Assalamualaikum buat semua pembaca setia fiksyen shasha . Biar aku perkenalkan diri aku . Nama aku anna ,sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak .
Cerita ni berlaku pada tahun lepas ketika anak aku berumur dalam lingkungan 8bulan (tak ingat dah) . Waktu tu aku belum ada rumah sewa , so hidup sekejap duduk rumah parents , sekejap duduk rumah FIL (father in law).
Satu hari tu aku dari rumah FIL and pergi ke rumah parents aku yang tak berapa jauh kedudukannya . Dalam 15km camtu . Aku sampai rumah parents aku dalam pukul 9malam sebab siang suami aku kerja balik kadang-kadang dah nak dekat senja so terpaksa lah pergi rumah parents aku malam .
Kebiasaannya kami akan ke rumah parents aku pada hari jumaat dan tidur sana sampai la hari ahad kemudian baru balik ke rumah FIL aku . Kira gilir2 la memandangkan anak aku ni cucu sulung so kena lah berlaku adil . Kejap rumah sana, kejap rumah sini .
Okay berbalik pada cerita tadi , dah sampai rumah parents aku , so dah salam2 semua then borak2 jam dah nak dekat pukul 12malam . So aku dan suami decide nak tidur . Kitorang pun bawak anak naik atas ke bilik kitorang (rumah parents dua tingkat) . Ha waktu ni la kejadiannya ye . Anak aku tiba2 nangis menjerit2 macam orang kena pukul . Bagi susu tak nak, bagi nenen taknak , masuk buai taknak , eh semua lah taknak .
Aku dah pening . Aku bawak turun bawah bagi kt mak aku . Mak aku pun takdapat nk pujuk . Ayah aku bagi cadangan pergi ambil air dalam cawan and baca al-fatihah 3x then sapu kt muka anak aku . Tapi tak lut .
Makin menjadi2 pulak tangisnya . Then mak aku call kawan dia yang duduk sebaris dengan rumah mak aku , tanyakan boleh tak tolong panggilkan ustaz . Nasib tak menyebelahi kitorang sebab ustaz yang biasa makcik tu contact ada kat luar kawasan (family makcik ni selalu kena ganggu. Dengar cerita family dia juga yang menghantar) . Ada sorang ustaz ni tapi kena tunggu pukul 2pagi baru dia boleh datang . Pehh memang azab la dengan anak aku menangis tak mau dipujuk . 2jam tunggu ustaz tu and 2jam jugak la anak aku menangis non stop .
Dalam pukul 2.15pagi macam tu ustaz tu sampai and automatically anak aku stop nangis . Ustaz tu bagi salam and ayah aku jemput dia masuk . Then ustaz tu terus cakap, “hah ‘dia’ tahu saya datang terus lari naik atas. Takpe jap lagi saya naik”. Berderau darah aku dengar dia cakap camtu . Yelah benda tak pernah kena kat family aku . Anak aku dah tido dah kesian dia penat nanges . Aku da letak dia dalam buai . Kata ustaz tu benda tu duk bergurau tunjuk muka kat anak aku tu yang menjerit budak tu . Huh!
So bermula lah sesi soal jawab setiap ahli keluarga aku (mak,ayah,adik perempuan aku.adik lelaki aku tido time ni) dengan ustaz tu . Mak aku mengadu la tangan dia selalu sakit2 . Susah nak buat kerja rumah .
Adik perempuan aku pun sama . Dia lagi la teruk kena kacau . Sampai lebam2 kat badan .Dia tido sorang kat tingkat atas kalau aku and husband takde . Time tula benda tu dok sakat dia . Baling pasir kat tingkap la .
Tengah study tetiba pintu bilik kena ketuk la . Dia ni jenis berjaga tengah malam . Ustaz tu tanya aku , ada gangguan tak . Memang tak ade la sebab aku bukan selalu ada kat situ . Huhuhu
Lepas dah cerita2 semua ustaz tu suh amik kain telekung then letak atas badan mak aku and baring . Ayah aku pulak disuruhnya letak tapak tangan atas perut mak aku . Then ustaz tu baca ayat al-quran and tanya mak aku rasa panas tak tapak tangan ayah aku tu .
Mak aku jawab , panas . Then ustaz tu sambung , benda ni duduk dalam badan mak aku . Tapi sekarang benda tu dah beralih ke badan adik aku sebab benda tu taknak senang2 kena tangkap .So proses scan badan mak aku tu kejap je sebab benda tu main nyorok2 pulak . Huhu . Lepas tu giliran adik aku lak kena scan .
Proses yang sama macam mak aku ,tangan ayah aku atas perut mak aku . Masa tu adik aku cakap perut dia macam memulas2 . Yela benda tu dok nyorok situ kan . Takde la adik aku meraung masa ustaz nak buang benda tu . Adik aku just cakap sakit je . Ustaz tu dah keluarkan benda tu tapiiii ada lagi ye kaum kerabat dia dalam rumah mak aku .
Ustaz tu mintak izin nak naik atas. And dia ajak laki aku naik sekali . Diorang naik berdua je . Lama jugak la diorang kat atas , senyap je tak ada dengar bunyi apa2 . Cuma dengar bunyi cm menghalau gitu .
