MOYANG 3: AKU & MEREKA

MOYANG 3 : AKU & MEREKA
Bismillahirahmanirrahim…..
Sekalung budi buat para admin yang sudi menyiarkan coretan kisah hidupku ini.Dan buat para pembaca yang ku hormati,harap berlapang dada membacanya.Coretan kali ini agak panjang kerana aku cuba untuk perincikan mengikut kronologi walaupun ia bukan sepenuhnya.Secara jujurnya,aku malu…banyak perihal yang aku cuba untuk lupakan dan terlalu berat untuk dikongsi.Terimalah sedikit coretan dari sisi hitamku, dan ambillah ia sebagai pengajaran.

TAHUN 1984 -MIMPI
Ayah: “Burrppppp..alhamdulillah.” ucap ayah setelah perutnya kekenyangan di isi hidangan nasi lemak hasil air tangan mak.Mangkuk berisi air basuhan ditarik lalu dicelupkan tangannya. Baru sahaja ayah berkira-kira untuk bangkit dari silaan,mak terlebih dahulu bersuara.
Mak: “Abang,duduk sekejap..Mun ada hal nak cakap sikit.” pinta mak.
Ayah: “Ada apa Mun?Macam penting sahaja bunyinya.” Mak diam seketika dan mengeluh perlahan..
Mak: ” Malam tadi Mun mimpikan nenek.Nenek datang dengan pendampingnya bang…harimau putih 2 ekor dan seekor ular yang sebesar sepemeluk batang pokok kelapa.Mun rasa tak sedap hati lah bang.” Luah mak bersama hati yang gusar.Bersama kerutan dahi ayah memandang mak.
Ayah: “Ada apa2 yang nenek buat atau beritahu dalam mimpi Mun?” soal ayah .
Mak: ”Sejak nenek tahu Mun mengandung tempoh hari,ini kali pertama Mun mimpikan nenek bang.Nenek usap-usap perut Mun sambil harimau2 nya pula mengelilingi Mun dan ularnya pula belit perut Mun.Mun takut bang” Kali ini mak tidak mampu menutup kerisauan yang bertandang dalam hatinya..
Ayah: ”Mun,jangan sekali-kali tinggal solat ya.Basahkan bibirmu dengan zikir .Kita sama2 berdoa memohon pada Allah agar Mun dan bayi dalam kandungan dilindungiNya.” Ujar ayah sambil mengulas perlahan pipi mak.

TAHUN 1985 – KUDIS BERNANAH
Ketika ini aku berusia 1 tahun.Kata mak aku anak yang baik, tidak pandai meragam pada siang dan malam hari. Apa yang menjadi kegemaran aku ketika ini hanyalah menyusu badan hingga aku menjadi anak yang montel. Namun dalam keterujaan mak membesarkan aku, kegusaran mula bertandang dari hari kehari apabila seluruh badanku mula ditumbuhi ruam2 kecil pada mulanya dan lama kelamaan bernanah dan menjadi kudis.

Sudah acapkali aku dibawa ulang alik bertemu doktor dan misi di klinik kesihatan kerajaan,bermacam ubat sapu diberi waimah sudah pelbagai petua sudah dicuba sehingga daun gelenggang dan semambu menjadi lapik tidurku. Tiada perkembangan positif malah kudis di badanku makin menjadi-jadi. Hati ibu mana yang tidak gusar jika keadaan anaknya begitu? Seperti orang buta kehilangan tongkat, mak menjadi buntu melihat keadaanku. Setelah bermenung panjang, akhirnya mak meminta ayah menghantar kami pulang ke kampung bertemu moyang.Walaupun ayah sedikit was-was, namun demi menghormati permintaan mak yang kebuntuan maka kami dihantar jua.Dalam masa yang sama ayah turut memikirkan jalan penyelesaian buatku……

Moyang : “Ermmmm,jangan kau seperti kucing dibawakan lidi Mun.Cicit aku tidak apa2.Esok petang akan aku carikan ayam hutan,nanti kita ke tanjung bidara melepas hajat disana.”

Kata-kata moyang tidak sedikitpun menggamit kelegaan di hati mak malah mak mula berteka-teki dengan permintaan moyang.Malam itu dibiar berlarutan hingga ke hari esok yang mana rupa-rupanya mereka menerima tetamu tidak di undang di pagi hari.Mak long!!Bak kata mak hidung mak long ni macam anjing yang mencium bangkai, entah dari mana dia tahu mak berada di kampung,tahu-tahu dah sampai. Entah kenapa mak rasa tidak betah dengan kehadiran mak long yang pastinya membawa hajat yang terselindung.

Mak long: “Anak kau sakit Mun?Kenapa tidak kau bawa dia bertemu aku?Biar aku mandikan bunga untuk dia. kemudian nanti aku minta orang carikan kambing hitam,kita jamu orang makan.Darah kambingnya nanti ditadah untukku bawa melepas hajat.Jangan kau khuatir,pasti sembuh nanti sakit anak kau Mun.”

Kata-kata mak long bagaikan halilintar yang memanah telinga mak. Sakit hati mak bukan kepalang. Manakan tidak, yang si tua bangka mahukan ayam hutan, yang si kakak pula mahukan darah kambing hitam. Buat melepas hajat?? Entah2 buat persembahan untuk belaan mereka. Dangkal sungguh hati mak menahan geram.Kata-kata maklong tidak sedikitpun berbalas,dengan renungan tajam mak menghantar mesej yang cukup jelas bahawa mak tidak setuju sama sekali.Dalam hati mak tidak putus-putus beristighfar.”Semoga Allah melindungi anakku dan menghantar seseorang yang mampu membantu….”

Rembang senja melabuh tirai, dari kejauhan dutson tonggek yang dipandu ayah kelihatan. Setelah kereta terparkir di halaman rumah,kelihatan ayah dan seseorang keluar dari perut kereta. Melihatkan roman tetamu itu, maka kenal benar lah mak akan gerangannya dan menyambut beliau dengan lapang hati. Rupa-rupanya inilah dia tetamu yang ingin ayah jemput petang tadi. Atuk Sani,rakan seperguruan arwah Tok Yang aku sebelah ayah menghadiahkan senyuman buat mak.

Hajat kedatangannya ke mari kerana ingin menziarahi aku setelah perihalku diceritakan oleh ayah. Kedatangan Atuk Sani sangat menyenangkan hati mak tetapi tidak pada Moyang dan Mak long. Berpusu-pusu mereka bangkit dari silaan dan masing-masing hilang ke dalam kamar. Kebetulan Nek Jah tiada di rumah ketika ini kerana bertandang ke rumah besannya. Jika tidak, pasti ada 3 manusia yang gelisah saat ini….
Usai solat maghrib,Atuk Sani meminta ayah membawa aku kepadanya.Melihatkan sahaja jasadku didepan mata,dia hanya menggeleng-geleng kepalanya.Dia menyentuh ubun2 kepalaku sambil membaca beberapa potong ayat al-quran.Setelah beberapa ketika berlalu,dia menyeluk tangan ke dalam poket jubahnya dan kelihatan sebekas bedak sejuk dikeluarkan.Penutup bekas dibuka dan dia meneruskan lagi bacaannya dari sepotong ayat ke sepotong ayat dari al-quran lalu berkesudahan dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah.

Sejurus bacaannya berakhir, mak dan ayah tersentak bilamana tiba-tiba datang bunyi kuat seperti ada sesuatu yang berlari-lari diatas bumbung rumah dan diiringi bunyi cakaran di dinding mengelilingi rumah.Atuk Sani hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya. Dia menyuakan bekas bedak sejuk itu kepada mak,”Kamu basahkan dan sapu pada seluruh badan anakmu. Insyaallah,dengan izin Allah dia akan pulih.” Bekas bersambut dan lantas mak melakukan seperti yang disuruh Atuk Sani walaupun saat ini hati mak sedikit gentar mengenangkan kejadian sebentar tadi.

Sementelah selesai Atuk Sani menunaikan solat isyak, ayah sudah sedia ingin menghantarnya pulang ke rumahnya di Simpang Ampat. Mak jadi panas bontot ,dan segera mengangkat bag pakaian yang sudah siap dikemas. Mak tetap ingin pulang ke KL malam itu juga kerana berasa tidak betah untuk berada disitu. Mak bimbang jika esok hari, ayam hutan dan kambing hitam akan menjadi korban manakala aku dijadikan bahan ritual 2 keparat itu.

Ayah tidak membantah dan menyoal kerana ayah cukup faham perangai mak,jika dia bertindak begitu pasti ada sesuatu yang mak cuba pertahankan.Didalam kereta sepanjang perjalanan,ayah ada bertanya pada Atuk Sani apa yang menimpa aku.Kata Atuk Sani…”Seperti api dalam sekam.Kejahatan kadang2 tak terlihat dek mata kasar. Darah yang sama mengalir di tubuh belum tentu sama dengan hati yang tidak dapat disangkal niatnya. Aku tidak mahu bersangka buruk tetapi ingin aku sampaikan pesan,agar anakmu dijaga biar molek dan cukup perhatian.

