detektif D9 (KES PUAKA)

Holla, thank min and pembaca. Okay kita tak melalut dah eh. Sorry pasal cintan cintun tu haha alah dengan korang lah saya nak bermanja manja haha kitakan geng. Thank ea yang mendoakan tu. Haha terima kasih banyak-banyak ea. Tapi macam tak dimakbulkan pun haha. Eh tak kisahlah, lantak dia. Kadangkala kita rasa kehilangan sesuatu tapi persoalanya adakah sesuatu itu memang milik kita? Let bygones be bygones , tomorrow is another day. Sekarang dah ada benda baru yang boleh buatkan rasa happy haha. Guess what? Haha baca komen komen koranglah.

Oh ya, Salam back to brunei and sg haha. Baca komen terus senyum pisang. Komen banyak-banyak lagi. Yang komen kurang nsem tu agak” kureng” ea haha but maybe lah kan, sebab factor tu kot haha. Yang cakap paling seram ialah cinta bertepuk sebelah tangan tu salah eh. Paling seram bila terpaksa pecah RM50. Baki dia tah kemana. Kejap je habis. Hahaha. Kenangan paling sedih tu, bila orang Tanya duit kau tinggal berapa lagi ? “Tinggal kenangan” huhu. Janganlah minta otograp buku haha. Rasa cam orang hebat lak haha. Saya ni ibarat semut hitam di atas batu hitam je.

Sorry ea kalau yang tak suka cara saya bercerita. Saya just jadi diri sendiri and saya tak rasa saya perlu jadi orang lain untuk puaskan hati semua orang, sebab manusia tak pernah rasa puas dan saya pun manusia mana mampu nak puaskan semua orang. Apa yang boleh saya buat, just minta maaf bila dah buat silap dan cuba perbaiki. Not all you love will love you back, love anyway. Maaf hari ini tidak bermakna apa-apa. Apa yang awak lakukan esok hari, itu yang diambil kira. Jadi perbaiki diri sendiri ea. Buat silap minta maaf tau. Just jangan menipu. Menipu bukan kesilapan okay, menipu itu pilihan. Jadi jangan menipu okay. Llies will always be bitter in the end, no matter how sweet you made it at the beginning. Rindu tak? Tanye je. Jangan lupa untuk “haha” haha. Laughing is the best medicine, but if you’re laughing without any reason, you need medicine haha.

Okay cerita ni serius eh. Tapi tetap ada “haha”, sebab “haha” dah tak boleh lari dari life saya, mari berhaha huhu. Dan okaylah gurau sikit, supaya Korang tak la bosan sangat. ‘Beletiaq’ kena ada haha. Em lama tak makan puluii ayam, kat kampung ja boleh dapat pun. Em rindu. Orite, enjoy what you read. Moga menghantui fikiran korang haha. No answer for persoalan-persoalan yang dikemukan di story sebelum ni, sorry. Abaikan je jangan biar fikiran korang dihantui persoalan.

“Hello, kat mana wey ? “, tanya Azlan.
“Aku dekat luar dengan Abu. Kenapa?“
“Aku datang opis kau ni. Balik kejap. Penting”, jawab azlan.
“ ha’a, ealah tunggu kejap.”

Pintu dibuka, aku jemput. Azlan masuk. Abu aka Z, tayah jemput. Dia memang akan masuk even tak dijemput.

“Asal kau datang?“, aku tanya Azlan.

“Macam ni, kami ada handle satu kes pecah rumah, tapi kes ni pelik sikitlah. Semacam je, memang tak jadi ah kerja. Macam misteri kau tahu, memang pelik. Jadi aku datang sini nak minta tolong kau ah. Aku punya leader macam kureng percaya sikit bab-bab ni. Dia cakap yang kami merapu. So aku malas dah. Jadi aku nak serahkan kes ni. Kau kan ada pengalaman sikit. Kan? Abu, kan kan ?”, jawab Azlan.

Aku tengok Abu, dia pun tengok aku balik lepas tu baru dia bersuara, “kau pergi sembang dengan boss ah. Tapi tak yah cakap yang kes ni pelik-pelik, kau just cakap yang korang tak boleh handle je, nanti apa-apa biar dia sendiri urus dengan boss kau”.

Azlan tengok aku. Aku just anggukkan kepala. Terus dia bangun keluar dari opis, pergi jumpa boss. Lepas tu dia datang balik, senyum dibibir dah cukup petanda yang kes puaka ni dah diserahkan pada kami. Dia buka pintu. “Kejap weh, tunggu jap”. Dia terus berlari keluar. Datang balik dengan bawa kotak ditangan. Abu tolong bukakan pintu. Azlan letakkan kotak di atas meja. “Okay, semua ada dalam box ni, good luck”. Dia balik selepas habis bagi keterangan pasal kes ni. Sebelum dia balik aku ada tanya apa dia kena? “Nanti kau tahulah”. Itu je yang dia jawab. Agak kureng kan.

Jam pun dah lewat. Aku balik rumah, masa dekat rumah, aku dengar macam-macam bunyi. Bunyi yang aku tak tahu bunyi apa. Tapi tak ada pula nampak apa-apa. So abaikanlah. Biasa-biasa je tu. Keesokan hari di opis. Tuk tuk tuk. Pintu diketuk, “li, masuk ah.” Li duduk atas kerusi depan aku. “Kes besar ke sampai tak balik rumah semalam korang ?“ tanya Li. “huh ? aku.. “, Abu buka pintu buatkan kata-kata aku terhenti disitu. “Hoi, Abu. Awal kau. Smlm dh la balik lewat. Bagus semangat kerja kau ni haha.” Li menyapa abu. Abu kerutkan dahi, aku pun ikut sekali. Lagi bertambah kerut dahi abu. “masa bila aku balik lewat li ?” Tanya abu. “ smalamkan kau ada sini. Kita siap borak minum kopi lagi.”jawab li. Abu terus bangun, keluar. Aku pun turut bangun,” tunggu sini li”. Aku ikut abu dari belakang. Masuk opis dia. Dia berdiri kaku depan meja. Aku masuk tengok, betul lah ada dua cawan kopi berisi d***h, bukan air kopi. “ wey, kita keluar sekali kan smalam, aku rasa li dah kena lah.” Abu bersuara. “ tak yah bagitahu lah. Diam diam je. pegy buang cawan tu. Nanti dia tahu dia muntah ke apa susah. Malam ni kita stay opis, kita tengok apa yang jadi.”. abu hanya anggukan kepala dan terus menangkat dua cawan kopi di atas meja lalu keluar, aku terus ke opis semula. “asal wey ? “ Tanya li. “tak ada apa. Aku pergi bincang benda sulit sikit. Haa li, nanti nanti kita borak lain eh. Aku busy sikit sekarang ni.” “eh okay. Sorry kacau kau. Cakap dkat abu kopi dia sedap, pandai dia buat, perfect.” Jawab li. Aku berkali kali telan air liur. Gaya dia memang sedap betul kopi buatan entiti lain tu.

