Namaku Haziq. Aku seorang rider Lolamove separuh masa. Oleh kerana aku tinggal di ibu kota, jadi terpaksalah aku lakukan dua kerja – pagi sebagai office worker dan malam sebagai rider. Hendak dijadikan cerita, aku mahu close order untuk malam itu. Tiba-tiba aku mendapat satu pesanan. Aku terus menyemak semua details pesanan tadi dan tekan butang terima. Tanpa berlengah, aku menghubungi nombor pelanggan.
“Hello?” Suara seorang lelaki tua bergema di hujung talian.
“Hai bang, boleh saya tahu barang apa ya nak dihantar?”
“Ada satu barang. Pak cik rasa muat saja kalau nak dimasukkan dalam beg kamu tu.”
“Barang apa tu?”
“Kamu datang sini dahulu baru kamu tahu. Pak cik tunggu ya.” Panggilan dimatikan. Haziq mengerling jam tangan, sudah pukul 9:30 malam.
‘Ambil sajalah order ni. Boleh jadi duit poket.’ Aku bermonolog sendiri sambil hidupkan motorsikal. Aku pecut motorsikal ke rumah pak cik tadi. Dalam perjalanan ke sana, aku cuma ditemani lampu jalan yang sudah nyawa-nyawa ikan dan semak samun kiri kanan. Otak aku sudah fikir yang bukan-bukan. Manalah tahu tiba-tiba ada pocong melompat keluar dari semak ataupun pontianak tumpang motorsikalku. Fikir saja tentang hantu terus bulu romaku menegak.
‘Belok kanan.’
Aku menoleh ke kanan. Tak apa-apa. Cuma semak samun dan kawasan gelap gelita. Tak ada lampu jalan. Terus aku berhentikan motorsikal dan telefon pak cik tadi.
“Pak cik, saya nak tanya. Rumah pak cik ni dekat dalam semak samun ke?” tanyaku.
“Dekat jalan tu ada apa-apa signboard tak?” Aku pandang sekeliling, mencari signboard yang dimaksudkan oleh pak cik tadi.
“Tak ada.”
“Cuba kamu ke depan lagi, sampai jumpa signboard.” Aku kembali pandu motorsikal perlahan, risau terlepas apa-apa signboard.
‘Belok kanan.’
Dahi aku berkerut. Waze yang beri arah jalan berbunyi di tempat yang sama – semak samun dan gelap gelita. Aku turun dari motorsikal.
“Biar betul ni? Waze rosakkah?” Aku mencapai telefon bimbit dan periksa aplikasi waze. Anak panah menunjuk ke kanan dan dalam beberapa meter barulah sampai ke destinasi. Aku telan air liur. Takkanlah aku kena jalan kaki, meredahi semak. Ataupun naik saja motorsikal. Cepat sikit sampai.
Kalau orang tabur paku dan samun aku macam mana? Boleh m**i dekat situ dan tiada siapa akan perasan mayat aku. Selepas berfikir sehingga sakit kepala, aku ambil keputusan dengan masuk ke dalam semak dengan berjalan kaki, mengikut peta di waze. Beg sandang dan lampu picit sudah aku bawa sekali. Motorsikal diparking tepi jalan. Aku mula dengan langkah kanan dan memasang lampu picit. Kegelapannya terlalu pekat sehingga lampu picit aku pun tak dapat tembusinya.
‘Dalam 200 meter, anda akan sampai ke destinasi.’
Aku halakan lampu picit ke hadapan. Ada sebuah rumah kayu yang uzur tak jauh dari aku. Aku percepatkan langkah sehinggalah aku berdiri betul-betul di hadapan rumah itu.
‘Anda sudah sampai ke destinasi.’
Lampu picit aku halakan setiap sudut rumah. Gelap. Beri salam pun tiada siapa menyahut. Jariku pantas menatal skrin, mendail semula nombor pak cik tadi.
“Pak cik, saya dah sampai. Tapi kenapa gelap gelita saja rumah ni?”
“Dah sampai? Pak cik jumpa motorsikal kamu tepi jalan. Kamu pergi mana?”
“Hah?”
Ada satu dentuman kuat datang dari dalam rumah. Aku suluh melalui tingkap. Gelap dan tiada apa-apa. Suara pak cik tadi masih samar-samar kedengaran di telefon.
“Pak cik tunggu dekat motorsikal saya ke?” tanyaku.
“Yalah. Kamu pergi mana? Masuk dalam semakkah?”
“Ya, saya ikut alamat yang pak cik bagi ni. Ada rumah kayu dekat sini.”
“Rumah? Dalam semak mana ada rumahlah.”
Mataku terbuntang luas. Tak boleh jadi, aku kena keluar dari situ cepat. Aku membuka langkah seribu, berlari meninggalkan rumah kayu di belakang. Suara hilai tawa juga dapat didengar sepanjang aku lari. Keluar saja dari semak, aku mengah. Di hadapan aku ada seorang pak cik berdiri memeluk sesuatu.
“Yang kamu masuk dalam semak tu kenapa?” tegurnya. Aku senyum tawar dan tunduk meminta maaf. Pak cik itu hulurkan sesuatu yang dibalut dengan kain batik. Aku sambut pemberiannya dan aku terkejut barangnya seberat ini.
“Apa benda ni pak cik, beratnya.” Perlahan aku angkat dan masukkan dalam delivery box. Pak cik tadi diam saja tak menjawab soalan tadi. Aku naik semula motorsikal dan hidupkannya. Aplikasi Lolamove dibuka dan alamat penerima ditekan.
‘Dalam 200 meter, belok kiri.’
