2008
Salam ke hadrat Ilahi dan salam sejahtera. Nama aku Afiq. Aku nak ceritakan kisah seram (bagi aku sangat seram) yang aku lalui pada tahun 2008 ketika aku menuntut di sebuah IPTA di Negeri Sembilan. Kisahnya bermula waktu awal semester pertama tahun kedua aku dekat IPTA tu. Aku bukan nak cerita pasal kolej. Tapi aku nak cerita perjalanan aku nak ke tempat percutian aku dengan kawan-2 aku di Port Dickson.
Lumrah menjadi seorang penuntut. Stress dan tekanan belajar selalu dihadapi. Jadi aku dan kawan-2 aku menempah sebuah “Service Apartment” di sebuah resort di Port Dickson dengan alasan untuk menenangkan. Tapi itu kita cerita disaat penghujungnya. Setelah mendapat tarikh yang dipilih aku dengan gembira menyusun jadual kuliah aku untuk mengelakkan pertindihan.
Namun malangnya kita merancang tapi tuhan menentukan. Antara ramai-2 kawan aku hanya aku sahaja yang mempunyai kelas terakhir pada pukul 6 petang pada hari aku check in di resort itu. Nak tak nak aku terpaksa bergerak lewat memandangkan mereka semua tidak ada aktiviti pada malam itu kecuali esok pagi nya. Selesai kuliah aku pulang ke hostel untuk mengemas pakaian aku. Sekali lagi aku tertidur menyebabkan rancangan aku untuk bergerak sekitar 8 malam tergendala. Aku bertolak dari hostel jam 11.40malam selepas dimarahi oleh kawan-2 aku di sana
2008, 11.45malam
Malam masih awal bagi aku. Selepas aku campakkan bag di seat belakang kereta. Terus aku hidupkan engine dan meluncur keluar dari perkarangan kolej. Dalam perjalanan aku masih ragu-2
“Nak lalu highway ke jalan lama ya”
Dengan pantas aku mencapai smart tag.
“Baki RM0.70”
“Aduh lupa nak topup pula”
Tahun 2008 anda tak boleh tambah nilai di 7-eleven mahupun tempat tol selepas 5.30petang. Sepantas kilat aku buat keputusan melalui jalan lama. Ya. JALAN LAMA. Kalau siapa tahu jalan yang dimaksudkan adalah jalan yang merentasi beberapa daerah di Negeri Sembilan ini untuk sampai ke Port Dickson.
2008 12.07pagi
Tenang,
Aku buka tingkap pemandu seluas-luasnya untuk memberikan pengudaraan di dalam kereta kerana aku merokok. Berani? Bukan berani tapi aku tak tahan dengan bau selepas merokok. Habis sepuntung aku kecilkan sedikit tingkap sambil melayan lagu-2 rancak untuk mengurangkan mengantuk.
12.35pagi, Simpang Seremban – Port Dickson
Aku membelok ke simpang jalan Seremban – Port Dickson ( Kalau tahu di mana aku maksudkan ) hati mula rasa tak selesa. Kiri kanan ladang getah walaupun masih berhampiran pekan. Pelik kerana takde satu kereta dari arah bertentangan mahupun arah yang sama. Selepas 5-6minit melalui jalan tu situasi yang memeranjatkan aku terjadi
‘Bamm Bamm Bamm’
Satu bunyi seperti tepukan yang kuat kedengaran di atas bumbung kereta yang aku pandu
“Ah sudah. Ape pula tu?”
“Ranting kayu getah kot. Reput sangat. Bahaya betul”
Telahan aku salah. Jarak pokok terdekat lebih kurang 15kaki dari tepi jalan mana mungkin ranting bole jatuh tepat tengah-2 bumbung kereta.
12.50pagi, MENYESAL
‘Bam Bam Bammm!!!’
Sekali lagi bunyi tepukan di atas bumbung kereta kedengaran… Seolah-olah seperti ada sesuatu ingin memberitahuku? Sedangkan keretaku masih meluncur laju menuju ke destinasi. Mustahil untuk manusia,haiwan atau benda yang boleh/mampu bertaham duduk di atas bumbung dalam keadaan kereta yang sedang bergerak laju.
