sebelum ini: PART 1,2
FOREST / MISSING TAPE BAHAGIAN 3
Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk ke balai polis. Setibanya disana, mereka semua bertemu dengan Sarjan Badri, ketua polis balai polis itu. “Encik, saya nak tengok rakaman yang encik sudah dapat”. Kata Wahidah dengan keinginan yang membara. Selepas apa yang berlaku kepada Aiman, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada mencari kebenaran. Walau bagaimanapun Sarjan Badri tidak mahu memberikan rakaman tersebut, kerana ianya masih menjadi bukti untuk pihak polis. “Maafkan saya, Cik Wahidah. Kes ini masih dibawa urusan pihak polis dan kami tidak boleh memberikan bukti kepada orang awam, walaupun krew televisyen seperti kamu semua”.
Kata Sarjan Badri. “LANTAKLAH SEMUA ITU!! Saya perlukan rakaman itu! Saya perlu tahu apa yang berlaku kepada rakan kami!”. Marah Wahidah. Zul dan lain-lain terkejut dengan perubahan pengacara itu. Tidak pernah lagi mereka lihat Wahidah semarah itu.
Kebiasaannya Wahidah sejenis yang menyabar dan tenang. Namun, segalanya berubah selepas Aiman, seorang lagi pengacara, menjadi gila selepas memasuki hutan tersebut. Daripada pengamatan Zakuan, berkemungkinan Wahidah terlalu mengambil berat mengenai Aiman kerana….
“Baiklah. Tiada gunanya jika saya berkeras untuk tidak memberikan rakaman itu kepada kamu semua. Tapi, satu saja amaran saya, jangan terganggu selepas menonton rakaman itu”. Ujar Sarjan Badri yang akhirnya mengalah. Beliau kemudiannya menyerahkan 2 pita rakaman kepada mereka. “Saya tahu yang pihak polis pun masih tidak dapat menyelesaikan kes aneh di hutan itu. Jadi saya harap yang kamu semua dapat membantu kami supaya kes-kes itu tidak akan terjadi lagi”.kata Sarjan Badri lagi. Wahidah akhirnya bertenang dan terus mengucapkan terima kasih kepada beliau, sebelum pulang ke studio bersama krew dia.
“Baiklah, kita dah sedia untuk menonton rakaman itu”.
Ujar Zul. Mereka yang lain sudah berada dihadapan televisyen. Ketika itu, Zul terperasan bahawa Sarjan Badri memberikan mereka 2 pita rakaman yang tidak dicatatkan. Sudahnya, masing-masing keliru, mencari yang mana satukah rakaman Aiman. “Tak apalah! Yang penting, kedua rakaman ini menunjukkan keadaan hutan itu”. Kata Wahidah yang sudah tidak sabar. Mendengar kata wanita itu, Zul membuka satu pita rakaman dan memasukkan kedalam pemain rakaman itu
“Cepatlah, sini!!”.
Panggil Farid kepada kami semua. Aku yang membawa kamera itu agak termengah-mengah. Sementara Tasha yang sudah tidak sabar, terus memarahi Farid. “Wei, kat mana tempat tu?! Sudah 2 jam kita berjalan didalam hutan ini!”. Tengking Tasha. Aku memandang Ghazali, Harun, dan Liana, mereka juga sudah kepenatan. Keadaan hutan yang tebal dari segi athmosphera juga menjadikan kami sukar untuk bernafas dengan baik.
Tidak lama kemudiannya, kami menemui sebuah gua. Agak cantik jika dilihat dari luar. Disitu juga terdapat beberapa lori korek dan dan lori pasir, serta landasan kereta api. Jadi, aku kira bahawa gua itu bekas tempat perlombongan. “Ha, ni lah tempatnya! Tempat yang sesuai untuk kita berparti tanpa ada gangguan!”. Kata Farid dengan megahnya. Namun, Tasha masih lagi tidak senang dengan tempat itu. “Seriously? Ada apa sebenarnya kat gua tu sampai kita perlu berparti disitu?”. Soal Tasha. Farid menghampiri Tasha seraya mengeluarkan ganja dari poketnya. “Tasha, kalau kau nak benda ni, ikut saja! Harun, Jamil, cepat bawa barang-barang kita. Parti akan dimulakan!”. Ujar Farid yang masih lagi teruja.
Tidak lama kemudiannya, kami melangkah masuk kedalam gua tersebut. Dengan pantasnya Farid dan Ghazali menghidupkan unggun api. Sebaik saja api menerangi kawasan tersebut, jelas kelihatan keindahan gua itu. Bersinar-sinar dindingnya. “Wow….!”. Tasha mula teruja, disebalik kemarahannya sebentar tadi. “Hah, kan aku dah kata. Tempat ni awesome! Apa lagi, cepat mainkan lagu!”. Kata Farid. Apa lagi, parti dimulakan!
Masing-masing berjoget, menari, hisap ganja, rokok dan perkara seumpa dengannya. Erti kata lain, perkara yang merosakkan moral mereka. Aku ikut saja. Bukan apa, bukan senang orang miskin seperti aku, dapat bergaul dengan golongan kelas atasan seperti mereka. Namun, aku sedaya upaya menghalang diri aku daripada terus terjerumus kedalam kancah maksiat itu.