Ada yang berhajat ingin memiliki,berdamping dengan pelbagai cara.Dihantar musibah kemudian mereka mahu kalian meminta pertolongan dari mereka lalu mempersetujui permintaan mereka dalam tidak sedar. Tetapi ingatlah bahawa Allah swt itu sebaik-baik pelindung”…….

Alhamdulillah,selepas 3 hari keadaan aku bertambah baik kerana kudis2 mulai hilang dan pulih.Aku melalui zaman kanak2 hingga remajaku dengan pemerhatian yang cukup oleh mak.Mak sangat menjaga dan sangat mengambil berat selama hidupku namun sayangnya aku tidak pernah memandang ia dari sudut positif tetapi lebih kepada rasa tergongkong .Dengan tanggapan yang kurang cerdik inilah membuka ruang kepadaku untuk rapat dengan Mak long bila aku menginjak remaja.Dengan sikap sambil lewa dan banyak berahsia aku dengan mak dalam banyak perkara membawa aku melalui detik2 hitam bersama Moyang,Mak long dan Nek Jah.Jika kalian pernah membaca MOYANG & MOYANG 2 ,maka kalian akan memahami penceritaanku.

TAHUN 2001 – MANTERA & PAD BERDARAH
Rentetan dari MOYANG 2….
Rupanya dalam tidak aku dan Nek Jah sedari,mak mendengar butir bicara Nek Jah di sebalik pintu sambil mengurut dadanya.Ada linangan airmata yang menitis perlahan dipipi mak…
Dua hari pun berlalu sejak Nek jah dijemput Pak Ngah Ipin untuk dibawa pulang ke kampung.Aku tiba di rumah agak lewat pada hari itu kerana kerja lebih masa.Tombol pintu bilik kupulas malas,aku agak terkesima memandang tubuh jasad di hadapanku bersama dengan keadaan bilikku yang berselerak bersama isi perut almari baju yang habis dipunggah.

Mak: “Mana barang tu?Mana kau sembunyikan dik?”
Aku: “Mak cakap apa ni?Adik tak faham lah..”
Mak: “Jangan kau berdalih dik.Mana kuku harimau tu?Sampai hati adik buat mak macam ni?Luluh hati mak dik.Kenapa sampai macam ni sekali dik?”mak menggugu menahan tangis yang mula bertandang.
Aku terdiam dan menundukkan pandangan.Saat ini tubuhku bagaikan diratah rasa amarah dan kepiluan mak terhadapku. Aku rasa tidak betah dan mula panas.Sukar untuk aku luahkan bagaimana,aku seolah-olah tidak terkesan dengan tangisan mak malah aku menjadi sedikit bengis ditambah dengan kepenatan aku pulang dari kerja.

Aku: “Sudahlah mak,jangan tuduh melulu.Cakap yang bukan2,orang penat tau tak.Ingat balik nak rehat tapi kena bebel pulak.Bosan lah macam ni!”
Mak: “Kau jangan kurang ajar dik.Mak tak pernah ajar kau macam ni!Mana kuku harimau tu????” Suara mak mula meninggi dan terasa bingit di telingaku.Mak meluru ke arahku,ke dua lenganku dipaut kejap dan pertanyaan mak yang bertalu-talu membuatkan hatiku semakin kencang.
Aku: “Aarghhhhhh…lepaslah!” Aku melepaskan pautan tangan mak,aku keluar dari bilik lantas menuju ke pintu.

Aku berlari keluar dari rumah tanpa menghiraukan jeritan mak yang semakin nyaring di telingaku. Larianku terhenti di simpang jalan dan kebetulan kelihatan sebuah teksi .Aku tahan dan terus membenamkan tubuhku kedalam perut teksi lalu mengarahkan pemandu tersebut membawa aku ke tempat tujuan.Mak long!!

Setibanya aku di rumah Mak long, aku ceritakan semua perihal yang terjadi antara aku dan mak. Entah kenapa, aku menjadi pelik bila mak long hanya menghadiahkan aku senyumannya. Sedikit pun tidak mak long pertahankan mak aku seperti yang sepatutnya perlakuan orang yang lebih tua menangani permasaalahan, malah dia mengesyorkan aku beberapa usul..

Mak long : “Adik,untuk apa mak long perturunkan segala ilmu jika ia tidak digunakan?Inilah masanya dik…Jangan dikira siapa gerangannya,asalkan dia menjadi penghalang maka dia patut kamu tundukkan.” Terpinga-pinga aku mendengar bait kata yg keluar dari mulut mak long.Aku berfikir sejenak lantas menjawab.
Aku :” Mak long nak adik gunakan pada mak?Takkanlah mak long…itukan mak adik,adik kandung mak long.”
Mak long: “Adik suka dikongkong?Adik suka mak marah2 adik?Jadi penghalang??Lembutkan yang keras,tundukkan yang angkuh dik.Tak pun adik mahu mak long ajarkan sesuatu yang lebih ummpphh? Adik tengah datang bulan kan?” sebaris senyuman yang penuh muslihat diberikan padaku.

Aku memandang tepat wajah mak long bersama kerutan di dahi.Pertama sebab aku tengok mak long beriya-iya sangat nak aku guna2 kan mak.Kedua ,macam mana mak long tau aku datang haid? Sejurus itu,walau bukan dengan kehendakku tetapi Mak long tetap ajarkan aku sebaris mantera ilmu penunduk. Kali ini bacaannya lain dan penggunaannya juga lain dari ilmu yang diajarkan sebelum ini. Mantera kali ini dihubungkan penggunaannya bersama darah haid yang perlu dicampurkan dalam masakan. Mak long suruh aku gunakan pada mak dan ayah,kata mak long cara ini lebih cepat berhasil. Saat ini,sejujurnya aku sangat berbelah bahagi untuk menerima dan melakukannya.

Terbayang di minda akan raut wajah mak dan ayah.Benarkah apa yang aku buat?Perlukah orang tua aku diguna2kan? Malam itu juga aku dihantar pulang oleh mak long ke rumahku setelah mendapat panggilan telefon dari mak.Ohh, lupa pula untuk aku khabarkan pada kalian,kuku harimau ada dalam simpananku. Tergerak hatiku untuk membawanya pagi tadi ke tempat kerja.Dan,aku masih belum lagi perasapkannya dengan kemeyan yang dititip Nek Jah.Nantilah,belum masanya lagi…

Keesokan harinya,aku membuat keputusan untuk meneruskan niatku setelah subuh2 adam lagi aku menerima mesej dari mak long melalui handphone mengingatkan aku tentang semalam. Kebetulan hari ini adalah hari off day aku,maka pagi-pagi lagi aku sudah pun terpacul di dapur menyediakan ramuan untuk menyediakan mee goreng basah kegemaran mak. Air basuhan dari pad aku yang penuh darah sudahku tadah dalam cawan kecil dan di baca mantera yang diajar mak long.

Sedang aku leka memasak santapan pagi untuk mak dan ayah,tiba-tiba aku dipeluk dari belakang.Sebuah ciuman singgah dipipi bersama sebaris ayat dibisikkan ke telingaku…”Mak sayangggg adik….dunia akhirat.” Aku terkesima.

Kerja memasakku terhenti seketika,aku menoleh memandang raut wajah itu.Ada air jernih yang bertakung pada mata tua itu… Runtun jiwaku saat ini penuh dengan rasa bersalah yang sangat mencengkam.Allahhuakbar,apa yang aku dah buat ni?Lantas aku dakap tubuh tua itu dan memeluknya erat..

Aku: ”Mak,maafkan adik mak..”
Mak: “Mak dah maafkan adik sayang..Mak tak ambil hati pun.Mak long dah ceritakan semuanya. Baguslah kalau adik dah buang kuku tu.Jangan di ikutkan kata Nek Jah dik.” Aku terdiam dan menunduk pandangan.
Mak : “Ehh,adik masak mee goreng basah.Untuk mak ya?Mesti sedap kan…Tak sabar mak nak rasa.” Aku terpempan dengan kata2 mak.Allah,ni tak boleh jadi.Mak tak boleh makan!Mak tak boleh makan!!Lalu dengan sepantas kilat,aku angkat kuali dengan cepat dan menghambur kan segala isi kuali ke dalam tong sampah.Mak memandangku pelik dengan wajah ingin tahu.
Aku: “Mak,ayam yang dibuat rencah berbau busuk,pelik sangat rasanya.Nasib adik sempat rasa kalau tidak, pasti sakit nanti perut mak dan ayah selepas menjamahnya.Adik masak lain ya mak?. “ mak senyum mengangguk.

Yang pastinya aku berasa amat lega kerana tidak meneruskan niat asalku.Dan aku juga pasti bahawa mak long tahu yang aku tidak mematuhi arahannya…Ahhh,lantaklah.

TAHUN 2002 – SANTAU & ARAHAN SULONG
Umurku mencecah 19 tahun ketika ini. Setelah berfikir panjang,aku memilih untuk tidak meneruskan pelajaranku bukan kerana keputusan tidak bagus tetapi cetek akal mengatasi pemikiran. Bila dah kerja ,duit dalam tangan aku dah rasa cukup seronok sampai tidak memikirkan masa hadapanku.Aku khilaf disini.

