Kolej 2b10

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, terima kasih admin kerana sudi menerbitkan cerita ni. Kali kelima dah ni hantar tapi tak di post pun. Emmm. Kalau kali ni di post, alhamdulillah..Oh ye, terima kasih kerana sudi membaca cerita ni peminat-peminat setia FS.

Okay, cerita ni adalah 100 peratus benar dan pengalaman aku sendiri waktu aku bergelar pelajar dulu. Ni adalah kali pertama aku duduk jauh dari family. Sebelum ni sekolah dekat je dengan rumah, bila dah sambung belajar ni, terpaksalah berjauhan dengan keluarga.

Okay, aku nak describe dulu rumah ni macam mana. Sebelum tu, rumah yang aku maksudkan ni adalah asrama di mana tempat pelajar tinggal. Tapi, kami tak panggil asrama. Kami panggil kolej. Kolej ni terletak di satu puncak. Eh terbagi tau pulak. Pepandai la korang teka dekat mana.

Mari teruskan. Rumah ni ala ala apartment tau. Satu bangunan ada 5 tingkat dan setiap tingkat ada 4 buah rumah. Satu rumah, ada 3 bilik. Bilik 1 dan bilik 2 ada 1 katil double dacker sebab bilik ni kecik. Bilik 3 adalah bilik paling besar dan boleh memuatkan 2 katil double dacker tu. So, bilik 1 dan 2 ada 2 orang setiap bilik dan bilik 3 ni ad 4 org dalam 1 bilik.

Ingat lagi, first time aku dapat rumah ni, aku rasa teruja. Dapat pulak bilik yang ada 4 orang, bersyukur aku. Ye lah, ramai orang kan. Tak ada lah takut sangat. Aku dapat katil atas. Tepi dinding. Dekat dengan suis lampu dan kipas.

Minggu pertama dalam bilik ni, jujur aku cakap. Aku tak selesa. Aku rasa panas sangat. Ye la, mungkin sebab kipas kot. Tapi macam tak logik sebab kipas tetengah. Tapi itu lah, aku tak selesa. Ada lah dalam dua ke tiga minggu macam tu, aku tidur kepanasan dekat katil tu. Disebabkan rasa belas kasihan roommates aku yang 3 orang ni, dorang suruh aku turunkan tilam dan tidur dekat lantai, tengah-tengah antara dua katil tu.

Malam pertama tidur bawah, okay laa. Dah tak panas. Tapi… Kena tindih pula. Penat tau, baru je mata ni lelap, rasa sesak nafas yang teramat sangat. Rasa macam tengah berperang dekat dalam tubuh ni. Macam-macam ayat dah aku baca. Tapi macam tak lut. Last aku baca ayat Kursi. Alhamdulillah lah, berjaya gerakkan tubuh badan ni. Tapi tau je la. Dah lepas kena tindih tu, rasa penat sangat. Rasa nak sambung tidur. Tapi tak boleh sebab tiap kali terlelap, mesti rasa kena tindih. Senang cerita, aku memang tak berapa nak tidur lah waktu tu. Nak tidur mengiring, seram pulak tengok bawah katil tu kosong. Tidur straight, kena tindih.

Esoknya tu, aku tak tidur bawah dah. Aku lebih rela tidur berpanas dari kena tindih. Nak dijadikan cerita, mungkin sebab aku terlalu berfikir pasal aku kena tindih semalam dekat bawah tu, malam ni aku tak dapat nak tidur pulak. Gigih juga la paksa mata suruh tidur. Tak juga dapat tidur. Dah tak boleh nak tidur ni, aku pun dok berangan la. Pusing kiri, pusing kanan. Dah penat, aku mengadap katil sebelah, jealous tengok roommates dapat tidur dengan lena. Katil sebelah ni dekat dengan tingkap, depa tidur memang tak tutup tingkap, tutup langsir je, konon nak bagi bilik ni lagi sejuk laa.