,Malam hari nya.. aku tengah layan main pc. Abu masuk. Kami borak borak kosong. Aku kalau borak fhone memang tak pegang. Bukan macam budak sekarang. Ajak lepak tapi masing masing fhone kat tangan. Baik duk umah boleh baring baring main fhone, jangan ajak orang keluar.. lama kami borak. Tak ada pula benda pelik pelik. “somebody save me! Let your warm hands break right through..somebody save me.. I don’t care how you do it, just stay..stay..” ringtone fhone aku bunyi. Aku amik fhone atas meja kerja. “kejap bu. Aku angkat call kejap.” abu hanya anggukan kepala. Aku keluar, jalan dalam lima langkah baru aku angkat. “ hello, kau kat mana ?”. “ aku dekat luar, datang cepat cepat.”. aku simpan fhone dalam kocek, terus lari keluar. Elok aku sampai je terus abu Tanya. “kau okay tak ?”. “ aku ok aku ok.” Jawab aku dengan termengah mengah sebab penat lari. Gila kau sembang dengan hantu. Masa fhone bunyi. Tertera nama abu dekat screen. Sebab tu aku nak cakap dekat luar. Abu pula keluar cari makan tapi dia tak cakap apa pun dekat aku. And dia perasan masa nak masuk makan dengan aku. Dia nampak diri dia satu lagi tengah borak dengan aku. Cepat cepat dia patah balik, keluar terus call aku. “memang pelik weh memang pelik kes ni”. aku mengeluh sambil cari rokok dalam kocek. Aduh dalam opis. Aku tengok dekat tangan abu, ada makanan. “ kau nak masuk or ?” Tanya aku. “jum kita masuk. Kita tengok dulu dari jauh kalau tak ada apa apa kita masuk”. Cakap abu. Aku pun ikut jala. Kami jalan slow slow. Satu demi satu langkah. Ya Allah. Dia ada lagi dalam tu. Still duduk atas kerusi tapi badan menyandar.

Dari jauh aku nampak dia betulkan badan dia. Dia hirup kopi di dalam cawan. Bila masa dia buat aku tak tau. Lepas dia letaj cawan atas meja. Dia mengeliat ke kiri ke kanan. Masa ke kanan ni muka dia lain. Kaku terdiam. Terus dia bangun. Aku agak terkejut masa dia bangun tu. Dia buka pintu “ hoi ni aku weh abu. Ni aku yang betul weh.” Dari jauh abu jerit sambil tangannya memanggil aku. Aku keliru.mana satu clone mana satu original ni ? Aku terdiam seketika, abu dekat opis jerit lagi. “ ni aku weh. Sumpah demi Allah ni aku.”. waktu macam gini memang susah nak buat pilihan. Aku pusing tepi..masa aku pusing abu sebelah aku pun pusing. Dia cuak, terdiam. Kelu lidah. Aku pusing balik dekat abu di opis. Tiba tiba abu dekat opis tu terbang. Masa terbang tu, terus bertukar jadi perempuan yang hodoh. Bau satu opis busuk. Dia terbang paras je. tak tinggi. Sambil mengilai ketawa.

Aku Tarik tangan abu. Kami keluar ke masuk dalam kereta. Aku ambil rokok abu. Aku hisap. Dua dua orang diam. Teh panas abu beli dah tak payah tiup lagi. terus minum. Rasa panas sikit pun dah tadak dah. Dia nyalakan sebatang rokok. Hisap sambil pandangan ke arah luar.dia tengok langit. Pelik juga aku tengok dia. Memang dari tadi dia diam. Aku abaikan dia. Aku nak ambil teh abu. Masa tangan aku nak capai bungkus teh tu. “Paqq”. Abu tangkap tangan aku. “air kau dalam plastic tu. Buka sendiri.”. aku pun buka jela yang baru. Sambil tengah sedut air tu. Aku mula bersuara. “ asal kau diam tadi ?”. “ kita dah banyak kali jumpa. Setiap kali jumpa aku diam.” Jawab abu. Aku anggukkan kepala tanda faham. Tapi sekaranglah baru faham, tadi sel sel otak semua beku. “asal kau tak lari tadi ?.” Tanya abu. “ aku sure hantu takkan mengigil kaki dia kalau dia jumpa spesis sama dia”. Abu pusing tengok aku. “bonggok kau haha.” Jawab abu sambil baling kotak rokok ke aku. Kami ketawa haha dalam kereta. “ itu sifat semulajadi, gigil kaki, diam tu semua auto aku takleh kawal. Kau kena faham haha.” Terang abu. Cahaya menyilau menyuluh mata. memaksa aku bukakan mata. lah dah siang. Rupanya kami duduk dalam kereta, menyorok,takut, borak, ketawa sampai tak sedar tertidur dalam kereta. Aku syak masa masing masing tengah melayan perasaan,waktu tu la kot tertidur. Aku kejut abu. Masing masing masuk opis, ambil benda penting, terus balik umah dulu.

