Kerana Nama Melur

Assalamualaikum..aku pernah hantar kisah aku sebelum ni (Elok Je Dia Berdiri). Dan kali ni aku nak share sikit pasal pengalaman meremang aku yg baru jadi beberapa malam yang lepas. Mungkin agak panjang. Kalau di approve terima kasih bebanyak ye admin.

Ok, macam ni kisahnya. Beberapa jam sebelum kejadian masa ni baru lepas isyak kot, awal lagi kan. Jadi aku aktifkan la jari jemari skrol timeline facebook tengok apa yg update ka, ada hot news ka. Sampai aku terhenti kat satu post dari page mana yang share tu aku pun dah lupa tapi ianya berkenaan tentang #Melur..

Kaitannya? dalam post tu orang share pasal pengalaman/kisah dorang digangggu hanya disebabkan menyebut perkataan Melur @ melor tu tanpa sengaja atau memang saja nak seru pada tengah malam bermula jam 12. Lebih kurang la, aku baca post tu ada yang kena ganggu hantu tak berkepala, berdiri macam tunggul depan tingkap and so on. (kalau ada yg curious boleh cari pasal ni hashtag melur @ melor).

Yang jadi pada aku pula aku pun tak pasti berkaitan ka dengan apa yang aku baca entah betul jadi ka apa. Memang betul aku tak boleh nak sahkan kaitan dengan apa yang aku baca sebelum tu. Cuma sebelum tidur macam biasa la tangan masih lagi aktif tengok FB la, instagram, twitter..mcm mana boleh mula rasa x syok tu? bila aku macam teringat balik post yang aku baca tu pasal cik m***r tu. Tengok jam da nak pukul 12 (kebiasaan aku selalu tidur lebih dari jam 12 sebab tengok variety shows atau k-drama). Cuma sejak laptop aku dah format jarang juga nak on laptop.

Ok masuk part yang aku rasa meremang dah ni. Masa tu aku tengah dengar mp3 dalam telefon tu sambil acah online lagi. Aku tersedar sebab tengok jam kat phone tu dah dekat 12.30 am aku try la nak tidur sambil nak lupa pasal post tu (tapi masa ni lagi ligat fikiran aku ingat pasal Me**r tu cuma tak lah aku seru nama tu kuat2 kan). Yang buat aku makin susah nak tidur masa tu juga dalam hati sibuk lagi dok refresh kejadian2 yang orang share bila dorang tersebut nama tu sekaligus buat aku pun tercakap juga (dalam hati jelaaa kan) jadi aku tak tau kalau sebut dalam diam pun ‘dia’ alert ka apa. yang aku ingat aku cuba juga tutup mata sambil telinga masih sumbat earphone..

Sampailaaaahh aku celik mata dan telinga aku masih ingat lagu2 yang dok play dalam telinga tu. tengok jam dah pukul 2 suku..ehh aku masih belum dapat tidur rupanyaa. Tak guna betul! Bangun tu ja hati aku dah dupdapdupdap.. Sebab apa? Automatik aku teringat nama tu. Bongok kan. Makin segar mata ku jadinya. Kalut nak sambung tidur balik. Masa tu terdengar dekat bumbung sebelah bilik ni (bilik aku kat tingkat atas, memang kalau dari tingkap bilik akan nampak bumbung kat tepi untuk elak air masuk tingkap bawah) macam kena baling something gebuk2 bunyinya. Pindah pula kat tingkap bunyi kena humban something apa entah aku tak tau. Aku curiga sebab sebelah aku mana ada rumah hanya tanah lapang, kosong sebab rumah sebelah dulu terbakar dan dah lama tak dibuat rumah.

Aku dah makin susah nak tutup mata walaupun tengah dengar mp3 ni. dengan rasa macam ada pula yang tengah perhati aku dalam bilik tu.. sebab aku biasa tidur dalam gelap lampu memang tak pasang. lepas tu aku paksa diri bangun pergi tingkat bawah buka pintu utama sebab nak bagi kucing2 aku masuk. ada seekor kucing aku ni aku angkat bawa pergi bilik konon nak bawa tidur sekali la..nama dia Oyen sebab biasa juga si Oyen tu aku bawa tidur. dah bawa masuk bilik tu sambil aku belai2 dia nak tidur sebab aku pun mengantuk masa tu cuma susah nak tutup mata. oyen ni pula bukan nak tidur, tapi mata dia lagi ligat tengok sekeliling di bilik tu asyik tengok kiri kanan. belai2 lagi tak mau juga tidur siap turun katil pergi depan pintu macam nak minta keluar. aku yang cuba hilangkan rasa x best tu online kejap la sambil tutup mata.

