#setanmerah Si Penjaga Rumah (Hantu Raya)

Assalamualaikum dan hai. Aku Zaim dan ini cerita aku yang ketiga. Semua pengalaman seram berlaku semasa aku bersama-sama housemates aku. Aku pun tak pasti semua ini kebetulan ataupun memang diorang yang berpuaka. Hahaa. Cuti hujung minggu, Mei 2015. Masa ni Apih minta tolong Que untuk temankan dia balik rumah datuk saudara dia di Gerik (nama kampung aku dah lupa) Hehe. Disebabkan aku tersangatlah banyak masa dan tak ada kerja hari tu, aku pun tawarkan diri nak ikut diorang berdua.

Kami sampai agak lewat dan hari dah makin gelap. Tanda-tanda nak hujan atau memang suasana kampung ni agak suram. Mungkin sebab dikelilingi dusun buah dan pokok-pokok getah. Hati aku sedikit resah, bukan kerana cuaca yang dah bertukar gelap tapi sebab rasanya dah lama kereta aku melalui jalan sempit ni, tapi kami masih tak jumpa rumah yang dituju. Ikutkan cerita Apih, tak jauh sangat pun rumah datuk saudara dia dengan jalan besar kat depan tadi. Rumah datuk saudara dia (Tok Ayah) terletak di hujung jalan dan kedudukannya berada agak jauh dari rumah orang kampung yang lain. Aku berasa agak cuak. Bayangkan, jalan yang kami lalu tu ngam-ngam je muat sebuah kereta. Kalau ada motor atau kereta lain dari arah depan memang parah. Tambah pulak dengan ranting kayu dan semak samun di kiri kanan jalan baik punya menggores badan Myvi aku. Bengang jugak la aku masa tu tapi mampu nangis dalam hati je lah. Apih ni pun takkan rumah keluarga sendiri pun tak ingat. Entah-entah salah jalan. Dia pulak dari tadi hanya diamkan diri dan tunjuk riak muka cuak dan takut. Menyampah pulak aku dengan dia ni.

Kami teruskan perjalanan sampailah kami jumpa seorang pakcik tengah menebas semak kat tepi jalan tu. Aku berhentikan kereta dan tanyakan jalan ke rumah Tok Ayah. Menurut pakcik tu, rumah Tok Ayah dah tak jauh kat depan, tak sampai lima minit lagi. Aku dah tarik nafas lega. Aku teruskan pemanduan dengan senang hati. Tapi tiba-tiba aku rasa sesak nafas balik, sebab selepas lima minit bukan rumah Tok Ayah yang kami jumpa tetapi pakcik tadi. Macam mana dia boleh ada kat sini pulak. Tak mungkin lah kami lalu kat tempat yang sama. Aku pandang muka dia. Kali ni dia tengah pandang kami dengan pandangan kosong tapi sangat seram bagi aku. Jantung aku terus laju berdegup. Masing-masing diam tak bersuara. Elok je kereta melepasi pakcik tu, aku pandang cermin belakang. Pakcik tu dah tak ada. Makin laju lah jantung aku berdegup. Macam baru lepas berlari 10km.

“Kita dah kena ‘game’ rupanya dari tadi”, Que bersuara.
“Nak buat apa sekarang ni?”, tanya aku dengan agak cemas.
“Baca apa-apa yang patut je lah. Tak boleh nak tunjuk sangat kita takut”, Balas Que. Eh tenangnya dia nih. Aku pulak yang makin gelabah. Apih jangan tanya lah. Dari tadi membisu, selalu dia yang paling banyak cakap.

Aku baca ayat Kursi, surah 3 Qul dan satu doa yang Que kongsi, apabila tersesat jalan amalkan doa ni;

“Bismillahidzsy-sya’nil ‘adziimil burhan, asy-syadiidil sulthan, kulla yawmin huwa fii sya’nin walaa hawla walaa quwwata illa billah”.

