Siapa Zulaikha?

SIAPA ZULAIKHA??
Pertama sekali, terima kasih kepada Fiksyen Shasha jika cerita aku ni disiarkan. Ini first time aku menulis. Sori kalau bahasa tunggang langgang. Kisah aku ni tak seram sangat .Sekadar nak share pengalaman benar. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004, masa mula-mula aku menjejakkan kaki di salah sebuah IPTA di Kuching Sarawak. Hari pertama pendaftaran tersebut aku ditemani keluarga.

Sampainya di Universiti selepas sesi pendaftran, kami pun menuju ke arah asrama. Aku ditempatkan di Blok Sri Gading 4A berdekatan hutan di mana betul2 menghadap Fakulti Perladangan. Kebetulan, aku merupakan yang terawal mendaftar di bilik tersebut, maka aku dan keluarga mengemas dan membersihkan bilik. Ada 4 katil di dalam bilik iaitu 2 katil double-decker. Aku memilih katil tingkat atas. Selesai mengemas semua, keluarga aku pon berangkat pulang.

Tak lama selepas tu, roommate aku yang pertama sampai, dia memperkenalkan dirinya Zulaikha Hj Mohideen. Kesian, dia datang sorang tanpa family. Memang independent gila fikirku. Selepas berkenalan, Zulaikha mengatakan yang dia ingin mengambil barang. Aku pun sekadar mengangguk dan merebahkan diri di katil kerana kepenatan. Roommate aku yang lagi 2 orang pon sampai Janet dan Ludi.

Hari first berjauhan dari family sedih sangat rasanya. Malam tu aku tak leh tido sebab asyik ingat umah je. Tiap malam nangis sambil peluk pic family. Roommate aku yang Zulaikha ni perasan sebenarnya dari malam first aku nangis tu, sebab die jenis tido lewat. Dia datang naik kat katil pujuk dan tenangkan aku. Dia siap bagi motivasi kat aku, sambil peluk nak redakan aku. Terharu sungguh aku dibuatnye. Makinlah aku sebak (hahaha). Lepas kejadian tu, aku pon okey, tido malam dah semakin lena.

Minggu pertama tu adalah Minggu Mesra Siswa, kira macam minggu Orientasi lah nama sebutan nye kalau masa sekolah menengah dulu. Alaa, minggu yang budak junior kena ragging dengan budak senior. Al-kisahnya si Zulaikha ni tak tahan, die siap boleh menyorok dalam almari, lepas tu minta lock dari luar pulak. Aku pun ON jela, xde lah nak ingkar ape. Yela, memandangkan die ok dengan aku. Then, aku blahh ke dewan di mana aktiviti dijalankan. Aku ada terpikir jugak, budak ni tak rasa lapar ke, nak berak kencing camne plak? Tapi lamunan aku stop kerana ada suara fasilitator terjerit-jerit mintak aku masuk baris.

Hari tu, kami dilepaskan awal. Syukur, bukan senang fasi nak bagi lepas macam tu dah berapa hari kami dibalun. Dalam hati ni, menyumpah-nyumpah jugak, ni nak datang belajar ke nak jadi penjenayah?? Sebab lain macam je nak carik salah junior. Hehe tapi aku positif, mungkin dorang dulu pon kene dengan senior. Tapi apa salah kami??? (Tetap tak nak ngaku salah..Hahaha). Masa kat dewan tu, tak nampak kelibat si Janet dan Ludi sebab dah berpecah ke group lain. Aku bergegas balik semula ke bilik. Pikiran dok melayang ke Zulaikha yang terkurung di dalam almari. Aku bukak almari tengok die sengih je.

Aku ajak die ke Dewan Makan tapi die menolak, katanya takut terserempak dengan fasi, kang kantoi die tak ikut aktiviti orientasi. Aku pon iyekan jela, melengganglah aku ke dewan untuk “tapau” ape yang patut. Nak tergelak jugak mengenangkan sikap Zulaikha ni. Aku pikir, ”Alahh…pe nak takot sangat g Dewan Makan. Bukan fasi cam pon muka die sebab punye la ramai student. Ooh, mungkin sebab die India Muslim kot”, haha. Zulaikha ni muka ala-ala Jacklyn Victor gitu. Sampai je di Blok asrama, aku nampak Janet & Ludi keluar menuruni tangga nak ke Dewan Makan, sempat dorang tanya,
“hai, g sorang je ke?”.

