#Indera – Bertempur Dengan Jin: Rasukan Hantu Raya & Amukan Puaka Keranda (fiksyen)

Assalamualaikum wbt. Maaf kan aku dah lama tak menulis. Banyak kekangan masa dan tenaga. Aku nak cerita kan kisah kali ni pertempuran aku dengan hantu raya dan puaka keranda.

Kehidupan aku masih seperti biasa tiada jauh berbeza rutin harian ku. Cuma kali ini aku akan kongsikan dengan kalian satu kisah pengajaran.

Takdir Allah SWT itu lagi besar mengatasi segalanya. Walaupun gelanggang silat telah pun kami pagar namun makhluk halus tersebut berjaya menembusi benteng. Bagi aku itu semua kehendak Allah nak mendidik kami semua bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia semata-mata. Kami hanya lah hamba. Jika takdir kami m**i di tangan puaka maka kami semua akan m**i malam tersebut.

Hujung minggu seperti kebiasaan nya aku akan mengadakan sedikit majlis makan tengahari dan doa selamat. Aku akan mengadakan mesyuarat khas untuk aktiviti dan apa apa jua masalah berbangkit dalam ahli keluarga silat kami.

Juadah hari tersebut ayam kampung gulai lemak cili api, sayur goreng pucuk paku, gulai nenas dan ikan masin, telur dadar dan pencuci mulut tapai. Semua juadah disediakan oleh kami semua. Daripada proses sembelih ayam, buang bulu ayam, p****g bawang, kisar lada dan buat tapai kami semua lakukan dengan penuh kerjasama.

Menjelang tengahari semua hidangan telah tersedia di pondok kecil di tepi sawah padi. Dikelilingi hutan kecil di kiri kanan rumah ku. Suasana kampung yang sukar untuk kita lihat dan nikmati. Bunyi air mengalir di permatang sawah. Kelibat ikan berenang dan menangkap di permukaan air. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Walaupun tengahari tetapi keredupan suasana mendamaikan.

Semua orang telah berkumpul di pondok kecil. Aku mengetuai bacaan doa selamat dan seusai semua itu. Kami pun menikmati juadah makan tengahari yang amat lazat walaupun ia bukan makanan yang mewah.

Berpeluh-peluh muka masing-masing bukan kerana panas tetapi kenikmatan gulai lemak cili api yang membahang kesedapan nya.

“Sodap botol lauk hari nih!” Si Faiz, jiran tetanggaku, memuji kesedapan lauk.

“Tengok tanganlah bhai! Den kan yang masak,” Hairul angkat tangan dia. Aku melihat geli hati. Semua tahu yang masing masing turut sama masak.

Aku arahkan semua segera bersih kan diri untuk solat jemaah. Hari ni giliran Hairul jadi imam dan akan mengetuai solat hajat dan zohor. Menjadi kebiasaan kami akan solat hajat bagi memohon agar diberikan kemudahan urusan kami untuk sesi silat malam nanti.

Semua pulang ke rumah masing-masing dan akan kembali selepas maghrib. Aku duduk di beranda rumah melihat sawah padi sedang menguning. Di belakang sawah padi ada bukit yang menjadi sempadan tanah sawah dengan hutan di bukit itu. Hutan yang menyimpan rahsia tersendiri. Di situ aku tanam kan badan dan kepala manusia puaka.

Semua ahli keluarga silat telah berkumpul semuanya ada. Sembilan wanita termasuk adik ku. Manakala terdapat dua belas orang persilat lelaki. Jumlah keseluruhan 21 orang persilat tidak termasuk aku dan Hairul.

Jamung dinyalakan dan bacaan doa dibacakan sebagai menjaga keselamatan kami semua.

Aku dapat rasakan malam ini akan ada sesuatu berlaku. Gerak hati rasa sesuatu akan menyerang kami semua.

Aku melihat daripada jauh sebuah keranda lama terbang menuju ke arah kami semua. Aku rasa ini lah jawapannya pada gerak hati aku tadi.

” Semua berhenti, buat barisan 9: 7 : 5 : 2.” Semua berhenti dan aku turun ke gelanggang duduk dihadapan sekali bersama Hairul.

Barisan belakang sekali adalah barisan pemanah ghaib. Barisan tujuh aku telah latih menjadi barisan penyerang. Mereka akan sentiasa membaca dan menenggelamkan seluruh jiwa dalam kalimah tauhid kepada Allah. Barisan lima orang adalah paling kanan dan akan membantu aku dan Hairul apabila berlaku pertempuran.

Kami semua dengan posisi bersedia andai kami semua kalah maka kami redha. Keranda terbang itu telah pun berhenti di hadapan pintu gelanggang. Suasana bertukar menjadi sunyi sepi angin menderu deru masuk membuatkan api jamung meliuk liuk mengikut tiupan angin.

Tiba-tiba keluar daripada keranda tersebut 3 ekor makhluk berwarna hitam bermata merah. Makhluk tersebut bertaring panjang hingga jelas di wajah mereka. Tinggi mereka menyamai tinggi atap rumah.

“Semua bersedia! Jangan leka!” Aku memberi kan arahan.

Tanpa aku sedari makhluk tersebut telah menembusi benteng gelanggang dan menyerang salah seorang dari posisi pada barisan 7 orang. “Arghhh! Tolong! Tolong!” Jeritan kuat kedengaran.

Zahira telah diangkat di udara. Kaki nya bergerak gerak cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman makhluk berkenaan. Aku dengan segera arah kan pasukan memanah dari barisan belakang segera memanah ke arah tiga makhluk berkenaan. Anak panah dilepaskan dan Zahira terlentang jatuh ke tanah kerana makhluk itu telah terkena panah di kepalanya. Jeritan kuat kedengaran.

