Hai FS! Lama tak update? Rindu nak baca pengalaman baru sebab semua kisah-kisah yang posted di FS saya dah khatam. Heehehehe
Baiklah nak story sikit pasal pengalaman aku sebagai part time lifeguard di sebuah waterpark ni. Waktu tu semester break, dan aku sangat memerlukan wang sebab nak beli kamera DSLR baru.
Kebetulan waterpark yang 10 minit dari rumah aku ada vacancy (sebab diorang sangat understaffed dan waktu tu musim sekolah). Ada macam-macam vacancy dari bahagian F&B etc tapi manager ni suruh aku jadi lifeguard since aku mahir berenang.
So hari pertama selepas taklimat yang berjam-jam dari ketua lifeguard dan diberi uniform kami pun bergerak ke spot masing-masing. Kerjanya tak susah cuma kena alert dan observant sahaja. Aku ditugaskan di shallow pool tempat kanak-kanak mandi.
Dalam pukul 6.45pm waterpark nak tutup aku siap-siap nak punch card untuk balik dan otw ke ofis management aku perasan keadaan sunyi sepi, tak ada orang. Walaupun aku pasti ramai lifeguards dan staff F&B dengan kitchen tak balik lagi. Keadaan sunyi sangat-sangat tak ada bunyi langsung. Bunyi air pun x ada. Aku pun pelik. Meremang bulu roma belakang tengkuk pun ada, aku mempercepatkan langkah ke ofis management. Baru lah nampak dua tiga orang tengah tunggu tepat pukul 7 untuk punch card. Lega aku.
Hari-hari selepasnya normal waktu nak punch card pukul 7pm aku pastikan aku jalan dengan staf lain ramai-ramai. Dalam minggu ke-3 aku bkerja, aku pun ditugaskan untuk jaga water slide, supaya orang tak masuk terowong slide dua orang sekali (pernah berlaku) atau lepaskan orang dalam interval supaya tak bertembung (pernah juga berlaku).
Water slide ni of course paling riuh dan tak pernah lengang tapi ada sekali ni tetiba xada orang, aku pun pelik and mind you keadaan tetiba sunyi macam first day aku. Sunyi gila tak ada riuh budak-budak ketawa atau bunyi air.
Aku dah rasa seram gila, nak terkucil pun ada. Untuk pastikan aku tak gila, aku pun jenguk ke bawah pool. Dan apa aku nampak? Semua orang terapung-apung, muka ke air. Ada yang dah kembung. Aku dah nangis waktu tu. Macam mana semua orang boleh lemas dalam sekelip mata sahaja? Aku pun turun ke bawah, tetiba ada orang pegang bahu. Rupa-rupanya Iwan lifeguard di situ.
Dia tanya kenapa aku nangis dan basah kuyup? Aku tengoklah badan aku, ya basah kuyup seolah-olah aku baru lepas terjun pool. Keadaan pun kembali normal dengan bunyi teriakan gelak tawa pengunjung waterpark di situ. Apa yang berlaku tadi sampai sekarang aku xada jawapan. Aku sumpah aku tak tidur dan semuanya rasa sangat real, bukan mimpi. dan aku ingat satu persatu kejadian tu.
Dan aku bukanlah seorang yang sleepwalking atau mengigau waktu tidur. Apa yang terjadi aku hanya ceritakan pada kawan terdekat sahaja, itupun diorang tak percaya. Lepas hari tu aku quit, dan sampai sekarang aku tak pergi mana-mana waterpark lagi.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Management tak tahu ke ada orang lemas?
bukan x taw…ni rasa nya mimpi ni
Ko minpi ni
nie cerite ape nie.. adohaiii
nie cerite ape nie.. adohaiii… macam.. hhhhhmmmm
Macam pernah baca je story ni. Penulis copy ke admin yg post semula? Hmmmm..
pernah baca ni
ko mengelamun erk?
mamun kot. Baru bangkit dari tido la tu
Mroyan lebiy kikikiki
Mesti mengelamun time berkerja ni hahahaha
cerita apakah ini tak pham lah aku….
Alam mane ni HAHAHA aku pun tak faham senanya. Tapi bestt.Aku suke story macam ni. Kalau boleh, kau post lagi karya kau. 8/10🌟
Misteri…👍