Aku sengih je. Roommate aku 2 orang ni biasa makan terus kat Dewan Makan. Sampai je bilik aku nampak Zulaikha ni baring tak cakap pape. Lepas kenyang aku solat then aku panjat katil aku, ingat nak rest sekejap sebelum ke Dewan orientasi. Untuk makluman, Zulaikha dok katil atas double decker, bawahnya Ludi. Aku dengan Janet. So, aku boleh nampak pe Zulaikha buat begitu jgk die. Tu yang kantoi aku nangis tengah malam die g datang pujuk tu. “Kenapa awak x join orientasi?”, slamber je aku tanya. “Aku penatlah. Aku nak balik KL”, katanya. Aku pon sabarkan die. Turn aku plak bagi motivasi kat die, hehe dalam ati ni cakap, ”Eyh. Bukan dulu ko ke cakap kene bertahan, kita datang nak belajar. Ni terbalik pulak??hehe”.

Aku pon tak sedar bila masanya aku terlena lepas berbual-bual. Aku terbangun bila dengar bunyi kaki melangkah masuk ke bilik. Janet dan Ludi baru balik. Aku pon bergegas bersiap untuk ke Dewan Orientasi. Aku tak nampak pulak si Zulaikha ni tadi. ”Ahh, mungkin dia kat toilet kot”, getus hatiku. Hari tu merupakan hari last Minggu Mesra Siswa. Habis je program aku rasa nak yahoo je petang tu, seronok punya pasal. Sampai je bilik, aku mandi dan sebagainya. Batang hidung si Zulaikha ni tak nampak lagi dari tadi.

Aku p check dalam almari pon tak de. Azan maghrib berkumandang, terdengar jeritan di toilet. Riuh rendah bunyinye. Memandangkan bilik aku berdekatan dengan toilet memang jelas sesangat la jeritan tu. Aku, Ludi dan Janet bergegas keluar. Budak histeria rupanya. Atikah, budak bilik sebelah. Dia dibawa ke bilik study di tingkat bawah. Ustaz pon datang bagi meredakan keadaan. Keadaan mula bertambah rumit bila ramai pula yang terkena histeria. Histeria berjemaah. Berpeluh2 ustaz nak handle sorang-sorang pelajar.

Aku tiba-tiba teringatkan Zulaikha yang hilang sejak zohor tadi. Ke manakah budak tu hilang?? Aku risau kalau dia pula yang jadi mangsa kat bilik sorang-sorang. Aku mengensot rapat ke bahu Janet dan Ludi. Aku tanya, “Zulaikha mana?”. Dorang menunjukkan muka pelik dan bertanya aku balik,
“Siapa Zulaikha?”. Lagi la aku takut. Puas aku cerita kat dorang Zulaikha itu sapa. Aku bersungguh-sungguh bagi taw di roommate kami bla..bla..bla. Mereka pula yang berasa hairan kerana menurut mereka dalam bilik tu cuma ada kami bertiga je.

Aku tidak puas hati dengan kata-kata mereka berdua dan mengajak mereka ke papan informasi bersebelahan dengan Bilik study. Sebab di situ ada senarai nama penghuni setiap blok. Kegawatan di bilik study dengan histeria sudah tak ku hiraukan. Rasa ingin tahu aku lebih membuak-buak menguasai rasa takut aku . Sampai je di sudut informasi mata aku ligat mencari nama blok 4A aras 2. Dadaku berdegup laju, dalam pikiran aku bermacam2 soalan timbul. Betul, cuma ada tiga nama sahaja:

2009196491 Mimi Amisha bt Dzulkifli
2009354892 Janet Ding
2009485679 Ludi Ak Linggie

“Siapa Zulaikha?”. “Siapa penghuni katil atas berdepan katilku?”. “Siapakah yang menenangkan aku ketika aku menangis di malam itu?”. Perasaan aku jadi bercampur baur sedih, takut dan semuanya. Kami berpatah balik ke bilik study. Kelihatan semua pelajar yang histeria telah selesai dirawat. Mereka semua tidur dan di suruh berehat. Kepada ustaz aku ceritakan semuanya memandangkan ustaz orang lama di situ. Ustaz terkejut dengan penjelasan aku. Rupanya Zulaikha Haja Mohideen memang menginap di dorm tersebut beberapa tahun yang lalu. Dia pernah di ragging teruk oleh senior. Ia menyebabkan trauma kepada Zulaikha yang sememangnya mempunyai bad family background.

