Saka Keturunan 2

Assalam semua pembaca setia FS. Di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada Admin FS kerana sudi menyiarkan kisah saya. Seperti yang saya janjikan, saya akan sambung kisah saka keturunan ni. Berbalik kepada kisah anak saudara saya. Semasa dia buat rawatan islam tu. Banyak perkara pelik yang berlaku. Ustaz yang merawat anak saudara saya sendiri pun pernah berkomunikasi dengan saka tu. Bukan sahaja saka yang ustaz tu dapat masa merukyahkan anak saudara saya.

Jin yang mengaku telah bersahabat dengan anak saudara sejak dia dilahirkan pun ada. Menurut perbualan jin dengan ustaz masa tu. Jin tu bukan beragama Islam. Tetapi jin tu dah di islam kan oleh ustaz tu dan dihantar ke Mekah untuk mendalami Islam. Mungkin korang susah nak percaya kan. Tapi ni semua terjadi di depan mata saya sendiri. Ok berbalik dengan saka yang saya ceritakan sebelum ni. Ustaz yang merawat anak saudara saya tu minta anak saudara saya dirukyahkan sekali dengan kakak saya. Sebab menurut ustaz tu rukyah dengan ibu kandung lebih mujarab.

Untuk episod ni saya akan ceritakan mengenai kakak saya. Masa saya bagitau kakak saya dia pun kena dirukyahkan mula-mula dia macam antara nak dan tidak. Ustaz kata untuk buat rawatan kita tak boleh paksa. Orang yang nak dirawat tu kena rela hati. Dipendekkan cerita kakak saya kuatkan semangat untuk ke pusat rawatan tu dengan ditemani saya, suami dan abg ipar (suami kakak saya).

Masa kena rukyah tu. Korang tau tak apa ustaz tu cakap. Ustaz tu cakap kan. Dia tak tengok kakak saya masa dia buat rawatan tu tapi satu lembaga hitam yang besar. Lepas tu masa tu ustaz tu kata dia seolah-olah berada di bawah rumah kami dan keadaan sangat gelap. Sedangkan masa tu kami berada di pusat rawatan Islam tu yang berada di kawasan bandar. Keesokan harinya ustaz minta kakak saya untuk datang membuat rawatan sekali lagi. Masa tu dah masuk waktu Asar. Memandangkan hari tu hari Jumaat dan saya bekerja jadi saya sedikit lambat tengok apa yang terjadi.

Masa saya sampai, kakak saya memang dah mula meracau entah apa. Bayangkan jak la 4 orang perawat lelaki dan seorang usatazah yang tengah pegang kakak saya tu boleh telempar. Saya masa tu mata dah tak boleh kedip dah terkejut sangat. Lepas tu kakak saya gigit tangan sorang perawat lelaki tu, dan bila dipicitkan air limau nipis baru kakak saya lepaskan dan menjerit kata “sakit lah bodoh” argghhhh, tak tahu nak cakap apa masa tu saya memang suspen dah masa tu. Lagipun kakak saya ni lemah lembut orang nya, dia memang tak pernah cakap kasar dengan sesiapa pun. Selesai proses rawatan tu, saya nampak kakak saya penat sangat lepas tu macam orang bingung tah tahu apa terjadi. Saya ada buat rakaman video masa kakak saya tu dirukyahkan. Guess what!!! Boleh-boleh dia tanya saya siapa tu..kenapa tu..bila saya suruh dia tengok betul-betul punya dia terkejut. Arggghh.

Selepas itu, ustaz pun mencadangkan agar kami sekeluarga dirukyahkan. Masa ni la kami mengalami masalah untuk meyakinkan semua ahli keluarga untuk dirukyahkan. Sebelum tu, memandangkan masa tu saya mengandung jadi saya tak boleh dirukyahkan sebab takut terjadi apa-apa dekat bayi. Ustaz cuma bagi saya air yang dah dibacakan surah dan ustaz mencadangkan kami untuk dengarkan ayat-ayat suci al-Quran setiap masa.

Oh ya lupa nak bagitau saya anak ke 6 daripada kami 7 beradik. Memandangkan saya rapat dengan abang saya yang anak ke 5, dia merupakan orang yang pertama saya bagitau tentang hal ni. Lepas tu, saya minta dia terangkan dengan semua ahli keluarga. Sebab abang saya ni sekepala dengan saya dan pendapat kami selalu sama. Mula-mula masa nak yakinkan mak dan bapa saya sangat susah. Oh ya, menurut ustaz kan, kemungkinan dalam rumah kami ada satu benda yang telah diturunkan kepada mak atau bapa saya di mana benda tu lah saka keturunan kami. Saya pun berhabis pikir benda apa yang ustaz tu maksudkan.

Dan bila saya tanya dengan abang dan kakak saya, mereka kata ada satu keris berwarna hitam yang bapa saya selalu bawa ke sana ke mari. Sudahnya saya pun jadi berdebar-debar sebab keris tu memang selalu dekat dengan bapa saya. Saya masih ingat lagi masa saya masih kecil bapa saya akan marah bila kami pegang keris dia tu. Tapi bila kami tanya bapa kami dari mana asal keris tu dia tak pernah nak bagitau kami. Kami berpendapat mungkin bapa kami memang ada menerima saka ni dari datuk kami (bapa kepada bapa kami) tetapi mungkin bapa kami pun nak buang saka tu tak nak turunkan dengan kami.

Macam mana kami boleh tahu perkara ni? Mak saya ada bagitau saya suatu masa dulu, datuk saya dah mula sakit-sakit tetapi datuk saya asyik-asyik sebut nama bapa saya. Masa tu datuk saya dekat indonesia. Menurut mak saya, bapa saya pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Bayangkan saja, selepas bapa saya berjumpa dengan datuk saya, menurut mak saudara saya (kakak kepada bapa saya) saya yang juga berada di situ, beberapa minit kemudian datuk saya pun meninggal dunia.

Untuk episod seterusnya, saya akan ceritakan tentang kisah-kisah kami adik beradik pula. Dari apa yang abang sulung alami sampai lah adik bongsu.

Apapun, nasihat saya sesiapa yang mempunyai saka keturunan ni, kita tak perlu takut dengan dia. Kita hanya perlu sentiasa dekatkan diri dengan Allah. In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan.

Terima kasih kepada admin FS sebab telah menyiarkan kisah saya. Terima kasih juga yang sudi baca kisah saya ni.

#kisahbenarsaya
#MsZie

7 thoughts on “Saka Keturunan 2”

      • Sapa2 yg ada masalah saka atau gangguan ni, kalau nak cuba boleh la contact Haji Fuad +60 19 522 1684 . InsyaAllah dia dapat tolong. Dah ramai yg berubat dengan dia. Sama2 membantu.

        Reply
  1. Kesiannye bapa tu…
    Sedih plak…
    Mesti die pon dlm keterpaksaan utk terima benda tu dlu…
    Mgkn terima pn sbb dh x sggp tgk atok tu terseksa susah nk pergi…
    Semoga Allah permudahkan semua urusan rawatan kamu sekeluarga…
    Amiin…

    Reply
  2. Sapa2 yg ada masalah saka atau gangguan ni, kalau nak cuba boleh la contact Haji Fuad +60 19 522 1684 . InsyaAllah dia dapat tolong. Dah ramai yg berubat dengan dia. Sama2 membantu.

    Reply

Leave a Comment