“Mana Anak Aku?”(Damansara Perdana)

Assalamualaikum dan hi! Kisah ini aku ceritakan, hanya sebagai bahan bacaan dan perkongsian untuk peminat sesawang Fiksyen Shasha ni. Apa yang akan aku ceritakan sebentar lagi adalah, berdasarkan dari pengalaman aku dan kawan serumah sebagai penyewa di salah sebuah apartment yang terletak di Damansara Perdana.

Kami menyewa di sini pada hujung tahun 2008. Masa tu, apartment blok ni masih kelihatan gah lagi. Cantik dan bersih. Jiran di kiri dan kanan pun masih kurang. Kalau ada, selang 3 atau 4 rumah dari rumah sewa kami. Demi keselesaan, kami hanya menyewa berdua. Ya lah, dah kerja kan bukan student lagi. Nak berhimpit. Kahkahkah.

Kisahnya begini kawan-kawan, kami ini bekerja di salah sebuah syarikat Call Centre yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Waktu bekerja kami adalah shift. Maksudnya, aku akan ada shift kerja yang tidak sama dengan member aku. Kebetulan satu hari tu, shift kami berlainan. Shift aku pukul 4.30 petang, dan akan balik pukul 2.00 pagi.

Lepas kerja, aku terus berangkat pulang. Di dalam perjalanan menuju ke tempat parkir motor di blok aku. Aku ternampak seorang kakak berdiri betul-betul dibawah lampu jalan. Kelihatan jelas, rambutnya diparas bahu mengenakan t-shirt berkolar bulat lusuh, tidak terurus, dan sedang memandang tepat ke arah aku. Aku pun seperti manusia normal yang lain. Berasa pelik dan seram. Demi menghilangkan rasa takut. Aku cuba menyantuni kakak tu dengan, mengangkat kepala, sambil senyum.

Dia tetap diam dan memandangku tajam. Aku ni jenis malas fikir banyak. Lepas aku letakkan motor, aku terus menuju lif di kawasan lobi. Apartment ni, baru siap kawan-kawan, jadi ada 2 lif sahaja yang berfungsi. Pihak pengurusan yang entah apa-apa tu mengambil langkah berjimat cermat dengan memadam lampu di bahagian lobi. Bijak sungguh.


Lif terbuka, akupun lekas masuk. Wahhh, wanginya didalam lif, tak pernah aku bau wangian sebegini. Malas aku nak bersangka apa-apa. Almaklumlah, terpaksa positif. Selang beberapa saat, lif tiba-tiba berhenti. Entah, dah kat tingkat berapa masa tu.

Lif berhenti adalah perkara biasa. Tetapi, apabila kakak yang aku nampak masa nak parking motor tadi masuk ke dalam lif, adalah perkara luar biasa. Dia memandang aku sambil membesarkan anak matanya. Aku lekas pejamkan mata dan terus tunduk sambil tangan aku menekan butang tutup lif cepat-cepat. Ya tuhan, takutnya aku. Habis segala surah aku baca dalam hati.

Sekarang ni, cuma ada aku dan kakak tu. Aku hanya memejamkan mata, tetapi aku dapat mendengar suaranya sayu perlahan berkata, “mana anak aku? Mana anak aku? Mana anak aku?”. Dia ulang-ulang sebut ayat tu. Tambah sesak nafas aku yang dah takut ni. Bulu roma semua naik meremang kawan-kawan. Dahlah tone suaranya sayu dan mendayu. Beberapa ketika pintu lif pun terbuka, segera saja aku melangkah keluar. Tanpa menoleh sedikit pun kat akak tu. Dalam aku melangkah laju, aku ternampak seorang lelaki berjalan bertentangan dari arah hadapan. Aku menarik nafas panjang. Lega