Kami nak pergi rumah yang kena pecah tu, jadi kami call tuan rumah yang buat report. Tapi dia takleh datang siang. Jadi malam baru kami ke sana. Malam tu kami bergegas pergi rumah. Tuk tuk tuk. Kami ketuk pintu. Tak ada orang buka. Abu angkat tangan nak ketuk sekali lagi, belum sempat dia jari dia kena pada pintu kayu depan kami, pintu terbuka. Tuan rumah buka pintu. “Haa sampai dah”. Kami anggukkan kepala. Dia jemput kami masuk. Taq taq taq, abu cuba buka lampu namun tiada satu cahaya pun yang keluar. “ api kena p****g sebab tak bayar cik” terang tuan rumah. Kami keluarkan lampu suluh, kami ajak dia pergi tengok atas. Dia ikut dari belakang..tiba tiba rumah bergegar, pam pintu tertutup sendiri. Angin kencang dalam rumah. Tuan rumah dah kelihatan cuak. Tiba tiba bunyi pula ketawa mengilai dan cakar cakar dipintu rumah. Tuan rumah dah jerit. Abu tenangkan dia.

Bunyi kaca jatuh dari dapur memaksa kami keluarkan pistol. Abu masih lagi menenangkan tuan rumah. Bunyi orang pijak tangga kayu. Prak prak prak. Sorang lelaki terkejut tengok kami. “ kamu siapa macam mana boleh masuk ? “ Tanya lelaki yang turun dari tangga. Aku acukan pistol terus ke arah dia. “ wow saya tuan rumah” katanya sambil ketar ketar angkat tangan ke atas. Habis yang tadi siapa ? aku pusing belakang. Abu pusing tengok lelaki yang bukakan pintu tadi. Dia juga pusingkan wajahnya. Nah hamik tadak rupa. Cepat cepat aku Tarik tangan tuan rumah, aku simpan pistol, aku Tarik tangan abu yang masih kaku, kami bertiga keluar dari rumah. “kenapa kau datang sini. Ini rumah tuan aku. Jangan berani berani masuk. Jangan ambil apa apa walaupun bayang.” Suara garau dari dalam rumah. Keadaan kembali tenang. Tuan rumah pusing ke arah kami. “korang berdua ni..” kami tunjuk ID. Sebab tu kata kata dia terhenti disitu.kurang yakin agaknya sebab tu dia Tanya. Tak cukup dengan pistol ealah sekarang orang biasa pun ada pistol, disebabkan rasuah, rakyat hidup dalam ketakutan.back to story “ oh ya, macam mana dengan kes saya ?” Tanya tuan rumah. Kami terangkan dia pasal apa yang berlaku.

Dia Cuma cakap yang diaa tak tahu apa apa. Dia report pun sebab ada orang kampung call dia cakap pintu rumah terbuka. Dia datang tengok. Cek cek semua ada satu barang hilang. Lepas tu baru dia report. Jarang balik ke sini lepas arwah ayah dia meninggal. Jadi rumah ni kosong. Kami pun tak rasa nak masuk balik, maybe lain kali or siang hari saja. Jadi kami balik. masa kat rumah tu, kepala otak aku asyik terpikir apa maksud kata kata tadi, “ jangan ambil apa apa walaupun bayang”. Mana ada orang ambil apa apa, and macam mana nak ambil bayang ? gila ke ? . blur aku satu malam.nak tidur pun awal lagi. Tiba tiba tuk tuk tuk,pintu rumah aku kena ketuk. Aku tak tutup pagar tadi. Jadi maybelah orang datang ketuk rumah, aku turun. Buka pintu. “pizza dah sampai” sambil senyum. Okay, makan dulu. Lapauuuu, kejap lagi sambung. Haha korang lapar tak ? baca sambil mulut kunyah kunyah baru best. Berat naik jangan salahkan saya. Saya Cuma ajak anda yang follow haha.Start dari tiba tiba tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. kejadian ni terjadi waktu saya menulis haha. Suspen kau haha. Rilek makan koci weh.

Okay sambung. Malam yang aku blur memikiorkan kata kata tu. Lepas tu ada bunyi ketukkan pintu. Aku turun. Masa nak pulas tombol aku teringat yang ada anggota dan jurugambar yang cakap yang rumah dia tiap hari ada orang ketuk pintu,kena kacau macam macam lagi ah tapi tak semua. Tak banyak yang kena. Aku tak jadi nak pulas tombol. Aku nak buat tak tahu je.jadi pusing nak naik atas.mata aku diam tak bergerak berkedip lansung. Apatah lagi anggota badan. Kaku keras dengan rasa sejuk. Pocong dengan rupa aku sendiri berdiri betul betul depan mata. Pagi tu aku sedar dengan sendirinya. Aku dengan pocong ni kennot go sikit. Sebab aku takut m**i, jadi bila pocong dengan kain kafan semua, auto aku teringat m**i tambah pula wajah pocong tu wajah aku sendiri bhai. Memang pengsanlah kot. Terlampau terkejut. Sel sel otak bukan takat tak berhubung. Aku rasa dah putus waktu tu. Lepas aku tersedar tu. Terus aku cek satu rumah. Beranilah siang dah -_- . kena cerita even memalukan huhu.

Selesai semua benda, aku nak pergi rumah abu,aku dah call cakap jangan ke mana mana tayah pi opis. Aku nak pergi rumah. Sebelum ke rumah semestinya singgah kedai. Beli mister potato. Haha gile kau nak borak mulut tak kunyah kunyah. Tak best ah. Dah sampai rumah. Muka dia tak bermaya. Macam tak cukup tidur. Aku duduk atas sofa. Dia pergi buatkan air. Masa tunggu dia tu aku keluarkan fhone. Aku buka whatapp, aku tukar dp,usha dp orang, usha last seen orang, aku scroll chat lama lama..aku alone. Alone hahahahahohaahahaha. Rileklah, yang komen single yang masih menunggu semua, rilek. Sampai waktu, semua akan indah. Itu janji tuhan. Em sapa perasan dekat “haha” tu ada satu “o”. kau pergi tengok balikkan ? lepas tu kau sonyum sorang sorang kan ? haha.lepas habis kau sonyum kau sambung baca balik kan ? haha teruskan sonyum dulu lepastu baru baca balik. okay Abu dah sampai, letak air.

