Hanya di Radio
Terima kasih admin kerana sudi siarkan cerita ni. Aku Joe, pernah berkongsi kisah mengenai Minah Bunga sebelum ni. Malam ni malam pertama aku tidur di rumah baru setelah lama merantau di negeri orang. Selama aku tiada di rumah, sepupuku yang menetap di bilikku. Kami rapat sejak kecil sebab dia anak yatim piatu. Bff lah katakan.
Mata terasa cergas, langsung tiada tanda-tanda untuk aku tidur. Hmm. Mungkin kesan minum kopi petang tadi fikirku. Lagipun penat kemas barang petang tadi. Katilku menghadap tingkap, agak sejuk malam ni, langsir ditutup dengan rapi. Aku terus mencapai telefon bimbit J1 Ace dari katil dan mencucuk wayar earphone. Layan lagulaa sambil baring, malam-malam macam ni mesti best! Skrin phone di selak dan ikon radio ditekan.
Hmm. Terus aku klik 103.3 fm
“Jam di dinding terus berdetak Ah
Kaki ku juga terus berjalan Ah
Tapi mengapa tak ku lepaskan tatapan mu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Entah kenapa tiba-tiba rasa meremang. Perlahan-lahan terdengar bunyi seperti besi langsir yang terselak, terbukak sedikit. Angin mungkin!
Belum sempat aku tutup langsir tiba-tiba ternampak macam ada lembaga dari luar tingkap yang sedang memerhati dari jauh. Bila ditoleh sekali lagi, hilang. Hmm mungkin jiran sebelah kot. Cepat-cepat aku tutup tingkap dan rapatkan semula langsir .
Hmmm bosan la lagu ni je. Aku menukar siaran radio ke Hot fm;
“Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang…..”
Tah kenapa hidung aku terbau sesuatu yang wangi sangat. Macam bau bunga. Semerbak makin lama makin kuat baunya tapi tak tahu apa namanya. Nak kata perfume sepupu aku, takkan lah dia pakai time nak tido malam malam buta ni. Tadi takda bau pun. Haishh. Hidung aku tersumbat kot. Sedang aku baring dengar radio sambil tulis status di fb, “Hmm bosanlah, x ngantuk..” tanpa sengaja aku tertukar siaran radio. Eh.
“Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang”
Erkkkkkkkk, aku dah mula cuak. Dah kenapa siaran radio malam ni macam tahu-tahu ja apa yang aku tengah buat. Ade cctv ke apa loll! Haha kebetulan betul. Aku pulak rasa nak pergi tandas. Ni mesti sebab malam ni sejuk dia luar biasa sikit. Tapi sebab macam takut pulak seorang je nak turun bawah, aku cuba kejut adik sepupu aku kat sebelah tapi budak ni duk berdengkuq kuat nak m**i. Tak bangun bangun. Hmmm, aku cadang nak serbu je bilik mak aku malam ni. Lagipun ayah aku outstation hihi.
Tengah aku jalan keluar dari bilik menuju ke bilik mak aku di tingkat bawah, siaran radio tertukar sendiri;
“Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana”
Aaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku terus campak fon aku ke dinding laju-laju dan pecut lari masuk dalam bilik mak aku. Selubung terus sambil menggigil. Aku jadi bingung apa yang jadi sebenarnyaa?? Aku cuba mengintai dari balik selimut untuk pastikan takda apa-apa yang ikut. Tiba- tiba, telefon bimbit mak bercahaya;
“Oh no, oh no
Jangan tinggalkanku
Oh no, oh no
Jangan pergi dulu
Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, oh no
Jangan tinggalkanku”
Aku menjerit, “Kau siapa!! Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku!”
“Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu”
Kemudian telefon bimbit tu m**i. Esoknya aku terbangun subuh. Terdengar kuat azan berkumandang. Macam tok imam azan kat telinga pulak. Haha. Lega. Aku bukak mata perlahan-lahan, terkejut! Aku berada dalam bilik sendiri. Phone aku ditangan dan earphone masih terpasang di telinga. Bateri agak low. 1% je tinggal. Beberapa saat terus koma phone tu. Ada kesan retak pada phone.
Oo oooh…
-Joe Minah Bunga-
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahaahahahahha
kelakar betul la
cemna boleh ade kt bilik sendiri… aiseyhhhhh
ntah ntah mimpi je ni. huhu
yessssss..phone baru!hihi..
tah2 kwn ko tu dtg singgah katanyaaa…
ahahaa win!!!
aku tau ni serita rekaan
sape dpt tangkap mana reka nya die bijak
Some genuinely nice and useful information on this website, also I think the design and style contains great features.