Perlahan-2 aku tutup tingkap aku dan pusingkan semua cermin jauh dari pandangan mata aku (cermin sisi dan cermin pandang belakang) dan terus memecut laju. Tujuan nya adalah untuk mengelakkan aku sakit jantung mana tahu ternampak dalam cermin. Ayat al-quran semua tunggang terbalik doa makan pun aku baca takut punya pasal. Peluh jantan semua keluar. Selang 2 minit sekali lagi gangguan itu muncul. Kali ini lebih ekstrem dan mengilukan.
‘Skrettttttttttttttttttttt!’
Bunyi cakaran yang agak panjang dan menyeramkan di atas bumbung kereta.
“Aduh. ‘Dia’ main cakar-2 pula!!”
Aku memang dah tak keruan dan sekali lagi
‘Skrettttttttttttttttt skreetttttttttttt’
Kali ini ‘dia’ betul-2 mencabar aku. Aku terus mengucap dan beristighfar dan hanya itu yang aku ingat dalam kepala aku. Dalam masa sama aku kuatkan lagu yang aku buka. Mesti ramai yang tertanya kenapa tak buka ayat alquran? Yang pertama dalam kereta aku tak ada sekeping pun cd alquran (menyesal kat situ) dalam simpanan dan kedua logik manusia di dalam ketakutan semua benda akan jadi kalut.
1.06pagi, bayang-2
Mata aku masih memandang hadapan dalam keadaan peluh-2 mengingatkan aku bahawa gangguan tersebut dah tamat.
TIDAK!
‘DIA’ munculkan diri pula.
Terbang meniarap di tepi tingkap sebelah pemandu iaitu tempat aku sendiri!! Yang aku terperasan ialah kain putih lusuh kecoklatan dan rambut yang panjang melepasi pinggang dimana rambut itu sangat-2 kusut.
Menoleh. Dalam keadaan ‘slow-motion’ menoleh kearah aku dan aku dapat melihat jelas walau dari anak mata aku mukanya yang tak berapa nak elok dan giginya yang sangat menyeramkan. Menyeringai. Matanya kecut atau terperusuk masuk ke dalam rongga mata
Ya Allah aku dah tak tahan dan tak sanggup nak bawak kereta. Aku dalam konsep kalau aku m**i sebab ‘kakak cantik’ ni aku redha. Bayangkan aku memandu tanpa tengok kiri dan kanan menekan pedal minyak 120-140km/h di jalan kampung 2 hala dan bengkang bengkok.
Hanya tuhan saja yang tahu. Dalam cerita melayu samada teks atau fiksyen filem digambarkan mereka ini bermata merah… tapi ini memberikan aku satu persepsi lain… matanya terperosok ke dalam… tidak bercahaya..kosong. ‘Dia’ bersifat telus pandang. SEMI-TRANSPARENT!! Aku masih bole lihat cahaya lampu dan pokok-2 di balik badan dia.
4-5minit berlarutan. Akhirnya aku jumpa tiang lampu jalan pertama selepas beberapa buah kampung dan ladang akhirnya dia menghilangkan diri. Ghaib. Takut lampu mungkin. Aku berhenti di stesen minyak berhampiran simpang selepas ke Port Dickson. Aku cba tenangkan diri. Aku hubungi kawan aku. Harap tak tidur lagi. Aku hubungi R(nama samaran)
“Wei, lagi 15minit aku sampai kau bawa turun ‘bath-robe(jubah mandi) kat lobi, atau tuala”
R membalas
“Okey. Tapi kenapa”
Aku meningkah
“Bawa je”
Lebih kurang 15minit aku sampai di perkarangan resort dan aku nampak kawan aku sudah menunggu di lobi. Tanpa turun aku minta di campak jubah mandi itu dan aku terus memarkirkan kereta. Die mengekori ke kereta. Cepat-2 aku tanggalkan semua pakaian aku termasuk seluar dalam dan memakai jubah mandi itu. Dan aku memasukkan semua baju yang aku pakai kedalam plastik dan letak di bonet kereta. R pelik dan bertanya kenapa aku buat macam tu.