“Hei, kau tak nak join sekali ke?”. Tanya Harun seraya memeluk kekasihnya, Liana. Harun juga menghisap ganja ketika itu. Bau dadah itu sedikit sebanyak memeningkan kepala aku. “Tak payahlah ajak dia! Dia tu cuma kuli aku saja! Hahahahah!”. Aku mula baran dengan apa yang dikatakan oleh Farid itu. Ya, aku menyedari bahawa aku tidak setaraf mereka. Tetapi, dengan apa yang dia kata itu….
Aku terus menuju ke satu ruang untuk menenangkan hati aku. “Huh..huh..”. aku menarik nafas. “Hei, kau tak apa-apakah?”. Muncul Tasha dari belakang aku, menyebabkan aku terkejut sedikit. “Oh, Hei Tasha”. Balas aku dengan nada terkejut. Tasha kemudiannya mengulangi soalannya, dan aku membalas dengan jawapan “Jangan risau. Saya okay”. Tasha kemudiannya memegang tangan aku sambil tangan sebelahnya memegang pipi aku. “Hei, jangan lah ambil hati sangat. Abang aku tu memang macam tu. Cakap main lepas saja”.
Balas Tasha seraya tersenyum. Aduh! Begitu manis senyumannya. Ketika itu, dia semakin mendekatkan wajahnya kearah aku. Mungkin… “Hei Tasha, awak tak boleh!”. Aku cuba untuk menolak ciumannya, dan ketika itu, aku kebelakang dan terjatuh kedalam sebuah lubang! Nasib aku baik kerana lubang itu tidaklah dalam. “Awak! Awak okay tak??”. Panggil Tasha dari atas. Selepas mendapat kekuatan semula, aku terus bangun dan mendapati kawasan itu agak gelap. Tiada pilihan lain, aku menggunakan night vison mode pada kamera aku.
Ketika itu, aku terlalu, dan terlalu terkejut melihat apa yang ada didalamnya. Bukan apa, emas yang sangat banyak didepan mata aku. Farid dan lain-lain tiba dan memanggil aku. Disebabkan kebodohan dan lurus bendul aku, aku memberitahu apa yang ada dibawa itu. Sudahnya, masing-masing turun untuk melihat sendiri emas yang aku jumpai. “Perghh!!! Banyak gila emas!!! Kayalah kita weh!!”. Sorak Liana kegembiraan. Apa lagi, mereka semua terus mengutip emas-emas itu. Hanya aku dan Tasha saja yang tidak melakukannya.
“korang! Janganlah ambil benda sesuka hati! Mesti ada sebab emas-emas ini tidak dibawa keluar!”. Ujar Tasha. Aku juga berfikir begitu. Namun, ketamakan kian menguasai mereka. Ketika itu juga aku merakam keadaan sekeliling dan terlihat kesan d***h yang agak lama. Aku terus menelan air liur. Tasha yang terlihat perbuatan aku, terus menghampiri aku. Dia juga terus terkejut dengan penemuan itu. Sementara itu, Ghazali yang asyik memasukan emas-emas kedalam begnya, terperasan satu baying yang muncul diatasnya. Sebaik saja dia menoleh keatas, dia terlihat seorang lelaki dan terus menyerangnya.
“ARghhhh!! Lepaskan aku!!”.
Jerit Ghazali. Orang itu menggigit telinga Ghazali sehingga putus! D***h memercik diseluruh tempat. Selesai menguruskan Ghazali, orang itu memandang kami semua. “Emas…emas itu milik aku! AKU!!!!!”. Laung lelaki itu, sebelum menerpa kearah kami. Kami cuba melarikan diri, namun kawasan itu terlalu gelap dan hanya aku, serta Farid yang menggunakan lampu suluh saja dan dapat melarikan diri dengan senang. Ketika itu, seorang lagi lelaki tiba dan mengepung Tasha. Farid langsung tidak mahu membantu adiknya itu. Malah dia berkata “Ala, lantaklah dia tu!”.
Aku tidak boleh berbuat begitu. Aku terus berpatah balik dan menendang lelaki itu. Aku kemudiannya membawa Tasha bersama aku dan berlari ke sebuah ruang kosong. 2 orang itu namun berjaya menangkap Liana dan mengheret Liana bersama mereka. “Apa-apa yang berlaku? Apakah mereka semua itu?”. Hairan Tasha yang masih termengah-mengah. Aku juga meninjau keadaan sekeliling. “Nampaknya kita dah terpisah dari mereka. Kita perlu cari jalan keluar dari sini”. Ujar aku. Tasha hanya mengangguk perlahan. Disitu juga terdapat landasan kereta api, berkemungkinan besar dapat membawa kami keluar dari tempat itu.
“Mereka…mereka seperti orang gila saja!”.