Waktu tengah tengok bebudak ni tidur, tetiba langsir tu terbang. Kau tahu, tiba-tiba! Kuat gila. Aku syak mesti sebab angin la. Nak hujan kot malam ni. Buat sedap hati. Tapi, seram sejuk pula rasa. Bila dah rasa macam tu, aku pun pusing balik. Aku baring menelentang. Tengok kipas tu berpusing. Tengah-tengah tengok kipas tu, sekali lagi langsir tu terbang. Aku terkejut, aku berpaling la ke arah langsir. Tak ada apa. Aku pusingkan badan aku.

Kali ni, aku menghadap dinding. Aku cuba pejamkan mata, tetap tak boleh. Aku give up, aku buka mata. Waktu aku buka mata ni la, benda tu boleh bergurau dengan aku. Tetiba ada depan mata. Kau rasa? Aku tak tau nak describe macam mana. Dia muka orang tau. Perempuan ke lelaki ke aku tak pasti. Tapi yang penting, dia tua dan sangat hodoh. Waktu tu jangan cakap la. Aku terkejut gila weh. Kelam kabut aku bangun dan aku buka lampu.

Waktu aku bukak lampu ni, roommate aku yang katil sebelah, belah bawah jaga. Aku namakan dia Sha la. Dia tanya aku kenapa. Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Tapi dari riak wajah dia yang tengah tengok muka aku yang pucat ni, aku rasa dia tahu aku kenapa. Dia bangun dan datang dekat aku. Dia suruh aku baring. Aku ikut je.

Waktu aku baring tu, dia suruh aku mengiring ke kanan. Mengiring ke arah dia laa yang pentingnya. Dia usap-usap kepala aku. Waktu ni, air mata aku mengalir. Rasa rindu pula dekat parents. Dia tenangkan aku. Dia kejut semua roommates yang tengah tidur. Dorang semua bangun dan dorang tolong tenangkan aku. Dorang ajak baca ayat Kursi sama-sama. Alhamdulillah, malam tu aku dapat tidur lena.

Cerita tak habis lagi. Relax jap. Haa, lepas je aku nampak benda tu, esoknya aku demam panas. Dapat mc. Tapi aku pergi je kelas. Gila apa nak duduk dekat bilik tu. Seram. Sejak dari tu. Aku tak tidur dalam bilik dah. Aku bawak keluar tilam aku, dan aku tidur dekat ruang tamu dengan Sha. 2 minggu. 2 minggu aku tidur dekat ruang tamu tu lena tanpa ada gangguan.

Nak dijadikan cerita lagi, ada satu malam ni, Sha roommate aku tu tak balik rumah. Dia siapkan assignment dekat luar. So, aku tak ada la teman tidur malam ni. Memula tu aku okay je. Ye lah, sebab dah dua minggu tak kena kacau. Tapi, entah kenapa. Aku tak tau la hijab aku ni terbukak ke apa. Boleh pulak aku nampak bayang hitam. Kau bayangkan, ruang tamu tengah gelap ni. Ada la sikit cahaya samar samar dari luar. Tapi dalam cahaya yang samar-samar ni, aku boleh nampak bayang. Aku tak tau la bayang ke lembaga ke.

Yang menyeramkan tu, bayang tu boleh tembus dinding. Dia macam bergurau dok keluar masuk dinding tu. Aku takut, aku pejam mata sambil istighfar banyak kali. Waktu ni, aku rasa macam ada orang tiup telinga aku. Ya Allah. Aku rasa nak nangis je. Kalau tiup okay lagi, aku boleh sejukkan hati cakap tu angin. Tapi ni tiup sekali dengan suara mengilai. Kau rasa? Macam-macam surah jugak aku baca untuk hilangkan rasa takut ni. Sampai aku tertidur.

Ingatkan dapat la tidur lena. Rupanya tak juga. Pukul 2 pagi, aku terjaga nak pergi toilet. Aku bangun, terus la menuju ke toilet. Keluar toilet, aku tengok tempat tidur aku tu. Dekat sebelah ada Sha. Ohh, Sha dah balik rupanya. Tak sedar pulak aku. Aku tutup lampu toilet, dan aku pergi la baring semula. Tenang sikit rasa bila tau Sha dekat sebelah. Aku pun tidur.

