borak-borak lebih kurang, Boss pun meninggalkan kawasan rumah dengan Mercedesnya, sebelum itu dia sempat cakap pada Rishi supaya monitor aktiviti orang-orang tu dan pertama kalinya, Rishi di beri kebenaran untuk masuk ke dalam rumah.
Rishi masuk kedalam rumah dan benda pertama dia nampak adalah dulang-dulang berisi sisa-sisa makanan, kulit-kulit limau mandarin dan botol-botol beer kosong di lantai. Agaknya Boss dan kawan-kawan dia berpiknik dalam rumah malam tadi. Benda kedua yang dia nampak adalah isi dalam rumah penuh dengan patung-patung berhala. Dari yang sebesar lengan sampai lah sebesar sampai ke bumbung. Untuk pengetahuan semua, Rishi cakap rumah single-storey tu takda siling. Dia masuk juga ke bilik-bilik dan seperti apa yang dilihat waktu di living hall, penuh dengan patung-patung berhala.
Patung-patung berhala yang besar ada diperbuat dari tembaga dan marmar tapi yang kecil-kecil bersepah atas lantai kebanyakkannya diperbuat dari solid gold. So untuk menjawab pertanyaan beberapa pembaca kenapa Rishi di upah jadi security guard, menurut pendapat aku mungkin untuk menjaga patung-patung Dewi Kuan Yin emas ni la kot (aku rasa la patung Dewi Kuan Yin, Rishi tak cakap pun patung apa).
Paling misteri, bilik di mana Rishi terdengar bunyi tapak kaki dan orang baring atas katil tu, takda katil, yang ada cuma tembikar-tembikar hitam bertepek kertas merah. Dalam tembikar ada pasir pantai yang dicucuk beberapa batang colok separuh terbakar.
Pemuda-pemuda Cina ni mengangkat beberapa patung tembaga naik atas lori dan disebabkan saizn, ada beberapa patung yang kena di baraikan sebelum naik atas lori. Style diaorang ni macam gangster dengan rambut oren bertatoo, bertindik dengan kuku jari kelingking panjang bagai, so aku refer mereka ni sebagai Ah Beng ajalah.
Salah seorang dari Ah Beng tiba-tiba memaki-hamun terjerit-jerit. Ingatkan pergaduhan sesama Ah Beng, tapi Rishi tengok Ah Beng ni marah-marah kat salah satu patung dan yang peliknya, Ah Beng lain semua relax je macam takda apa dan teruskan kerja-kerja mereka. Bila Ah Beng panas baran ni dah cool down, Rishi tanya…
“Bos, apa pasat?”
“Lu talak nampak ka?”
“Nampak apa?”
“Itu cheebai main-main belakang itu patung”
(perbualan adalah rekaan aku berdasarkan cerita si Rishi )
Rishi tengok lah kat patung tu dan apa yang dia nampak adalah makhluk “bergurau” kat dapur tempoh hari, tengah main hide and seek kat belakang patung. First time juga Rishi nampak muka benda alah tu. Rishi cakap kalau kat luar mesti dia ingat pengemis sebab macam muka orang betul. Makhluk tu macam orang tua tak terurus dengan rambut hitam panjang.
Bila Rishi dan makhluk tu bertentang mata, di panggil-panggilnya Rishi…
“woi, woi, woi, woi”
Ada seorang Ah Beng lain pergi simbah air pakai baldi, sepantas kilat benda alah tu panjat dinding, masuk kat celah-celah frame bumbung dan hilang dari pandangan.
Rishi tak banyak borak dengan geng Ah Beng sebab diaorang pun buat hal diaorang je. Dah senja baru selesai dan salah sorang bagi kunci rumah kat Rishi bagitahu nanti Boss datang ambil.
Aku ada tanya Rishi, ko tak takut ke tengok hantu tu? Rishi cakap time tu siang dan ramai-ramai, lagi pulak bila dah tengok rupa yang tak menyeramkan langsung, nak takut apanya? Chewah, eksyen Rishi ni.
Anyway, dari sehari bertukar seminggu, seminggu bertukar sebulan dan kunci masih kat laci pondok pengawal. Rishi pula semakin ramai partner security guard tak bertauliah dok teman dia setiap hari, berkat dari gebang kat kawan-kawan tempat kerja dia berhantu.
