Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku. Panggil je aku Y. Kisah ni aku tulis sebagai pengajaran buat semua. Aku dah berbulan pendam segala apa yang berlaku dalam hidup aku. Kalau tak kuat iman, mungkin aku dah jadi gila akibat perbuatan manusia yang berhati busuk.
Pengalaman ngeri aku bermula lepas berapa bulan aku bertunang. Aku mula marah2, jadi tak keruan, hati sentiasa rasa nak lempar barang setiap kali aku jumpa tunang aku. Perasaan marah tu membuak2. Sedangkan dia tak buat salah pun. Mula2 aku ingat itu cuma ujian dalam fasa bertunang. Namun makin hari aku jadi makin pelik dgn apa yg berlaku. Tak lama selepas tu, muka aku seperti terkena alergi. Naik ruam2 besar macam jerawat batu, muka aku seperti disalai, pedih, panas dan gatal2 macam terkena miang buluh. Hanya Allah swt yg tau perasaan aku masa tu.
Aku amik cuti 2 minggu sebab malu dengan muka aku. 2-3 doktor aku jumpa namun semua kata darah aku normal, takde racun, takde apa2 yg membuatkan muka aku jadi macam tu. Akhirnya kawan aku, aku panggil dia A. Si A ni hubungi aku bila dapat tau. Dia cepat2 suruh aku jumpa bapak dia. Dan malam tu jugak aku datang jumpa dia. Dan terbongkarlah rahsia kenapa aku jadi macam tu. Menurut bapak dia, aku dihantar sihir oleh seseorang sebab marahkan aku bertunang dengan tunang aku tu. Rupanya selama ni dia mengikuti segala aktiviti aku dan tunang aku. Siapa dia? Nanti aku bagitau.
Selepas berubat, aku balik ke rumah. Rumah ni aku tinggal sorang2 sebab aku ni jenis dah biasa duk sorang2 sejak zaman sekolah lagi. So bermula la kisah aku kena kacau hampir tiap2 malam. Macam2 yg aku kena antaranya barang2 kat bilik air kena baling, malam2 handphone kena campak, dengar org ketuk tingkap sedangkan aku duduk kondo kot. Celah mana plak og nak datang panjat umah aku tu dan yang paling tak best bila ko dengar bunyi orang menumbuk pakai lesung batu tu tgh2 malam buta. Ingatkan jiran atas rumah tapi bila dengar balik rupanya dalam rumah aku sendiri.
Masa tu rasa nak lari je keluar tp aku fikir balik, aku takut benda tu dah tuggu siap2 nak buat surprise depan pintu plak.. Nak tak nak aku bertahan jela. So aku pun baca ayat qursi berkali2. Mengigil jugak masa tu. Dekat subuh baru hilang bunyi tu. Bayangkan lama tak lama la aku duk berselubung dalam selimut. Ingatkan habis dah lepas tu. Aku pun penat sgt, nasib esok tu sabtu. So pg tu aku kemas umah, basuh baju then sambung tido balik. Entah macam mana masa tu aku dengar handphone aku bunyi. Masa tu aku dok mamai lagi. Antara sedar dan tidak la.
Bukak2 mata aku nampak perempuan lalu depan aku. Berkebaya lusuh dan kaki dia..nauzubillah…HITAM KELABU! Nasib baik aku cuma nampak paras pinggang ke bawah je. Macam mayat hidup berjalan dah. Cepat2 aku tutup mata balik dan aku alihkan badan aku ke tempat lain. Dalam hati masa tu, ya Allah..Dia je tau..sebabkan benda2 ni semua, aku jd trauma nak tidur kat umah aku sbb takut. Tp aku takde pilihan. Rumah parents aku jauh sangat dari ofis (dalam 40km) dan aku pun takde kawan yg duduk sama area. Maka bertabahla aku masa tu. Bila aku cerita dekat tunang aku, dia tak nak percaya. Asik cakap dgn aku, tu perasaan aku je..ada sekali aku taktahan asik kena kacau, aku menangis2 call tunang aku tp tu lah.
Dia asik kata perasaan , perasaan. Mmg naik gila aku dibuatnya kena hadap benda ni sorang2. Dah banyak orang aku jumpa tapi still kena ganggu jugak..
Last2 aku pindah KL balik. Kebetulan aku dapat keje baru. Ingatkan dah habis gangguan tu rupanya ada lagi. 1st month duk umah baru ok lagi. Takde apa2 berlaku. 2nd month aku dah start kena balik. Kali ni extreme sikit. Aku terjaga dari tidur sbb rasa macam ada orang dok tenung aku. Sekali bukak mata nampak si gula gula (paham kan gula gula ni apa. Aku malas nak taip nama dia. Kang muncul lagi sia2 je huhu).
Tau tak dia tengah buat apa? Dia dok bersandar sambil mencangkung tepi toilet bilik aku. Katil aku plak betul2 menghadap tempat dia lepak tu. Cepat2 aku tutup mata balik. Bila bukak mata balik, dia dah takde dah. Masa tu hubungan aku dgn tunang aku memang makin teruk. Bayangkan dekat setahun aku kena kacau. Kitorang asik gaduh. Bukan gaduh kecik2 tu. Ni gaduh besar. And everytime aku akan cakap putus putus putus.
