Assalamualaikum…hai semua FS fans and readers. Di sini saya nak share dua pengalaman yang menurut saya seram memandangkan saya yang alami jadi hanya saya yang tahu perasan takut dan gementar pada hari kejadian. Jadi, untuk cerita yang pertama saya akan kongsikan pengalaman seram saya masa kat kampung halaman.
Tak de ler panjang sangat. Okay..so citer nya macam ni. Masa tu tak silap saya masih sekolah rendah dalam darjah enam kot tak pun maybe form 1 / 2. Dalam ingatan ni kalau tak silap masa tu bulan puasa. Sesetengah orang akan fikir kalau bulan pose ni mesti tak de hantu or setan kan. Ye la kan kena ikat.
Tapi sebenarnya ada. Nak dijadikan cerita adalah satu hari saya jalan kaki ke masjid. Jarak tak de la jauh sangat pun. Erm..boleh la maybe dalam 200 M. Dari rumah boleh nampak jelas masjid kat kampung tu hah. Tapi tu la..dekat pun dah malam gelap pulak tu. Jalan kaki sorang sorang pulak. Cuak jugak la tapi sebab dah bese so buat bese bese je la. Orang cakap 50/50 . So, dengan senang hatinya lepas jew bukak pose tu..usai solat maghrib saya pun terus la bersiap nak pergi masjid. Hari tu rasa nak pergi awal je so, saya gerak jew la sorang sorang.
Dengan senyuman kat muka tu hah jalan tergedek gedek bawak diri tiba- tiba kat depan tu adalah sorang mak cik ni nak ke surau. Kampung saya ni aman jew tapi bila time solat ada satu masjid and satu surau biasa (Pas punyer) tapi jangan salah faham. Walaupun surau tu emang tempat orang Pas tapi kampung saya tak de masalah pergaduhan sebab politik. Cuma surau tu lebih baik digunakan daripada kosong walaupun ada masjid.
Sambung masa saya tengah gerak tadi tu..saya lalu jalan sebelah kiri and mak cik berjalan bertentangan dengan saya tu duk lane sebelah kanan jalan. Saya nak ke masjid dia nak ke surau yang mana kalau saya nak pergi kena uturn la. Tengah excited jalan ni..tiba-tiba hati ni rasa pelik nape mak cik tu kejap kejap pandang ke arah saya.
Jarak saya dengan dia masa tu dalam 20 /30 m. Yang lagi pelik pandangannya tu bukan tepat pada saya tapi dekat pokok sebelah kiri saya. Pelik. Hati ni dah cuak tengok muka mak cik tu. Saya ni nak kata berani tu tak de la still ada takut tu tapi jenis saya ni curious tau. Dah betul2 cuak, tanpa fikir panjang saya dengan lajunya pandang ke pokok tu. Duppp!!!!!!
Bagai nak luruh jantung tapi Alhamdulillah masih ada kekuatan. Nak taw apa yang saya nampak? Hah amek ko..nak sangat pandang kan last2 ada ‘something’ yang terbang masa saya pandang tu. Dari pokok ke pokok. Mak ai!!! Biar betoiii. Yang tak tahan jelas doo ..rambut panjang kain putih tengah terbang siap bunyi kain dia lagi tu.
Hadoii..cair telinga. Hahahah. Korang mesti fikir saya ni action jew lebih tak lari. Tu.. sebab saya ni duk asrama and sebagai pengawas asrama kadang2 banyak handle kes2 histeria. So, dalam kes ni walaupun rasa nak tercabut semua organ dalaman ni tetap jugak jalan macam biasa sampai masjid sambil dalam hati baca ayat suci al quran but lebih pada azan la. Alhamdulillah tak de la berterabur bacaan tu sebab takut.