Mula-mula semua bertenggek kat post guard je, lama-lama dah ada yang suggest pergi minta nombor kat hantu tu. Rishi of course tak bagi lah sebab tak pasal-pasal hilang kerja nanti. Ada la dua, tiga orang pergi round rumah tu pepagi buta. Ada yang cakap nampak vampire(??), ada cakap takda apa pun.
Sampai lah satu hari ni.
Malam tu dia sakit perut dan jamban kat toilet post guard tu dah rosak. Taik bertakung dah berhari-hari tak flush sampai Rishi cakap dia kencing kat longkang depan rumah je. Dengan terpaksanya dia minta member-member dia jaga kejap sementara dia balik berak kat rumah (gas station semua kunci toilet lepas business hours).
Bila dia balik je kat rumah berhala tu, post guard kosong dan pintu rumah terbuka. Sorang pun takde. Dia tengok kunci rumah tergantung kat lubang kunci. Apa lagi panik la Rishi. Dia tak tengok pun keadaan dalam rumah dan cepat-cepat kunci sebelum telepon kawan-kawan.
Lagi haram jadah, seekor pun tak angkat call. Dah la tu, suis fuse box tak switch off, padahal dah berulang kali ingatkan supaya jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi.
So Rishi pun settle kerja lebih kurang dan macam biasa tuang kerja, pukul 4 pagi dah berambus.
Pagi tu jugak Rishi pergi cari kawan-kawan melepak dia. Jumpa salah seorang dan dia cerita apa terjadi malam tu…
Lepas si Rishi balik rumah, member sorang yang berlagak hero cadangkan masuk rumah beramai-ramai untuk minta nombor. Sebelum tu, salah seorang jadi runner kejap pergi beli roti, cikidis dan beer kat 7-11 konon-konon jadi “serahan” untuk penunggu rumah. Si hero ni lah yang pergi curi kunci dari laci, buka pintu dan susun makanan dan beer kat lantai.
Semua dok menunggu kat hall rumah, bila lah hantu nak keluar ni. Dah macam 10-15 minit takda apa, si hero pergi ke salah satu bilik sorang-sorang.
Tiba-tiba si hero menjerit dan lari lintang-pukang keluar rumah. Bila si hero pun dah macam tu semua pun ikut sama la, start motor dan cabut.
Rishi tanya korang ada ambil apa-apa tak? memikirkan kalau lah hilang hatta satu pun patung dewi kuan yin dalam rumah tu, memang m**i la dia kena lauk.
Mamat tu cakap tak ambil apa pun tapi Rishi tak puas hati juga. Dia cari si hero dan selepas tampar kepala mamat tu beberapa kali, dia tanya ko ada curi apa-apa tak? si hero cakap masa dia masuk bilik, tak sempat nak buat apa, dia dah ternampak ada lembaga hitam bertenggek kat patung berhala sambil jelir lidah. Apa yang dia ingat lepas tu ialah tercicit-cicit lari sampai terkincit dalam seluar.
Rishi tensen. Dia tahu dalam rumah mesti bersepah sekarang dan paling dia stress ialah pintu rumah terbuka pagi tu tanpa suis fuse box ditutup. Nak tak nak, dia kena juga masuk dalam untuk bersihkan rumah, thanks to kawan-kawan tak guna dia.
Rishi singgah rumah sekitar jam 11 pagi. Masa tu matahari tengah tegak atas kepala dan Rishi harap siang-siang buta ni takde la gangguan. Perlahan-lahan dia buka pintu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekering-kering hati Rishi ni, dia still tak berani nak masuk rumah tu sorang-sorang. Tin-tin beer dan plastik-plastik cikidis bergelimpangan atas lantai.
Ditarik nafas dalam-dalam dan Rishi masuk ke ruang tamu. Di kala tengah pungut semua tu, dia perasan patung-patung semua tergolek atas lantai. Ini mesti kerja si hero main langgar time lari hari tu.
Satu-satu dia tegakkan balik. Rishi cakap tiada sebarang gangguan pun sepanjang dia bersihkan rumah.
Dan malam itu, bermula lah siri-siri gangguan yang extreme.