“Kakak cantik kejar aku kat jalan lama tadi”
Pucat R,
Aku terus pergi kebilik dan mandi tanpa sempat menyapa kawan-2 aku kerana mereka semua bergelimpangan tidur. Kepenatan mungkin. Aku berpesan pada R supaya tolong aku buangkan baju aku di mana-2 atau bakar (aku tak tahu adakah ini petua atau tak) sebab aku tak nak apa-2 jadi pada aku dan mereka semua.
2008, 8.10pagi
Aku bangun dan merasa lebih segar walaupun masih agak terkejut dari kejadian yang berlaku malamnya. Kawan aku R dan T(nama samaran) awal pagi keluar membeli sarapan menggunakan kereta aku. Sebaik pulang R berkata kenapa kereta aku terlalu mendak. Macam bawa muatan 2-3 tan.
“Kau buang tak baju yang aku pesan”
R membalas
“Tak.alamak. Serious aku lupa”
“T kau tolong R boleh? Bakar baju aku pakai semalam”
Tanpa melengah mereka berdua turun dan tolong aku membuang baju itu. Dalam masa sama. Aku pun turun ke lobi untuk membeli rokok. Kebetulan ade seorang Security Guard di situ menegur aku.
“Dik, abang nak tanya. Kenapa semalam tukar baju dekat kereta?”
Aku jawab
“Kena kejar dengan cik pon lah abang. Kenapa bang?”
Jaga itu berkata
“Abang nampak ada perempuan duduk atas bumbung kereta awak malam tadi lepas awak naik ke bilik!”
Aku dah menggigil. ‘DIA’ ikut aku. Mula dari malam itu aku lebih rela menghabiskan duit melalui lebuhraya berbanding melalui jalan lama. Dan sejak dari itu aku mula mudah untuk ternampak kelibat dan benda yang tak elok di mata. Kalau siapa-2 yang nak mencuba berjumpa ‘DIA’ boleh lah lalu
“JALAN LAMA”
P/s : aku dah lihat dan teliti di bahagian bumbung kereta aku. Tiada kesan cakaran mahupun kesan lekuk. Aku bernasib baik sebab tak pasang ‘sunroof’. Kalau tak……
Sekian.
Afiq
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tu la motif die,buat kite takut n kite bwk laju2 pstu eksiden..
Sebenarnya gangguan tu utk dia masuk dlm badan.sbb tu lpas peristiwa tu selalu ternampak.cara nak keluarkan jin kena jumpa ustaz rukyah
Bunyi tu terhasil dari otak.sbb tu walaupun bunyi bumbung kereta kena tumbuk dan cakar tapi xde kesan yg tinggal
dah tau gini. tobat lah nak lalu jalan lama malam2
Aku buka tingkap pemandu seluas-luasnya untuk memberikan pengudaraan di dalam kereta kerana aku merokok. Berani? Bukan berani tapi aku tak tahan dengan bau selepas merokok.
ROKOK XBAIK UTK KESIHATAN. XTAHAN BAU ROKOK TP MEROKOK…
dia masih de di situ…jap..npe kne buang baju erk?
Membazir baju je dia ni.
Hahahah
Nasib baik tak pasang sunroof atau moonroof
aku suka jalan lama sebab xde tol jimat duit boleh belanja keluarga makan.
Tulah lain kali bawak ‘spare part’ untuk malam hariđź‘€ .Pasang lagu lagi dia suka la.
hmmmmm skeri weyh..
part buang baju dlm kereta tu iols fikir sb dia terkencing ke ape ke mse lari dari hantu.. rupanya hehehe…
Tu la kebanyakkan drp kita, maaf cakap. Fanatik sgt dgn hiburan (lagu2) sampaikan lgsg xde rasa bahawa membeli cd bacaan al-quran itu adalah satu kewajiban. Bila dh berhadapan dgn perkara2 mcm ni, baru terlintas nk baca2 surah. Kalau x, asyik alpa je.
Hahaa…kelako la ngko ni, kalau dah bahasakan dgn nama R dan T takyah la ko taip (nama samaran). Aku pun blur nk panggil nama kwn ko tu, R (Raba) ke? T (Tosai) ke? takpun mesti R’agam T’eruna…