#Braderbuathal – Pengalaman Borneo Part 1

Hi guys..pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kat FS kalau publish kisah aku ni. Maaf lah aku lama sunyi disebabkan kerja yang sangat banyak. 2 bulan aku di Sarawak so masa nak menulis or menaip tu terhad sangat. Ingat lagi tak kisah yg berjudul KEMBALI? Dalam cerita tu aku ada ceritakan pasal keluarga Khai. Aku beritahu Khai yg aku ada kisahkan cerita pasal family dia. Lepas tu aku minta izin dia supaya aku boleh sambungkan cerita tu dengan cerita dia pergi berubat. Tapi Khai keberatan nak izinkan. Jadi nak tak nak aku kena hormat keputusan dia memandangkan kisah tu berkaitan dengan keluarganya. Tp sekarang Khai dah bebas dari perjanjian syaitan tersebut kalau korg nak tahu. Nanti aku pujuk dia dengan teh o ais kot2 dia izinkan yerr..ehe. Kisah aku kali ni agak unik, kerana ianya berkaitan dengan masyarakat setempat di pedalaman Sarawak. Dan semestinya aku ada ‘PA’ yang follow ke mana2 aku pergi.

Kisahnya mula beberapa bulan lepas, lepas aku dapat call dari D pasal job di Sarawak dah approved. So aku kena ke sana utk meeting dan hal2 kerja. Mulanya agak keberatan memandangkan pemikiran aku agak cetek pasal Sarawak ni.(kamek mintak maaf ok reader Sarawak). Yelaa, Sarawak ni banyak hutan je. Takda apa yg menarik. (Tp ternyata aku salah.! ). Nak tak nak aku kena pergi jugak, mana nak cari nasi kan kalau tak kerja?. Sampai sana (tempat takyah aku bgtau) aku ada seorang tour guide. Kiranya dia la yang handle apa2 termasuk transport dan rumah sewa aku. Nama dia David, orgnya sangat peramah dan bersemangat. David ni tua lebih 10 tahun dari aku. Tapi sangat humble dan mesra. Aku pulak yang segan.

Nak dijadikan cerita, dah nak dekat sebulan aku sana tak jadi apa2 yang pelik la. Kerja mcm biasa. Aku tak balik KL sebab kau ingat sarawak ke semenanjung tu mcm kau pergi KLCC ke Menara Kl? so stay sana je laa. Cuma David ada ter’join’ aku hidu bau wangi dalam kereta, bukan pewangi kereta tp pewangi ‘tetap’ aku ke mana je aku pergi. Aku hanya mampu senyum je. Aku tahu ni tak lain tak bukan mmg janda aku. hehe. Org2 sana sangat mesra, lagi2 kalau dorg tahu kita org luar kawasan. Anak dara dorg semua bajik2(cantik2). Semua nya ok sampai la satu tahap ni ada kes kematian di rumah panjang David. David murung je satu hari tu. Aku tanya la kenapa. Agak lama aku di sana aku reti sikit2 cakap bahasa Iban dan Melayu Sarawak.

aku : Nama hal nyak kih? (kenapa ni kawan?)

David : Bisi penusah bak rumah panjai aku din bos. Aku kak mintak cuti ulih?(ada kesusahan kat rumah panjang saya bos, saya nak minta cuti boleh?)

aku : Ulih..penusah nama nyak?(boleh, kesusahan mcm mana tu?)

David : bisi pemarai bala aku bak din.(ada kematian saudara saya di sana)

aku : apuu..ulih meh kih. nadai salah minta cuti.(boleh saja kawan, tak salah kalau nak cuti) *apuu tu mcm kalau dorg terkejut la.

David ada ajak aku sekali balik kampung dia. Aku keberatan sebab nanti dorg kena jaga makan minum aku semua. Dah membebankan dia pulak. Tp alang2 tu David nak kenalkan aku dengan keluarga dia pula. Aku pun nak jaga hati kawan kan, aku follow je laa. And aku berani cakap, banyak2 tempat aku pergi. Sarawak ni mmg sangat unik dan sangat semulajadi. Nak ke kampung si David ni kena menggunakan bot Express, lepas tu 3 jam menggunakan perahu panjang. Sangat penat dan teruja. Dan buat pertama kali aku nampak sendiri buaya2 yg ada kat sungai Batang Rajang tu. Gerun pn ada, jakun pun ada. Aku tanya David.