Berpucuk surat tawaran ke IPTA, Maktab perguruan dan politeknik aku sorokkan dari pengetahuan mak dan ayah.Aku beralasan pada mereka mungkin tiada rezeki buat masa ini, nanti-nantilah kalau ada peluang akan datang. Aku berhenti kerja di 7E dan memilih untuk membantu mak menguruskan catering secara kecil-kecilan dari rumah.

Setakat ini kami belum lagi berani menerima tempahan penuh untuk majlis perkahwinan kerana khuatir tidak mampu menjayakannya memandangkan hanya aku dan mak sahaja yang memasak tanpa bantuan pekerja. Jadi hanya tempahan dari majlis2 kecil seperti pertunangan, sambutan hari jadi, kenduri cukur jambul ,reunion, open house, tahlil, dan lain-lain sahaja yang diambil. Alhamdulillah, setiap minggu kami tidak lekang dari menerima tempahan. Namun sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang melayu, pantang melihat kelebihan orang lain. Mudah sangat berhasad dan bermerah mata. Semuanya bermula begini…….

Sudah 3 hari mak berkeadaan lemah dan hanya berbaring sahaja di sofa.Kata mak kepalanya berat sekali, setiap sendinya bisa hingga membawa ke tulang belakang. Apa yang aku perasan setiapkali azan maghrib berkumandang, mak seperti tidak betah. Bagaikan ayam termakan rambut,nafas mak agak kasar dan sesak. Mak akan meracau, menjerit kesakitan hingga mak meluruhkan kain batik yang dipakai kerana berasa nyilu dan rimas.

Kaki dan tangan mak menjadi kejang dan tidak mampu digerakkan. Melihatkan keadaan mak,ayah lantas menghubungi kenalannya Ustaz Nasarudin untuk memohon pertolongan. Namun,Ustaz Nasarudin tidak dapat hadir pada malam itu kerana berada diluar kawasan dan berjanji akan datang pada keesokan harinya.Usai mak diberi air yassin dari bacaan ayah sendiri dan ubat tahan sakit yang diberi doctor,mak dapat tidur dengan lena.Kebetulan malam itu adalah malam jumaat,aku teringatkan pada kuku harimau dari 3 serangkai. Ya,ini lah harinya……

Jam di dinding sudah menginjak pukul 1 pagi. Mata yang kutahan kantuk dari tadi hanya terkebil2 melihat kuku harimau dan kemeyan yang terletak di telapak tangan.

Al maklumlah,ini adalah asapan sulong dariku buat si hulubalang maka rasa debar itu agak menebal.Aku bersila di atas lantai,bekas tembaga kecil kepunyaan mak ( yang disimpan di dalam almari telah ku rembat bawa masuk ke dalam bilik sebentar tadi ),aku keluarkan di hadapanku.Aku bakar kemeyan di atasnya,lalu aku perasapkan kuku harimau sambil aku memanggil… ”wahai putih si hulubalang, aku seru kau kemari. Tepak berasap berisi hajat,datanglah padaku menyembah budi”…..

Aku pejam mataku,5 minit,10 minit ,20 minit berlalu…namun tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku waimah bunyi suara sekalipun.Jadi,aku rumuskan bahawa panggilanku tak bersahut dan asapanku tak diterima sebagai santapan.Aku bangun dari silaan dan menyimpan segala kelengkapan di tempat asal.Aku naik ke atas katil,bantal ku tepuk 3 kali,ku perbetulkan perbaringan lalu selimut kutarik menutup tubuh.Mataku yang memang sudah kantuk mudah saja terlelap….

PSH : “ Berseri emas baru disepuh,Apa hajat memanggil hamba?”
Aku: “Kau….putih si hulubalang??Kau sendirian?Kau boleh bercakap?”Aku tidak gerun dengan kehadiran si harimau kerana ini bukanlah kali pertama ia hadir dalam mimpiku tetapi dulu dia datang bertemankan moyang.Cuma aku terkesima kerana ia boleh berbicara!
PSH: “Hamba datang diseru Tuan.Apa ia berkait dengan bonda Tuan?”
Aku : “Ya putih.Aku yakin mak aku disihir orang.Aku mahu kau mencari tahu!”arahan sulong.Bagaikan angin berdesup,putih hilang dari pandangan.Dan….dalam sekelip mata juga dia hadir kembali membuat aku sedikit terpinga.

PSH: “Bangau minta leher,badak minta daging.Si polan bin si polan hantar santau langkah dan santau angin pada bondamu kerna iri hati.”Berlaga gigiku menahan marah mendengarkan perkabaran si putih.Baru sahaja aku ingin membuka mulut menyatakan sesuatu pada si putih,ia terlebih dahulu memintas….

PHS: “Sekali hamba merengkuh dayung,dua tiga pulau hamba langkaui…Hamba mencari asbab dan hamba juga meninggalkan kesan.Jika itu tidak cukup memadai,hamba turutkan apa jua mahumu Tuan” Aku sedikit melopong kerana tidak telus memahami kata-kata si putih.Tapi aku biarkan ia bagai angin lalu…
Aku :”Cukup disini sahaja putih.Kau boleh pergi.”
PHS: “Hamba tidak memaksa tetapi meminta.Bermain air basah,bermain api letup,cukuplah asapan menjadi imbalan.”Aku mengerut dahi cuba memahami maksudnya sebelum si putih hilang dari pandangan.

Keesokan harinya,jam 5.30 petang,Ustaz Nasarudin tiba di rumah dan aku yang menyambutnya.Aku perhatikan saja riaknya terhadapku sejak dari mula dia tiba,matanya asyik memandang aku seperti mengesan sesuatu.Aku buat tak tahu dan cuba berlagak cool di hadapannya.Sejurus itu,proses perubatan untuk memulihkan mak pun bermula.Setelah beberapa ketika Ustaz Nasarudin diam,dia pun membuka mulut. “Maaf kalau saya cakap.Mengikut apa yang saya kesan,sebenarnya isteri awak ni dihantar santau.Ada yang iri hati pada dia.Beginilah saya akan cuba pulihkan isteri awak.Dengan izin Allah.”terang Ustaz Nasarudin pada ayah sambil didengariku.Maka benarlah kata si putih,Cuma Ustaz Nasarudin tidak menjelaskan siapa orangnya tetapi aku tahu!Setelah selesai sesi perubatan,Ustaz Nasarudin titipkan beberapa potong ayat untuk mak amalkan sepanjang bulan pertama.Antara ayat2 nya ialah surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 -118,surah Al-Israa’ ayat 79 – 94,surah Al-Qasas ayat 51 – 59 dibaca 3 kali selepas solat maghrib beserta doa pada Allah.Kemudian surah Fussilat ayat 25 – 38,surah Taha ayat 60 – 70,surah Ar-Ra’d ayat 30 – 34 dibaca 3 kali selepas solat subuh beserta doa pada Allah.

Seminggu berlalu,kesihatan mak tampak sedikit pulih.Usai makan malam,kami duduk santai di ruang tamu sehinggalah pintu rumah diketuk bertalu-talu.Ayah bangun dan mendapatkan tombol pintu lalu dipulas.Nahh!!Wajah yang aku cukup kenal .Bukan orang lain tetapi jiran berselang 7 buah rumah.Dia dijemput ayah untuk masuk dan tidak semena-mena dia meluru terus kearah mak.Sambil dalam berkeadaan sujud memaut kaki mak,dia menangis dan berkata……..” Kak Mun,ampunkan saya kak..saya salah pada akak.

Saya irihati dengan akak, sejak akak buat catering saya dah takda tempahan kak.Semua orang puji masakan dan kuih muih akak.Saya sakit hati,saya hantar santau pada akak. Ampunkan saya kak.Saya merayu pada akak,hentikan lah pembalasan pada saya kak.Saya tak sanggup harimau tu kerjakan saya siang dan malam.Habis berbirat badan saya dengan cakaran nya.Mana2 saya pergi dia ada kak..Tolonglah kak” Aku menonton drama itu sambil tersenyum puas.

Pada awal tahun 2003,mak ,ayah dan adikku diyana pindah ke kampung iaitu rumah pusaka peninggalan arwah atuk dan nenek sebelah ayah setelah ayah ku bersara.Aku tidak mengikut mereka dan menetap di rumah bujang di puchong setelah mendapat pekerjaan sebagai pembantu tadir di sebuah syarikat bumiputera.Mak dan ayah tidak bersetuju tetapi disinilah kejahilan aku mula bermaharajalela dan aku melakukan dosa sekali lagi dengan menundukkan mereka dengan ayat2 yang kutuntut dari mak long. Mereka akur dan aku berdosa….

TAHUN 2003 – MIMPI & URUT
Dalam 2 tahun ini,aku sering didatangi mimpi-mimpi seperti menyusukan bayi,didatangi arwah moyang beserta kenangan kami bersama di kampung, kedatangan putih si hulubalang dan sisik cantik puteri. Ada ketika bila bangun dari tidur,ada beberapa keping seperti sisik bertabur di atas tubuhku.