Walaupun aku mmg taknak putus dgn dia sebab aku sayang dia kot. Bertahun2 aku tunggu dia, sabar dgn perangai dia, susah senang sama2. Dari takde pape, sampai dia dah dikira sebagai berjaya la jugak. Mungkin sbb ni la seseorang tu nakkan dia balik. Yes, seseorang tu ada kaitan dgn hidup tunang aku. Aku panggil dia T. Diorang ni penah berkahwin tp dah bercerai berbelas tahun tetiba muncul balik sebab gilakan harta tunang aku. Macam2 cara T guna nak dapatkan tunang aku balik. Mula2 dia kenakan aku tapi aku dapat tau masa aku pegi berubat dulu, dan dia tukar strategi hantar sihir kat tunang aku plak.
Ada 2-3 ustaz bagitau aku benda yang sama. Katanya ada seseorang hantar sesuatu pada aku dan tunang aku. Alhamdulillah aku berjaya pulihkan diri aku. Tapi tunang aku still tak percaya lagi benda2 ni sume. Hampir tiap2 ari aku berdoa pada Allah, moga Dia lindungi kami dari sihir dan moga tunang aku terbukak hati pegi berubat. Akhirnya perkara tak diingini berlaku jugak. Kami putus tunang hanya berapa bulan sebelum majlis. Tunang aku mintak putus sebab katanya dia takde hati dengan aku. Masa tu rasa nak runtuh dunia. Aku menangis berminggu2.
Dan abang aku bawak aku g berubat lagi sekali. Dan depan family aku, ustaz bagitau apa yg jadi..aku dan tunang aku terkena sihir pemisah..dan dia juga beritahu siapa yg buat dan siapa yg nakkan aku sengsara. Yang paling sedih bila dia kata tunang aku hanya nampak T je. Takde perempuan lain selain dia. Dia nasihatkan aku tingkatkan amalan, baca ayat2 yg dia ajar sebelum tido. Yang penting aku kena pulih dr sume sihir dulu..tak lama lepas tu aku dpt tau diorang kawin. Sedih dan kecewa hanya Allah swt yg tau.
Segala rasa sakit aku, kecewa aku, aku mengadu pada Dia..biarlah Allah je yg balas segala perbuatan dia. Aku yakin doa org teraniaya seperti aku akan dimakbulkan.. dan aku bersyukur sbb kejadian ni buatkan aku makin dekat padaNya. Satu hari nanti kifarah pasti datang pada dia. Dan aku harap dia tau yg aku takkan maafkan dia. Dan aku harap sgt dia tau dan sedar yang perkahwinan yg dibina atas air mata org lain takkan kekal bahagia..apatah lagi atas ilmu syaitan..sikit demi sikit kebenaran akan muncul jua.
Allah swt sentiasa bersama2 org yang sabar dan bersabar atas ujianNya. Kepada T, skang mungkin ko bahagia dgn dia, sekarang mungkin ko rasa ko dah berjaya. Tapi ingatla..Allah swt tak penah tido..aku tau ko dah hasut keluarga tunang aku supaya diorang bencikan aku dan ko tuduh aku yg bomohkan tunang aku dan ko walapun hakikatnya ko yg bermain ilmu.
Aku redha dgn apa yg berlaku namun aku takkan maafkan ko sampai bila2. Dan aku berdoa moga Allah swt sentiasa lindungi aku dr manusia seperti ko..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sedihnyee baca. Sabar ye kak. Semoga ada sinar bahagia utk akak. In Shaa Allah.
Bersabarlah sis, Allah uji kita kerana kita mampu.mungkin adalah hikmah yang lebih baik daripada ni. Allah uji dengan pelbagai cara. Ada yang dapat nikmat, ada yang dapat musibah. Sebab tu adalah salah satu cara kita dinaikan darjat,dekatkan diri kita dengan Allah dan boleh juga terjadi untuk muhasabah diri kita ni. Keluarga saya pun hampir jadi begitu kerana dengki dengan harta kami dan apa yang saya tak boleh terima yang pembuat tu ada dikalangan adik beradik. Rasa tu, hanya Allah yang tahu.kecewa tu tak payah cakap la.apa yang saya nak cakap,memang pahit untuk kita lupakan dan semestinya susah untuk kita maafkan. Sis kena belajar untuk maafkan orang, agar kita dekat sana tak disoal oleh Allah. bukan dia sahaja yang merangkak cari sis minta keampunan, tapi kita pun kena sekali disoal oleh Allah.Percayalah sis, memaafkan orang itu lebih indah dari dendam. Hati pun tenang. Saya doakan sis agar Allah memberi kekuatan dan melindungi Sis
hbs la ex tunang u jd bodoh mkn nasi kang2 pasni
mahligaimu dari air mata….adeh perangai betol la T tu…..bila ex laki dia dah berjaya baru lah nampak ….kepada penulis tabahla mengharungi ujian…moga ditemukan dengan yang lebih baik..