Aku : ohh..ditu meh buaya lagenda nyak neh? Bujang senang kan nama ya?(ohh..sini la buaya lagenda tu kan? bujang senang kan nama dia?)

David*sambil bagi isyarat diam kat aku: Mali nyebut kenyak kih, tuk tempat ya,enggai ya ninga legi. Menua tuk agi latong (tak boleh ckp mcm tu kawan, ni tempat dia. nanti dia dengar. Tempat ni keras)

Aku terdiam. Bunyi mcm mengarut. Tapi kepercayaan dorg kan? aku kena akur dan hormat memandangkan aku org luar.
Sampai kat rumah panjang David, aku lihat rumah panjang kayu. Hampir 40 buah pintu. Kalau kau lari pn tak sampai separuh kau dah pengsan. Sangat klasik sebab tangganya diperbuat daripada satu batang kayu sahaja. Aku merasa kagum, hampir terlupa ada kematian di rumah panjang tersebut. Dari ‘mua pintu’ aku dapat dengar bunyi tangisan ahli2 keluarga yang meratapi pemergian si m**i. Tak ramai pun kat ‘ruai’ masa tu. Tak sampai 15 org. Lagi sekali mulut cabul aku bersuara.

aku: nama nyak enda maioh org deh?(kenapa tak ramai org?)

David : Nyak laban maioh org takut. Laban ke parai tu m**i beranak. Begau bala antu jaik. (org tak ramai sebab takut, si m**i tu m**i beranak. Hantu2 jahat akan berkeliaran)

Bulu roma aku terus meremang. Bagi kepercayaan dorg, org yang m**i beranak ni akan jadi antu ‘koklir’. Kiranya mcm Pontianak la dalam masyarakat Melayu. Biasanya mayat ada disimpan di dalam keranda selama 3 hari 2 malam. Tapi disebabkan ada yang merasa takut, mereka putuskan si m**i disimpan 2 hari 1 mlm sahaja. Kiranya aku sampai petang tu, esok pagi dorg nak kena hantar si m**i ke pendam(kubur). Aku masuk je bilik si David, dah ada hal. Aku rasa seperti ada org meludah ke arah aku. Memang betul ada bekas air liur kat bahu aku. Dan bau dia mak aii, nak termuntah aku. Busuk ya amat. Tu kalau org hidung sumbat hidu pun pengsan. David nampak aku berhenti tambah2 lagi muka aku yang nak muntah hijau.

David : Nama nuan ngetu bos?(kenapa berhenti bos?)

Aku : Bisi orang ngeludah aku tadi. Bau amat. (ada org ludah aku td. busuk sangat)

Tiba2 keluar seorang pak cik tua dari bilik tengah dan terus gelak. Boleh pulak org tua ni gelak getus hati aku. David perkenalkan org tua tu adalah aki(datuk). Umurnya hampir 110 tahun tapi sangat bertenaga. David memperkenalkan aku kepada aki nya. Mata aki tak lari dari memandang aku.

Aki : Nuan bisi maik pengaruh?(kau ada bawa tangkal?)

Aku : nadai aki, enda pechaya ke utai kenyak.(tkda datuk, tak percaya benda2 mcm itu)

Aki : nama nyin bisi indu nganti nuan bak mua pintu? nyak nuan kena ludah tadi.(kenapa ada perempuan tunggu kau kat pintu? sebab tu kau kena ludah tadi)

Aku jadi kehairanan sekejap, mcm mana datuk ni boleh nampak puteri? David terus p****g perbualan aku dgn datuknya. Dia minta maaf sebab mungkin datuknya nyanyuk.

Aki : nyin utai ke ngeludah nuan tadi ucu.(tu benda yang ludah kau td cu)*sambil menunjuk ke atas siling

Aku mendongak dan terus terduduk. Aku nampak ada 3 atau 4 tengkorak manusia di atas siling. Aku tak mampu berdiri sehingga dipapah oleh David. David terangkan yang tengkorak tersebut adalah tengkorak musuh yang d*******l datuk dan nenek moyangnya suatu ketika dahulu. Kiranya David ni keturunan HeadHunter laa. Tengkorak tersebut disimpan tanda kebesaran dan keberanian orang2 dahulu. Aku hanya mengangguk lemah tanda mengerti.