Dia ditemukan mati dalam almari tersebut. Hasil post-mortem Doktor cakap die mati kerana stress yang melampau. Pihak kolej merahsiakan perkara tersebut demi menjaga nama baik institusi. Bilik itu pernah ditutup beberapa tahun yang lepas oleh pihak pengurusan asrama. Cuma pelajar batch tersebut sahaja yang mengetahui kisah ni. Lebih menyedihkan, mayatnya tidak di tuntut dan dikebumikan di tanah perkuburan Bandaraya Kuching. Al-Fatihah buat arwah. Kebaikan dia tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila.

Mimi

23 thoughts on “Siapa Zulaikha?”

  1. sedihkan , sampai macam tu sekali senior-senior niee ragging, agak-agak laa kan.. apee dorg dapat bile ragging bebudak , tunjuk power laa tuu.. haishhh pelik akuu..

    Reply
    • Tu la. Macam akak senior aku zaman sekolah dulu. Dengan junior perempuan bukan main jerit2 bengis. Depan lelaki lembut je pijak semut pun tak mati. Geli aku.

      Reply
  2. Dah pernah jadi kes lpas tu blh biar lgi senior buat mcm tu. Bila jadi masalah nk ttup cerita pndai nk cover tknak burukkan institut sndiri. Pala bana

    Reply
  3. ni kira mcm dah kes bunuh tanpa sengaja…takkan takde tindakan pada senior pembuli tu? tak semua org kental hadap ragging ni…patutnya di U ni takde dah ragging2 ni…mcm samseng aje…nasib baik masa aku di ITM zaman tok kaduk dulu takde ragging teruk…ragging cinta ada la…senior try mengurat…huuu

    Reply
  4. Senior/Fasi mmg kdg2 suka buat terokk.. mcm tggi sgt kuasa dia.. perlu ke ragging2 tu?! just bg taklimat n info2 apa yg patut dah laa.. x de guna pon nak ragging org terok2.. yg rasa mcm dia puas hati sbb dpt ragging junior ni semua bodoh.. sory la kasar sket,, tapi saya mmg x suka jenis ragging2 nii.. sbb saya x penah kena dr skolab sampai uni,, slalu diorg bg taklimat je.. tapi bila tgk berita rasa mcm senior/fasi tu bodoh sgt.. and kalu ada skolah yg x ambik tindakan n cover case tu,, rasanya pengetua skolah tu boleh retired kot,, dah x boleh buat keja kan

    Reply
  5. Salam, saya la Zulaikha gadis india muslim yang dimaksudkan dalam cerita ni. Ye btol, saya belajar dkt Uitm sarawak dan room mate saya mmg btol Ludi dgn Janet dan seorang lagi bernama samisah. cerita pasal saya larikan diri dari fasilitator tu sbb takut kena ragging tu mmg btol, mmg sy sorok dlm bilik, tp x menyorok dlm almari, dan sy tak sorok sorang diri, dgn room mate sy samisah tu. almari kt uitm kecik, mcm mana nak menyorok dlm tu, kepala pun xmuat rasanye. pelik mcm si tukang buat crite ni tokok tmbh pasal hantu la, sy dr broken family la. sy rasa sy tau siapa buat crite ni. alhamdulillah Zulaikha Haja Mohideen masih hidup sampai sekarang. Tak mati sbb stress mcm dlm crite ni.. adoii xtau nak gelak ke nak marah.

    Reply
  6. Budak2 yg ragging ni mmg bodo bengap.. Acah2 power.. Suka.. Bangga tgk org takut kat diaorg.. Puii la.. Silap2 org dendam kat kau.. Tggu sorg2 kena belasah.. Baru tau akal letak mana.

    Reply
  7. Kenapa sama ya macam cerita rekaan yang aku tulis dalam wattpad haha Terima kasih lah kalau betul kau baca cerita aku kat wattpad tu. Aku olah tu inspirasi daripada roommate kawan aku yang pelik. Nice try!

    Reply

Leave a Comment