Seperti biasa,aku tidak pernah berkongsikan perihal ini pada sesiapa.Cuma apa yang aku dapat kesan akan kelainan diri aku ketika itu aku menjadi semakin panas baran, badanku sering sakit2 lebih-lebih lagi di kedua2 bahagian lututku dan yang paling ekstrim adalah aku meninggalkan terus ibadah wajib seperti solat,puasa dan mengaji.Aku selesa berada di tempat yang gelap sehingga tingkap bilik kupasang kain langsir berwarna hitam dan aku taksub pada wangi-wangian.

Aku tinggal berdua sahaja di rumah sewa bersama Mel seorang gadis melayu kenalanku dari tempat kerja.Pernah suatu hari Mel mendatangiku dengan mengatakan seluruh badannya sakit2 dan dia meminta aku menyapukan minyak panas.

Tanpa membantah,aku mencapai botol minyak dan mula menyapunya.Ketika ini,pada awalnya aku masih dalam keadaan sedar sehinggalah……

Dari sudut cerita Mel,tangan aku mula merayap di setiap tempat sakit tanpa diberitahunya.Aku bukan lagi menyapu minyak malah aku mula mengurutnya sambil bernyanyi (yang pada pemahaman aku adalah bergurindam.)Katanya aku menyanyi sambil meliang lintukkan badanku,dan bila aku dibawa bicara langsung aku tidak membalas tetapi mengeluarkan suara secara dengungan “hurrmmmgghhh…..” Apabila Mel minta aku berhenti,aku memandangnya sambil menjegilkan mata dan makin menguatkan lagi urutan.Kata Mel,dia menjadi takut dan memilih untuk mendiamkan diri sehinggalah aku sendiri memberhentikan urutan tanda sudah selesai.Apabila diceritakan semula,aku seperti blurr……

TAHUN 2005 –SI TUA & ROTAN SEGA
Aku menerima jemputan dari seorang sahabat ke majlis perkahwinannya yang berlangsung di sebuah Felda yang terletak di sebuah negeri yang kaya dengan adat pepatih.Perkahwinan yang kukira besar belanjanya kerana kemeriahan majlis itu sendiri dengan aneka lauk pauk beserta kemewahan berkat yang diterima tetamu.Namun kehadiranku kali ini hanya meraikan hari bahagia sahabatku tanpa menjamah sedikitpun makanan yang terhidang malah membawa aku kepada sebuah pertemuan dengan seorang lelaki tua disitu.Begini ceritanya….

Aku tiba agak lewat ke majlis tersebut kerana pengantin sudah pun berarak dan sedang menikmati santapan di meja mengadap.Aku memilih untuk mengisi perut terlebih dahulu sebelum bertemu sahabatku .Aku mengatur langkah menuju ke khemah tempat lauk pauk terhidang tiba-tiba aku dibisik di telinga oleh satu suara yang sangat ku kenal.”Jangan dijamu santapan kerna ada yang melepas santau disini.

Satu suapan kelak memakan diri” Ya,itu suara putih si hulubalang.Lantas aku mematikan niatku untuk menjamah makanan dan meyusun langkah menuju ke tempat kerusi yang tersedia , tiba-tiba aku disapa dari belakang.Tetapi kali ini,aku tidak mengenali suaranya.

Si Tua: “Assalammualaikum anak muda.Jauh perjalanan nampaknya.”Aku menoleh kebelakang dan bertemu empat mata.Seorang lelaki tua yang aku anggarkan berumur lingkungan 70-an menghadiahkan senyuman.
Aku: “Ermm…waalaikumussalam.Ya tuk?”aku berbahasa basi.
Si Tua: “Apa khabar ayah dan ibumu?Kau cicit Tok Berahim bukan?” aku memandangnya sedikit hairan.Bagaimana dia mengenali arwah Tok yangku sebelah ayah?Dan bagaimana dia juga mengenaliku?
Aku: “Apa hajatmu Tuk?Maaf,saya tidak kenal atuk.”
Si Tua: “Nampaknya kau bukan bersendirian ke sini.Sayang seribu kali sayang,yang berdamping bukanlah yang sepatutnya.Jangan kau alpa dan terus lupa diri anak muda.Bagai jawi ditarik keluan,kau menurut segala kemahuannya kelak dirimu akan binasa.Teguhkan semula imanmu,dekatkan diri dengan Maha Pencipta,tunaikan kewajipanmu.” Aku sedikit terpempan dengan kata-kata Si tua dan hanya mendiamkan diri.
Si Tua: “ Ini kutitipkan rotan sega,menjauhkan yang mana tidak patut mendampingi.Ia bukan azimat, jangan pula dipuja.Ia bertindak sebagai senjata yang ditakuti pada pandangan mereka.Jaga ia baik-baik,basahkan lidahmu dengan zikirullah.Jika tidak ia akan ghaib,Ingat pesanku!” Rotan sega yang berbalut kain kuning dan dijahit kelilingnya bertukar tangan.

Aku mengambil tanpa balas bicara. Dalam aku ralit meneliti bungkusan kecil kain kuning di telapak tangan,aku lantas mengangkat muka.Si Tua sudah tidak ada di depan mata.Aku tercari-cari menoleh ke kiri dan ke kanan,namun hampa.

Siapa gerangan Si Tua masih menjadi tanda tanya kerana aku tidak sempat bertanya asal usul. Kelainannya semenjak aku memiliki rotan sega berkenaan,aku tidak pernah didatangi mimpi dan suara si putih.Tetapi sayang sekali,tempoh keberadaan rotan sega dalam simpananku tidak kekal lama kerana ia ghaib secara tiba-tiba.Puas aku mencari asbab tetapi sehingga kini aku hilang punca.Adakah mungkin kerana aku tidak kembali patuh kepada Maha Pencipta??Ya,aku biarkan diri ini terus lalai hingga membuka kembali lompong hitam yang pernah wujud.

TAHUN 2007 – DETIK PERTEMUAN
Aku bermalas-malasan di atas sofa di ruang tamu sambil menunggu Mel keluar dari bilik. Kebetulan hari ini merupakan hari minggu.Aku diajak keluar bersama bertemu teman lelakinya.Mel kuat mengajak aku pergi kerana katanya Imran datang bersama seseorang.Pukul 3 petang aku dan Mel sudah berada di Mid Valley ,kami memilih sebuah restoran makanan segera sambil menanti kehadiran mereka. 10 minit berlalu, dari jauh batang tubuh Imran dan seorang lelaki yang agak tampan kelihatan menghampiri kami.Sejurus mereka duduk,aku diperkenalkan dengan lelaki di sebelah Imran “ kenalkan ini kawan aku Thaqif.”kami berbalas senyuman.

Hasil dari pertemuan aku dan Thaqif tempoh hari,kami sempat bertukar no telefon.Seminggu berlalu, dan hari ini Thaqif mengajakku keluar minum,katanya hanya ingin bertemu berborak santai.Kami berjumpa di sebuah restoran Thai yang tidak jauh dari kawasan perumahanku.Sejujurnya,aku sudah jatuh suka pada Thaqif sejak dari mula kami bertemu dan aku nekad untuk mengikatnya kali ini.

Setelah menunggu beberapa ketika, air yang dipesan tiba dan diletakkan diatas meja.Aku tidak mengambil masa yang lama, mantera ilmu penunduk dan pengikat kasih dibaca dalam hati lalu menghembus perlahan ke arah airnya.Aku berbahasa basi menjemputnya minum sambil menanti hidangan yang lainnya tiba. Dengan harapan,ilmu aku mengena!

Thaqif memegang gelas di atas meja.Sebelum gelas disua ke bibir aku mendengar bacaan basmalah dan sepotong ayat yang terjemahannya berbunyi begini “ Dengan Nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit,Dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” Usai bacaan,tidak semena2 gelas yang berada dalam genggamannya retak dan pecah tiba2.Aku terkedu dan lantas memandang tepat ke arah matanya.Dia membalas pandanganku seraya berkata “Apa jua yang awak lakukan ,saya mohon awak hentikan.Ingatlah,Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung.” Dammm!!!Aku bagaikan terkena dengan kata2 nya.

Saat itu aku mulai tak keruan dan gelisah lantas bibirku dalam getar spontan mengungkapkan kata…” Maaf ”.Aku rasa tidak betah ,aku bangun dengan niat untuk terus nyah dan lesap dari situ.Baru kira-kira aku ingin mengatur langkah,Thaqif bersuara..”Jangan pergi.Izinkan saya kenali awak dengan lebih dekat.”Aku menoleh seraya memandangnya. Benarkah apa yang aku dengar?
*info:Thaqif bukanlah seorang ustaz atau ahli agama yang melakukan perubatan islam,tetapi dia adalah seorang jejaka biasa yang di beri pendidikan di sebuah sekolah agama di Hulu Selangor,anak seorang bilal dan dibesarkan dengan penuh adab serta kasih sayang.

AWAL TAHUN 2008 –TERIMA & TOLAK
Genap 5 bulan aku berkawan rapat dengan Thaqif, segala rahsia dan salasilah hidupku kuperincikan untuk pengetahuannya.Alhamdulillah,tidak sedikit pun riak kebencian yang dipamirkan malah dia berusaha dan berjaya menarik aku sedikit demi sedikit untuk kembali ke pangkal jalan.Atas dorongan dan nasihatnya,aku pulang bertemu mak dan ayah lalu menceritakan segala hal yang berlaku selama ini termasuk ayat guna-guna yang aku kenakan pada mereka.Aku memohon keampunan dari mereka.