Usai makan dan sesi berkenalan dengan keluarga David. David ajak aku ke ‘ruai’ utk melihat keadaan si m**i. Ternyata benar apa yang ditakutkan org penduduk rumah panjang tersebut. Rambut si m**i semakin memanjang, kukunya juga begitu. Matanya terbeliak. Seksanya si m**i menghembuskan nafas terakhir. David menerangkan bila2 masa sahaja mayat aku bangun dan duduk. Aku dah kecut perut . Abis tu xkan nak biar.?? tu sebabnya dorg letak kain hitam di atas kepala si m**i. supaya si m**i tidak boleh bangun. Kampung David ni belum ada kemajuan seperti elektrik dan bekalan air. Dorg bergantung kepada air hujan atau air sungai sebagai sumber. Lampu pula dari ‘enjin api’ (generator). Sedang asyik bercerita dgn penduduk rumah panjang, tiba2 lampu terpadam. kesemuanya sekali. Orang2 yang dduk di sebelah mayat menjadi panik dan menjerit. Aku hanya melihat kerana tak tahu nak buat apa. Oleh sebab tak sorg pn berani keluar nak cek generator tersebut. Dorg terpaksa menggunakan lampu minyak tanah. Hanya ada 3 buah je utk menerangi ‘ruai’.

Penduduk rumah panjang berbincang dan setuju utk menyimpan mayat ke dalam keranda. Ada 7 org lelaki cuba utk mengangkat mayat tapi mayat langsung tak berganjak. Berat sangat. Aki dtg dari bilik dan mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu lalu ditiup nya ke arah mayat. Barulah mayat senang nak diangkat dan disimpan. Usai saja menutup keranda, anjing melolong bersahutan. Ada yang bunyinya sedih, seperti menangisi pemergian si m**i. Ayam pun kecoh, kucing2 semua lari ke dalam bilik. Angin mula bertiup kencang.

David : baka kak kudik. (mcm nak ribut petir saja)

Org2 perempuan semuanya bertempiaran lari ke bilik. Setelah agak 30 minit keadaan mcm tu. Semuanya terhenti. Suasana masa tu sangat sunyi. Bunyi cengkerik pun xda. Tak lama lepas tu kami dengar bunyi org menangis. Kami ingatkan org2 perempuan yang dibilik tadi yang menangis. Bila diamati, RUPAnya bunyi tangisan tersebut dari dalam keranda.! Aku biasa hadap benda mistik dan seram ni. Tapi kali ni aku betul2 kecut perut. Hampir melompat aku bila keranda tersebut bergegar. Tuai rumah*ketua rumah panjang menenangkan anak2 buahnya. Suasana kembali sepi. Aku ingatkan dah habis, rupanya baru bermula.

Kami mendengar seperti bunyi ayam mengelilingi sekitar rumah. Kejap jauh kejap dekat. Kejap bunyinya dari dalam keranda. BUNYI AYAM. ‘kokk kok kok kok kok’. tahu bunyi ayam???

David : Nyak meh bunyi antu koklir, munyi manuk. enti ya semak, bunyi ya jauh. enti ya jauh, bunyi ya semak. Antu tuk makai teluk urang laki (tulah bunyi hantu koklir,kalau dia dekat,bunyinya jauh, kalau dia jauh, bunyinya dekat. Hantu ni makan telur org lelaki.)

Aku masa tu tak tahu nak angguk ke nak geleng. Rasa mcm sebelah telinga pun ada. Sekali lagi keranda bergegar dan bunyi tangisan dari dalam keranda. Kalau dekat aku rasa nak balik KL je masa tu. Tiba2 dtg seorang lelaki ni ke arah keranda. Uishh..berani gila. David cakap tu suami si m**i.

Suami : Umang, anang beduan kami. Nuan udah nadai, enda tauk begulai enggau kami agi.(sayang, jangan ganggu kami. awak dah tiada, tak boleh bersama kami lagi.)