Kata Tasha. Kami berdua masih lagi mengikuti landasan tersebut. Kawasan itu pula semakin gelap dan gelap. Tasha terus memeluk tangan aku. Tidak lama kemudiannya, kami terdengar bunyi tapak kaki. Daripada perlahan, menjadi semakin kuat. Aku dan Tasha terus bersembunyi disebalik batu besar. Dan ya, ianya merupakan orang gila sebentar tadi. Mereka masih mencari kami. “Emas…Emas itu milik aku!!!!”. Kata orang gila itu. Aku dan Tasha sebolehnya cuba bersembunyi, sehinggakan kami terpaksa menahan nafas kami.
Namun, Tasha terhantuk kepalanya pada batu itu, ketika kami cuba melarikan diri. Orang gila itu terus menyedari kehadiran kami dan menyerang kami. Pada masa itu juga Harun muncul dan mengetuk kepala orang itu dengan seketul batu. Orang gila itu masih lagi bangun dan cuba menyerang Harun pula. Tiada pilihan lain lagi, Harun menolak orang itu kearah batu yang tajam, menyebabkan batu itu menembusi perut orang gila itu.
“Hei, kamu berdua tak apa-apa?”. Soal Harun. Kami menggelengkan kepala. Harun juga mencari Farid. “Hah, mana abang kau yang tak berguna tu?! Disebabkan dialah kita terperangkap disini!”. Marah Harun. Aneh, dia juga yang mahu mengambil emas itu, orang yang dipersalahkan. Kami bertiga kemudiannya meneruskan perjalanan. Namun, gua itu seperti tiada penghujungnya. Tiba di satu tempat, kami terdengar jeritan Liana. Begitu kuat sekali jeritannya.
“L-Lepaskan aku lah, tak guna!!”.
Jerit Liana lagi. Kami cuba mencari suara Liana itu dan hasilnya, kami berjaya menjejaki dia. Ketika itu, Liana diheret oleh orang gila itu ke sebuah kawasan. Alangkah terkejutnya kami, taktala terlihat terlalu ramai orang gila disitu. Ada yang sedang meratah daging haiwan, ada yang sedang bergaduh sesame sendiri. Terlihat kehadiran ‘rakan’ mereka bersama Liana, mereka terus mengepung dia. Liana kemudiannya dicampak ke dinding gua, bersama dengan emas yang dikutipnya.
“JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI. EMAS AKAN KITA DAPAT BERSAMA!”
Kata salah seorang daripada mereka. Ketika itu, emas Liana mula bercahaya dan Liana mulai menjerit kesakitan. “Arghh!!! Kepala aku!!!”. Aku zoom kan kamera aku kearah wajahnya, terdapat d***h yang mula mengalir dari hidungnya. Harun yang tidak sanggup melihat kekasihnya dilayan sebegitu, terus memunculkan dirinya untuk menyelamatkan Liana. Walau bagaimanapun, saat Liana berhenti menjerit, Liana terus menerpa kearah Harun. “EMAS!!! EMAS ITU AKU PUNYA!!”
Laung Liana, seraya mengigit leher Harun. D***h terus terpancut ke serata tempat. Ketika itu juga ‘mereka’ menyedari kehadiran aku dan Tasha, menyebabkan kami terpaksa melarikan diri. Walaupun menggunakan night vision, aku masih lagi tidak dapat melihat keadaan dengan jelas, dek kerana terlalu takut dan cemas. Mana tidaknya, berpuluh-puluh orang gila yang cuba m******h aku hanya beberapa meter dibelakang aku. “Arghh!!”. Aku tersembam keatas tanah selepas tersandung pada batu. Kamera aku juga terjatuh. “Awak! Mana Awak?!”. Jerit Tasha kegelisahan.
Pada masa aku berjaya mendapat kamera aku semula, seorang lelaki gila sudah berada dihadapan aku! Dia menerpa kearah aku dan menumbuk aku beberapa kali. Aduh! Begitu kuat sekali tumbukannya. Pada masa itu, Tasha menendang lelaki itu dan aku terus memeluknya. Tasha kemudiannya mengeluar mercun bola dari poketnya dan selepas menyalakan mercun itu, terus memasukkannya kedalam mulut lelaki itu. “BAM!!”. Mercun itu meletup, bersama dengan mulut lelaki gila itu. Namun, kami tidak sempat menarik nafas lega kerana lebih ramai orang gila yang berlari kearah kami.
Aku ternampak sebuah bilik dan terus memasuki bilik itu. Aku dan Tasha masih termengah-mengah. Peluh sememangnya membasahi tubuh kami. Orang gila diluar cuba merempuh masuk, namun aku dan Tasha menghadang pintu itu dengan sebuah almari. Ketika itu, barulah kami dapat bertenang sedikit. “Huh…huh…eh, ada suis..lampu”. ujar Tasha seraya menemui suis lampu. Sebaik saja Tasha membuka lampu, terdapat banyak benda didalam bilik itu. Buku, kerta, radio lama dan banyak lagi.