Pe’el manusia ni bkn setakat mcm T ni…
Lg membengangkan ble adek badek pasangan (isteri/suami) mule sedar kewujudan dan rase nk berbaik2 ble org tu dh mulai senang…
Itu jam mmg saketnya tuh di sini di dalam hatiku…
Mase susah org tu xde ko kesah nak tanye kabar atau amik berat…
Tapi bile org tu bersusah payah membina kebahagiaan kesenangan dgn pasangan rumahtangga die, dan dan jer memasing nk menjeling2 irihati pastu mulelah memsg ssh nk mtk tlg itu ini…
Selalu yg patern pepelik ni ipar duai belah suami ler mcm kes atas ni…
Xyah disihir pon deme leh jer jd camtu…
Nnt dikatenye isteri tu queen control, kikis harta suami…
Ceeehhhh…
GTH yer…H stand for HELL absolutely not HEAVEN…
Maghoh ni, maghoh!!!
haaaa tu dia kak yulie dah maghoh…..sabar kak…kita makan dlu nak….makan maggi
Megi rendam perase ayam pelissss…
Haahahah…
Sedihnya story ni ? semoga anda kuat yaa. Yakinlah ada pelangi lepas hujan. Allah punya perancangan jauh lebih baik. Mungkin Dia nak temukan awak dengan lelaki yg jauh lebih baik. Sebab kalau awak kawen dengan laki tu pun sihir tu takkan berenti. Kalau ada anak nanti bertambah teruk jadinya. Jadi anggap itu semua ada hikmahnya. Semoga awak bahagia.
Kumbang bukan seekor y. Y terlalu baik untuk bekas tunang y tu. Sy faham perasaan y sekarang. Y sabar ye, ada seseorang yang sedang menanti y.
Bersyukurlah semua ni terjadi sebelum diorg kawen…
Sbb klu dh kawen mesti lg terok T tu buat dan impaknye lg dahsyat utk diterima…
Betul sangat tu kak yulie. Berpisah selepas berkahwin lagi perit. ? Lepas ni siapa pun kita nak dijodohkan buat dulu solat istikharah berkali2 penuh pengharapan.. Minta petunjuk dari Allah. Semoga y tidak salah pilihan. Saya doakan y ye.. Semoga bahagia. ✋
Sabarlah sis, sy doakan awk kuat hadapi semua ni..walaupun sy tau susah untuk awk. Sy doakan awk dijauhkan dr segala sihir dan khianat org2 yg dengki.
Stay strong awak.
Siannya awak sis… Sya faham boleh je awal x nk maafkan dia. Tapi ingtlah kalam Allah bahawa memaafkan itu lebih baik dpt pahala yg kita x tahu apa ganjarannya yg hebat tu. Ni just nasihat sya tahu org yg alami lebih tahu rsanya. Tapi memaafkan akan membuatkan hatimu lebih tenang kena ganjaran Allah lebih baik drpd apa yg ada di dunia ini dan rsa geram dan marah.
Serahkan balsan kpd Dia. Saya doakn moga dia bertaubat dr dosanya itu.
Dari sis kawin dgn ex tunang baiklah putus sebelum kawin..lagi haru jika bekas isteri tunang sihir lps sis kawin..biarlah mrk..kumbang bukan seekor..doalah dpt jodoh yg soleh..org2 kuat agama sihir pun tak berani nak dtg..
Bongok btul tau…tengah syok baca , tetiba je speaker bluetooth anak berbunyi, bluetooth has started. Ngeeeeeeeeeeee…bunyik dia…. berdesing telinga.
Org mana la dok berbluetooth pepetang buta ni oiiiii!!!!
Baru btunang. Cara Kecoh crite mcm da kawen je. Publisiti
salam sis.boleh sia beritahu,kt mana tmpt sis berubat?
salam sis.boleh sia beritahu,kt mana tmpt sis berubat??
Apa yg awk alami tu mcm saya. Omg!! Slm ni sy anggap say putus tunang sb takdir semata2.. Muka saya jadi buruk sb mcm kena percikan air yg menyebabkan kulit muka panas, n then keluar jerawat besar2. Lpas tu, kerap gaduh dgn xtung, lepas tu Tiba2 dia ckp nk ptskan tunang sb xde hati dh kat sy.
Saya alami, tp alami dalam alam rumah tangga, dihantar sihir pemisah oleh orang lain, saat benda tu dihantar hadir janda anak 4 dalam hidup suami,saya terseksa dgn sihir, kerenah suami, niat jahat perempuan tu yg buat saya seperti perampas, jumpa barang di rumah..bakal hantar juga ke fiksyen shasha sebagai pedoman dan pengajaran.
dasar T series
Artikel mengenai cara mengesan sihir pemisah. Semoga bermanfaat.
https://bidaraspecialist.com/doa-sihir-pemisah/