Aku tengok jam di tangan. Hampir pukul 7.30 malam. Ah sudah, waktu2 Maghrib ni jugak la kami sesat. Kiri kanan jalan sangat gelap, tak ada lampu jalan yang ada cuma cahaya dari lampu kereta. Aku teruskan jugak drive walaupun masih ragu-ragu dengan jalan ni. Tawakkal je masa tu. Tak lama kemudian, barulah nampak rumah Tok Ayah.

Lega. Akhirnya sampai jugak. Tapi keadaan sekeliling rumah sangat gelap. Lampu rumah pun tak terpasang. Dengan berpandukan cahaya dari lampu kereta, aku dapat lihat reka bentuk rumah Tok Ayah yang cantik. Rumah kampung lama yang dibina dengan tiang tinggi. Lebih kurang sama macam rumah Kutai (rumah tradisional melayu Perak) Yang tak tahu boleh tanya Pakcik Google. Okbai. Apih terus ajak kami masuk. Katanya Tok Ayah dia takde kat rumah. Dengan tak bagi salam dia bukak pintu rumah dan terus masuk. Eh beraninya Tok Ayah dia tinggal rumah tak berkunci. Aku luahkan dalam hati je lah sebab dari tadi aku dah tak sedap hati. Rumah ni cantik tapi nampak scary. Suasana sangat kelam dan suram. Mungkin kerana semua lampu kat dalam rumah ni guna mentol bulat yang warna kuning tu ataupun mungkin hanya perasaan aku sebab aku tengok Que macam biasa je. Tapi dia ni memang takde perasaan pun kadang-kadang.

Tanpa buang masa aku ke bilik air untuk ambil wudhu, waktu Maghrib dah nak lepas. Haa ni satu lagi masalah. Dalam bilik air tu ada satu kolah besar dan jugak satu perigi lama. Jangan berangan nak ada shower dan water heater. Aku tak kisah kena mandi air sejuk tapi perigi tu scary gila. Mula la terbayang dalam kepala aku ada benda keluar melalui perigi tu dan cekik aku. Aku cepat-cepat ambil wudhu’ sambil pejam mata sebab aku terasa macam tengah diperhatikan. Sumpah tak berani bukak mata sekarang. Lepas selesai semua aku lari keluar. Masa kat tangga dapur tu, ada titisan-titisan air dan kesan tapak kaki kat lantai. Kesan tapak kaki tu dari arah tangga menuju ke bilik air. Lantai rumah ni semuanya kayu kecuali bilik air, jadi kalau kita berjalan akan dengar bunyi kriuk kriuk papan. Tapi tadi aku tak dengar apa-apa bunyi pun. Lagipun kalau kesan tapak kaki budak berdua tu, bukan ke sepatutnya dari bilik air ke tangga. Sempat lagi aku fikir. Aku tengok ke bawah, takde kesan pun kat lantai walaupun kaki aku basah. Jadi yang ni tapak kaki siapa? Dengan gelabah aku lari naik ke bilik dan solat Maghrib.

Sementara nak tunggu Isyak, kami rehat dalam bilik. Lepas kami baca Al-Mathurat, Que sambung baca surah Yassin. Aku keluar bilik kejap sebab nak cari Apih, suruh dia temankan aku ambik barang dalam kereta. Tak berani nak pergi sorang sorang. Apih kat bilik air la pulak masa tu so terpaksa lah jugak aku turun sendiri. Sampai kat anjung rumah, tetiba ada suara garau sergah aku dari belakang. Terkejut aku bila pusing belakang, ada seorang lelaki dalam usia 70-an tengah pandang aku dengan muka bengis. Ni lah kot Tok Ayah. Dia dah balik rupanya. Dengan garangnya dia tanya aku siapa dan siapa yang tengah mengaji? Aku dah ‘blank’ sangat masa tu, tak tahu nak jawab apa.