“Eh? Cuba awak tengok gambar ni”. Panggil Tasha. Aku menghampiri dia dan terlihat gambar lama. Didalamnya terdapat sekumpulan lelaki sedang mengorek emas. “Cuba awak tengok tarikh gambar ni”. Ujar Tasha lagi. Tertera ’16 Ogos 1938’ pada belakang gambar itu. Pada masa itu, aku baru menyedari bahawa baju lusuh dipakai oleh orang gila itu sama seperti didalam gambar itu. “J-Jangan cakap…mereka semua ialah pekerja lombong disini?”. Hairan Aku. Tasha kemudiannya menghampiri sebuah radio lama dan memainkan rakaman suara itu. Nasib baik radio itu masih berfungsi.
“4 Oktober, kami masih lagi bekerja di sini. Aku lihat ramai rakan-rakanku yang terkena sawan dan pengsan. Aku fikir itu cuma perkara biasa.”
“18 Oktober, beberapa orang putih telah datang dan berjumpa dengan bos. Rasanya mereka ingin mengambil emas yang kami berusaha untuk cari dan gali. Kurang ajar Orang Putih”.
“3 November. Mereka mula membina sebuah pangkalan, berdekatan dengan tempat kerja kami. Sejak itu, kami menjadi semakin pening dan mula lihat benda-benda aneh. Ada yang m******h diri! Aku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti keluar dari sini! Keluarga aku masih menunggu aku”.
“Tarikh…aku sudah tidak tahu lagi. Tidak tahu apa-apa lagi. Huh, huh..sinaran emas itu terus menghantui aku. Mereka yang lain? Sudah hilang kewarasan dan m******h antara satu sama lain. Celaka…aku mesti bertahan…tidak!…EMAS…EMAS AKU!!!!!!!!!!!!”.
Setelah itu, rakaman suara itu terhenti. Aku dan Tasha terus membisu. Kini, satu misteri sudah kami ketahui. Emas itu yang menukarkan mereka menjadi gila dan psiko. Sebab itulah Liana menjadi gila juga. Ya, tidak silap lagi. Pada masa itu, kami terdengar suara seseorang yang cukup kami kenali. Farid. Dia yang juga bersembunyi didalam bilik itu terus tersungkur selepas mendengar rakaman suara yang kami mainkan.
“Tak-Tak mungkin…Emas ni aku punya! Aku!”. Ujar Farid yang masih lagi ingin menyimpan emas aneh itu. Tasha menghampiri dia dan berkata “Sudah-sudahlah tu abang. Kita ni masih kaya. Papa dan mama pun bekerja. Abang buang emas itu. Okay?”. Kata Tasha yang cuba memujuk abangnya itu. Farid mula berubah hati. Dia mengeluarkan emas itu. Namun pada saat dia ingin membuangnya. Emas itu bercahaya dan Farid serta Tasha terdedah padanya. Nasib aku baik kerana aku agak jauh dari mereka.
“Arghhh…ARGGHHH!!!”. Laung Farid, seraya menerkam Tasha. Dia cuba melawan, namun kekuatan Farid yang seakan dirasuk itu lebih kuat. Aku cuba membantu Tasha, tetapi dia menghalau aku pergi. “Pergi! Aku dah terdedah dengan emas itu. Aku akan jadi macam mereka juga! Jadi pergi!!!”. Arah Tasha kepada aku. Hidungnya juga mula mengalir d***h. Aku cuba keluar, namun Farid melepaskan Tasha dan menikam aku dengan pisau! Tasha bangkit semula dan menahan Farid, sementara aku keluar dari bilik itu melalui lubang.
Pada saat aku keluar, kesemua orang gila itu terus mengejar aku. Aku lari, lari dan terus lari, sehingga aku terlihat jalan keluar dihadapan aku. Namun, aku tetap berlari meskipun aku sudah meninggalkan gua tersebut. Akhirnya, aku lemah dan terbaring diatas tanah. D***h terus mengalir keluar dari perut aku. Ketika aku sudah redha, aku terdengar suara seorang lelaki.
“Hei, ada seorang lelaki disitu!ZZZzzz”…………………
Rakaman itu terhenti akhirnya. Ya, Zul dan Wahidah yakin. Suara itu milik Aiman! Rupa-rupanya Aiman menemui lelaki itu. Sebab itulah kamera mereka ditemui di kawasan yang sama! Namun, Wahidah masih inginkan jawapan. Kalau emas itu yang menukarkan Aiman menjadi gila, kenapa tiada emas yang ditemui berhampiran dengan Aiman? Akhirnya, mereka memainkan rakaman terakhir. Rakaman daripada Aiman dan krew kameranya, Yusof.
FOREST / MISSING TAPE BAHAGIAN 4
“Are we rolling?”
“Yeah. Dalam tiga, dua, satu…and mula!”.
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penonton dokumentari Way into Darkenss….”. “Cut!”.
Mendengar saja perkataan cut, Aiman menjadi berang. “La, kenapa pula? Aku dah buat betul-betul!”. Ujar Aiman dengan nada marah. Yusof menjadi serba salah. Maklumlah, Aiman baru saja dipilih sebagai hos baru rancangan seram itu dan dia masih lagi tidak biasa dengan tema rancangan tersebut. “Err…kau dah okay. Tapi, kau kena buat dengan nada yang serius. Macam pengacara Misteri Nusantara tu. Kau punya nada tu flat sangat. Tak sesuai”. Yusof cuba menerangkan perkara itu terhadap Aiman. “Hmm…Okay, kita buat balik”…
“Assalamualaikummmmmmmm…….dan selamat sejahtera……….aku……”. “CUT!”.