Maka benarlah bahawa jiwa seorang mak yang melahirkan dan seorang ayah yang membesarkan cukup besar.Mereka memaafkan aku diatas setiap dosaku yang lampau,malah tidak ada sekelumit pun perasaan marah dan benci padaku.Aku sujud syukur.Alhamdulillah,hubungan yang rapuh dahulunya kembali terjalin diantara mak,ayah dan anak.
14.01.2008

Thaqif menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan kedua orang tuaku.Pada mulanya aku tertanya-tanya,apa tujuan sebenar dia.”Saya berhajat membawa kedua orang tua saya bertemu dengan mak ayah awak.Jika tidak keberatan, sudikah jika awak saya peristerikan? “.Aku terpempan dengan kenyataan yang keluar dari mulut Thaqif.Tanpa aku sedari,ada air jernih yang mengalir jatuh dari kelopak mataku.

Sesungguhnya tidak pernah terlintas dalam benakku akan hal ini.Layakkah aku untuk dia?Aku hamba Allah yang berat dengan dosa2 silam.Dari sudut hatiku yang paling dalam,aku memanjat kesyukuran.Aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman yang paling indah buatnya.
3 hari berturut2 aku mimpi didatangi mak long dengan wajahnya yang cukup kelat.Dia merenungku tajam tanpa sebutir pun patah perkataan.

Keesokan paginya aku menerima panggilan telefon dari mak yang menyuruh aku pulang ke kampung pada hujung minggu ini juga.Buat pengetahuan kalian,Thaqif dan kedua orang tuanya sudahpun datang merisik dan mengikut kata sepakat,2 minggu lagi kami akan ditunangkan.Sepatutnya aku akan pulang pada minggu hadapan tetapi atas desakan mak,aku terpaksa juga pulang minggu ini.Pada hari jumaat,sesudah habis waktu kerja aku terus shoot pulang ke kampung.

Usai makan malam,mak dan ayah mengajak aku duduk di pangkin luar rumah berhidangkan kopi dan biskut lutut.Melihatkan kebisuaan mereka,jadi aku memilih untuk membuka mulut terlebih dahulu.

Aku: ”Mak,apa hal yang penting sangat tu.Adik rasa tak sedap hati tau.” Mak memandang ayah sebelum membuka bicara.
Mak: ”Begini dik,sebenarnya 2 hari selepas kedatangan Thaqif dan orang tuanya,mak long ada datang ke rumah.Dia….dia…tak setuju dengan pertunangan kamu.Malah dia mengamuk,katanya dia terlebih dahulu berhajat meminang adik untuk si Hadi (anak kedua mak long).”ujar mak sambil di iyakan ayah.
Aku: ”Habis tu apa kata mak dan ayah?” aku menuntut penjelasan disamping hati yang kian berdebar.
Ayah: ”Kami menolak secara baik dengan alasan janji telah pun termeterai dengan orang tua Thaqif.” Jelas ayah pula.
Mak: ”Tapi mak long kamu tak puas hati dik.Dia mengungkit segala2 nya tentang kamu.Katanya adik tak sedar diuntung,dia tatang bagai minyak yang penuh tapi ini balasannya.Sebelum dia pergi,mak long kamu cakap jangan menyesal!!” bersungguh mak menerangkan pada aku.Allah,kenapa lain benar rasa hatiku saat ini?

HARI PERTUNANGAN
Seperti yang dijanjikan, majlis akan berlangsung pada jam 2 petang namun kelibat Thaqif dan rombongan masih tidak kelihatan.Sudah berpuluh kali aku call tapi Thaqif tak dapat dihubungi malah mesej yang dihantar juga tidak berbalas.Hati aku yang makin tidak enak telah aku khabarkan pada mak dan ayah.Mereka meminta aku sabar dengan beralasan mungkin mereka lewat kerana melunaskan solat zuhur terlebih dahulu.Aku menerima dengan hati yang sedikit tenteram kerana ada kebenaran pada kata2 ayah tadi.

Namun kegusaranku mula bertandang bila jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.Aku bagai merasakan ada sesuatu yang menimpa mereka di luar sana.Pada Allah aku mohon kekuatan dan sepenuh pergantungan agar mereka diluar sana dilindungiNya.Akhirnya,tepat pada jam 5 petang,kelibat Thaqif dan rombongan tiba di hadapan rumah. Alhamdulillah…. Majlis pertunangan kami berjalan lancar walaupun agak lewat.Cincin sudahpun selamat tersarung dijari menandakan aku sudah rasmi di booking.

Usai majlis ,aku berserta mak dan ayah bertemu dengan Thaqif bertanyakan asbab kelewatan mereka.
Thaqif: ”Sebenarnya seawal 10 pagi kami dah bertolak.Cuma apa yang kami pelik perjalanan terasa amat jauh,malah kami berpusing2 di tempat yang sama sehinggakan kami terpaksa berhenti di tepi jalan. Selepas abah laungkan azan dan membaca doa,kami meneruskan perjalanan sehinggalah lagi 15 km hendak tiba kesini satu daripada tayar setiap 7 buah kenderaan kami pancit serentak.Pakngah saya hampir melanggar pokok dibahu jalan manakala yang lain ada yang hampir berlanggar sesame sendiri kerana tidak dapat mengawal kenderaan.” Penjelasan Thaqif membuatkan kami 3 beranak memandang antara satu sama lain.Hati kami menutur satu nama.Mak long!!

BENCI & GANGGUAN
3 minggu bergelar tunangan orang…
Aku duduk sambil mengoyak-ngoyak setiap helaian kertas dari buku mantera hasil berguru dengan Mak long dahulu.Setiap cebisan aku kumpul lalu aku campakkannya ke dalam tong cat kosong.Aku tuang sedikit minyak gas dan menghidupkan api menggunakan kotak mancis.Sebelum aku mulakan pembakaran, aku dahului dengan kalimah basmalah,al-fatihah,ayatul kursi dan ayat 3 kul sambil memohon perlindungan Allah.

Bibirku jua tidak henti-henti mengalunkan zikir “Allahhu”.Hasil dari api yang marak,kepulan asap hitam mula naik ke udara dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.Tiba-tiba aku di kejutkan dengan suara erangan yang sangat garau kemudian bersilih ganti suara perempuan yang mendayu seakan merintih.Tidak semena2 bulu romaku merinding. Usai selesai pembakaran , aku tuang abunya kedalam guni dan aku hanyutkan ia di sebuah longkang besar.

Hari bersilih ganti,rutin harianku terganggu dek kerana tidurku yang sukar untuk lena.Jika sudah dapat lelap,aku mulai didatangi mimpi yang kurang enak seperti terjun dari tempat yang tinggi,binatang2 berbisa seperti kala jengking.Malah ia berlanjutan kepada hubunganku bersama Thaqif.Jika berhubung melalui telefon,kami seperti biasa tetapi ia berlaku sebaliknya apabila bertemu.

Diringkaskan cerita,aku tidak boleh melihat Thaqif,aku menjadi benci dan sering mencari salahnya.Ungkapan yang sudah menjadi terjal dariku kepada Thaqif adalah “putus,putus,putus!” tanpa sebab musabab yang kukuh. Sehinggalah pada satu hari ketika kami bertemu di Dataran Shah alam berlaku ketegangan apabila aku meminta putus dan memulangkan cincin.Thaqif seperti biasa,hanya diam dan tidak melayan amarahku sehinggalah tiba-tiba aku memaki hamun dan menamparnya.

Aku: “Lepaskan dia.Dia bukan milik kau!” suara aku menjadi garau.Thaqif mengangkat muka memandangku dan katanya,dia sedar itu bukan suaraku.Aku meluru ke arahnya dan ingin mencekiknya. Lantas Thaqif menahan seranganku,dia membaca ayatul kursi dan kemudiannya melaungkan azan di telingaku.Aku jatuh longlai kemudiannya pengsan.Sedar2 sahaja aku sudah dibawa pulang ke kampungku.Aku dirawat oleh seorang ustaz dan hasil dari tilikannya,aku telah disihir oleh seseorang dengan niat untuk memisahkan aku dan Thaqif.Puas aku berfikir,hanya satu nama yang bermain di fikiranku…Mak long!

