Assalam semua. Nama aku Tiya (bukan nama sebenar). Terima kasih admin FS kalau sudi siarkan cerita aku. Selalh baca FS buatkan aku rasa nak berkongsi pengalaman di sekitar aku. Cerita ni berkisar tentang kehidupan di Kolej Tun Teja di sebuah IPTA yang pernah aku diami beberapa tahun lepas. Kejadian tahun 2012 sehingga aku tamat diploma. Aku tinggal berenam (bilik yang lain semua empat orang dan tiga orang) bersama Ain, Ira, Ila, Ika dan Lia.
Kes pertama, dulu aku seorang yang rajin join kawad kaki. Sekolah aku join, university pun sama. Letih. Tapi terpaksa untuk markah kokurikulum gitu. Latihan malam tu sempena pertandingan kawad hujung semester, selalunya diadakan malam hari. Jam 8 sehingga lewat malam. Rommates aku yang lain adalah pelajar yang kurang aktif. Maka, nak dijadikan kisah satu malam aku balik lewat melalui tasik (dalam IPTA ni ada sebuah tasik, mesti yang belajar sini tahu kisah seramnya). Kisah pontianak, langsuir, ditegur makhluk, macam macam. Kawan kawad yang lain laluan kolej semuanya lain. Akulah yang hadap tasik seorang.
Sepanjang perjalanan (pukul 12 lebih) lebih kurang 1-2KM untuk sampai ke Teja, aku penuhi telinga aku dengan surah dan bacaan zikir. Seorang diri, wajiblah datang perasaan seram dengan pelbagai cerita yang aku dengar dari mulut yang lain. Alhamdulillah aku selamat sampai kolej, selesai solat, aku terus tidur (katil aku atas katil Ika). Ain roommate aku, masih kusyuk layan movie di laptop. Keesokannya, aku diaju soalan daripadanya.
“Kau pergi mana malam tadi keluar bilik, tak balik-balik bilik pun?”,
Aku dah pelik dengan pertanyaan dia. Rupanya lepas aku tidur tu dia kata nampak aku bangun dari katil (double decker) terus menuju ke luar bilik. Tambah dia, takda bunyi tombol dipulas atau tapak kaki pun. Padahal aku tidur sepanjang malam. Dia pun malas tegur sebab dah agak sesuatu. Cerita berlalu sebegitu saja dan aku? Tiap dua minggu akan balik rumah haha.
Kes kedua, tentang kawan bilik depan kami. Aku pergi bilik air nak ambik wudhuk untuk Isyak malam tu, kemudian kawan aku ni (Nia namanya). Balik dari mana entah. Aku keluar je dari pintu bilik air, dan dia pula dari pintu utama nak masuk ke bilik air. Terus muka dia berubah pandang aku macam terkejut. Aku pun ikut terkejut terus pegang dia sebab time ni dia dah sesak nafas. Terus papah masuk bilik. Time ni lah roommate Nia ni bergurau tanya aku ada saka ke. Aku debik satg baru tahu. Meremang remang aku malam tu. Terus cepat2 settle kan Isyak sementara si Nia ni dah dibacakan surah dan bacaan Al Quran.
Kami nak tahu sama ada Nia dah terkena sesuatu, sengaja minta dia pegang Yassin. Dia boleh campak balik dan mula nangis kemudian ketawa berselang seli. Malam tu kami panggil Pak Tam (Polis Bantuan yang selalu settle kes Histeria dan lain-lain). Hal malam yang jadi tu tak dapat dikongsikan 100% sebab ini rahsia perjanjian antara kami aras bawah Tun Teja sahaja yang pegang bersama Nia si mangsa. Yang merasuk Nia mengikut Pak Tam dan kami sebagai saksi adalah makhluk dari tasik yang aku cerita kan di kes pertama. Makhluk kedua yang merasuknya adalah keturunan keluarga istana (dia ada darah diraja mengikut sejarah keluarga)
Esoknya bila dia dah sedar, dia cerita apa yang dia nampak di belakang aku dekat bilik air. Dan apa yang dia nampak di tasik. Dia kata kat aku, dia nampak seorang nenek tua buruk yang bongkok pandang sinis dan marah dekat Nia. Damn, masalahnya sembunyi belakang aku si nenek ni. Kedua, katanya dia tertegur nampak sebuah Istana yang sangat cantik di tasik tu. Orang kata tempat bunian/jin. Wallahualam.
Kes ketiga, terjadi dengan Ain dan Ira. Kedua dua kejadian tak silap berlaku dalam minggu yang sama. Macam biasa Ika sejenis manusia yang akan tidur awal kalau tahu ada perkara yang tak diingini berlaku. Malam tu kami semua tidur awal kecuali dua ketul kawan tadi. Ain tidur bawah, atas dia Ila. Ira pun bawah, atas dia Lia. Tengah kusyuk tonton movie, Ain nampak Ila turun double decker menuju ke pintu. Again, no noise or any sound of pintu dipulas. Tunggu punya tunggu, terus Ain jenguk kat katil Ila. Dah boleh tahu kan? Yes, Ila tengah tidur. Dia tak sedar bila Ila masuk. Esoknya soalan sama berulang, dan Ila nafikan dia ada bangun malam keluar bilik. Again guys ‘dia mengusik’.