Sekali lagi, Yusof memotong kata-kata Aiman itu. Dia mula hilang sabar dengan karenah lelaki itu. Jika difikirkan statusnya sebagai jurukamera, dia tidak setaraf dengan pengacara hebat seperti Aiman. Namun dia masih bermain-main lagi. “Dude! Apa tu?! Macam orang kena sampuk saja!”. Kata Yusof yang mula naik angin. Aiman juga mula berbalah dengan Yusof. Selama 4 tahun dia menjadi pembaca berita dan kini, dia terpaksa menjadi pengacara rancangan yang mendapat rating terendah di televisyen. “La, kau sendiri yang suruh aku buat nada seram. Aku buatlah!”. Balas Aiman. Yusof mula menggaru kepalanya. “Ya, tapi bukan macam tu. Macam ni, kau cuba cakap dengan nada yang tiada perasaan. Habis cerita”. Ujar Yusof lagi. Mahu tidak mahu, Aiman terpaksa mengulang kembali sesi pengenalannya.
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Aiman, pengacara baru bagi rancangan A Way into Darkness akan membawa anda semua ke dunia ghaib yang tidak dapat kita rungkaikan dengan mata kasar. Seperti biasa, kita akan melawat kawasan-kawasan terlarang manusia, untuk menyiasat dan mendedahkan kepada anda semua, perkara-perkara ghaib yang sukar untuk digambarkan. Kini, saya berada di hadapan sebuah hutan, yang dikatakan sangat menyeramkan seperti hutan di Aokigahara di Jepun. Penuh dengan kes kehilangan dan kes b***h diri. Adakah anda sudah bersedia? Mari kita mulakan pengembaraan kita”………….
“Okay, sekarang ni kita sudah memasuki hutan ini. Seperti yang anda semua boleh lihat, kawasan ini sangat tebal dan sunyi. Dan..”.
Belum sempat Aiman menghabiskan katanya, dia dan Yusof terlihat sebuah kereta berjenama Toyota. Masih baru lagi. “Ya, nampaknya seseorang sudahpun masuk kedalam hutan ini sebelum kita. Agaknya apa yang mereka ingin lakukan?”. Ujar Aiman.
Yusof terus mengikut pergerakan Aiman. Sebagai jurukamera, dia tidak boleh terlepas walau sedetik langkah yang dibuat oleh pengacara. Tidak lama kemudiannya, selepas 30 minit mereka berjalan, mereka menemui beberapa kesan d***h pada beberapa batang pokok. Aiman dan Yusof sudah berpandangan antara satu sama lain.
“Umm, Err…seperti yang anda semua dapat lihat. Terdapat kesan d***h pada pokok ini. Dan bukan saja pokok ini, terdapat beberapa batang pokok lagi yang terdapat kesan d***h. Apakah yang berlaku?”.
Aiman masih meneruskan tugasnya sebagai pengacara. Walaupun dia sendiri terkejut dengan penemuan tersebut. Selepas itu, Yusof berkata “Err…okay. Ini menyeramkan. Aku tak sangka pula yang kita jumpa d***h betul-betul”. Aiman terus tersenyum mendengarnya. “La, bukankah ini dokumentari seram ke? Mesti kau dah rekod banyak benda pelik sebelum aku join kamu semua”. Kata Aiman. Yusof terdiam seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aiman itu. Sudah banyak benda ghaib yang dirakamkan olehnya sepanjang episod rancangan itu.
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan selepas membuat rakaman selama 40 minit, mereka membuat keputusan untuk pulang. Walau bagaimanapun, kompas yang dibawa oleh Aiman tidak berfungsi. “Serious lah! Kau biar betul?”. Soal Yusof yang mula menggelabah. “Betullah! Lihat, kompas ni tidak berfungsi!”. Ujar Aiman yang juga mula ketakutan. Mereka kemudiannya cuba menghubungi rakan-rakan mereka. Tetapi disebabkan kawasan hutan yang tebal itu, tiada isyarat yang diterima.
Pada masa itu, kabus mula menyelubungi kawasan hutan itu. Daripada nipis, terus menjadi tebal, tidak sampai 10 saat. Aiman dan Yusof terus ketakutan. “R-Rileks la. Ia cuma kabus yang tebal saja!”. Kata Aiman, cuba menenangkan dirinya bersama jurukameranya. Tiada pilihan lagi, mereka terpaksa meneruskan perjalanan, walau tanpa bimbingan…..
“Wei…..sudah 10 minit kita berjalan ni. Aku sudah penat membawa kamera”.
Ujar Yusof, yang sudah kepenatan itu. Kabus masih mengaburi pandangan mereka. Tidak lama kemudiannya, mereka terdengar suara lelaki.
“Adik…..mana Adik…..”.