Oktober 2008 – HARI BAHAGIA BERTUKAR DUKA
Aku sedang ralit memberikan sentuhan terakhir pada 9 dulang hantaran sebelum majlis akad nikah yang akan berlangsung esok hari.Seperti jangkaanku,kelibat Nek Jah dan Mak long dilihat berada di dalam rumah.Sebolehnya aku cuba menjauhkan diri dan mengelak dari bertembung mereka.Walaupun aku mendesak mak untuk tidak menjemput mereka,tetapi aku terpaksa akur dengan keputusan mak utk menghantar jemputan.Kata mak,tidak patut untuk mengecualikan mereka sementelah mereka adalah saudara mara terdekat

.Mak tidak mahu dikata-kata orang belakang hari.Sejak peristiwa 3 serangkai dahulu, Nek Jah dan Mak long bertelagah besar dan tidak sebulu.Hari perkahwinanku ini adalah medium pertemuan empat mata diantara mereka setelah bertahun-tahun lamanya.
Malam itu,aku didatangi mak long di kamarku yang dihias indah.Dia berhajat ingin memandikan aku bunga disamping meminta baju yang tersarung dibadanku ketika itu.Aku cuba mencari alasan untuk tidak mematuhi keinginannya.Dalam berteka teki memerah otak,tiba-tiba muncul pula Nek Jah di muka pintu. Ahh,sudah!

Mak long: “Ha,apa yang kau nak orang tua?” sinis mak long menyoal Nek Jah.
Nek Jah: “Jangan kau sibuk dengan urusanku.Kau yang patut berambus! Bawa sekali hantu jembalang kau tu.”Nek Jah pulang paku buah keras.
Mak long: “Kurang ajar kau ye.Jangan sesekali bermain dengan api,buruk padahnya!”
Nek Jah: “Hahahaha, bicaramu bagai gelegar buluh, jadinya belum tentu!Busuk hatimu bagaikan ulat,benar telahan arwah ibuku kelmarin.”

Masing2 gah bertikam lidah,aku menjadi bingung dengan situasi ini.Akhirnya cetusan perbalahan menggamit kehadiran mak dan ayah.Kesudahannya,3 bersaudara itu bergaduh besar dan tanpa diduga mak menghalau mereka kerana terlalu geram.Nek Jah berpergian bersama hati yang galau manakala Mak long pula menyimpul dendam.

Pernikahanku berjalan lancar,dengan sekali lafaz aku bergelar isteri kepada Thaqif.Kusangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Pelbagai insiden yang tak terjangkau terjadi pada hari persandinganku di kedua-dua belah pihak.Di majlis sebelah aku,mak tiba-tiba meracau di saat aku berarak menuju ke pelamin,majlis menjadi kecoh apabila serangan hysteria berjangkit dari seorang ke beberapa orang dan melarat ke berpuluh orang

.Lauk pauk yang dihidang dibawah khemah dan gulai kawah yang masih bertenggek diatas dapur kayu yang apinya masih menyala,semua basi dan naik buih serta mengeluarkan bau yang busuk macam bangkai.Seminggu kemudian,majlis di rumah Thaqif juga menerima tamparan selepas lembu yang sihat tubuhnya mati selang sehari sebelum majlis.

Pinggan mangkuk kaca semuanya meletup dan pecah dengan sendiri sehinggakan pihaknya terpaksa menggunakan pinggan polisterin.Sahabat2 kami yang ingin hadir ke majlis kami terpaksa membatalkan niat atas alasan mereka tidak jumpa lokasi rumahnya,waimah teman sekampung.Begitulah antara kejadian yang kami alami di hari bahagia kami……

TAHUN 2009 -2017 –HARI2 YANG KULALUI
Hari-hari yang aku lalui setelah bergelar isteri sangat mendamaikan.Alhamdulillah, aku bahagia cuma dalam suka pasti terselit duka.Dalam tempoh 8 tahun ini,kami sudah 3 kali berpindah rumah.Dan dalam tempoh ini jugalah,aku diduga dengan pelbagai insiden.Antara peristiwa yang tidak dapat aku lupakan adalah…….

1)DIA BUKAN SUAMIKU
Usai menyantap sarapan pagi,aku menghantar Thaqif ke muka pintu untuk pergi kerja.Hari ini aku MC kerana kesihatanku tidak mengizinkan.Pukul 8 pagi,aku mengambil keputusan untuk menyambung tidurku kerana kepalaku sangat sakit.Ketika aku sedang lena,tiba2 aku tersedar apabila pintu bilikku dibuka.Thaqif berdiri memandangku tanpa bersuara.
Aku: “Eh,abang balik?Ada barang tertinggal ke” pertanyaanku dijawab dengan anggukan.Lantas Thaqif berjalan ke arahku dan membaringkan dirinya di sebelah sambil memeluk pinggangku erat.Dia mencium batang leherku dengan nafas yang berdengus keras seperti orang yang sedang berahi.
Aku: “Maaf bang,sayang tak sihat,abang pun tahu kan?” Sekali lagi Thaqif hanya diam membisu.Aku andaikan dia mengerti.Aku memejam mata melayan kantukku.
11.30 pagi,aku sedar dari lenaku.Aku toleh sebelah kiri,suamiku tiada disisi.Dalam fikiranku,mungkin dia sudah kembali ke tempat kerja tanpa mengejutku.Aku bangkit mandi ,bersiap ke klinik dan sejurus selepas itu hendak ke mini market untuk membeli barang basah untuk dimasak.Aku tiba di rumah jam 2 petang dan kelihatan di ruang tamu suamiku sedang duduk menonton TV.Aku mengerut dahi dan bertanya…
Aku: “Ehh,tadi abang dah balik ni balik lagi.Abang ni kerja ke tak ni?” Soalanku dibalas bersama kerutan diwajahnya.
Thaqif: “Ehh,sayang ni.Abang baru je balik la,abang ambil half day sebab sayangkan tak sihat. Ehh,kejap..kejap.. Apa maksud sayang abang dah balik,balik lagi??”Kini Thaqif pula mengajukan soalan.Aku menceritakan apa yang berlaku pagi tadi,dan hasil dari perbualan kami suamiku langsung tidak pulang ke rumah pagi tadi.Soalnya,siapa DIA???

2)IKAN PARI MELEKAP
Sepanjang tempoh aku datang haid,setiap malamku didatangi mimpi akan sesuatu berupa bentuk ikan pari yang melekap di kemaluanku menghisap darah.Puas aku cuba menolaknya,namun usahaku hampa. Untuk aku sedar dari mimpi,aku melaungkan azan sehingga aku tersedar.

3)DITINDIH
Sepanjang tidurku,aku kerap ditindih.Pelbagai usaha aku lakukan termasuk ambil wudhuk, tidur mengiring ke kanan,mengibas tempat tidur,menukar posisi,membaca al-fatihah,ayatul kursi dan 3 kul tetapi aku tetap juga ditindih.Akhir sekali,Thaqif menyarankan aku membaca al-quran dan mengamalkan 2 ayat terakhir dari surah al baqarah sebelum tidur.Di samping itu dia,menyuruh aku perbanyakkan zikir Allahu dan beristighfar sehingga lena.Alhamdulillah,ia berhasil.

4)DISAPA KAK PONTI
Memandangkan rumah kedua yang kami pindah ini adalah seuah apartment,kami menyewa di tingkat 8 sebab itu sahaja lot yang kosong.Sedang aku ralit membasuh ikan di singki dapur tiba2 aku dihadiahkan penampakan kak ponti berterbangan bebas dan menyinggah ke tingkap yang betul-betul di hadapan mataku sambil mengilai nyaring.Saat aku menaip cerita ini,aku masih dapat membayangkan wajahnya yang “cantik”….erkkk

5)AYEN & BABY
Ketika ini hari minggu,Along menitipkan anaknya2 di bawah jagaanku kerana ada kursus yang perlu dia hadiri di bumi Pahang sementelah kakak iparku pula turut mengikutnya.Kursus sambil berhoneymoon la gamaknya sempena anniversary mereka.Takpelah ,kasi can kan….
Ayen anak mereka yang paling bongsu baru bersusia 3 tahun.Mulutnya sangat keletah dan agak bijak budaknya.Ketika aku memandikan Ayen tiba-tiba dia berkata……“Syiannn aunty,momok jahat.momok makan baby aunty.” sambil tangan ayen mengusap-usap perutku.Allah!!Memang aku sudah lewat datang haid 3 minggu,dan pada malamnya aku tewas.Darah membuak2 dan berketul-ketul keluar dari faraj…..

Konklusinya,akibat dari pelbagai mimpi dan kejadian aneh yang menghantuiku Thaqif membawa aku bertemu beberapa orang Ustaz untuk berubat.Hasil dari pengamatan mereka adalah sama,aku disihir dan dihantar jin suruhan berbentuk hantu raya,kak ponti dan bajang untuk menyakiti dan mengangguku. Ditambah pula dengan jin2 yang sudah sedia menghuni rumah sewa kami sebelum ini.Patutlah ada berpuluh-puluh cicak dalam satu masa di rumah sewa pertama dulu.Setakat bunyi guli,alih perabut semua tu dah jadi kebiasaan buat kami.

Tetapi kata ustaz,si penghantar melakukannya kerana sakit hati dan dendam.Apabila ditanya siapa penghantarnya,mereka tidak mahu memberitahu tetapi hanya memberi kiasan “bukan orang lain,darah daging juga…”Aku tetap yakin,semua ini adalah hasil tangan Mak long.Kenapa aku begitu yakin??Sebab dia sendiri yang mengakuinya dalam mimpi…Setiapkali aku diusik jembalangnya,pada malam hari aku akan didatangi beliau.