Dia duduk terus aku Tanya. Asal dengan muka monyok je.” aku kena kacau semalam. Main ketuk ketuk pintu. Buka paip air. Mana sempat tidurnya. Yang paling tak best dia tunjuk rupa dekat cermin. Aku pusing belakang terus tak ada. Aku keluar bilik air. Terus Tarik selimut. Rasa nak terkencing pun hilang dengan serta merta.”. jawab abu dengan muka monyok nya. “alaa rilek ah. Tapi asal dia kacau kita eh ?” Tanya aku lagi. “ persoalan tulah yang bermain di fikiran aku dari awal kita handle kes ni. kita tak ada ambil or buat apa apa pun dengan dia, aku dah penatlah weh.kenapa eh selalu sangat jumpa pelik pelik macam gini ? dah la banyak kes pelik pelik ni tak setel. Nak setel macam mana kalau dengan konklusi dan teori yang tak masuk akal,bukti pun tak ada. Sapa nak percaya kita ? aku penatlaaaaaahhhh” jawabnya sambil menyandar dibatang sofa. Aku tengok dia dah lain cepat cepat aku hulurkan tin mister potato. Crap crap crap mulut dia kunyah. Haa okay ler tu jap agi. Haha.

Biasalah hidup dengan dugaan ni. daun yang jatuh takkan pernah membenci angin. Jadi jangan salahkan takdir bila hidup penuh dengan dugaan. Ketika hidup penuh dengan dugaan, ketika itulah, saatnya tuhan merasakan rindu dekat kita. Jadi sentiasa mohon dari dia. Dekatkan diri. Semua ada jalan penyelesaian,jangan mudah putus asa. When a million things can bring you down. Find one reason to keep you up. Back to story. Masa kami tengah crap crap crap mister patato tu, abu bersuara. “ kita pergi lagi rumah tu. Mesti ada sesuatu. Aku ada idea”. Katanya. Aku anggukkan kepala je tanda setuju. Kami call tuan rumah. Tetap juga tak boleh siang. Jadi malam jugalah. Dalam perjalanan malam tu. Abu drive, aku duk sebelah. Main fhone buka whatapp..em malas lah nak cakap haha. tengah kami laju tiba tiba ada sorang perempuan berbaju tarian. Tarian apa aku tak pasti, aku teka ja sebab dia tengah menari tengah jalan. Gile betul.krriiiiikkkkkkkkk… Kereta jadi macam ular lepas abu tekan brek mengejut. Kereta berhenti kami perpaku kejap. Krik krik moment. Mulut terganga, mata terbeliak dedua orang. Lepas tu baru aku bersuara. “ kau langgar ke ? “. “entahlah weh”. Jawabnya sambil mengelengkan kepala selepas aku pusingkan pandangan arah dia. “ saya pun nak ke rumah tu. Boleh cik berdua tumpangkan ?”. luruh jantung waktu tu.

Cepat cepat kami keluar dari kereta bila sedar perempuan tadi ada dalam kereta di seat belakang. Boleh hilang muncul. Ini bukan orang gila. Dari jauh kami nampak ada sebiji kereta bagi lampu dari jauh. Dan dia brek depan kami. “ustaz..”. tegur abu. “korang cakap jumpa dekat petronas depan sana. Ni kenapa berenti sini ? “ Tanya ustaz tu yang terkejut tengok kami berenti ditengah jalan. Nasib jalan tu malam tak banyak yang lalu. “dalam kereta kami ada perempuan ustaz”. Jawab abu. “dah tak ada dah. Mari kita pergi”. Kata ustaz. Aku pergi sua kepala intai intai. Memang dah kosong di seat belakang. “ustaz, kita berhenti petronas sana. Lepas tu kitorang tumpang ustaz ya pergi sekali, senang sebiji kereta ja”. Abu meminta untuk menumpang. “ yelah yelah, cepat mari kita pergi”. Kata ustaz sambil tersenyum melihat kami seolah olah dia tahu niat abu sebenarnya nak tumpang sebab takut. Kami pun sampai petronas. Naik dengan ustaz. Ustaz ni kenalan abu kenalkan. Ini lah yang dia cakap idea siang tadi, dia cakap kita kena ada orang yang boleh tolong bab ni. aku tak rasa kita boleh setelkan. Aku iyakan saja. Ada betul juga kata dia. Kena panggil pakar. Kereta rosak panggil pomen. Sakit pergi hospital jangan ambil gambar lepastu upload media social apa function ?. simple.

Ustaz parking kereta di ruang laman rumah, abu orang pertama keluar, di ikuti aku dan kami terus ke pintu rumah. Tuk tuk tuk. Ngeeekkkkk..bunyi pintu dibuka, tapi tiada orang. “hey kamu berdua jauh dari pintu tu”. Jerit ustaz dari belakang. Kami pusing ke belakang serentak, melihat ustaz. “Ahhhhhhhhhhhh” kami menjerit setelah merasa badan seperti ditarik dari belakang. “ustazzzzzzzzzzzzzzz….” Jerit abu sambil mata terpejam. Aku terasa seperti kaki tidak terkena tanah. Seperti di awangan. “dasar manusia memang tidak pernah serik” suara garau dari dalam rumah. Aku bukakan mata. ya Allah badan kami melekat di siling. Kami tidak boleh bergerak. Hanya anak mata dan kepala yang boleh bergerak melihat sana sini. “Allahuakbarrrrr…” jeritan dari luar. Suara seakan suara ustaz. Pintu terbuka semula. Tuan rumah masuk dengan ustaz.

Ternganga mulut tuan rumah melihat kami. Abu dari tadi hanya tutupkan mata serapat rapatnya. “pejamkan mata kamu semua” jerit ustaz. Aku menurut saja. 30 saat kemudian ustaz menyuruh untuk bukakan kembali mata. belum sempat aku buka, aku dengar abu menjerit tapi suaranya seakan akan sangkut dan bergeletar. “Allah….” Jeritan abu. Aku bukakan mata. mulut terkunci seketika. “ ya Allah, ustaz..biarkan kami tidak nampak semula ustaz”. Jerit aku. “ dia yang tunjukkan diri bukan saya yang buatkan.