Aku masuk dalam dan panggil Que keluar. Bila Que sampai, terus Tok Ayah kata, “ kau berdua kalau nak duduk sini jangan buat perangai bukan-bukan, menumpang tu buat cara menumpang. Jangan nak cabar aku”. Habis je ayat tu terus dia blah masuk bilik dia. Tinggal aku dan Que kat situ terkulat-kulat kena marah. Lambat jugak la kami nak pickup apa yang dia cakap tadi sebab tak faham sangat loghat orang sini. Tapi kenapa dia marah sangat? Takkan mengaji pun tak boleh kot. Tak faham aku dengan orang tua ni. Lepas Isyak Apih ajak kami keluar makan di kedai depan jalan besar tadi. Rupanya dekat sangat je simpang masuk tu dengan rumah Tok Ayah. Cuma tadi je perjalanan jadi jauh, ada yang nak ‘bergurau’ kan. Masa tengah makan tu, Que cakap kat Apih,

“Aku rasa malam ni kalau kitorang tidur kat masjid pun takpe,”

“weh kenapa pulak? Korang tak selesa ke kat rumah tu?” Tanya Apih.

“Rumah Tok Ayah kau macam scary gila kot, aku rasa tak sedap hati lah.” Balas Que terus terang. Aku macam nak setuju dengan cadangan tu. Dari tadi aku duk fikir benda ni, nasib baik Que luahkan jugak.

Apih dah buat muka sedih, “aku tahu lah korang tak selesa kan nak tidur kat rumah tu. Yelah kena tidur atas papan, takde aircond, dinding banyak lubang, nyamuk banyak, bilik air kena kongsi…”

“Eh kau nak kena lempang ke nak kena terajang? kalau nak dua2 sambung lah lagi ayat kau.” Aku cepat2 potong percakapan Apih sebelum dia makin melalut. Dah la buat muka mintak simpati bagai.

“Ishh bukan lah. Kot2 lah Tok Ayah kau tak selesa bila kitorang ada.” Sambung Que lagi, mungkin taknak Apih terasa hati.

“Takde lah. Tok Ayah aku okey je.”

“Tok Ayah kau tu memang garang gila ke?” tanya aku pulak.

“Ha’ah, dia memang garang pun. Serius je manjang. Macam mana korang tahu?”

Aku pun cerita kat Apih pasal kejadian kat rumah tadi masa aku dan Que kena warning dengan Tok Ayah dia. Terus berubah muka Apih. Lepas tu lama dia diam, makin serba salah aku. Tak nak Apih kecil hati, aku dan Que decided nak tidur jugak kat rumah Tok Ayah dia. Apa-apa nak jadi tawakkal je lah. Dalam pukul 11 lebih kami balik. Sepanjang jalan nak balik rumah tu aku rasa meremang. Macam mana tak takut, kiri kanan jalan hanya ada pokok getah je, dah la gelap.

Hampir pukul 1, aku tak dapat lelapkan mata. Badan aku penat tapi otak aku duk fikir macam-macam. Duk berperang dengan nyamuk lagi. Aku perhati sekeliling ruang bilik yang sederhana luas tu, hanya ada satu almari baju di penjuru kanan bilik. Tak ada katil, kami hanya tidur beralaskan tilam nipis dan bantal. Apih ni pun satu, selimut pun tak bagi, dah la malam ni sejuk gila. Tak payah pasang kipas dah. Dari tadi aku rasa seram sejuk, kat luar pulak hujan renyai-renyai jadi makin sejuk lah aku. Habis meremang bulu roma aku bila dengar bunyi burung hantu bersahutan dari kanan dan kiri rumah. Ni first time aku dengar bunyi burung hantu live, scary gila weh. Entah berapa ekor la ada kat luar tu. Aku malas nak layan perasaan, aku buat2 tak dengar je. Aku tengok cahaya lampu dari bilik sebelah dah padam. Apih dah tidur agaknya. Baru nak ajak dia borak sekali. Aku toleh pandang Que kat sebelah. Dia tengah tidur menghadap dinding, membelakangkan aku. Tapi aku nampak ada cahaya dari screen handphone, confirm belum tidur.