Tapi, terjaga lagi. Aku agak pukul 3 lebih macam tu. Aku rasa macam ada orang tengah perhati aku. Mulanya aku tak nak buka mata, tapi sebabkan tak selesa tu. Aku beranikan diri buka mata. Bila buka mata tu, aku nampak Sha tengah duduk bersila tenung aku dengan muka dia yang macam tengah tahan marah.

Aku tanya dia asal pandang aku macam tu. Dia diam je tak jawab. Aku malas la nak tanya lagi. Aku nak sambung tidur. Aku pun suruh la Sha tidur sekali dan aku terus pejam mata. Aku tau Sha masih duduk perati aku. Aku dah rasa lain macam. Dengan mata yang tutup tu, aku sengaja baca ayat Kursi kuat-kuat dan lepas tu baca doa tidur. Habis je baca doa, aku ambil bantal terus tidur.

Paginya tu, housemates aku kejut bangun untuk pergi kelas. Waktu aku tengah kemas-kemas tilam aku ni, aku tengok tilam Sha tak ada. Aku tanya housemates aku mana Sha. Dorang cakap Sha tak balik lagi. Aku terdiam. Aku teruskan kemas tilam tu. Settle kemas, aku masuk bilik ambil tuala.

Waktu aku keluar bilik nak pergi toilet, pintu rumah diketuk. Aku bukak pintu tu, Sha dekat pintu tu. Kelam kabut dia masuk sebab nak pergi toilet. Aku dah tak tau nak bagi reaksi apa. Bila Sha keluar toilet, aku tak sempat nak tanya, dia bukak cerita. “Kau tau tak, semalam aku lepak dengan senior ni. Kitorang overnight sama-2. Banyak juga benda dia ajar sampai aku tak sedar dah pukul 6 pagi. Nasib baik aku ingat ada kelas pagi ni.”

So… semalam Sha overnight. Okay. Aku tidur sorang la semalam. Sha tak ada… Habis, siapa yang tidur sebelah aku tu? Siapa yang tenung aku pukul 3 lebih tu? Siapa???!!! Hmmm,

-RJ

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
RJ

10 thoughts on “Kolej 2b10”

  1. P***** p******. Haii..sy batch 2012.. sy pun pernah duduk blok tu. hehe..sy rasa ex-housemate sy pun pernah jumpe org tua tu..cuma dy tak perasan kalau org tua tu sbnrnye ‘benda’. yelah tengah study hard utk final kan..dy perasan pun waktu siang..rumah tingkat 4, tetibe ade makcik dok tenung tengah study..dy pun tenung la balik sbb igt makcik cleaner..tp dy memg x sedar kalau masa tu dah after midnight..so kirenye dy tetibe teringat la pagi tu pasal benda ni..haa sy pun selalu kena usik, tp lain laa dri awk. sy x nampak, sy dengar.

    Reply
  2. Puncak perdana eh. Selalu je dengar member2 kena usik. Alhamdulillah tak kene.
    Selalu jugak nampak budak fita kena rasuk. Sebab dieorg berlatih teater kan. Bunyi muzik gamelan makyong pon dah cukup seram kalau lalu fakulti malam2..

    Reply
    • mostly budak fita yang kena. sbb ada student dip kan. pernah sekali lepak2 dkt balkoni tangga dgn housemate. nampak la kan student lepak2 kat gazebo bawah tu borak2 gelak2. ade 3 girls kat situ. elok2 borak smbil gelak2 tiba2 one of the girls menjerit nyaring. kitorang yg dok perhati dari atas pun pelik sbb elok je memasing borak, tetibe sorang histeria. tapi gazebo yg tengah2 tu memg tempat favorite benda2 tu kot. selalu kes kat situ. sy selalu kena yg jenis dengar. kalau jenis nampak punya alhamdulillah takde kat sana jela (selalu nampak2 ni area rumah).

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.