Semuanya dengan keizinan Allah. Bertahanlah wahai anak muda”. Cakap ustaz memberikan semangat kepada kami. Waktu ini aku tidak tahu dimana tuan rumah. Mungkin dia dibelakang ustaz barangkali. Entahlah. Bukan masa yang tepat untuk pikirkan pasal dia sekarang. Kami bukannya terbang rupanya. Tapi ada yang menahan badan kami dari jatuh dan tahan kami di atas siling.kami tergantung di atas siling sekarang. Yang ada pada abu seorang wanita yang memakai baju tarian tapi jika tadi dia munculkan diri cantik, namun sekarang tidak. Wajahnya hodoh membuatkan abu menutup matanya rapat.

Bagaimana abu mahu bukakan mata. jika bila dibukakan mata wajah perempuan itulah yang pertama dipandangnya. Sama seperti aku. Kami sekarang tergantung diatas siling rumah kayu ini. Kedudukan kami sekarang seperti suami isteri sedang berasmara. (maaf hanya itu saja dapat aku gambarkan supaya korang faham, aku dan abu diatas. Makluk makluk jelek ni di bawah) depan aku seorang lelaki yang tak berupa. “ustaz, macam mana boleh jadi macam ni ustaz.” Tanya aku. “tiada apa yang mustahil, jika di izinkan”.aku tunduk mengalah. Ada betul kata ustaz. Tiada yang mustahil. Aku cuba untuk kuat, bukan tidak takut tapi mungkin disebabkan ada ustaz bersama kami. Tidak berupa mungkin biasa lagi jika dibandingkan dengan wajah hodoh, penuh dengan ulat dan nanah yang ada dekat abu. “ baca apa yang terlintas difikiran kamu”. Cakap ustaz. “ saya tak ingat apa apa ustazzzzz, saya blur ni”. Jawabku. “bacalah bismilah”. Jawab ustaz kembali. Aku pejamkan mata dan bismilah sebanyak yang boleh. Waktu ini apa yang dapat aku buat hanya berserah dan berharap pada Allah.

Sebelum ustaz menyuruh kami membaca sesuatu. Aku nampak mulut dia terkumat kamit bersama dengan wanita yang hodoh yang kami jumpa di opis hari itu. dia seorang wanita, namun suara nya garau,mampu membuatkan kaki yang berdiri tegak terasa gigil. Mungkin mereka sedang berlawan namun kami saja yang tidak dapat melihat. Entahlah aku hanya membuat andaian. “aaaarrrghhhhhhh” aku membuka mata setelah mendengar jeritan garau itu. wanita hodoh itu menjerit seakan kesakitan. Aku juga pusingkan kepala melihat keadaan abu. Abu kelihatan mengigil satu badan apabila mukanya dijilat lidah perempuan berbaju tarian itu dengan rakus. hingga sekarang dia masih belum bukakan matanya. “bertahan abu”.cakap aku didalam hati. apalagi yang aku boleh buat, mahu menolong ? aku sendiri tak mampu menolong diri sendiri. Benda yang terjadi sekarang diluar kawalan aku.

“Arrrrrghhhhhhhhhhhh sakit bodoh” suara wanita namun garau seperti lelaki sekali lagi menjerit, membuatkan aku pusingkan kembali kepalaku melihat wanita itu. lantaran itu juga, ustas juga menjerit. “pejamkan mata kamu”. Aku hanya menurut dan pamm. “aduhhhhh” “arggghhhh”.. aku dan abu mengerang kesakitan setelah jatuh dari siling ke lantai rumah kayu itu. kami jatuh tertiarap depan 3ekor hantu didalam rumah itu. ketiga tiga mereka kembali bersatu barangkali, bila yang hodoh sudah kalah maka lagi dua datang membantu. Oleh sebab itu mereka terpaksa melepaskan kami. Tapi ini hanya andaian aku saja. Aku melihat perempuan berbaju tarian itu menjilat jilat wajahnya yang penuh dengan ulat dan nanah itu. errrghh cukup meloyakan. “bantu mereka”. Suara ustaz dari belakang. Badan ku seperti diangkat seseorang.

Aku bangun. Rupanya tuan rumah yang membantu aku untuk bangun. Kami pergi angkatkan abu. Yang masih mengerang kesakitan. “ keluar kamu semua dari sini, tunggu saya diluar”. Cakap ustaz. Kami bertiga keluar dari rumah. Terduduk diatas tanah dilaman rumah itu. pintu kembali tertutup. Jeritan demi jeritan kami dengar dari luar. Abu masih lagi diam. Mungkin terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Tuan rumah kelihatan gelisah melihat rumah pusakanya itu dari luar sambil berdiri. “ macam mana cik boleh ada dibelakang kami tadi ?” tanya aku. “ maaf saya sampai terlalu awal,jadi saya turunkan seat kereta dan tertidur didalam kereta saya sedar setelah terdengar pintu rumah dihempap dengan kuat.dan sorang lelaki berdiri di kereta panggil saya masuk ke dalam. jadi saya hanya menurut”. Jawab tuan rumah menjelaskan semuanya.

Lelaki yang dikatakannya ialah ustaz tersebut. Hingga sekarang kami masih mendengar jeritan. Aku bangun pergi kereta ustaz. Aku carikan kalau kalau ada botol air didalam kereta. Ya aku jumpa satu botol air. Lalu aku berikan kepada abu untuk mencuci mukanya yang dijilat perempuan itu sebentar tadi. Habis air satu botol digunakan untuk mencuci mukanya. Pam..pintu terbuka. Ustaz keluar dengan membawa kotak kayu di tangannya. Ya itu kotak yang didalam gambar yang diambil jurugambar masa tuan rumah melaporkan yang rumahnya dipecah. Ustaz datang ke arah kami. Kami hanya melihat saja kotak kayu ditangannya itu. ustaz bukakan kotak lalu ditunjukan kepada kami. “ini ke yang kamu katakana hilang ?” Tanya ustaz.

