Assalamualaikum semua..
Laa aku tak citer ke pasal sampul ni?? maafla ek.. ingat dah cerita dah..terlepas pulak part ni. Harap admin siarkan secepat mungkin sebab tak suka buat orang tertanya tanya..
Aku dengan beg mak aku ni macam adik beradik. Aku ni pulak jenis yang suka simpan barang dalam beg orang sebab tu aku xde handbag. Masa tu aku nak amik phone dalam beg mak. masa aku bukak beg aku nampak ada satu sampul ni. Cantek siot. Dan aku tak pernah jumpa lagi sampul macam tu. Warna seperti kuning keemasan bila ditenung makin lama makin cantik dan tertarik kau wahai sampul..hah..
sampul ni bau wangi .Dan dia macam lutsinar,bila kena cahaya akan naik warna lain.. Boleh nampak lah warna kejap kejap putih,kejap kejap merah,kejap kejap pink.. Serius cantik.. Bentuk macam sampul biasa jew cuma ia cantik sebab tu aku ambik memandangkan aku suka kumpul sampul raya..bila nampak unik tu aku amik.. Selalunya aku akan bagitahu mak lah kalau aku amik barang dia pun.. Tapi kali ni tidakk..
Mak jenis tak letak duit dalam sampul..Kalau letak pun,bukan dalam handbag diam nya.. Tempat lain. kekadang atas peti sejuk diam nya..
Yes, masa ni mak aku normal lagi..Lepas aku ambik tu yang mak aku jeling semacam je kat aku masa masa kat dapur tu..tup tup aku histeria lepas tu.
Aku memang tak bukak pun sampul tu, sebab aku yakin memang tak de duit pun dalam tu mungkin mak salah letak ke apa ke kan.. Memang aku berterusan kene histeria..Kalau time maghrib mak aku meracau, aku kene histeria..Sampailah tok mudin ni eh tok penghulu ni bagi aku air jampi dia tu..Aku normal balik. masa tok ni kata aku dah ambil hak tanpa kebenaran dia, terus aku teringat sampul tuh.
Aku bukak beg baju aku nak ambil sampul tuh..Nak tengok masih simpan ke tak tapi tak ada.. Yang ada hanya sehelai daun kering dan beberapa tompok merah..Tak sure la d***h ke sirap ke apa ke..
Aku bagitahu tok tu sampul tu xde yang ada daun ni jew.. Atok tu kata
“Pulangkan hak dia”
Nak tak nak aku terpaksa la pulangkn walaupun dalam bentuk yang berlainan.. so dalam sampul tuh memang tak ada duit raya mak aku lah..
Sebenarnya ikutkan hati aku nak je gantungkan cerita part 3 sebab memang panjang.. Banyak lagi aku tak cerita kan dalam tu..Pasal anjing menyalak, pasal ada cakaran, pasal mesin basuh ON sendiri pasal berjumpa nenek tua ( bukan mek).huh..Memang banyaklah.. Ada pulak along aku ni masa tengah buat soal jawab dengan benda tu.. Boleh dia mintak nombor..Bengonngg..
Betul dapat nombor dan dibagi kat kawan ipar ni ( not muslim).. terus dia dapat 12k..hahahahahaa..giler.. suruh mengaji dia mengaji..Tapi half je la tak abis..
Aku tak harap cerita aku ni dapat jutaan LIKE.. Cuma apa yang aku harapkan jangan la musnahkan hidup manusia lain hanya kerana sifat cemburu dan dendam kamu. Jangan lah biarkan manusia lain terseksa hanya kerana sifat jahil kamu.
Terima kasih sudi baca..
Assalamualaikum
erry evana tasya
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
oh..dekat sini ceritanya.. patutlah tak nampak dekat entri lain.
Tapikan.. Sampul tu hak siapa sebenarnya? Hak mak awak ke, hak benda lain? Kenapa mak awk yg dirasuk tu yg marah bila awk ambil sampul tu? Mcm mana mak awk blh dpt sampul tu? Ahh peninggg!!!! Cerita jelaa awak.. Kitorg tk kisah pun kalau panjang asalkan habis.
Cite byk sgt skip bace pun pening
tq 🙂
la…camnie je citenye?byk lg tertanya2..konfius..aduh2
Komen lagi ..
kalo boleh cerita panjang skit lah baru best nak layan.
Bukan tak puas hati.Tapi nak cerita cepat cepat ni buat aku pening TT~End up tak faham langsung.
ctr best tp mcm ade lg persoalan tak terungkai. better listkan dulu ikut urutan pahtu baru taip.