Kedengaran suara itu. Aiman dan Yusof menghentikan langkah mereka. Peluh semakin membasahi wajah mereka. “Aiman, apa tu?”. Hairan Yusof. Aiman membuat isyarat supaya senyap. Ketika itu, muncul satu bayangan dari kabus itu. “Si-Siapakah kau?!”. Aiman cuba memberanikan dirinya. Namun orang itu cuma kata satu perkara saja.
“Adik….Mana Adik aku…??”.
Kata lelaki itu. Aiman dan Yusof mengambil beberapa langkah ke belakang. Lelaki itu kemudiannya terus mengejar mereka! “ADIK!!!ADIK!!!ADIK!!!!!!”. Laung lelaki itu sambil pantas mengejar Aiman dan Yusof. Mungkin kerana keinginan untuk menyelamatkan diri, mereka berdua mampu meredah kabus yang kian menebal itu. Walau bagaimanapun, tiba disatu tempat, mereka berdua terjatuh kebawah bukit. Selepas beberapa ketika, mereka akhirnya tiba kebawah. “Aduhh….kepala aku…”. Kata Aiman kesakitan, setelah kepalanya terhantuk pada batu.
Yusof kemudiannya meletakkan kameranya dan membantu Aiman untuk bangun. “Kau okay tak ni? Okay tak untuk berjalan?”. Soal Yusof yang bimbang dengan keadaan Aiman. Jika dia mengalami kecederaan serius, sukar untuk mereka melarikan diri jika muncul orang seperti lelaki sebentar tadi. “Arghh….siapa lelaki itu? Kenapa dia macam nak b***h kita pula?”. Hairan Aiman selepas mendapat kekuatannya semula. Yusof juga mengalami perasaan yang sama. Siapakah lelaki itu? Dia kemudiannya mengambil semula kameranya dan memangku Aiman untuk berdiri.
Setelah itu, mereka memberanikan diri semula untuk menjelajah hutan itu, walaupun tidak tahu apa yang menanti mereka. Demi untuk keluar dari tempat itu. Tidak lama kemudiannya, kamera Yusof merakam sesuatu yang mengejutkan mereka berdua. Sesuatu yang tidak mereka jangka untuk ada dikawasan hutan belantara itu. “A-Aiman….ada stesen satelit lah!”.
Kata Yusof dengan nada teruja. Untuk mencari kepastian, dia menggunakan zoom pada kameranya untuk melihat kebenarannya. Dan ya, ianya merupakan sebuah stesen satelit. Aneh, bagaimanakah bangunan itu boleh ada dikawasan hutan itu? Sudahlah tidak berpenghuni. “Aku rasa lebih baik kita pergi ke situ.
Mungkin disana ada isyarat dan kita boleh memanggil pihak berkuasa”. Ujar Aiman pula. Mereka kemudiannya bertolak dan sejurus selepas itu, mereka menemui sebuah tapak perlombongan.
“Aku rasa kita kena masuk juga kedalam ini, untuk ke stesen itu”. Kata Aiman. Yusof mengangguk tanda setuju. Sebaik saja mereka melangkah masuk kedalam tapak perlombongan itu, mereka terlihat asap yang keluar dari gua yang berdekatan dengan tapak tersebut. “Eh, rasanya ada orang disitu. Lihat, ada asap yang keluar dari gua itu”. Ujar Yusof, bersama dengan jeritan seorang lelaki yang datang dari gua itu. Aiman dan yusof cuba berpatah balik ke gua itu, namun didepan mereka terdapat 2 orang lelaki yang berlumuran d***h pada mulut mereka.
“EMAS!!!EMAS!!”. Jerit kedua lelaki itu.
Apa lagi, Aiman dan Yusof terus melarikan diri, mengetahui bahaya yang datang daripada 2 orang gila itu. Seperti lelaki sebelum ini, 2 orang gila itu sangat pantas. Salah seorang daripada mereka berjaya menerkam Yusof sehingga dia terjatuh. Aiman mencapai sebatang besi dan menikam lelaki itu pada matanya. “Alamak!!Alamak!!!Kau b***h lelaki itu?!”. Yusof mula takut kembali. D***h yang terpecik dari orang gila itu terkena pada wajah Yusof. Seorang lagi tiba dan mereka terpaksa melarikan sekali lagi. “Cepat!!”. Laung Aiman yang terlihat pintu keluar. Mereka berjaya keluar dan terus menutup pintu tersebut!
……………………………..
“Kamera dah okay?”. Soal Aiman. Yusof membetulkan kameranya yang sedikit rosak selepas terjatuh ketika diserang oleh orang gila. Ketika itu juga Aiman terlihat seseorang yang terbaring diatas tanah. “Hei ada seorang lelaki disitu!”. Kata Aiman kepada Yusof. Mereka kemudiannya mendapatkan lelaki yang berlumuran d***h itu. “Cepat, kita kena bantu dia!”. Aiman cuba mengangkat lelaki itu, namun Yusof masih skeptikal bahawa lelaki itu cuma manusia biasa. “rileks la. Kalau lelaki ini orang gila, dia dah lama serang kita”. Kata Aiman, yang akhirnya berjaya meyakinkan jurukamera itu…
Tidak lama kemudiannya, mereka membawa lelaki itu ke satu kawasan. Aiman terpaksa menggunakan bajunya untuk menghentikan pendarahan pada perut lelaki itu.”Oh alamak. Terlalu banyak d***h yang keluar”. Kata Aiman yang berusaha untuk menyelamatkan lelaki itu. Ketika itu, Yusof berfikir “Apa sebenarnya hutan ini?”. Pada masa yang sama, lelaki itu mula mendapat kesedarannya semula “Ap-Apa yang…berlaku…?”. Kata lelaki itu lemah.