Tuan rumah menanggukkan kepalanya berkali kali mengiyakan soalan ustaz. Tangan tuan rumah mahu mencapai kotak kayu yang terdapat dua keris didalamnya. Satu keris kecil dan satu keris biasa. Terdapat kain berwarna kuning didalam kotak itu dan juga dipenghulu keris terdapat satu ikatan kecil, berwarna kuning juga kainnya. Didalam gambar Cuma terdapat satu keris biasa. Jadi keris yang hilang ialah keris yang kecil disebelahnya. Cepat cepat ustaz menutup kotak itu sebelum tangan tuan rumah mencapai keris itu. wajah tuan rumah berubah bila ustaz berbuat dimikian. Wajahnya seperti marah. Hak nya diambil orang. “ kamu harus bersedia untuk menerima saka keterunan kamu jika kamu mengambil keris ini. Sebenarnya keris ini tidak hilang. Dan tiada orang yang pecah rumah kamu. Rumah kamu dijaga oleh orang tidak berupa itu. yang lain tugasnya lain lain. Ini keterunan nenek moyang kamu.

Perjanjiannya, mereka tidak boleh keluar dari rumah ini jika dimana tempat yang mereka pergi itu tiada barang didalam rumah ini bersama. Contohnya jika kamu pergi kemana mana dan kamu membawa keris ini sekali bersama kamu, maknanya kamu membawa mereka sekali kemana mana yang kamu pergi. Paham ?”. terang ustaz. “macam mana dengan kami…” soalan aku d******g ustaz. “ dengan kamu ada sekali gambar keris ini yang kamu bawa bersama ke dalam opis dan rumah.” Jawab ustaz menjawab persoalan “jangan kamu ambil apa apa walaupun bayang”.kedekut betul saka ni. betul betul taat dengan tuan. “tapi kenapa dia tidak cakap apa apa pun tentang gambar. Jika kami ambil hak nya beritahu kan senang.” Abu bersuara dari belakang dengan nada tidak puas hati. ustaz tersenyum melihat abu.

Dia sedar yang abu sedang marah. “ benda ini suka menyesatkan. Dan barangkali dia bermain teka teki dengan kamu”. Jawab ustaz. Abu hanya diam. “kamu harus bersyukur, tuhan berikan kamu kelebihan ini”. Sekali lagi ustaz bersuara. “kelebihan ? kelebihan apa ustaz ? sial adalah”. Marah abu. Beristifar panjang ustaz. “ kelebihan yang orang lain tidak dapat. Kami dapat menolong orang..” kata kata ustaz di p****g oleh abu. “ banyak lagi cara untuk tuhan bagi saya tolong orang.” Kata abu. “ya, memang masih banyak cara lain. Tapi cara lain itu orang lain juga boleh buat. Tak seperti apa yang kamu buat sekarang. Hanya kamu atau mungkin hanya segelintir”. Jawab ustaz tenang. “tapi kenapa saya ustaz ? “ Tanya abu yang masih tidak berpuas hati. “ cuba saya yang dapat ? tak ke pelik bila saya datang rumah ni, dan saya cakap dekat tuan rumah,saya mahu siasat rumah ni. abu rasa tuan rumah izinkan ke ? saya atau polis ? yang mana ada kuasa ? “ Tanya ustaz kepada abu.

Abu tundukkan kepala, maybe dia sudah sedar yang mulut lantangnya bersuara,tapi sayang akal tak selancang lidah berbicara. Kata kata ibarat meludah diri sendiri, terselah kebodohan diri. Abu mengangkat kembali wajahnya dan sudah kelihatan tenang sedikit, Mungkin dia sudah faham apa yang di maksudkan ustaz. Aku hanya diam tidak mahu campur tangan bila abu masih panas. Namun sekarang sudah reda. Mungkin kerana penjelasan ustaz itu tadi. Nama aku tidak dikaitkan mungkin sebab aku hanya jadi pemerhati, jadi mungkin, ustaz pikir yang aku sudah faham maksudnya. Haha mungkin saja, atau aku bukan ditempat abu.

Jika aku ditempat abu, wajahku dijilat hantu hodoh itu, mungkin saja aku juga naik angin seperti abu. Hihi nasib kau lah abu. Sapa suruh kau tak handsome. (Haha abu tidak suka membaca, jangan risau.) tuan rumah yang tadi kelihatan marah namun sekarang berubah menjadi binggung. “ saya tak faham ustaz. Dan kenapa ustaz tak bagi saya ambil barang saya ? kenapa ? “ Tanya tuan rumah. ‘kamu mahu mewarisi saka ? “ Tanya ustaz kembali. Tuan rumah mengelengkan kepalanya. “rumah kamu tak dipecah masuk. Semuanya angkara saka saka tu. Mereka yang buat supaya kamu kerap balik ke sini. Keris ni ada di dalam rumah dan mereka nak kamu cari tapi kamu tak cari, kalau kamu cari dan jumpa, kamu pula ambil keris ni, maka dah dikira kamu dah setuju ambil mereka jadi belaan. Itu pejanjian nenek moyang kamu dulu dulu”.

Pejelasan panjang ustaz buatkan kami bertiga anggukan kepala tanda faham. “patut arwah ayah pesan jangan ambil apa apa barang dan kalau boleh jangan balik ke sini sangat tambah tambah malam hari.arwah ayah pun jarang bawa kami balik dari dulu lagi, kalau balik pun hanya disiang hari dan kemas apa yang patut dan balik ke rumah semula. Tapi tak ada pula dia sebut pasal saka.”. Jelas tuan rumah. “mungkin ayah kamu mahu menjaga aib arwah nenek kamu.mereka akan kacau kamu kalau kamu balik ke sini tapi tiap kali kamu ke sini ada mereka berdua ni ikut, jadi kerja mereka terganggu dengan adanya mereka berdua. Kamu nanti balik buangkan gambar yang kamu ambil. Bakarkan semua”. Kata ustaz. Kami angguk tanda faham. “habis apa yang patut saya buat sekarang ? saya tak mahu saka saka ni, tapi takkan nak biar macam ni je rumah pusaka ni ?.” tuan rumah bertanya. “ saya akan tolong kamu, tapi benda ni memakan masa yang lama. Mereka sudah lama di rumah ni.