“Ingatkan kau dah tidur. Kau tengah main game ke tengah whatsapp isteri vs tunang vs awek vs scandal?”, saja nak hilangkan bosan, aku pancing dia nak ajak sembang. Tapi dia diam je, takde respon apa pun. Ish dah kenapa? Takkan tak dengar, aku kat belakang ni je. Aku ambik bantal dan hempuk belakang dia, Baru lah dia berpaling. Dengan muka terkejut dia pandang aku.

“kenapa kau Im? ” soal dia dengan nada bengang.

“ohh patutlah tak dengar, ada benda alah ni kat telinga.” Aku rentap earphone dari telinga dia dan letak kat tepi. “aku cakap sorang-sorang dari tadi tau tak?”

Terus Que gelak. “Padan la muka kau, aku tengok kau diam je tadi sebab tu aku tak berani nak tegur. Mana tahu kalau kau tersampuk hantu hutan.”

Eh mulut dia ni. Tak cover langsung. Aku ambik bantal dan tekap muka dia suruh dia diam. Makin kuat pulak dia gelakkan aku. Aku rasa masa tu sampai berbakul-bakul aku carutkan dia, dah macam-macam bahasa dan versi aku mencarut. Tanpa hiraukan Apih dan Tok Ayah, makin kuat volume suara kami. Rasa takut tadi dah hilang serta merta. Lagipun orang kata, ‘talking to your best friend is the best theraphy ever.’ Cewahh. Orang kata lah. Hahaa. Time2 macam nilah semua topic best dan idea lawak kau mencurah-curah keluar kan. Suara kami gelak berselang seli dengan bunyi burung hantu kat luar. Makin lama makin kuat. Tengah borak sakan, tetiba Que diam. Dengan separuh berbisik dia cakap, “ Sambung esok lah. Baik kau tidur sekarang.” Terus dia ambik bantal letak kat muka dan berpaling menghadap dinding. Aku pelik dengan kelakuan dia, tapi aku dah rasa lain macam. Aku pasti sangat dia ada nampak something.

Dengan perlahan aku ubah posisi tidur aku. Dari mengiring ke kiri sekarang aku mengiring ke kanan. Baru je nak lelap, mata aku tertumpu ke arah almari di hadapan aku. Damn. Natang beruk!!!. Menyesal pulak aku sebut nama tu semasa mencarut tadi. Sekarang ni kat atas almari tu ada makhluk menyerupai seekor beruk besar. Badan hitam berbulu panjang dan lebat, mata merah menyala dan ada taring panjang tengah menyeringai kat aku. Aku pejamkan mata dan baca ayat Kursi. Nak nangis pulak rasanya bila waktu macam ni aku jadi lupa semua surah lazim. Padahal tiap2 hari duk ulang baca dalam solat. Ya Allah, lidah aku jadi kelu. Aku hanya mampu istighfar sambil tahan nangis. Taknak aku nangis depan Que sekarang ni. 7 keturunan kena bahan nanti.

Aku tak tahu bila aku terlelap. Aku sedar bila Que kejutkan aku. Aku tengok jam handphone, baru pukul 2.40 pagi. Bilik dah cerah, sejak bila dia pasang lampu pun aku tak tahu.

“kenapa?” Tanya aku sambil tahan mengantuk dan kesat mata aku. Takut ada air mata, malu pulak kalau dia nampak.

“kau dengar tak?” soalan aku dibalas dengan soalan jugak.

Masing-masing diam. Aku cuba fokus dan perhati sekeliling. Tak ada apa yang mencurigakan dalam bilik, tapi ada bunyi bising dari bawah rumah. Rumah Tok Ayah ni dibina tinggi, jadi ada ruang yang luas kat bawah rumah. Rumah orang-orang dulu, dibina dengan tiang tinggi untuk persediaan musim banjir ataupun dijadikan ruang penyimpanan barang.