“Shhh. Jangan risau, awak sudah selamat”. Kata Aiman. Lelaki itu cuba bangun, namun badannya masih lemah lagi. “Si-Siapa awak…?”. Soal lelaki itu pula kepada Aiman dan Yusof. Selepas aiman memperkenalkan dirinya dan tujuannya kehutan itu, lelaki itu berkata “Ya, saya ingat. Awak ni pembaca berita kan? Awak buat silap yang besar untuk datang ke tempat ini”. Kata lelaki itu. Daripada apa yang dia kata, Yusof beranggapan bahawa lelaki itu sudah mengalami nasib yang sama seperti mereka.
“Ya, saya tahu. Sebab itu kami cuba mencari jalan keluar. Tapi, dengan kabus yang tebal ini, sangat sukar. Jadi kami putuskan untuk ke stesen satelit di belakang sana untuk mencari isyarat dan menghubungi pihak berkuasa”. Aiman menerangkan rancangannya. Lelaki itu terdiam seketika, sebelum dia bertanyakan dimana kameranya. Yusof sempat mengambil kamera itu sebelum ini, dan menyerahkan semula kepada lelaki itu. “masa aku dalam gua itu, aku terjumpa sebuah bilik. Kat situ terdapat banyak dokumen dan aku rasa ada sebuah peta disitu”.
Kata lelaki itu lagi. Walaupun dia tidak dapat mengambil peta itu, namun kameranya berjaya merakam peta tersebut. Lelaki itu memainkan semula rakamannya dan setelah beberapa ketika, mereka berjaya menemukan peta yang lelaki itu katakan. “Lihat, rasanya kita kat sini. Kalau kita berjalan, dalam 10 minit, kita akan sampai”. Kata lelaki itu, sebelum seekor monyet menyerangnya! Monyet itu terus dan terus mencakar wajah lelaki itu. Sementara Aiman dan Yusof terpaku, sekumpulan monyet tiba dan berlari kearah mereka.
Mahu tidak mahu, mereka terpaksa meninggalkan lelaki itu dan menuju ke stesen satelit, mengikut arah yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Sementara mereka berjaya menjarakkan diri dari haiwan itu, lelaki yang menyerang mereka awal-awal tadi muncul. “ADIK….MANA KAU PERGI!!!???”. Laung lelaki itu. Sementara mereka dikepung dan tiada idea lagi, muncul satu bunyi yang sangat sangat nyaring dari satu kawasan. Kepala Aiman dan Yusof terus sakit yang amat sangat!
“Arghh!!! Apa ni?!!”. Laung Yusof.
Kesakitannya menyebabkan dia terjatuhkan kameranya.
Ketika dia mengambil kameranya semula, seseorang menyerangnya, dan orang itu ialah Aiman! Mata dan hidungnya terus mengalirkan d***h. “ARGGHHH!! B***H!!!”. Aiman menjerit, seraya menumbuk Yusof. Sekali, dua kali, tiga kali dan seterusnya! Sehinggalah dia mencapai kamera Yusof dan…….!!!!!………………..
Rakaman terakhir. Ya, rakaman terakhir itu membuatkan Wahidah dan lain-lain tergamam, terdiam dan terpaku untuk beberapa ketika. Tangan Wahidah begitu menggeletar sekali. Rupa-rupanya Aiman yang m******h Yusof. “W-Wahidah….kau rasa….”. Kata Zul, yang masih tidak mempercayai apa yang berlaku.
“Kita akan pergi ke hutan itu. Tak kira apa yang berlaku”. Kata Wahidah dengan tegas…
FOREST / MISSING TAPE BAHAGIAN AKHIR
Setelah mengetahui kebenaran yang menimpa rakan mereka, krew A Way into Darkness terus berjumpa dengan Ketua Editor untuk memaklumkan perkara yang mereka telah temui. “Begitu rupanya….jadi kamu semua syak bahawa bunyi yang muncul itu merupakan pencetus kepada apa yang berlaku kepada Aiman?”. Kata Ketua Editor yang masih belum yakin dengan penerangan Wahidah. Wahidah cuba menerangkan kembali kepada Ketua Editor agar beliau dapat berbuat sesuatu. “Ya, kami bukannya syak, tetapi pasti. Bunyi itu juga mungkin penyebab kepada semua apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa hutan itu”.