Jika kamu mahu, saya sedia membantu. Kita buangkan keris ni dulu, nanti kita bersihkan rumah. Buat masa sekarang kamu jangan risau, Alhamdulillah dengan izin Allah, mereka sudah lemah dan saya telah mengunci mereka di dalam disaat saya keluar tadi.” Selesai ustaz bercakap terus berbunyi di dalam rumah seakan orang menjerit kesakitan. Dinding rumah diketuk ketuk dan dicakar dari dalam.”lepaskan aku manusia bodoh” jeritan dari dalam dan lansung diam terus selepas itu.ustaz menyuruh tuan rumah pulang terlebih dahulu. Tuan rumah angguk tanda setuju.yang lebih lebihnya nanti, ustaz akan uruskan. Bila sampai masanya.sebelum tuan rumah beredar abu sempat menyuruhnya ke balai untuk menarik balik report yang dia buat. Ustaz memberhentikan keretanya di stesen minyak yang kami letakkan kereta tadi. Setelah bersalam dan mengucapkan terima kasih, kami masuk ke dalam kereta dan keluarkan gambar gambar yang ada fail lalu kami cari tempat yang selamat untuk membakar semua gambar gambar kes itu. aku sempat menelefon azlan untuk memberitahunya supaya membuang semua gambar yang ada kena mengena dengan kes ni. tapi dia cakap dia dah lama buang yang lain lain. Seperti dalam pc dan kamera semuanya sudah di padam dan tak ada gangguan apa apa dah lepas tu.

Baguslah senyap senyap buat kerja. Kureng betul. Selesai semua kami tak terus pulang, kami masuk dalam kereta berehat dulu. Melayani perasaan masing masing. kami juga susah nak percaya dengan apa yang terjadi tadi, namun rasa sakit akibat jatuh tadi masih terasa memaksa kami untuk percaya yang terjadi itu reality dan terpaksalah kami hadam semua ni.nasib rumah tu tak tinggi sangat kalau patah tulang aku,masakkkk. semoga tuhan sentiasa selamatkan kita. “weh”. Suara abu memecah kesunyian didalam kereta. Aku pusing ke arahnya. “lepas ni kita berhenti jadi polis.” Kata abu. “kenapa ?” Tanya aku. “kita jadi bomoh pulak.tapi kita guna gun.. Haha boleh tembak hantu. Kita tak payah duk bawah JSJ lagi. kita buat jabatan sendiri haha.Kita pergi belajar dengan ustaz tadi. Mana tahu dia ada cara nak buat peluru yang lut dekat hantu hahahahahahahahahahahhahaahaha” jawab abu. Aku juga turut ketawa berdekah sekali. Pammm.. bunyi kereta sebelah menutup pintu kereta. Orang nya keluar dan melihat kami yang ketawa seperti kurang siuman.

Aku dan abu terkesima sebentar. Setelah orang yang keluar dari kereta tadi sudah masuk ke toilet baru abu mula bersuara semula. “harey, ada orang. Dia pakai cermin gelap, aku tak nampak bodoh haha”. Sekali lagi dia ketawa. Aku juga turut ketawa apabila teringatkan muka mamat tadi yang seakan akan baru bangun dari tidur. Mungkin ketawa kami membuatkan dia terjaga haha. Jangan kejut harimau yang sedang tidur. Abu menghidupkan enjin kereta, lalu dia masukkan gear dan undur perlahan lahan, semasa undur sempat lagi dia memandang kearah number plat kereta sebelah tadi. “weh salin number plat dia, nanti kita bawa polis trafik cari kereta dia lepas tu suruh trafik tu saman cermin gelap dia, memalukan aku betul haha”. Kata abu dengan nada gurau. Aku hanya ketawa lalu kami meninggalkan kawasan stesen minyak itu dengan segera pulang ke opis dengan bahagianya semuanya dah selesai.

Okay tak melalutkan ? haha. Maaf admin saya guna dua kata ganti nama. Bercerita okaylah aku tapi masa nak bercakap dengan orang saya guna saya ea.

Sebab saya tengok sini ada yang hakak hakak, makcik makcik yang baca jadi saya rasa, saya lebih menunjukkan rasa respect. Tak apakan min ? haha. Ambil iktibar ya, jangan sesekali even nak cuba dengan ilmu ilmu hitam ni. benda ni bukan saja menyusahkan diri sendiri. Orang lain pun terlibat sama. Berserah pada tuhan. not everyday is a good day. Live anyway. Ingat ketika tuhan merasa rindu dia turunkan ujian.sentiasa dekatkan diri dengannya. Jarum jam terus bergerak, kalender terus berganti halaman,siang menjadi malam,panas menjadi dingin. Semua itu tanda waktu terus berlalu. Jangan siakan setiap detik yang ada.

Always remember,dalam hidup ni.. Sometimes you win, sometimes you learn. Okay kali ni kita tak sembang pasal cintan haha. Takyahlah pening pening pasal cintan ni. “ satu satunya cinta yang aku percaya, cinta ibu kepada anaknya” – karl Lagerfeld. jadi sayangilah ibu anda ketika masih ada. Ibu ajar segala benda dalam hidup tapi ibu tak ajar bagaimana cara untuk hidup tanpa dia. Yang sudah tiada tak mengapa anda masih boleh berbakti kepadanya. Banyakkan berdoa dan salam takziah dari saya semoga anda kuat dan teruskan bersabar. Thanks semua. Korang memang terbaik. Terima kasih banyak geng. Love you all <3 kita familykan haha. Tak naklah buat kemunculan bagai, sape je saya ni haha

. Thanks sekali lagi yang baca,yang komen,yang share.. thank semualah. Oh ya ustaz pesan jaga jaga dengan orang sekeliling. Benda benda ni boleh menyerupai haha. Sorry kalau penulisan saya terabur dan susah untuk anda faham, saya lepas habis sekolah terus tak ambil tahu pasal BM ni. itu sebabnya jadi begini. Penulis lain dalam FS ni lainlah diorang educated. Saya tak berlajar tinggi sebab saya gayat haha. Korang jangan jadi pemalas haha.

