Dia Berdiri Di Hujung Katil Aku

Assalammualaikum, saya ingin cerita sedikit pengalaman sewaktu menjalankan latihan khidmat negara (PLKN) di salah sebuah kem di Penang pada tahun 2008.

Pada minggu pertama, tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku. Tidak lama kemudian aku dapat rasakan sesuatu yang pelik. Setiap kali nak tidur aku akan rasa seperti seseorang sedang perhatikan aku. Aku fikir itu mungkin wirawati yang berjaga malam. Tapi cikgu sudah melarang wira atau wirawati yang berjaga malam masuk ke dalam dorm kompeni. dalam seminggu hampir 3 ke 4 kali aku rasakan perkara yang sama. Pada suatu hari aku tekadkan diri untuk lihat siapa yang selalu perhatikan aku. Sebab setiap kali perasaan tu datang aku akan pejamkan mata sekuat hati. kali ni aku tekad untuk bukak mata.

MasyaAllah seseorang sedang berdiri dihujung katil aku sambil merenung ke arah aku. Syukur dorm gelap gelita jadi aku tidak dapat melihat wajahnya. Oh ya, untuk pengetahuan katil aku dihujung sekali. Aku tidak pernah cerita pada sesiapa pun. Minggu ketiga ramai pelajar yang pulang tidak meneruskan latihan kerana masalah kesihatan dan sambung belajar jadi aku tukar katil ke katil tengah yang kosong. Alhamdulillah sudah tiada gangguan. Tapi….

Aku fikir lepas tiada gangguan aku sudah boleh menarik nafas lega. Rupanya aku silap. Suatu malam dalam anggaran 2-3 pagi aku tiba-tiba rasa nak membuang air. Aku kejutkan rakan aku di sebelah, ” Nah oo Nah teman aku pi toilet” rakan aku hanya mengeliat dan berkata “hang pi la sorang-sorang aku mengantuk laa”. Aku dah buntu, nak tahan tapi aku memang dah rasa tak boleh tahan lagi dah. Aku beranikan diri, keluar dorm jalan ke toilet yang terletak di hujung dorm bahagian luar. Belakang toilet hutan ya, memandangkan kem aku dalam hutan.

Sampai di toilet , aku pun masuk dalam bilik yang dah tersedia buka. (Dalam toilet ada 5 jamban, 5 bilik mandi, macam sekolah). Aku pun buang air tanpa tutup pintu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di sinki. Aku tersenyum. Dalam hati berkata ” nak jugak Si Nah teman aku hehe”. Selesai membuang aku pun keluar.

Aku nampak Nah di sinki paling hujung tengah mengadap cermin sambil sikat rambut. Aku pun bersuara “sayang juga hang dekat aku Nah, aku tau hang mesti teman punya” . Nah cuma mendiamkan diri. Aku fikir mungkin dia mengantuk. Selesai basuh tangan aku ajak Nah masuk dorm.

Nah ikut, tapi perlahan sangat jalannya. Sampai dalam dorm aku bagaikan terpaku bila nampak Nah tengah sedap tidur dikatilnya sebelah aku. Aku terus pengsan sampai keesokkannya. Rakan-rakan aku tanya apa yang berlaku, aku cuma kata mungkin aku jatuh katil (nasib baik aku pengsan tepi katil). Seminggu aku demam. Seminggu juga aku tak bercakap dengan Nah. Nah fikir aku merajuk sebab dia tak temankan aku. Kenyataannya hanya aku, Allah dan makhluk tu sahaja yang tahu .

Terima kasih sudi membaca.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
WK

7 thoughts on “Dia Berdiri Di Hujung Katil Aku”

  1. Plkn syruz machang bubuk eh? Ka kat lain? HAHAHA entah. Ishh kalau aku jadi hang, aku tak tegoq. Takkan la taktau tu bukan kawan hang. Ei nyacak bulu😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.