“Bunyi macam orang tengah alihkan kayu kan?”, soal aku sambil bangun dari tilam dan duduk menghadap dia. Que hanya angguk tanda setuju. Kami tak pasti dengan aktiviti sebenar yang berlaku, tapi memang itulah yang kami dengar. Macam sibuk sangat keadaan di bawah, tapi tak ada satu suara pun kedengaran. Hanya bunyi kayu-kayu dicampak dan ditarik je. Curious jugak siapa yang buat kerja malam-malam buta ni? Takkan lah pencuri?

“Sejak bila kau dengar bunyi ni, entah2 pencuri kot?”, aku tanya kat dia.

“Rasanya tak mungkin orang. Dari tadi lagi bunyi tak berhenti. Lepas kau tidur, aku memang tak boleh tidur langsung. Aku nak pergi tandas pun tak berani ni”, balas Que.

Aku cuba hadam ayat dia. ‘Tak mungkin orang’. Got it. Aku dah rasa seram sejuk balik. Boleh demam aku macam ni. Lenanya Apih tidur. Takkan tak sedar langsung keadaan tengah ‘huru-hara’ sekarang ni. Tapi aku pun tak sedar tadi. Aku dan Que hanya diamkan diri. Aku pandang kau, kau pandang aku. Sesekali kedengaran bunyi Tok Ayah batuk dari bilik dia. “Tak ada apa lah kot. Dah la. Kau sambung lah tidur, aku pun dah mengantuk gila. Daripada menghadap muka kau baik aku tidur..” Eh eh sempat lagi dia ni. Jilake betul. Sebelum aku tidur, sempat aku pesan kat dia supaya jangan tutup lampu. Sekali sekala membazir elektrik rumah orang tak salah kan.

Rasa macam baru sekejap aku lena, kali ni aku tersedar bila dengar bunyi alarm telefon Que. Memang bunyi ni lah yang kejutkan aku saban pagi selama aku duduk dengan dia. Tak payah dah aku nak kunci jam. Dah pukul 5.15 pagi. Que takde dalam bilik, maybe kat bilik air. Aku bangun ke arah pintu dan keluar bilik. Aku ingat nak try duduk kat kerusi rotan di ruang tamu tu, macam best je sebab sebelum ni banyak tengok dalam cerita2 lama je kerusi macam tu. Semalam tak berani nak duduk. Aku bergerak ke ruang tamu sambil tahan rasa sejuk. Sampai je kat ruang tamu, aku nampak Que tengah berdiri kat situ. Tuala tersangkut di bahu, mesti nak pergi mandi dah ni. Tak rasa sejuk ke dia ni. Aku pergi dekat dan berdiri kat sebelah dia. Apasal pulak lain macam je ni? Dia tengah berdiri tegak kat situ sambil pandang kat depan. Langsung tak berkelip. Aku dah mula cuak, aku panggil nama dia siap dengan nama penuh pun takde respon. Bila aku tepuk bahu dia dengan kuat baru dia macam tersedar. Dia pandang aku, then dia pandang depan balik. Macam tengah keliru sangat.

“kau tengok apa?”, aku tanya dia, tapi dia hanya diam. Ni yang aku geram ni.

Lepas tu bila semua soalan aku dia buat tak tahu, aku dah makin geram. Aku tampar pipi dia. Rasanya slow je kot. Hahaa. Dia pandang aku, langsung tak marah. Memang sah dia tak sedar. Kalau sedar dah tentu dia dah mengamuk. Silap2 pipi aku pun dah lebam jugak kena tampar. Kali ni aku panggil dia makin kuat. Dia pandang aku, tapi dengan reaksi yang sangat keliru. Aku heret dia dan suruh duduk kat kerusi. Then aku ambik air mineral dan renjis kat muka dia. Barulah dia nampak OK sikit. Lega. Aku bagi air suruh dia minum. “Kau okey tak ni?”, soal aku bila nampak dia dah makin tenang. Dia cuma angguk dan bangun dari kerusi.

“Kau tengok apa tadi?”, aku tanya lagi, selagi tak tahu perkara sebenar tak tenang pulak rasa.