Saya tak apa sebab saya malas tapi pandai huhu. Cikgu selalu cakap “ dia ni tak bodoh tapi malas”. Gamak banyak sangat sebut macam gitu, akhirnya saya jadi malas dengan jayanya haha.paling benci math but I love counting money. Haha. Doa doa cikgu berkat haha tagune. See, bukan bodoh tapi malas. That mean saya pandai haha. Apa ade hal. Korang yang tengah belajar. Rajin rajin sikit even rasa dah tak mampu, stay strong, make them wonder why youre still smiling :’) pulun untuk masa depan sendiri tak ada yang rugi nya. Fight for what you want, all of your hard work will be pay back later. #GoodNight #SourdreamBabeh #BebelItuIndah. Okay yang baca siang hari nak kongsi tips sikit. 3step to have a good morning. Open your eyes, take a deep breath and go back to sleep. Good morning haha.

Ohh ya. Lepas kami balik rumah malam tu. Aku tengah hisap rokok. Tiba tiba bunyi bising dekat dapur….. terus aku jerit “ buat dua weii “ hahaha bye. Panjang umor, ada jodoh kita jumpa lagi. korang jangan lupakan saya ea haha. Thank editor huhu.
-Mac Amin

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
mac amin

46 thoughts on “detektif D9 (KES PUAKA)”

  1. Kah kah kah… teruk abu kena bahan kali ni. Terbaikk mac amin. Korg mmg ghostbuster tahap dewa. Cite lg tau min. Bace cte ko sel2 otak aku jd kretip mikir.

    Reply
  2. Ayat kennot go tu macam laki aku selalu sebut..polis memang ade bahasa tersendiri eks?cibeii btol.hahaha.. penulisan makin lama makin bertambah baik..tahniah untuk mac amin..aku siap share kat wall sndr cerita2 bersiri yg paling best kat FS termasuk cerita detektif D9..post lagi cerita best lepas ni yehh..

    Reply
  3. Layannn cerita cerita kau Mac Amin. Tulis lagi. Aku yang pemalas ni pun jadi rajin je nak baca. Ohh sekarang baru aku tahu patutlaa aku punya malas melekat tak hilang2. Termakbul rupanya doa2 cikgu2 aku dulu. Hahaha terima kasih cikgu!

    Reply
  4. hahaha.. MAC AMIN THORBAEK! part hakak2 tu lawak.. sy bru nk melangkau alam dewasa.. tp seyes mmg best sume citer en detektif.. nnt citer lg tau’???

    Reply
  5. “Ibu ajar segala benda dalam hidup tapi ibu tak ajar bagaimana cara untuk hidup tanpa dia…”

    Siooottt ar Mac Amin…
    Kuajaaaaqqq…
    Akk dh ar dh dekat 3bln kot x blk kg, sekali kuor ayat sendu bikin sedih wwooooo…
    Isk isk isk…
    Langeessshhh…sediihhh…
    Nak nyorok kt bucu sat, adioooss…

    Reply
    • ko kan kak dr hari tu ….klw rindu balik ler…..tapi ditektip ni mmg x pernah menghampakan lah….sekarang kemahen lagi MAC dah panda berhashtag bagaai…mcm, biasa sory ea hakak den tumpang komen sini…kata saka kan

      Reply
    • Emang lhoo dasar SAKAran dandai…
      Iyolah iyolah…
      Den blk Banting Di Hatiku hari Jumaat ni…
      Den sahut cabaran ekau…
      (ecewah sahut cabaran konon pdhal dh gigih tanda tarikh tu dr bln 10 thn lepas,hahahaha)…

      Reply
  6. ” daun yang jatuh takkan pernah membenci angin. Jadi jangan salahkan takdir bila hidup penuh dengan dugaan. Ketika hidup penuh dengan dugaan, ketika itulah, saatnya tuhan merasakan rindu dekat kita ”

    ayat ni aku suka. thanks detektif!

    Reply
  7. “benci math but i love counting money” kita sama la encik detektip. Hahahak.

    Terbaik story ni. Sila lah ada kes macam ni lagi ye encik detektip, buleh ler share story selalu. Heee.

    Reply
  8. encik Detektif sila la share lagi pengalaman tuh..x pernah menghampakan..hang punya cerita nih buat ceq terasa macam ada dlm situasi dlm cerita hang nih..thumb up!!!

    Reply
  9. gaya bahasa yg mudah faham..mac amin kau memang terbaik..aku tunggu lagi cite kau yg lain..jgn hampakan aku..ibarat pungguk rindukkan bulan dah ni…

    Reply
  10. story best tapi mukaddimah dia pnjgn sgt.. hehe lain kali straight to the point terus k…citer best … x sgka jd polis ni mcm2 hal blh jmpa .. apa pun citer ni mmg bestt terbaik… terus jd ghostbuster k

    Reply
  11. eh mukadimah dia kemain panjang….hahahaha hasam jawe..

    tapi cerita detektif haha (min) ni jugak yang aku search, baca, tunggu sokmo kat fiksyen shahsha ni..

    share bebanyok lagi eaa detektif..

    Reply
  12. thoorrrBAIIIKKK..D9…wa firstime bubuh comment Kat FS Ni sebab jatuh chenta dgn lu pnya penyampaian bro…Thumbs up…Selain cerita penuh fiksyen,Ada lawak KELAKAR seram lu jugak selit nasihat sempoi bro..More n more…Walah…???

    Reply
  13. tersenyum sorang2 macam orang gila dah kat opis ni bila baca… hahahha aduh bila dah rasa seram ada pulak masuk lawaknya. lagi2 part yang suruh cari ‘ o ‘ dalam ‘hahahha’ tu. memang beriye yek cari dok highlight satu2 baris hahaha, aduh nk type comment ni pun still gelak. aipppppp! sape cakap saya curik tulang tu time kojee?? tak tau kawan..saya baca time lunch break ye. haha. ape2 pun memang terbaik and mohon tulis lg ye, cepat2 sikit kang pudar pulak perasaan kita kat awok. cettttttt hahhaha.

    Reply
  14. Truly salute lu la bro!! Jiwa kental kot.. Dh alami pengalaman tu.. Pastu bleh plak crite dgn details kat cni.. Ap2 pun.. Crite mmg best. Sanggup cri smua story from Detektif D9 -Mac Amin.

    Reply
  15. best Mac Amin.. sampai apa yg dia citeeee, teruskan share story yaaa, harap mekar perasaan berkobar2 nak baca cite awk.. mcm da jatuh cinta sgtttt nii 😛

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.