Sampai kat masjid jew, rasa lega sikit yela..rumah Allah kan. Tapi langsung tak de orang masa tu. Belum pukul lapan lagi kot so, orang kampung belum datang lagi. Yang lucunya..masa nampak benda alah tu tak da berdebar nak mampus tapi mata ni terpandang something kat pokok dekat dengan bahagian lelaki. Jantung ni mak ai dah macam atlet yang baru lepas lari kat padang tu hah. Cuak! So saya perhati jew benda Tu ntah dah emang diri ni jenis yang curious. Perhati punya perhati rupanya buah nangka yang dibalut dengan kain putih. Adeh..hahaha..tergelak sorang2 hah sambil masuk masjid.
Tula. Dah habis solat terawih semua.. sampai umah tu teringat balik pasal kes ni. Yela masa tu tak de la dalam mana ilmu agama ni tapi pelik la kan syaitan seme kene ikat masa bulan pose. Habis tu tadi apa? Fikir punya fikir. Ada orang kata, benda tu memang ada masa bulan pose. Tapi biasanya yang orang bela. Angguk jew la dengan statement tu. Esokkan tu buat bodoh jew. Still jalan kaki sorang2. Haha. Pengalaman.
Yang kedua ni saya alami semasa bermalam dekat rumah mak sedara kat Johor bahru. Waktu ni dah habis spm dalam bulan dua tahun 2014. Saya alami benda ni waktu malam. Nak dilengkapkan sikit citer nya saya tido dalam bilik sepupu saya yang berusia dalam 6 / 7 taon. Lupa dah. Kami memang rapat so tido la dengan dia.
Dia punyer bed ni double. Alah..yang boleh tarik kat bahagian bawah tu. Hah tu port saya punyer dia bahagian atas. Okay so nak dipercepatkan citer, tengah2 tidor lena ni tiba2 terjaga. Haishh. Part terjaga tiba2 saya paling menyampah sebab nak tidur balik dah rasa makan masa setahunnnn nak lena dibuai mimpi indah. Duh! Namun, malam tu lain. Bila saya terjaga jew, saya dengar macam ada someone sedang berdengkur. Kasar and kuat.
Semakin lama semakin jelas and kuat. Tapi sebelum tu biasa2 jew la. Ingatkan sepupu yang berdengkur tapi macam mustahil la kan. Curious?! So, saya pun pusing la kepala ke sebelah kiri tengok dia hah. Perhati satu persatu dia punyer move.
Tak de tanda2 berdengkur and bila fokus tu boleh rasakan yang dengkuran tu bukan datang dari arah dia. Hati dah cuak dah sebab bila dengar betul2 dah bukan dengkuran macam sesuatu sedang mendengus marah. Seram plus cuak.
Betulkan balik kepala. Bilik guna lampu tidur jew so samar2 jew la. Tengah cuba nak pejam mata ni walaupun bunyi tu still kuat. Pelan2 tarik selimut cover sikit muka ni. Tapi tiba2 badan jadi kaku. Xleh nak gerak. Nak2 bahagian kaki.
Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mencengkam kedua2 belah kaki saya. Kemasssss and padat! Betul ke? Xpe la yang penting di punya cengkaman tu adeh kuat der. Jantung dah dup dap dah. Pejam mata and baca ayat suci al quran.
Serious emang saya takut jugak la tambah ngan dengusan tu. Saya dapat rasakan benda tu macam marah kat saya. First saya rasa macam nak abaikan jew tapi jenis saya ni geram and tak lain tak bukan curious punyer pasal. Saya cuba tarik kaki saya daripada benda alah tu. First kaki kiri lepas. Benda tu bengang kot so dia punyer mendengusss tu pergh. Tapi saya still memberanikan diri sambil baca ayat quran la.
Struggle punyer struggle kaki kanan dah lepas. Tapi saya ambil kesempatan. Curious punyer pasal kan..saya angkat kepala sikit nak tengok apa yang ganggu saya tu and apa yang marah kat saya tu.