Dalam pukul 8-9 malam macam tu, time Rishi tengah melepak kat post guard layan radio tamil, ada suara betul-betul di luar tingkap…
“woi, woi, woi, woi”
Terkejut Rishi dan sebaik dia tengok kat tingkap, ada separuh wajah yang amat dikenalinya.
Dicapainya cota dan berlari ke luar pondok dengan niat nak pukul makhluk tu, tapi tiada siapa. Sejak dari itu Rishi feeling ada benda tengah tenung dia dari luar tingkap.
Setiap kali dia ke belakang rumah untuk tutup suis fuse box, dari jauh dia nampak ada lembaga hitam terbongkok-bongkok berdekatan pagar dawai yang mengelilingi kawasan rumah.
I think most of you might have guessed it, hantu woi woi itu mungkin dah “keluar kandang”.
Rishi boleh tahan lagi setakat gangguan time kerja, ini kalau dah sampai ikut balik rumah…
Kat bilik time nak tidur je, ternampak kelibat woi woi kat sudut bilik. Time nak mandi ada panggilan woi, woi di luar tingkap bilik air.
Paling parah, time nak berak pun woi woi dok skodeng kat gerigi atas pintu jamban.
Dah tak tahan sangat, Rishi ambil keputusan untuk come clean dengan majikannya. Hari Ahad terakhir, dia berterus-terang dengan amoi yang tukang pass duit gaji, nak bagitahu Boss, dia takut kena ganyang pula so mungkin amoi ni hati dia lembut sikit. Lepas cerita dari A-Z, sangkaan amoi ni berhati lembut jauh meleset, dekat sejam dia kena maki hamun tengah panas kat depan gate rumah. Lepas amoi tu telepon Boss, dia suruh Rishi pergi tunggu kat post guard, Boss nak datang.
Tunggu lah si Rishi dengan berdebarnya. Sampai saja Mercedes warna silver parking depan pagar, meluru Boss keluar dan terus tampar Rishi berkali-kali sambil maki-hamun. Di belakang ada beberapa orang elder Chinese men tengok je si Rishi ni macam budak sekolah kena rotan. Boss suruh bagi kunci ke dia dan tunggu kat post guard sementara dia dan yang lain masuk ke rumah.
Lebih kurang sejam, apek tu keluar dan datang ke pondok pengawal.
Rishi di perintahkan untuk berambus sekarang juga. Tanpa banyak cakap, Rishi start motor dan pulang ke rumah. Sejak dari itu tiada lagi gangguan dari woi woi dan minggu tu juga Rishi beli tiket flight balik Nepal. Lepas 3 tahun baru datang Malaysia balik dan bekerja di universiti aku tu.
Begitulah alkisahnya.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hahaha. Glemer nme hantu ni. Hantu woi woi.??
Betul tu peah
Teringat cerita P.Ramlee scene Sudin ‘woi’ kan jaga Singh tu. Hahaha
Suka cite penulis ni.. best3x.. xada la nak merapu n meraban.
Betul betul
Wlaupun jln cerita huru hara..cmpur aduk jap bm jap bi tapi best.seram tu sampai..Memang hati kering Rishi ni.btahun dia keje.tu pun bukan sebab dia benda tu terlepas.sbb kawan2 sengal dia tu.
Niway best!
Korang tulis akak baca?
Betul. Kental si rishi ni
nape 2am kena switch off fuse? seramm
Kan.
“woi woi”..hilang rasa seram bila baca part tu..?
8/10
Betul.sedap nama hantu dia..:P
Hahaha..?
aku dh baca cerita ni..memang keras betoi la nepal ni, mau aku lari ja la..bt apa tunggu
Terima kasih awak yang rajin copy paste cerita ni.. Meiyo bukan zaman mforum.cari so tak pernah tau cerita ni… Best gila.. Si rishi tu memang hati kering tahap apa taktau la,tabik toing toing.. Lima bintang ⭐⭐⭐⭐⭐
Betul
Herm nak berak pun yak senang ni..dok terbayang terpikir hantu woi woi.. Haha
hahahahhaah best la ko ni.. cite seram tp mcm klaka pon ade.. terbaikkkk.. ku akan folo cite ko ni..
?
rumah ni mcm tempat dorg memuja nak kaya kott.. itu sbb nak org jaga rumah and siap ada letak makanan lg.
Yg aku curious knp kena off suis tepat pukul 2 . Why ? Why ? Why ?