“Nanti aku cerita. Sekarang ni jom kita keluar. Kita mandi kat masjid je lah alang-alang nak tunggu azan. Tak sedap pulak hati aku duduk sini lama2.”

“Abistu Apih? Takkan nak tinggal dia?”

“Tinggal apanya? Lepas subuh kita balik la sini dulu. Bukan nak balik kampus terus pun.”

Lepas dah kemas barang-barang semua, aku dan Que pergi ke masjid yang terdekat kat kampung tu. Rasa macam menantu pilihan sangat bila sampai masjid sebelum azan Subuh. Kahkah. OK Back to topic. Story dari Que, tadi semasa lalu kat ruang tamu nak ke bilik air dia nampak ramai orang tengah lalu lalang kat depan dia. Pelbagai peringkat usia ada, dari budak kecik, muda sampailah ke orang tua. Orang2 tu semua berpakaian jubah putih serta berkopiah dan bertudung labuh. Yang peliknya mereka semua tengah memunggah bagasi-bagasi besar dan susun disekeliling ruang tamu. Semua nampak sibuk susun barang, sampai penuh ruang tamu dengan beg dan orang melintas kat depan dia. Langsung takde ruang untuk dia lalu. Daripada cerita dia tu aku rasa mereka semua tu orang bunian. Agaknya lah kan. Nasib baik aku cepat2 sedarkan dia, kalau puteri bunian berkenan dekat Que, tak pasal2 kawan aku tu kena kahwin dengan puteri raja bunian. Nauzubillahimindzalik.

Lepas solat Subuh, aku ingatkan dah boleh balik. Rupanya haritu ada kuliah Subuh. So kenalah aku dan Que stay kat situ sampai habis kuliah. Tak tergamak rasanya nak curi keluar, walaupun aku rasa Tok Imam tu duk perati je kami tersengguk-sengguk kat depan dia. Dalam pukul 7.30 pagi, kuliah habis. Aku dan Que tergesa-gesa balik sebab ada banyak missed calls dari Apih. Kesian pulak kat dia sebab kami tak inform kami pergi mana. Bila sampai je kat rumah, aku cari Apih tapi dia tak ada. Dah keluar kot. Aku dan Que tunggu dia kat tangga je, memang tak berani dah nak masuk dalam lepas semua kejadian2 semalam dan awal pagi tadi. Ingat balik kejadian semalam, Que ajak aku untuk check kat bawah rumah ni. Aku pun ikutkan jelah, nak tahu jugak bunyi apa bising2 semalam. Sampai je kat situ, kami nampak banyak kayu2 dan papan tersusun rapi. Sangat kemas dan teratur. Perghh. Memang perfectionist la orang yang buat kerja. Tu je mampu aku cakap. Tapi betul ke orang? Persoalan yang tak perlukan jawapan aku rasa.

Tak lama lepas tu, Apih sampai dengan motor. Rasanya motor Tok Ayah dia sebab semalam aku ada dengar enjin motor ni dalam pukul 12. Tak tahu pulak Tok Ayah pergi mana. Bila Apih sampai, kami tanyakan pekerjaan Tok Ayah kat dia. Apih cakap Tok Ayah menorah getah dan tukang kayu, sebab tu ada banyak kayu dan papan kat situ. Sebenarnya banyak lagi soalan aku, tapi lepas Apih ajak kami makan kat rumah makcik dia terus aku terlupa nak tanya. Satu hal yang paling aku ingat bila makcik dia tanya;

“Apih tak cakap kawan ada datang sekali, Kamu berdua tidur kat mana?”

“Rumah Tok Ayah.”