Dia pernah berkata….”Seronok tak?Mahu lagi?Anak buah tak sedar diuntung!Hidup kau takkan aman. Satu kau bunuh,beribu lagi aku hantar!”. Sampai hati dia………aku anak buahnya.Darah dagingmu Mak long.

Putih si hulubalang ada hadir dalam mimpiku,meminta aku perasapkan kemeyan.Dia mahu membantuku melunas dendam pada Mak long tetapi aku tidak sama sekali termakan akan katanya kerna bagiku, kepada Allah lah sebaik-baiknya aku memohon pertolongan.

TAHUN 2016 – SIAPAKAH MEREKA?
Masuk kali ni, sudah 3 kali berturut-turut malam jumaat aku didatangi mimpi yang sama.Episodnya seperti berulang-ulang dengan orang yang sama,latar belakang yang sama dan dialog yang sama. Sejujurnya aku masih lagi mencari jawaban di atas persoalanku ini.

Mimpi ini aku kongsikan hanya pada suamiku sahaja sebelum aku kongsikan ia bersama kalian.Jika ada diantara kalian yang bisa merungkai mimpi ini,aku sangat2 berterima kasih. Aku didatangi mimpi oleh 3 orang yang tidak kukenali seumur hidupku.Seorang nenek tua yang sudah bongkok badannya bersama seorang perempuan yang sangat jelita dengan persalinannya yang sangat memukau bagaikan seorang puteri .Ditemani pula seorang jejaka tampan yang bertubuh segak dan sasa, lagaknya seperti seorang hulubalang istana.Kata mereka padaku….

“Datanglah kemari.Kami menantikan kedatanganmu ke pulau besar”
Dan mereka titipkan 3 barang pemberian yang aku temui di bawah bantal saat aku sedar dari tidurku iaitu sepotong kulit harimau,benang cindai dan sebotol minyak kasturi yang didalamnya ada helaian bulu buluh perindu.

TAHUN 2017 – SAMPAI BILA?
13.03.2017
Aku: “Ya Allah,sakitnya bang…”
Thaqif: “Sabar sayang,sabar….”sambil dia mendakap dan mengusap lembut belakang tubuhku.
Sejujurnya, mimpi kali ini paling ekstrim yang pernah aku alami seumur hidupku.Kedatangan 2 ekor putih si hulubalang kali ini bersama amukan dan kesakitan. (kebiasaan sebelum ini yang hadir berinteraksi denganku hanya seekor kerana seekor lagi bersama Nek Jah).

Kebetulan dalam mimpi kali ini Nek Jah turut ada bersama dan bertindak sebagai perisaiku.Dalam mimpi tersebut, putih si hulubalang mengamuk dan meminta Nek Jah menyerahkan ‘Pedang Raden’ kepadaku kerna katanya aku lebih berhak memiliki.Aku seperti terpinga-pinga kerana inilah kali pertama aku mendengar tentang kewujudan pedang tersebut.

PSH: “Serahkan Pedang Raden kepadanya kerna dia berhak memiliki.Sudah sampai masanya kami bertuankan dia bukan lagi kau dan warismu!” Dalam situasi aku berdiri dan Nek Jah berada dihadapanku mendepangkan ke dua tangannya ke kiri dan kanan seolah-olah aku dilindungi.
Nek Jah: “Warisku sudah mahu menerima kalian.Jangan lagi kau ganggu cucuku kerna dia tidak mahu!”

PSH: “Selagi wujud bulan dan bintang, selagi itulah kami tetap menjadi seteru keturunan Tuan asal kami iaitu ibumu(moyangku) .Kami mahukan yang perempuan dari keturunannya sedangkan warismu adalah lelaki!!!”

Sejurus kata-kata ini keluar dari mulut putih si hulubalang, badanku tiba-tiba rasa direntap.Batang tubuhku dari sebelah belakang terasa amat perit sekali seperti ada satu kuasa yang menjamah dan meresap secara paksa.Setiap urat yang berselirat di kedua tangan dan kakiku berasa sangat pedih yang bukan kepalang ,serasa bagai ada sesuatu yang menjalar masuk melaluinya.Ketika dan saat ini,hanya pada Allah tempatku bergantung sepenuhnya.Ayatul kursi aku baca berulang 3 kali dan aku azan sekuat dan semampu yang boleh sehingga aku tersedar dari tidur.Demi Allah,saat ini badanku sangat lemah selemahnya dan teramat sakit menahan pedih.Aku mengejut suamiku dan menangis semahunya…

Keesokan pagi,aku membuat panggilan ke kampung dan menceritakan perihal mimpiku kepada mak.
Mak: “Ya Allah dik, mak pernah dengar pasal Pedang Raden tu.Pedang tu memang wujud.Pak Usu kamu pernah beritahu mak,pedang tu Pak Ngah Ipin kamu yang simpan!” Setelah berbincang dengan suami serta mak dan ayahku, kami berhajat untuk bertemu empat mata dengan Nek Jah yang kini sedang terlantar sakit selepas tidak bertemunya selama 8 tahun untuk merungkai semua ini. Dan mereka juga ingin membawa aku bertemu dengan seorang Ustaz di seremban minggu hadapan.Aku memohon pada kalian sahabatku agar mendoakan pertemuan ini dan usaha mengubatiku dipermudahkan dengan izin Allah swt.

16.03.2017
Aku menatap cermin meja solek di hadapan. Kuamati setiap inci wajahku… ya,kelopak mataku semakin lebam,rona kulit bertambah pucat dan batang tubuhku makin hari menjadi lesu. Hasil diagnosis doctor yang kuterima hari ini memberi hasil yang memedihkan ulu hati.Kompilasi beberapa penyakit yang kuhidapi sekaligus benar2 menjatuhkan aku hingga terduduk.Aku menangis.Aku tidak bermaya sahabat.Tolong,doakan aku kuat.

Buat kalian,aku tak pasti bila lagi kita akan bertemu.Mungkin diizinkan Allah kita bertemu lagi di lembaran akan datang atau mungkin ini jadi yang terakhir,wallahualam.Apa yang ingin kutitipkan disini, letakkan Allah,Para Rasul-Nya dan Al-Quran yang utama.Jauhi diri dari terjerumus dalam lembah hitam ilmu2 dan makhluk yang menyesatkan hingga membawa anda syirik pada allah swt.Bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah kerana sesungguhnya,Dialah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Insyaallah.Amin

#Buat kak yuli, lala dan sahabat2 yang mendoakan,memberi nasihat dan memberi komen saya dahului dengan ucapan terima kasih.semoga allah merahmati kalian.amin
Wassalam.
CikEdot

44 thoughts on “MOYANG 3: AKU & MEREKA”

  1. menurut tempat2 dalam cite ni.semuanya berlaku di melaka.insyALLAH kak saya doakan akak akan sembuh.semuanya dengan izin ALLAH.tiada yang berkuasa selain ALLAH.AAMIN

    Reply
  2. Semoga akak cepat sembuh dan dijauhi dari perkara2 yang mendatangkan malapetaka buat keluarga CikEdot… Semoga mereka ini insaf dan kembali kejalan Allah SWT

    Reply
  3. Ya Allah beratnya ujian. Moga dipermudahkan segala urusan dan Allah menyembuhkan penyakitmu. Aamiin. Moga bertabah dan moga Allah lindungi segala nya.

    Reply
  4. Allahu.. semoga bertabah yea. semoga dilindungi Allah selalu. sedih saya baca. besar dugaan tu insya Allah besar juga ganjaran Allah pada kamu nanti.

    Reply
  5. Hanya orang-orang yang mengalaminya saja tahu sakit azab dan derita menanggung sesuatu yg kadangkala tak terzahir di depan mata. Biarpun ianya bukan milik dan keinginan kita. Saya faham apa yg kak alami, saya pun melalui episod sebegini. Kisah tak sama tapi intipati nya sama iaitu saka keturunan. Ujian di titipkan buat kita mengikut kemampuan, hasbuna Allah wani’mal wakil. Buat akak (cik edot) Moga Allah melindungi dan menyembuhkan sakit yg tak terzahir tu. Allah sebaik-baik pelindung. Ameen.

    Reply
  6. moga allah bersama akak, dikuatkan perisai iman, dihapuskan segala kesakitan..
    tabah kak!!..
    allah ada bersama kita
    kuat!!

    Reply
  7. Allahu…tak terzahir kesyukuran dan terima kasih buat kalian yang mendoakan.Berguguran jua airmataku melihatkan kesungguhan kalian yg berdoa akan kesembuhanku.Terima kasih sahabat semua….terima kasih.semoga Allah merahmati kalian.amin

    Reply
  8. “Putih si hulubalang ada hadir dalam mimpiku,meminta aku perasapkan kemeyan.Dia mahu membantuku melunas dendam pada Mak long tetapi aku tidak sama sekali termakan akan katanya kerna bagiku, kepada Allah lah sebaik-baiknya aku memohon pertolongan.”