Tak lama leps tu ustaz tu turun . Dia bagitahu , benda tu ada 3ekor . 2besar ,1kecik and benda ni menginap kat bilik no3 a.k.a bilik stor . Tempat mak aku simpan barang2 macam katil lama, almari and banyak lagi . Dan paling mengejutkan , benda ni datang dari jauh .
Dari kampung aku . Benda ni bawak ustaz tu ke kampung aku and dia tunjuk kat rumah tu ada big boss die yang jaga rumah tu . Benda ni mengikut masa aku and family balik kampung . Ustaz tu suruh mak aku call nenek aku , carik orang suh buang benda tu . Takut nenek aku tak tahu ade benda lain yang duduk umah nenek aku tu .
So lepas tu ustaz tu cakap banyak-banyak kan baca yassin, ayat kursi untuk pelindung diri . Jangan tinggal solat dan banyak lagi . Dalam pukul 4lebih ustaz tu mintak diri .
Aku mati2 fikir benda ni datang dari family aku sebab sejak arwah atok aku and adik beradik die meninggal , macam2 benda jadi . Orang dulu-dulu kan banyak yang bela saka sebab nak jaga rumah lah, kebun la .
Aku dah cuak takut benda ni saka . Kang die cari nya aku nak suh jadi tuan die , naya je !
Tapi sangkaan aku meleset . Sebab benda tu bukan tunjuk rumah nenek aku kat ustaz tu . Tapi rumah makcik aku , iaitu isteri pakcik aku . Aku baru teringat last aku balik kampung aku ada singgah rumah mak bapak die .
Ni aku dengar dari nenek aku yang cerita sebab pakcik aku iaitu adik mak aku selalu kena kacau and kena sampuk . Bayangkan eh , ada satu hari ni pakcik aku solat , lepas habis solat tu die duduk tetiba die menari .
Tangan die tu Ya Allah seram aku nak bayangkan , nasib baik tak nampak depan mata . Tangan die tu duk asyik menari macam orang lama-lama menari tu . Ala macam cerita pontianak harum sundal malam tu . Macam tu la die menari . Setiap kali solat eh mesti macam tu .
Mula-mula pakcik aku tu ingat die ni kena kacau dengan benda kat rumah sewa die . So pergi la berubat . Dah elok . Tapi datang pulak yang lain .
Bila dah lama-lama ni baru tahu yang isteri dia ni ada membela . Ish aku nak type pun rasa semacam je . Sebab aku takut isteri die tu tahu yang aku tengah cakap pasal die . Huhuhu . Lepas diorang kahwin diorang duduk rumah nenek aku .
Macam-macam lah benda jadi. Nak gelak pun ada . Katanya isteri pakcik aku tu selalu kena histeria , nenek aku lah tolong baca-bacanya . Hahah . Yang peliknya benda ni jadi kalau permintaan die pakcik aku tak ikot . Maksudnya kalau die nak sesuatu pakcik aku tak ikutkan, mula lah datang histeria die . Da macam psycho la pulak kan . Pelik .
Ada satu hari tu pakcik aku bawak isteri die balik umah mak ayah die . Tujuan nak ubatkan anak diorang . Family isteri die ni takboleh langsung nampak pakcik aku solat atau mengaji . Diorang mesti cakap tak payah la mengaji sangat , tak payah nak tunjuk alim and so on . Suspicious sangat kan kenapa tak kasik baca quran dalam rumah diorang .
Sambung pasal isteri die tadi , pakcik aku panggil ustaz then ustaz tu tanya kat isteri die , siapa kau? Siapa yang suruh kau kacau budak ni ?
Ha time tu isteri die da kerasukan . Then isteri die jawab , kau tanya la tuu, tuuuu sambil muncungkan mulut tunjuk kat arah ayah die . Ha ko raserrr??
Sampai situ je la aku tahu cite die berubat . And nenek aku cakap die da panggil orang tengok-tengokkan rumah die . Orang tu kata rumah nenek aku tak ada ape2 . So korang boleh guess sendiri la kan benda tu tunjuk rumah siapa kt ustaz nk ubatkan mak aku tu sebab rumah die rumah terakhir aku pergi masa balik kampung .
Sekarang alhamdulillah dah tak ada apa2 yang ganggu kitorang . Cuma adik mak aku sampai sekarang tengah berperang nak buang saka yang dah menempel kat badan die dah bertahun2. Die tak pernah mintak tapi benda tu yang nak kan makcik aku sebab darah yang mengalir dalam badan makcik aku tu ade darah nenek moyang aku .
Ustaz yang nak tolong buangkan pun dah tak terdaya ceritanya . Sekarang masih dalam proses nak buang lagi . Mudah-mudahan cepat lah benda tu nyah dari badan makcik aku . Ada masa aku cerita pasal saka makcik aku ni pulak ye . Tq sudi baca kisah aku yang panjang berjela ni .
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
eh serius la..xde org komen cite ni
Ko sorg je la yg jdi first komen kt sini 😂
Second komen yess yess anyway cite best tapi xde yg komen
sebenarnya flow cerita nya susah nak faham.
sampai anak dia menangis je lepas tu aku lost.