Daftar kolej

Salam hai. Aku nak ceritakan pengalaman seram yang aku lalui.Mungkin boleh dijadikan pengajaran kot dekat orang lain.
2015,
Aku tekad nak sambung nursing lepas spm jadi aku daftar masuk satu kolej dekat johor. Lepas daftar semua macam biasa masuk bilik kenal roomate,aku bilik paling hujung dan ada 3 roomate ( jemah, peah, melah) masa masuk mestilah ada minggu orientasi kan? Malam tu kitorang ada sesi ‘tanyalah ustaz’ ada student tu tanya “macam mana kita nak tahu kita ada saka?” Ustaz tu kata susah nak explain tapi dia akan terangkan malam tu( malam tu ada bacaan yasin).
Lepas maghrib semua berkumpul tapi sebelum baca yassin ustaz pesan kalau ada rasa tak sedap badan ataupun panas angkat tangan nanti akak/abang fasi datang.Kami dibekalkan air so boleh buat air yassin.Baca punya baca tiba-tiba ada budak jatuh pengsan (budak yang tanya pasal saka tu) tapi kitorang tak dibenarkan tengok dan jangan putuskan bacaan yassin.Makin lama makin ramai pulak yang pengsan dan dibawa masuk ke satu bilik untik berubat.Lepas tu kawan aka roomate aku jemah ni tanya ayat berapa dah sekarang ni, aku pon tunjukla.

Benda tu repeat 2/3 kali jugak tak lama lepas tu dia bersandar dekat aku.Aku buat tak kisahla sebab mungkin dia mengantuk kot sebab aktiviti siang penat sangat.
Bacaan yassin hampir nak habis tiba-tiba terdengar pulak si jemah ni menangis tersedu-sedan tapi perlahan dekat bahu aku.Aku pun pusing pandang dia tanya ok ke tak? Dia angguk je.Akak fasi dekat dengan kami tu nampak dan suruh aku bagi minum air yassin.Aku pun bagila tapi dia minum ada kot seteguk sikit , aku bagi lagi dia tolak.Lepas dia tolak air yassin tu dia macam lemah , akak fasi tadi bawa dia pegi belakang.Aku nak tolong tapi dia tak bagi.Yang tinggal dalam khemah tu tak ramai sangat.Habis baca yassin kami ramai2 berzikir ustaz tu surah lagi kuat dan jangan berhenti.Masa tu jugak dengarla hilaian2 dekat belakang dengan dari arah bilik yang tengah berubat tu.Masing2 dah kecut perut tapi gigihkan hati supaya tak takut.
Habis malam tu kami balik bilik masing2.Mulalah tidur ramai2 dekat ruang tamu berhimpit2 sebab takut.Alhamdullilah malam tu takde apa2.Esoknya pula si jemah tak balik2 lagi.Nak bertanya takut so dengar cakap2 student lain yang kata semua yang kene kacau semalam sama ada lemah semangat ataupun sebab terlalu takut dan yang tak balik lagi berkemungkinan ada yang ‘membela’.
Petang tu si jemah pun balik dekat bilik kitorang.Layanlah macam biasa sebab nak tuduh dia ada apa2 ke takut salah.Aku dengan si jemah ni keluar nak beli air , dia pun ceritala sebenarnya memang family ada sesuatu.Kenapa dia cerita pon aku tak tau dan aku cuma mampu anggukkan kepala.Ingatkan dah habis semua tu, esok hari terakhir orientasi so ada malam kebudayaan sepatutnya start persembahan pukul 8 tapi pukul 8.30 pun ada student tak turun lagi.Apalagi bengangla ketua fasi( dia suka marah2, cakap kami di pemalas, lambat)

.Dalam 8.45 baru sekumpulan student turun, kena marahla apa lagi tapi rupa rupanya masa tengah bersiap tu ada salah sorang tiba2 berperangai pelik.Senyum ketawa sorang2 nak taknak ramai2 bacalah yassin sebab tak tau nak buat apa dah.
Maafla kalau cerita seram sangat tapi apa2 pon lepas orientasi tu aku berhenti sebab masuk matrikulasi.Ramai kata sebab kes tu tapi sebenarnya sebab yuran kolej tu mahal.Hhahaha. Terima kasih

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]
nurse tak jadi

4 thoughts on “Daftar kolej”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.