Terus berubah muka makcik dia. Siap mengucap panjang lagi. Aku tengok Apih duk tahan gelak dari tadi. Something fishy right here. Lepas tu makcik dia dah bebelkan Apih. Aku dan Que tunggu je dari tadi explanation dari dia. Sambil gelak tak berhenti, Apih cakap memang dia nak ‘prank’ kitorang dengan tidur kat rumah Tok Ayah. Nak buat macam the seekers tu kononnya lah. Plan asal dia nak tidur sama, tapi lepas aku cerita pasal kami kena warning dengan Tok Ayah tu, terus dia cancel niat. Dia dah tahu Tok Ayah takde kat rumah. Katanya lagi, memang perkara biasa bila nampak kelibat Tok Ayah sana sini, padahal masa tu dia kat tempat lain. Sebab tu Apih takut sangat, last time dia stay kat situ pun masa darjah empat. Patutlah malam tu aku dengar enjin motor, memang dia awal2 lagi dah tinggal kami. Jilake punya kawan, ni lagi setan perangai. Aku dah sumpah seranah dalam hati. Habis dah binatang dalam hutan aku tu aku samakan dengan Apih. Dia boleh tidur nyenyak kat sini, aku dengan Que dah macam apa dah kat rumah sana. Geram betul aku.

Katanya rumah tu sekarang kosong sebab Tok Ayah dia kat Kuantan. Tinggal dengan adik dia (datuk Apih.) Mak ayah Apih pun tinggal kat Kuantan. Mengikut cerita makcik Apih, dah bertahun diorang tak tidur kat rumah tu. Kalau siang hari, adalah jugak sekali sekala dia pergi bersihkan rumah tu. Katanya takut nak duduk kat situ sebab rumah tu sangat menyeramkan, Tok Ayah dia ada ‘membela’ hantu raya. Makcik dia pun bukak semua cerita pasal Tok Ayah, dan jugak tanda-tanda orang yang membela hantu raya. Antaranya:

  1. Takut bertentang mata bila bercakap
  2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
  3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
  4. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
  5. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
  6. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
  7. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
  8. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat

Memang terbukti dah pun. Semua tanda-tanda tu ada pada Tok Ayah. Mengikut cerita makcik Apih, tujuan Tok Ayah membela hantu raya ni untuk meminta pertolongan supaya jaga kawasan rumah dan kebun-kebun dia, melindung diri, tolong buat kerja berat dan supaya diri dia jadi kebal dan kuat. Walau apa pun, hantu atau jin syaitan ni memang suka menyakat dan mengacau anak cucu Adam terutamanya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin dan iblis ni. So banyaklah baca ayat suci Al-Quran kerana jin dan syaitan ni akan rasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. Sekian sahaja cerita aku. Adios. #ggmu

10 thoughts on “#setanmerah Si Penjaga Rumah (Hantu Raya)”

  1. “Patutlah malam tu aku dengar enjin motor, memang dia awal2 lagi dah tinggal kami. Jilake punya kawan, ni lagi setan perangai. Aku dah sumpah seranah dalam hati. Habis dah binatang dalam hutan aku tu aku samakan dengan Apih. Dia boleh tidur nyenyak kat sini, aku dengan Que dah macam apa dah kat rumah sana. Geram betul aku.”

    KUANG HAJOOORRRR punye member…
    Boleh ekk die prankkkan korg cmtu…
    Ghase itu jam nk ikat die kt tiang umah Tok Ayah pastu tinggal kat situ semalaman…
    Padan muke…!!! Rasekan…!!!

    Reply
  2. kalau aku dapat kawan mcm ni sampai mati la aku mmg tanak kawan. selfish, kalau jadi apa2 nanti bukan dia yg kena. kawan yg mendapat, bahlul 100%

    Reply
  3. fuh…sempoi citer ni..aku siap boleh terbayang moment2 korang kena kacau tu..cuma part orang bunian tu tak berapa nak masuk…

    citer pasal rumah misteri..dah macam citer misteri wan peah pulak

    Reply
  4. Kuang asam jawa punya member..boley plk dy tgglkn kt uma yg ade hantu raya dy plk sedap tido kt uma mkcik dy.law aq da lame trajang mmber yg mcm tu.hantu punya member

    Reply

Leave a Comment