Yes. Indeed! Saya terkejut sebab saya nampak dengan jelas apa yang kat hujung kaki saya tu walaupun samar2 kebetulan lampu tidur tu jenis yang timing punyer so slow2 malap tapi mata saya ni tajam. Yang tak leh blah. Eye contact doo. Duh!!! Saya dapat rasa yang benda tu pandang kat saya dengan muka x puas hati.
Saya terus letak balik kepala batu ni hah atas bantal. Then, selang seminit lepas tarik nafas tengok balik tapi dah tak de. Hilang. Saya pun relax jap then terus bangun menyandar kat dinding. Bukak lampu kasi cerah lepas tu. Berpeluh dengan jantung tak henti2 exercise. Hahaha.
Saya pandang sepupu saya and dia masih nyenyak tidur. Saya pandang bahagian hujung kaki saya tadi mencari kepastian. Hati saya masih lagi kurang percaya. Hati saya masih lagi kata maybe kerusi kot yang saya nampak tadi tapi mustahil sebab kerusi yang ada jauh daripada saya punyer bed. Padahal benda tu tadi betul2 dekat ngan saya.
Saya percaya …tp just nak sedapkan hati. But seriously benda tu scary kot. Xde la besar mana macam ala2 toyol tapi saya pasti bukan toyol. Apa yang saya boleh katakan maybe benda tu jenis yang suka budak2 so, bila saya datang and rapat ngan cousin saya tu dia marah. Memang tak mustahil.
Dah rasa lega sikit tu, saya bukak bacaan yassin amek ko satu umah dengar. Esokkan pagi nyer mak sedara saya ni masuk bilik tanya kenapa then saya just senyum jew la. Masa tengah breakfast tu baru la saya cerita. Saya just cakap tak pe la. No need to worry sangat. Saya faham. Lagi pun saya dah banyak kali kena ni. Kira apa yang saya kongsikan ni la yang paling saya rasa seram pun setakat kena kacau or tindih dek hantu setan ni.
Satu jew la nak cakap benda tu makhluk Allah jugak dia emang nyer wujud. Kalau kita tak ganggu dia InsyaAllah dia tak ganggu kita. Tapi kena ingat la. Tak semua benda tu behave macam tu ada macam yang saya kena tu hah. Marah kejenya. Hahaha.
Setakat ni la perkongsian saya. Just menceritakan pengalam sendiri xde niat nak banggakan diri atau riak. Apa yang saya cerita tu semua real. Mungkin nampak macam action jew lebih part curious tu tapi tu la diri saya. Kena ingat tak semua orang punya kekuatan to face something macam ni and tak semua orang lemah malah kuat semangat sebab mereka tahu cara nak handle. Lastly, sorry kalau ada typo. Pakai fon jer ni hah malam malam buta duk menaip. Jam sekarang menunjukkan pukul 3.13 pagi. Amek ko. Hahahahaha…hati ase terbuka buka nak taip. Tak pe la.
Tu jew la yer. Semoga terhibur and mana yang baik jadikan iktibar. 🙂 Assalamualaikum.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
JEW JEW JEW KO NI YAHUDI KE CELAKA?? apabenda laa bahasa bebudak sekarang ni!! Sakit kepala aku baca cerita ko!
Ko, apabenda, laa, bebudak.
Kau pun sama melakukan kesalahan eja dan tatabahasa. Tidak tahu malu. Boleh pula memaki dalam tidak sedar diri. Tolong jaga adab dan bahasa, wahai anak Melayu.
Entahnya.baca je lah.kalau x suka move on
Hahahahahahahaahah…jibakerrrr
Emo sgt ni Dah kenapa bro? Sakit hati baca, Xpyh baca .. Zzz
kalau sakit kepala lain kali x yah baca
Cilakak..dh baca blog org bagi komen cam taik lak
terhibur jugak aku dgn komen 3 org ni. mmg patot kan aku terhibur ?
ok la cite nye
Boleh lah
2/5
Pening*#@
Ada mix indon ke? Emang emang. Kelakar jugak story kau ni.By the way, part seram, memang seram bagi aku. Yang buah nangka tu lawak betul😹