Aku senyum sedikit. Sekurang-kurangnya tadi aku tak terserempak dengan makhluk halus depan-depan. Pak cik tadi menarik lengan bajuku. Dia hulurkan dua keeping RM50.
“Banyaknya, delivery fee pun …”
“Tak apa, pak cik ikhlas. Pak cik tahu ni order terakhir kamu kan?” Aku tergamam mendengar kata pak cik itu. Macam mana dia tahu ini last order aku? Duit yang dia hulur ni duit betul ke? Entah-entah sekejap lagi jadi daun.
Masa itu aku ada banyak tanggapan negatif pada pak cik itu. Pak cik itu pula tunggu saja aku ambil duitnya. Tangan aku spontan ambil duit tadi dan masukkan dalam dompet. Sambil tersenyum, aku ucapkan terima kasih dan mulakan perjalanan.
Sepanjang perjalanan aku, kawasan yang aku lintasi semakin lama semakin gelap. Hanya lampu motorsikal saja menerangi jalan. Mataku tak lekang memandang peta waze. Betulkah jalan ini?
‘Belok kiri, kemudian destinasi anda berada di sebelah kiri.’
Dengan berhati-hati aku belok ke kiri dan berhentikan motorsikal. Lampu picit dihidupkan semula dan aku halakan ke kawasan di sebelah kiri. Gelap gelita. Tanpa berlengah, aku bawa keluar bungkusan tadi sementara menunggu si penerima. Aku mula main suluh sana sini. Tiba-tiba lampu picit aku tersuluh satu kain putih mengerbang di hadapan motorsikal.
“Dik?”
Terperanjat aku sampai lampu picit terlepas di tangan. Aku bongkokkan badan dan mula meraba sekeliling mencari lampu suluh tadi. Dapat saja lampu suluh, aku halakan pada wajah pemilik kain putih tadi.
“Aduh silau.” Suara seorang wanita menegurnya sambil menutup mata dengan tapak tangan.
“Maaf, maaf.” Aku pandang skrin telefon, mencari nama penerima. “Puan Nini?”
“Ya saya.”
Aku hulurkan bungkusan dan wanita bernama Nini itu menyambut dengan senyuman manis. Mukaku merah menyala dan perlahan memuji Nini.
“Cantiknya …”
Nini ketawa sedikit. “Terima kasih ya hantarkan. Pak cik tadi sudah bayarkan, betul?”
Aku angguk laju. Jari Nini menyelak sedikit bungkusan kain batik tadi.
“Dalam bungkusan tu ada apa kak?” tanyaku. Bukan apa, sepanjang aku bawa bungkusan itu, pelbagai soalan bermain di kepala. Nini lemparkan senyumannya.
“Anak akak.”
Aku tergamam. Otak aku mula fikir bukan-bukan. Kenapa anaknya berbungkus dengan kain batik? Tak lemaskah?
Entah-entah anaknya sudah m**i.
Nini tertawa kecil melihat aku yang sudah berpeluh-peluh.
“Anak akak hidup lagi. Nak tengok?” Nini selak sedikit kain batik itu dan hulurkan pada aku. Perlahan aku ambil dari dakapannya.
‘Beratnya anak dia.’ Aku bermonolog sambil halakan lampu suluh untuk melihat ‘anak’ Nini.
“Batu … batu nisan?” Aku berundur beberapa langkah ke belakang. Dakapan aku terlepas dan batu nisan itu pantas Nini sambut semula.
“Bukankah dia comel? Oh, anak ibu.” Nini mengucup batu nisan di dakapannya. Tanpa buang masa, aku terus naik motorsikal. Mataku tak lekang memandang Nini menyanyikan lagu untuk ‘anaknya’. Tiba-tiba dia mengilai kuat. Aku pantas hidupkan enjin motorsikal dan memandu pergi dari situ. Aku mengucap panjang.
“Aduhai, patutlah pak cik tadi tak mahu beritahu barang apa. Aku bawa batu nisan rupanya.”
Tanpa fikir panjang, aku terus tutup aplikasi Lolamove. Tak sanggup aku untuk terima order pada waktu begini.
-Tamat-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pakcik tu culik anak perempuan tu ke ?..utk tujuan apa dia ambik anak nya tu…walaupun perempuan tu dari golongan jin…tapi ibu tetap juga naluri seorang ibu.. sbb ada sesetengah bomoh gunakan khidmat jin ..jin tu patuh sbb ada anaknya kt tangan bomoh tu…rasa mcm mengarut…tapi mmg ada kan kes2 begini ?.
Macam cerita reka.
lain kali kena cerdik sikit..ikut gerak hati, tempat yg nak dituju merisaukan, jgn pegi,elakkan pegi,bukan tak da rezeki lain.cerita ni pun macam meragukan,alamak mak datok!
Not gonna lie this happen to almost majority of food/delivery rider.
Ya Allah takleh bayang tu kalau aku. Mungkin cam watak tu juga la aku yang pening lari dari situ cepat. 😭
Apa pun penulisan cerita yang bagus. Penggubahan ayat yang simple dan midah difaham. Plot line with sense of horror die terasa sangat sangat real dan boleh dibayang. Maybe sebab diri sendiri pernah naik motor malam2 kot. Hahahha.
Lastly kerja yang bagus. Terus kan lagi usaha anda. Saya nanti kan kisah2 pendek macam ni in the future
Ada saja kes begini mungkin jarang di dengarlah hahahaha. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca 🙂
Sungguh menyeramkn..gilak..
nak tau ape jadi dengan duit tu.duit betol ke bertukar daun?
Nak reka pun biarlah ikut kisah betul. Merapu sangat.
aku yang baca kat office ni meremang bulu roma kita nyahh ! haiyaa