Hai fiksyen shasha. Setelah mengikuti page yang awesome nie, aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman misteri aku sendiri. Kejadian ini berlaku ketika aku masih belajar, tingkatan 2 tahun 2006. Aku merupakan antara batch pelajar pertama yang masuk asrama tahun pertama di sekolah aku tu dan ianya merupakan pengalaman pertama aku tinggal berasingan dari keluarga.
Kisah seram & misteri aku ni berlaku di rumah memandangkan masa tu kami penghuni asrama diberi kebenaran untuk tinggal dirumah atas faktor bekalan air terputus di asrama/ gangguan histeria (tak ingat).
Rumah aku merupakan rumah kg dan bahagian depan rumah merupakan anjung/beranda yg sangat luas (belah kiri dinding dan 1/2 daripada depan anjung berpapan, manakala sebelah lagi terbuka). Mak & ayah aku tidur di situ, setiap malam sebab arwah ayah aku tak selesa tidur dalam rumah sebab lemas katanya (ayah aku tak berapa sihat kerana ada lelah). Manakala bahagian belakang rumah dah di pasang batu-bata cuma tak siap sepenuhnya. Bilik pun cuma ada 1 sahaja & abang aku yang paling tua sekali guna. Kami adik beradik memang tidur agak berterabur. Lagipun, kat rumah cuma ada abang-abang aku sahaja dengan mak ayah. Aku dan adik aku memang menetap di asrama. Jadi kadang- kadang saja balik melepaskan kerinduan.
Nak dijadikan cerita, malam tu. Aku tidur di ruang tamu, bahagian tengah rumah bersama abang teh aku. Aku tidur di atas sofa mengiring ke kanan menghadap kiblat. Manakala abang aku pula tidur di bahagian bawah, atas toto tapi bersebelahan sofa aku tidur la. Lampu semua ditutup nie, memang gelap gelita. aku tak tahu kenapa malam tu.. Aku rasa aku bermimpi tapi macam realiti. Dalam mimpi tu aku terdengar suara burung seperti sedang memanggil sesuatu. Mula-mula jauh sayup kedengaran.. Tapi makin lama makin dekat dekat dekat dekat. Aku terjaga, peliknya aku buka mata pun aku terdengar lagi bunyi burung tu. Maknanya, aku tak bermimpilah! Aku berpeluh. Jantung aku berdebar laju, tak pasal-pasal aku sendiri boleh dengar degup jantung aku. Punya lah aku takut. Bunyi panggilan burung tu dari jauh tadi aku rasa memang mendekat, arah datangnya bunyi tu dari depan rumah aku sebab depan rumah aku ni dahulu semak samun, hutan lagi. Tiba-tiba bunyi tu senyap, dan aku dapat rasakan ada sesuatu sedang datang menuju pintu utama rumah aku (atas beranda, pintu utama terus masuk ruang tamu tempat aku tidur), aku dah memang kelubungkan diri aku dah dalam selimut bermula aku dengar bunyi burung tu, aku tutup muka aku guna tapak tangan, badan aku kaku, aku memang tak mampu bergerak. Masih mengiring dan mengerekot ke kanan sambil berpeluh, baca ayat kursi, Al Fatihah semua tunggang langgang, hilang fokus. Apalah daya aku. Aku cuba menjerit bersuara sebab abang aku bawah sofa tempat aku tidur jee, fikir aku.. Kalau aku menjerit/ bersuara pasti abang aku terjaga.. tapi tak boleh. Peti suara aku tak berbunyi. Aku cuma mampu berdiam diri dalam selimut tu cuba mematikan diri. Tahan nafas. Sampai macam tu sekali.
Memang masa tu suasana senyap sunyi, sampai aku boleh dengar bunyi benda tu berjalan macam menyeret kain yang panjang. Aku dengar pintu utama tu kene tolak dari depan (beranda) sebab pintu tu memang tak berkunci. (Yelah, mak ayah aku tidur kat beranda tu kan). Cuma kami hadang dengan botol air gelen yang besar tu. Memang berat laa botol tu sebab air dalamnya penuh. Pintu kayu tu memang berbunyi seolah-olah benar ada seseorang nak masuk rumah. Aku diam kan lagi. Bunyi kain diseret tu makin lama makin dekat dengan aku. Ya Allah aku dalam selimut tuh tak berani-berani bukak mata. Tiba-tiba die tepuk lutut aku belah kiri ni. Mula- mula, pap! Aku ingat aku berkhayal. Dia tepuk lagi, pap! Mungkin dia nak aku jaga kot, kata aku dalam hati. Aku buat tak tahu lagi (konon-kononnya ibarat aku nak dia fikir aku tidur m**i la). Dia test aku lagi, die tepuk aku sekali lagi weii! Memang taubat aku tak buka mata. Ini bukan cubaan dah aku fikir. Memang betul ada benda nih. Itu je aku boleh fikir. Aku matikan diri, aku tahan nafas. Mungkin disebabkan tiada sebarang respon dari aku agaknya, benda tu berhenti menepuk aku tapi aku terasa macam dia ada merapatkan muka dia ke muka aku untuk lihat samaada aku betul-betul tidur atau pura-pura tidur. Sampai macam tu sekali aku terasa-rasa.