Makhluk tersebut makin berang. Aku dan Hairul bergabung tenaga menyerang dua makhluk hitam tersebut. Barisan 5 orang menyerang seekor lagi makhluk.
Ada antara kami yang telah cedera. Segera barisan belakang dan 7 orang membuat serangan membantu kami. Keadaan malam itu huru hara. Hanya kami sahaja mampu melihat semuanya yang terjadi.

Aku tercedera bila taring makhluk tersebut dibenam kan pada bahu ku. Aku rebah dan tak mampu bergerak lagi. Tenaga ku seolah-olah disedut keluar. Aku dipapah keluar daripada gelanggang. Makhluk makhluk itu berjaya ditumpaskan oleh ahli keluarga silat ku.

Keadaan ku lemah dan dirawat oleh Hairul dan adik ku.

“Abang makan lah sedikit,”

” Ekau makan lah dulu, den tak ado selero” adik ku meletakkan makanan di sebelah katil ku. Dia melangkah ke jendela dan membukanya. Aku dapat melihat sawah padi terbentang luas. Suara burung berkicauan. Aku cuba untuk bangun tapi tak berdaya.

“Assalamua’laikum Indera, ekau apo kabar? Suara Hairul memecah kan suasana.

” Bilo ekau sampai?”
Sonyap yo kan kau masuk nak ngintai adik den la tu!” Aku mengusik Hairul yang memang ada hati pada adik ku Zahira.

“Ekau ni mandai yo! Den baru balik kojo shif malam ni, tu den singgah kojap tengok ekau.” Hairul menyiku lengan aku.

“Eleh tengok den la kan..apo jadah eh, ngaku yolah..” aku terus mengusiknya.

Zahira menatang air kopi untuk Hairul sambil tersenyum melihat aku mengusik lelaki kesayangan nya. Aku memang dah bercadang nak nikahkan mereka jika tiada halangan hujung tahun ni. Cuma tunggu keluarga Hairul memberi kata putus selepas rombongan merisik dan bertunang tempoh hari.

“Malam ni nanti nak bukak gelanggang tak?” Hairul bertanya.

“Kalau ekau tak ponek bukak lah. Den tak todayo ni ha. Den tengok yolah dari ateih rumah”. Ku balas pertanyaan Hairul sambil menghirup kopi.

Malam itu aku hanya mampu melihat daripada jauh langkah silat mereka semua. Tiba-tiba aku lihat seekor hantu raya menyambar ke arah Hairul. Tanpa sempat berbuat apa-apa Hairul telah kerasukan dan mengamuk di tengah gelanggang. Mata nya merah menyala. Melihat semua orang di dalam gelanggang.

Aku bangun dan mencapai panah ghaib ku. Hantu raya itu perlu dipisahkan sebelum terjadi perkara buruk.

Hairul menyerang seorang demi seorang ahli keluarga silat ku. Aku lemah dan tak berdaya ketika itu.

Kekuatan diri Hairul seolah olah tidak dapat dikalahkan oleh mereka semua. Zahira segera menyerang Hairul dan cuba mematahkan serangan Hairul. Zahira terpelanting ke belakang ditolak Hairul. Aku menarik busur panah ku dan melepaskan tepat ke dada Hairul.

“Arrggggggghhhhh! Jeritan kuat kedengaran memenuhi ruang kawasan rumah ku. Hairul rebah. Hantu tersebut telah terpisah dan diserang bertalu-talu oleh pasukan silat ku. Laungan azan kedengaran dan satu pancungan hinggap ke leher makhluk tersebut. Hanya debu hitam kelihatan. Bau pekat hanyir menyerang rongga hidung kami.

Hairul dipapah ke atas rumah. Aku memberikan nya air penawar. Zahira menangis melihat keadaan tunangan nya. Hairul hanya pengsan cuma tubuh badan nya lemah.

Aku dan Hairul pulih setelah dua minggu terlantar di rumah. Kami bukan sahaja telah cedera fizikal tetapi cedera dalaman kami.

Aku banyak merenung jauh akan apa yang telah terjadi. Dua serangan berlaku dalam minggu yang sama. Dan menyebabkan aku dan yang lain hampir menemui ajal.

Kami memang tidak mencari musuh tetapi musuh yang akan mencari kami. Perjuangan kami adalah menentang kerosakan yang dilakukan makhluk puaka. Kemungkinan besar serangan yang terjadi akibat dendam.

Kami redha kami semua manusia biasa bukan kebal walaupun mempunyai kekuatan. Jika Allah takdirkan kami tewas maka kami akan tewas.

Aku dan ahli silat telah mengadakan solat hajat dan taubat. Memohon agar Allah ampunkan dosa dosa kami. Seandainya ada di dalam hati ini rasa riak dan angkuh akan sedikit kekuatan yang ada.

Semua nya terjadi atas izin Allah. Aku kini telah sembuh. Insyaallah ada masa aku akan kongsikan kisah pertemuan aku dengan puteri Ratna sari dan dendam bomoh siam.

Assalamualaikum dan salam bahagia sahabatku semua.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “#Indera – Bertempur Dengan Jin: Rasukan Hantu Raya & Amukan Puaka Keranda (fiksyen)”

  1. Puteri Ratna Sari? Ishhh nama pn sama dengan nama Ratna Ratu Sulaman. baca je cite Indera ni terus terbayang mcm kat kurun ke 15 hukhukhuk pengaruh RAM terlalu kuat dalam diri iniiiiii

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.