Ira pula kejadiannya hampir serupa. Masih lagi jelmakan diri sebagai Ila. Ira nampak Ila ke sudut kaki katil Ira dan halakan muka ke arah kipas dinding (kipas melekat kat dinding berdekatan hujung katil Ira). Waktu tu Ira tegur Ila kenapa rambut tu tak sikat elok elok. Rambut Ila waktu tu Ira kata serabai sangat menutup muka. Elok je dia tegur, lama benda tu berdiri. Ira ni kuat semangat juga. Dia buat bodoh je sampai jelmaan Ila tu ghaib. Ada lah beberapa kali katanya kena tindih dalam bilik kami stay tu. Ada satu time, dia tinggal sorang dalam bilik. Tengah bergayut dengan pakwe, salah satu kerusi study kami dalam bilik tetibe berpusing ke arah dia dan dia dengar ada bisikan. Dan dia hanya mampu nangis. Tak dapat bergerak. Pakwe dia hujung talian, nak tolong kemenda kan. Lepas tu habis terabur baca ayat ayat Kursi semua. Lepas dari seksaan ditindih hampir setengah jam mengikut cerita Ira, terus berlari dia ke bilik depan nangis nangis. Patutlah aku balik kelas tengok bilik kosong. Semua berkumpul kat bilik depan.
Kes keempat, pasal bilik air kami di kolej ni. Seram dia lain macam. Rasa diperhati selalu. Kau akan meremang tiba tiba bila masuk bilik air. Waktu siang sunyi, malam apalah lagi. Satu malam, Ila (banyak kisah dia) pergi bilik air. Balik bilik air dia tutup mulut dia. Kami pun tanya kenapa. Weh, gigi depan dia patah sebab waktu nak keluar bilik air dia rasa macam ditolak dari belakang, tersungkur. Kesian sangat. Yaya (kawan bilik depan) kata memang ada sesuatu dalam bilik air. Dia describe wajah yang sama macam Nia kena histeria dulu. Sama. Dia boleh rasa bila benda tu ada. Ila punya gigi yang patah tu, akhirnya dia sendiri dah buat rawatan akar. Dan buat veneer atau crown (tak silap). Alhamdulillah dia dah kahwin anak satu pun. Haha.
Kes kelima, aku pulak yang bergayut tengah malam di satu sudut bilik. Waktu ni Lia belum tidur, dia main Photoshop dekat laptop dia. Sambil aku bergayut dia pun duk perhati aku. Selesai berborak di telefon, Lia tegur aku.
“Tiya, rambut kau panjangnya tadi. Eh tapi kenapa nampak pendek pula”,
Allah, aku rasa seram sejuk dah. Kau biar betul Lia. Dia mmg nampak aku dengan rambut yang panjang aras pinggang katanya. Padahal rambut aku cecah bahu je time tu you alls. Malam tu aku tidur menyelit antara Lia dan Ila (aku yang gabungkan katil dorang double decker ni waktu awal sem dulu).
Banyak lagi kejadian di Kolej Teja ni. Tak sempatlah aku selitkan. Kalau ada kawan yang baca, confirm kenal siapa yang taip ni. Pendek cerita, setiap kali ada kejadian histeria atau diganggu, bilik kami akan diketuk dan dikejutkan dulu untuk bacaan Yassin. Pegang budak histeria yang berkali ganda kekuatannya, sampai pergi kelas pun muka sendiri yang pucat dan letih. Walaupun seram, memang kami harung 4 semester tinggal di kolej yang sama. Pesanan aku, jangan tinggal solat dan amalan. Ada je dia menumpang dan memerhati. Jaga jaga. Jangan takut. Sekian dulu, terima kasih.
– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Rezekiiiii dpt melalui banyak pengalaman camni…
Ni bukan rezeki dik non oi…
Rezeki tu perkara yang baik2 je..
Ni xbaik..
Ape kau nak sgt rase REZEKI mcm ni???
Hahaha…jgn marah penulis…mgkn pada yg x pernah melalui dan mengalaminya merasakan satu rezeki kerana dpt pengalaman utk merasai benda mistik ni. Tp mereka tak tahu betapa yg mengalaminya berharap utk tidak mengalaminya.
hahaha betul you cakap, i sokong. rezeki apa gini ni…
Pening aku baca..illa ira..illa..ira.. bersimpul otak nk beza karakter2 dlm citer ni
hahaha..aku pon cm pelik jap ira jap illa..nk cuba fhm tp tu lah..perbaiki tulisan..
Ni kolej yg ade tasik…tgh2 ade jambatan…xleh lalu pakai baju merah tgh2 mlm ke?
Ade surau atas bukit tepi tasik x?
Wahai penulis, lain kali tolonglah susun ayat molek sikit. Mcm ni jugak ke ayat sang penulis kala membuat assignment? Susah betul nak faham, malas nak baca sampai habis. Serabut!
Macam kenal je ipt mana…heheh..ada tasik nama tasik tun fatimah kan?
i bet ni msti uitm lendurian ni..ngehehe~ ..coz aku budak alumni sana pun..zmn batch aku pun ade gak..2011-2014..cuma malaih nk cite je..
Kat tangki air blok lama tu ade gak..kat blok Jebat pun sama…dulu kitorg guna nama Nadim…tp jahat sgt, tukar nama Jebat…hahahaha
hahaha batch junior sikit ni 2011 msuk degree shah alam