Masa ni aku start rasa meremang tiba2. sekali, aku okay macam ‘ah tak ada apa la ni’. Kali kedua rasa meremang lagi satu badan (tetiba ja) sampai aku terbangun, last sekali aku turun bawah pergi bilik akak aku tapi yg masa tu pergi KL. Tengok dalam bilik tu anak buah aku perempuan tengah tidur bukak lampu. Aku baring jela sebelah dia dengan lampu on tu..

Yang aku hangin si oyen kucing yang aku bawa pi bilik sebelum ni boleh pula dengan sendirinya masuk panjat naik atas katil baring tengah2 antara kitorang dan terus tidur. Macam biasa ja mata dia tak pula tengok kiri kanan. Aku yang tak biasa sangat tidur lampu on ni terpaksa juga la tutup mata. Lepas da baca ayat kursi, 3 qul semua baru dapat lelap.

Terjaga balik sebelum subuh masa tu belum pukul 5 lagi nak la naik pi bilik sendir tapi tak jadi juga last tunggu lepas subuh da nak siang baru pindah bilik sendiri sambung tidur. Makanya bangun pagi tadi muka sembab, mata bengkak sebab tak cukup tidur.

Ok setakat itu jela kisah yang aku nak share..aku tak pasti la berkait ka tak dengan apa yg aku baca sebelum tu (pasal nama melur). in case kalau korang gatal hati nak cuba ke nak rasa feel2 seram la konon malam ni sebelum tidur tu panggil la nama melur kot dia menyahut kan nak teman korang tidur. hahahaa eh taklaaa..sebolehnya kita cuba elak dengan perkara2 ke arah syirik ni. aku rasa aku just tak boleh lelap mata asyik fikir sangat pasal tu. sebab sebelum ni kalau rasa macam ada something kat bilik, aku tidur juga dalam tu tak pindah bilik macam aku buat semalam. tetiba pula kan buat perangai semalam. hehe

Kalau ada yang pernah lalui benda sama (berkaitan nama tu) sampai tak dapat tidur ka, diganggu ke apa semua share pula la pengalaman korang ek..tak minta korang percaya cuma nak tahu pengalaman orang lain pula. jangan kecam aku tau…

terima kasih kerana sudi luangkan masa baca kisah aku..

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

11 thoughts on “Kerana Nama Melur”

  1. Pulaaakkkk…
    Aritu xleh try no tipon…
    Arini xleh sebut name plaaakkk…
    No tipon putrajaya aritu beria ramai nooo yg nk try…
    Meh tgk ini kali ade x yg dok sebut2 name Melor tu…
    Boleh memperbanyakkan citer kt FS ni…
    Hehehehehe…

    Reply
  2. Tu semua perasaan je tu..bukan ade ape pn..dh pnah 2,3 kali try xde ape pn..bkan nk ckap besar ke ape tapi entah la..rasanya kalau kita tlampau takut n tfikir bnda mcam tu mmg la kita rasa meremang,diperhati..

    Reply
  3. mcm sebut nama melati jg… tak percaya sebelum tidur seru nama melati banyak kali dlm hati asalkan kita niat atau maksudkan dgn melati yg kat ums tu…

    Reply
  4. itu semua hanya terbawa perasaan takut karena membaca cerita seram tentang M itu..
    sama seperti pengalaman saya ketika membaca kisah seram tentang lagu n tarian ulit mayang diulit.. sebelum membaca kisah seram itu saya mendengar n menyanyikan lagu itu biasa saja tanpa perasaan yang gimana (seram,takut) tapi ketika udah tau n membaca tentang asal usul lagu itu dan kisah seram yang diceritakan orang tiba-tiba perasaan saya jadi takut ketika mendengar, membayangkan bahkan membaca lirik lagu itu..
    just share sedikit pengalaman saya, perasaan saya..
    salam kenal semua

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.