Kelegaan itu hanya dapat aku nikmati, untuk beberapa saat. Kerana aku terhidu bau wangian, yang sama di dalam lif tadi. Makin lama makin kuat baunya. Aku mula cemas semula, dan yang paling bestnya, aku dah tak dengar bunyi kaki orang berjalan sedangkan lelaki tadi baru saja, lalu disebelahku. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Dengan rasa takut dan cemas yang tinggi. Aku beranikan diri menoleh kebelakang. Bila aku lihat, rupanya lelaki tu kini berdiri menghadap aku ya kawan-kawan. Jaraknya cuma beberapa langkah dari tempat aku berdiri. Ketakutan aku mula sampai ke kemuncak bilamana, aku tak nampak pun raut wajahnya. Kau bayangkan kawan-kawan, kepala tanpa mata, hidung, dan mulut. Seram sungguh masa tu. Hampir menjerit aku.

Aku terus buat langkah seribu ala Usain Bolt, sambil tangan menyeluk kunci rumah, di dalam poket. Dapat sahaja aku buka pintu rumah. Aku terus mencari kawan aku. Aku ketuk pintu biliknya, dengan segera dia membuka dan menarik aku masuk ke dalam. Tambah takut aku. Kawan aku kata, tadi ada orang mengetuk pintu rumah. Lepas dia membuka pintu, dia nampak seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri. Lelaki tu tunduk dan yang perempuan bertanya dia, “Nampak anak aku? Nampak anak aku?”. Akan tetapi kawan-kawan, perempuan itu bercakap tanpa membuka mulut. Tambah kawan aku lagi, dia terbau wangian dan suara perempuan tadi betul-betul berbisik di sebelah telinganya walaupun perempuan itu berada didepannya. Apa lagi dia dah takut, terus menutup pintu dan berlari masuk kedalam bilik. Malam itu, kami tak tidur sampai ke subuh.

Bulan berikutnya lepas gaji, kami keluar dengan senang hati dari Aparment FD Damansara Perdana tu. TAMAT.

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
R.A

23 thoughts on ““Mana Anak Aku?”(Damansara Perdana)”

  1. aku penah duduk sekejap jea kat flora damansara tuu , sbb tempat kerja jauh dengan rumah aku , so aku sewa rumah ngan membe aku kat situ , masa tuu mana ada lesen , so terpaksa sewa kat situ, dah laa banyak negro (lagi seram) .. hahaha ada satu malam aku dok sorang-sorang , kawan aku kerja shift , aku dengar bunyi orang bukak paip air kat dapor , dengar orang alih perabut , padahal umah kitorg sewa tu , satu perabot pon tak dea.. hahaha tak sampai sebulan aku sewa , then aku blah.. takuttt makkkkk nyahhhhhh .. hahaha

    Reply
  2. Bila die kate damansara perdana je. Aku dh agak. Mesti flora damansara. Sbb aku sndri ade pngalaman jugak duduk situ. 2009 duduk 9 bulan dkt sana. Dkt block A. Tingkat 3. Pukul 12 ke atas sure aku dgr org drill dinding, aleh perabot, tumbuk lesung. Hari². Lagi best pukul 2 pagi aku dgr org mintak ‘tolong’ yg sayuppp dan mendayuuu. Kalaj di fikirkan balik. Bunyi tu mcm dalam rumah jugak. Gile, tak nak fikir. Sambung tido! 😜

    Reply
  3. Bila die kate je tmpt tu. Aku dh agak. Mesti flora damansara. Sbb aku sndri ade pngalaman jugak duduk situ. 2009 duduk 9 bulan dkt sana. Dkt block A. Tingkat 3. Pukul 12 ke atas sure aku dgr org drill dinding, aleh perabot, tumbuk lesung. Hari². Lagi best pukul 2 pagi aku dgr org mintak ‘tolong’ yg sayuppp dan mendayuuu. Kalaj di fikirkan balik. Bunyi tu mcm dalam rumah jugak. Gile, tak nak fikir. Sambung tido! 😜

    Reply
  4. flora damansara..ibarat asrama utk bdk2 call center tm..vads ttdi..mmg diorg ada shif ptg pkul 4.30..balik pukul 2 pagi..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.