    Bace part ni memule ayat tu akk takot sgt…
    Takot CikEdot hilang pertimbangan dgn semua tekanan dan dugaan kemudiannye mengalah dan akur dgn tawaran PSH…
    Tapi Alhamdulillah…
    Allah bersama CikEdot sekeluarga…
    Dipelihara, dilindungi dan dirahmati naunganNya…

    Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu…
    Walau kdgkala ade keluhan lumrah kita manusia biasa, namun di akhirnya yakin pada qada dan qadar Allah…
    Semoga Allah memberikan yg terbaik pada perkiraanNya smda baik atau buruk…
    Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui hikmah di sisiNya…
    InsyaaAllah…

    Reply
  9. Dulu.. Mase saya kecik lg.. Ada org cerita, pulau besar tempat org membuang benda2 ni. Tapi sekarang, saya tak tahu.
    Kawan saya ade berpesan, benda2 ni tak mampu tolg kita dalam kubur nanti. Semoga cikedot sentiasa kuat dan tabah.Allah bersama dgn puan.
    Saya doakan moga cikedot pulih dan Allah melindungi keluarga cikedot.

    Reply
  10. pernah dlm mimpi tetiba azan kuat kuat. baca ayat kursi lepastu terjaga. tp still positif fikir tkde pape sbb tkde lagi kejadian aneh jadi. pernah jugak mimpi dikelilingi anak ular, jatuh dari gunung lah, tmpt2 tinggi. mak sedapkan hati ckp tkde apa2. dah lama teringin nak pergi berubat tp takut nak terima kenyataan.

    Reply
  11. Tetap tabah Akak. Allah sentiasa bersama Akak. Minta darinya. Mohon sepenuh hati pada nya. Apa jua pengakhirannya. Allah lebih mengetahui. Semoga Akak sentiasa dibawah perlindunganNYA. In sya Allah.

    Reply
  12. Bertabahlah wahai sahabat,insyallah dipermudahkan segala urusan dlm setiap ujianNya.Ada sorg sahabat yg boleh buang saka & segala yg di izinkan olehNya. Dia tidak menggunakan jin. Jika puan berhajat sy boleh kenalkan. Insyallah…

    Reply
  13. Assalam sis cik edot..

    Moga Allah memberi perlindungan dan kesihatan, keamanan dan kebahagiaan hidup pd sis dan keluarga.. Aamiinn

    Sis, ada ustaz bgtau, mohon doa jgn minta diberi kekuatan, sbb jika cmtu, nnti lg byk ujian mendatang utk jadikan kita kuat.. sis doa lah semoga Allah melindungi sis, dan menjauhkan sis dan keluarga dari pandangan hasad dengki dan kejahatan makhluk2 Nya.. Aamiinn..

    Reply
  14. Smoga akk tabah dan kuat menerima ujian dr Allah…
    Smoga akk shat kembali…
    Jgn terpedaya dgn bisikan syaiton yg durjana…
    Allah adalah sebaik baiknya tmph kte mohon perlindungan dan meminta pertolongan….

    Reply
  15. Semoga urusan kakak dpermudahkan..semoga proses rawatan berjalan lancar.semoga kakak tambah menjalani ujian dri Allah..Aamiin3x..

    Reply
  16. Salam, mimpi2 yang CikEdot senaraikan tu semuanya saya pernah lalui juga.

    Mengenai mimpi 3orang yang CikEdot maksudkan berpewatakan seperti
    “Seorang nenek tua yang sudah bongkok badannya” = nenek kebayan
    “bersama seorang perempuan yang sangat jelita dengan persalinannya yang sangat memukau bagaikan seorang puteri”= Puteri
    “Ditemani pula seorang jejaka tampan yang bertubuh segak dan sasa, lagaknya seperti seorang hulubalang istana.” = Panglima Hitam

    Dari pengamatan saya, ciri2 yang CikEdot sampaikan sebijik macam saka keturunan yg diwarisi oleh keluarga saya. Entahlah, mungkin kebetulan atau sebaliknya. Saka “puteri” mungkin ada bersama dengan saya. ( meremang bulu roma saya sekarang ni )

    Pulau besar saya tak pasti apa. Pada pendapat saya mereka bertiga mungkin saka yg akan membantu CikEdot. Wallahualam. Semoga kita semua dilindungi dari syaitan yg dilaknat.Sebaik-baik pertolongan adalah dari Allah S.W.T

    Semoga CikEdot kembali sembuh seperti sedia kala. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa selain Allah Taala.

    * boleh rujuk di FS ” Saka Tok Nenek & Saka Tok Nenek 2″ (pengalaman saya yang mendapat saka tanpa disedari)

    Reply
  17. Aku doakan semoga penulis tabah dan kuat mengharung dugaan ini. Mendidih darah bila baca golongan halus ni cuba menggoda penulis konon dengan niat menolongnye. Yang pasti itu semua tipu daya dan muslihat semata

    Reply
  18. bersegeralah ke sana dengan suami dan org yg arif ke pulau besar tu untuk memutus selesaikan hal yg berbangkit…wallahualam…

    Reply
  19. Semoga akak cikedot selamat daripada segala perbuatan jahat makhluk2Nya…tabahlah kak dan suami semoga semuanya dipermudahkan Allah S.w.t

    Reply
  20. Ni cuma tekaan semata2
    Nenek tua=jin yang menyerupai moyang awak
    puteri cantik=sisik puteri (jin)
    pemuda kacak=putih sihulubalang (jin)
    pulau besar=tempat segala jin bertandang.
    Itu semua adalah SYAITAN.

    Reply
  21. pulau besar tanjung bidara dekatnya dgn keturunan family sy.arwah moyang sy pun ada sesuatu tp katanya arwah kakak dia yg bagi.masa meninggal pun mcm2 hal jadi.wallahualam

    Reply
  22. Saya memulangkan apa sahaja yang saya ambil dari penulis, pembaca dan pengomen dan kepunyaan penulis,pengomen/pembaca yang ada pada diri saya.Saya pun ambil yg haq daripada semua tiada yg bathil dulu kini dan akan datang.

    Reply
  23. Tempat-tempat yang diceritakan berhampiran dengan kampung sebelah suami saya dan keluarga sebelah suami saya juga ada saka. saya sendiri pernah ternampak seorang nenek tua yang pendek dan seorang lelaki yang sasa berpakaian pendekar. wallahualam…

    Reply
  24. Kritikal jgk mslh gngguan saka pd saudari ni..try saudari cuba cara pagar kediaman dgn garam dan lada hitam..sediakan garam kasar dan lada hitam utk 3x buat 3hari brturut2..letak 2bekas asing2..bacakan ya qahhar dan ya jabbar 555x ataupun bc slh satu pn xpe..sebaiknya kdua2 asma Allah tu..stiap kali smpai pd bcaan ke 100,tiup sambil gaulkan pd kdua bahan trsbut..jgn campurkan lg kdua bahan tu..dh siap bc ambik lada hitam taburkan kt tepi2 dan penjuru dinding dlm rumah..bhgian atas siling campurkan kdua2 bahan trsebut dgn bykkan garam dari lada hitam..kmdian dlm bilik air pn sama jgk campurkan dua bahan tu..bilik air biasanya jln utama makhluk halus msuk rumah..bhgian luar rumah jgk sama..campurkan dua bahan tu..buat 3hari iaitu 3x buat dan jgn skali2 putus asa..slagi ada gngguan slagi tu buat xkira brp kali pn..lwn je jgn ada rasa takut..lada hitam yg dlm rmh tu jgn sapu sbb dh jd pagar..klau 3x buat xjd jgn risau ..buat je lg brp kali pn jgn ada rasa mngalah pd gngguan2 tu..slagi ada slagi tu buat..utk ubatkan diri saudari plak sdiakan air brsih seeloknya air yg dh ditapis tp xnk air yg dh dimasak..sdiakan 4-5gelen pn xpe..lg byk lg baik psl xyah buat byk kali..pstu mcm biasa bukak penutup dia dan bacakan al fatihah 70x, ayat kursi 70x, al ikhlas 70x, alfalaq 70x, an nas 70x,kmdian tiupkan pd air tu..jgn pikir “byknya bcaan ni!”…klau pikir cmtu smpai bila pn xjd buat..ala xlama pn..klau ada hal blh stop dan ingt jumlah dia pastu smbung la blk nanti ada masa..saudari nk buat sndiri pn blh atau sesape pn blh..klau saudari buat sndiri lg baik psl bcaan tu pn dh jd penawar bg saudari..air tu akan jd ubat bg sgl pnyakit dgn izin Allah dan sape2 pn blh mnm..blh jgk spray atau renjis pd tmpt2 yg kna gangguan..utk ruqyah diri nnti sy kongsikan lain kali..buat dlu yg kt atas tu dan jgn skali2 pts asa dan kalah dgn iblis syaitan..kuatkan semangat dan lwn iblis syaitan tu..semoga Allah beri kesembuhan.

    Reply
    • Allahu..syukur krn Allah menggerakkan hati utk saya komen disini.

      Terima kasih saudara atas perkongsiannya.insyaallah akan saya lakukan.Mohon izin untuk saya share pada sahabat2 yang lain..semoga allah merahmati saudara dan keluarga.amin

      Reply
  25. saya pun selalu bermimpikan yang bukan2..terutama harimau..cuma xpernah bertemu..hanya dalam mimpi..apa ptt sy lakukan?

    Reply

Leave a Comment