Aku tiba2 jadi sedih pula. Barulah tangisan dari dalam keranda tu berhenti. Semua org lega. Tapi tak lama kerana bunyi ayam tadi masih mengelilingi rumah. Tuai rumah menyatakan kali ni bukan pasal si m**i. Dia kata yang kali ni sangat jahat. Yes..antu koklir. Aki David membakar sejenis kain dan lemparkannya ke tanah.

Aki : enti kitak berani, uji pedak ke baruh kin.(kalau korg berani boleh cuba tengok ke bawah tu)

Seorang pun tak berganjak. Teka siapa paling jilaka?? aku.!!! oleh sebab aku ni nak tahu sangat pasal hantu ni, aku pegi jenguk ke bawah. Dan aku tahu kenapa sorg pn tak berani berganjak. Masa kain tu terbakar, aku nampak ada seperti susuk manusia keluar dari bawah rumah. Merenung api tersebut dan bermain2 sekeliling api. Ada kalanya duduk saja sambil meletakkan tangannya di daun2 api. Rambutnya panjang ke tanah, kukunya panjang dan tajam. Yang aku tak puas hati aku tak nampak muka. Masa aku tengah zoom nak tengok muka beliau. Aku terhidu bau Puteri, kali ni sangat kuat sehingga aku tak tahan dan gosok hidung aku. Aku mcm tersedar dan baru perasan yang aku tengah nak turun tangga. Korang bayangkan betapa kuatnya benda tu smpai aku tak tahu aku keluar dari ruai.
David cepat2 tarik aku ke ruai.

David : nuan kak m**i?(kau nak m**i ke?)

Aku hanya menelan air liur pekat. Aki David keluar dan bersampi(berdoa) agar kami tidak diganggu oleh makhluk tersebut lagi. Dihembusnya ke arah makhluk tu sambil menghentakkan kakinya ke lantai. Kami terdengar suara ketawa yang semakin dekat kemudian hilang.
Suasana kembali tenang. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dah tiba masanya nak menghantar mayat ke pendam. Disebabkan pendam agak jauh ari runah panjang jadi dorg kena awal sikit. Aku pulak tak sedap badan. Terus aku minta izin David utk balik ke bandar. David keberatan kerana beliau ingat aku nak ajak dia sekali. Tp tak pun, aku bagi dia cuti 2 minggu utk tolong penduduk rumah panjang dia.

Perjalanan balik mcm biasa. Laluan air sebagai laluan utama. Sesampainya aku di bandar. Aku baring dalam bilik aku. Sambil terfikir, apa akan terjadi kalau aku tak terhidu bau wangi puteri masa tu?? Puteri tolong aku ke masa tu? Aku hanya senyum sorg2 bila fikir balik. Seminggu lepas tu aku dapat call dari David. Dia berada di pekan jadi ada telefon stesen minyak katanya. Dia kata rumah panjangnya kena kacau teruk. Itu nanti aku cerita. Aku akan sekalikan dengan kisah aku memburu dengan David. Aku nak sekalikan dengan cerita kali ni tapi aku ada kerja nak buat.
Gerak luu pape roger.[BACA SINI PART 2]

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.6]

26 thoughts on “#Braderbuathal – Pengalaman Borneo Part 1”

  1. Umak aaiiii…
    Mcm kembali ke masa silam plak membygkan suasana dlm rumah panjang tu…
    Dgn suasana camtu, dgn gangguannye lagi, mmg seram double triple kot…

    Reply
  2. Saya kacukan melayu dan iban. Cerita ni mmg betul. Adat orang Iban, dorang memang takut kalau ada orang meninggal disebabkan bersalin. Kampung sy yang terletak di pendalaman, mmg jauh di ceruk hutan dan banyak pantang larang yang kena ikut. Kalau ada orang meninggal, sebelum masuk waktu mahgrib semua orang dekat kg akan tutup pintu dan tingkap.

    Reply
  3. Tengkorak tu adalah tanda keberanian dekat seseorang, kpada brother yg menulis crita ini . Terima kasih kerana anda memahami adat yg kami ada . . And ngagai bala kitai iban pun sma enda salah mega kitah ka nemu ngau adat bk bngsa bukai . . Peace #improundofmyreligionDAYAK!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.