Bau apa ni?

Salam dan hai kepada admin dan pembaca setia FS. Ok hari ni aku nak share pengalaman aku yang lain pula. Sebelum ni aku ada share pasai “Blok Baru Kuarters” aku bunyi macam-macamkan hari ni nak share pasai BAU. Nasib la benda tu hanya bagi aku ambil BAU saja kalau dia menjelmakan diri dia jenuh aku nak lari tak cukup tanah.

Ok kisah dia macam ni suatu malam aku dengan suami decide nak tidur kat ruang tamu sebab kat dalam bilik panas. Tengah sedap tidur lena kemain asyik di buai mimpi tetiba hidung aku boleh pula bau busuk hanyir macam bau sampah bau tu memang boleh buat aku nak muntah. Aku tak tau dari mana bau tu. Buka mata tengok suami aku ni elok ja lena tak gaduh pun. Tak bau ka pada hal memang busuk ya amat. Aku tak tau masa tu pukul berapa sebab gelap tak nampak jam. Tapi nasib la masa aku buka mata tu aku tak nampak apa2.. Kalau tak terkencing aku kat situ.

Makin lama bau makin kuat sampai aku tak boleh la nak tidur. Tapi aku tengok suami aku ni elok ja dia tidur fikir aku, dia ni tak bau ka? Aku ambil la minyak rimau tonyoh kat hidung. Lastly tidur juga sampai ke pagi. Bila pagi aku tanya suami aku dia kata tak bau apa pun. Pelik aku mai dari mana bau tu. Misteri sunguh.

Ok now kisah ke 2 pula. Masa aku pi bercuti kat Krabi, Thailand dengan family aku. Suami aku tak pi sebab tentera, so payah la nak pi negara luar ni banyak prosuder.. Dah boking tiket setahun apa lagi, excited la aku dengan anak aku heehe. Adik aku boking hotel bajet ja kat Aonang Beach. Kami ambil 2 bilik sebelah-sebelah. Aku, adik dgn anak aku 1 bilik. Bilik paling hujung. So bertentang bilik aku tu kosong sebab ada orang baru check out. Mai malam macam biasa la aku tertidur awal sebab anak aku tidur awal.

Tetiba……. Hidung aku ni bau ya amat punya wangi sampai aku rasa nak pening. Makin lama makin kuat. Rasa mcm dalam bilik aku tu ada orang pakai perfume men yang kuat bau tu aku tak tahan la. Dok pikiaq dalam kepala otak mai mana plak bau ni. Kalau orang pakai dari luar tak kan la bau tu tak hilang. Makin lama ni makin wangi doh. Aku pusing tengok adik aku lena elok ja. Tak sedaq pun. Aku tengok jam masa tu pukul 3 pagi. Adoi la nak pi ambil minyak rimau jauh pula doknya dalam bag tapi hidung ni tak tahan dah bau wangi. Aku pula jenis tak tahan bau wangi kuat tengik rasa nak pening. Aku baca ayat qursi selawat kalih mai kalih pi last2 boleh juga tidur. Bila terjaga dah subuh. Aku tanya adik aku pagi tu dia ada bau wangi tak semalam tapi dia kata, “tak pun aku tidur lena elok ja”, Sudah.. Misteri lagi… Tak pa la dia bagi aku ambil bau ja jangan gatai2 nak menjelma sudah hehehee..

Last kisah aku nk share pasai mimpi aku. Walaupun hanya dalam mimpi tapi bagi aku rasa seolah betul-betul kot. Tak tahu la sebab aku rajin baca kisah2 dalam FS ni buat sampai aku termimpi ka tak tau la. Dalam mimpi tu aku ada kat 1 bagunan kat depan meja receptionist. Sekeliling aku tu semua aku nampak makhluk lain, ketaq lutut wei. Aku nampak macam2 rupa ada. Ada yang mata terkeluar,ada yang berdarah2, macam2 rupa la. Aku menangis menjerit macam apa lagi. Tapi orang kat reception tu tengok ja aku. Aku nak jalan keluar dari bangunan tu tapi aku takut sebab ada yang ikut aku. Aku tak tau benda tu nama apa mungkin langsuir mungkin pontianak tapi kain putih rambut panjang macam kain putih melayang dia ikut belakang aku. Seriously memang ketaq wei seolah aku rasa pekara tu betul2 realiti. Last aku tersedar berpeluh2 padahal tidur on aircond tau. Suami tanya awat dengan aku ni mengigau ka. Dia tak tau bini dia ni mimpi apa adoi laa.. So bagi aku memang hebat la orang yang hijabnya terbuka dia boleh lawan rasa takut tu bila berdepan dengan makhluk tu secara tiba2. Sedangkan aku dalam mimpi ja pun dah ketar habis 1 badan punya takut.

Tamat. Macam tu la kisah aku.Maaf la kalau tak seram mana pun tapi bagi aku yang alami ni agak seram la.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Lastly usah biarkan hidup anda di selubungi misteri hahaha…. ????

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]
Lia

5 thoughts on “Bau apa ni?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.