Lepas tu, saat benda tu nak berlalu pergi aku boleh rasa pulasan kain dia ke apa ke aku tak sure bawah lutut kanan aku. Sebab aku tidur mengiring mengerekot ke kanan kan, lutut aku terlebih kedepan sikit daripada sofa. Jadi aku terasa sentuhan tu umpama berpusing (mungkin benda tu nak berpusing kot lepas tengok tiada respon dari aku). Slow dan lembut jee cara dia pusing tu. Kalau ikut logik, sepatutnya abang aku patut rasa terganggu jugak sebab abang aku baring rapat ke sofa yang aku tidur tu (kalau benda tu manusia la).
Kemudian, aku dengar bunyi kain dia meleret diseret dan dengar bunyi pintu ditutup kembali.
Burung tu berbunyi semula, tapi dari dekat lama-lama kian menjauh. Akhirnya hilang. Syukur. Lega aku rasa dalam hati. Tapi aku tak berani lagi buka selimut aku tu. Dah lama dalam 10 ke 15 minit macam tuh, aku dah rasa lemas. Aku buka selimut aku perlahan- lahan. Aku menelek jam dinding dekat kepala aku, lebih kurang 3 setengah pagi. Hampir 4 pagi. Aku kata dalam hati, lama jugak dah aku dikacau rupanya. Aku terus panggil mak aku berkali-kali. Ayah aku terdengar dan minta mak aku masuk melihat aku.
Mak aku masuk je, terus aku peluk erat mak aku. Mak aku fikir aku mengigau sebab aku nie jenis kuat jugak mengigau. Puas mak aku tanya, tapi aku hanya mampu peluk dan diamkan diri. Mak aku kembali tidurkan aku. Mak bawak aku baring dekat dengan abang aku td. Cuma kaki aku dan mak aku memanjang menghala ke kaki abang aku. Tak tidur atas sofa lagi dah. Aku terkebil-kebil mengingat semula saat aku terkena tu. Ntah bila aku tertidur aku tak pasti. Yang pasti, tidur bawah ketiak mak memang rasa heaven gila. Esok paginya, aku ceritakan kat mak ape yang terjadi malam tu. Maklumkan ada benda kacau aku. Sempat lagi bertanya kat mak aku, “mak tak dengar ke dia tolak pintu nak masuk? “Tak tahulah mak aku percaya ke tak lagi masa aku beritahu tu, tapi mak aku ada laa bagitau, burung tu orang panggil, “Burung panggil hantu”. Terdiam aku.
Petang tu, jam dalam 5 lebih rasanya kami pergi jalan rumah akak selang sebuah rumah. Abang aku ikut sekali. Ntah macam mana, aku tercerita.. Aku kena kacau malam tu. Bila dah habis bercerita. Tiba-tiba abang aku boleh bagi respon macam nie, “patut laa aku ada mimpi berubatkan hang, aku pegang ibu jari kaki hang, picit kuku!”. Haa dah pulak!! Lepas tu abang aku sambung lagi, dia terjaga lepas mimpi tu, die tengok aku takde atas sofa. Nampak aku dekat dengan dia (keadaan seperi aku sebut kat atas) tapi dia pelik macam mana keadaan aku tengah berubat dalam tidur boleh sama dengan keadaan aku masa tengah tidur realiti dengan mak aku tu. Cuma bezanya dia tengah picit ibu jari kaki aku. Bab tu memang seram. Abang aku sempat berseloroh, “kau bawak balik apa ni ibi?”, tanyanya. Sampai sekarang pengalaman ni segar dalam ingatan aku. Sampai sekarang aku tak tahu apa benda yang datang malam tu dan selamanya aku tak nak amik tahu. Cukup lah pengalaman malam tu.
Terima kasih fiksyen shasha jika sudi menyiarkan pengalaman misteri saya nie.
hahah..macam2 la abgnye
rugi x tgok