Ujar Wahidah. Pada masa itu, Zakuan mencelah dengan berkata “Aneh bukan? Kalaulah ada sesuatu yang menghasilkan bunyi itu, kenapa sampai sekarang pihak berkuasa tidak tahu mengenai perkara itu? Setahu saya, sudah hampir 10 tahun mereka menyiasat hutan itu”. Masing-masing terdiam mendengar kata-kata Zakuan itu. “Hmm..betul juga apa yang kamu katakan itu, Zakuan. Sebab itulah saya tidak boleh membenarkan kamu semua pergi ke tempat itu. Ianya terlalu bahaya!”. Ujar Ketua Editor. Pada waktu itu, Wahidah terus menghempas meja, menunjukkan protesnya.
“Saya tak pedulikan semua itu! Saya mesti cari keadilan untuk Aiman! Saya mesti cari, siapakah yang membuat bunyi itu dan menyebabkan kesengsaraan mangsa-mangsa yang lain juga”. Ujar Wahidah dengan tegasnya. Zul yang ketika itu merakam mesyuarat mereka pun agak menerima pernyataan Wahidah itu. Ketua Editor mengeluh seketika, sebelum berkata “B-Baiklah…kalau itu yang awak mahukan. Saya juga akan menghantar kamu semua menggunakan helicopter. Sejak kita sudah ketahui lokasi stesen satelit itu”. Kata Ketua Editor, yang akhirnya mengalah dengan kedegilan Wahidah. Sebelum ini polis, sekarang ini Ketua Editor. Nampaknya Wahidah memang seseorang yang mampu mengubah pendirian seseorang.
Itulah yang difikirkan oleh Zul……
“Kamera okay?”. Soal Zakuan, saat Zul menghidupkan kamera semula. Zul mengangguk perlahan. Helikopter yang membawa mereka itu agak bergoyang sedikit, menyebabkan Zul sukar untuk menstabilkan kameranya.
“Nampak apa-apa tak?!”. Soal Wahidah kepada juruterbang itu. “Belum lagi! Macam yang kamu sudah tahu, kawasan hutan itu mempunyai kabus yang sangat tebal. Jadi sukar untuk saya mengesan tempat yang kamu semua hendak pergi!”. Kata juruterbang itu. Zul juga cuba menggunakan zoom pada kameranya untuk mencari stesen satelit itu. Pada masa itu, Zakuan yang duduk disebelah Wahidah, bertanya sesuatu padanya. “Wahidah, boleh aku tanya sesuatu?!”. Wahidah mengangguk. “Kenapa kau terlalu nak membantu Aiman?! Apa hubungan kamu berdua sebenarnya?!”. Pada waktu itu, Zul dan Ganesh terus memandang mereka berdua.
Rupanya mereka juga memikirkan benda yang sama. Wahidah tertunduk seketika, sebelum menjawab soalan Zakuan itu. “Di-Dia…Aiman…Aiman tunang aku!”. Apa lagi, terus terdiam masing-masing. Yalah, mereka langsung tidak mengetahui perkara itu. Wahidah dan Aiman bertunang? Sejak bila? “aku minta maaf kerana tak beritahu perkara ini. Aiman yang suruh aku senyap, katanya nak bagi surprise kepada kamu semua. Kami juga akan berkhawin dalam 2 bulan lagi. Dan lepas apa yang berlaku kepada Aiman…aku….”.
Wahidah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Mereka memahami perasaan wanita itu. Dan mereka tidak memaksa lagi Wahidah untuk menerangkan hubungannya dengan Aiman. Tidak lama kemudiannya, juruterbang itu akhirnya menemui sebuah stesen satelit yang berada diatas bukit. “Okay, kita akan mendarat sekarang!”. Ujar juruterbang itu. Zul dan lain-lain terus bersedia untuk turun dari helikopter. Sebaik saja mendarat, Zul, Wahidah dan Zakuan turun daripada helikopter, sementara Ganesh tinggal di situ. “Aku akan tunggu korang! Dalam satu jam lagi, kami akan datang semula. Jadi jangan terlepas!”. Arah Ganesh, sebelum helikopter itu terbang semula…….
Mereka bertiga kemudiannya meneruskan perjalanan ke stesen satelit itu. Tidak lama kemudiannya, mereka menemui pintu pagar untuk masuk kawasan itu. Zakuan mengeluar sepucuk pistol dan menembak manga pada pintu pagar itu. “Wow, mana kau dapat pistol itu?”. Soal Wahidah. “Abang aku kan kerja polis. Dan dia beri kebenaran kepada aku untuk pinjam pistol dia”. Terang Zakuan. Mereka membuka pintu pagar itu dengan perlahan…
Tanpa mereka sedari, terdapat kamera CCTV disitu.
“Wow….besar betul tempat ni. Macam mana tempat seperti ini tidak dapat dikesan?”. Hairan Wahidah. “Entah lah. Tapi kita kena berhati-hati. Dengan makhluk-mahkluk gila disini, serta bunyi itu”. Balas Zakuan. Mereka menemui pintu masuk kedalam bangunan itu. Namun, pintu itu tidak berkunci. Rupanya seseorang sudah memasuki tempat ini.
Bangunan itu terlalu gelap dan Zakuan menggunakan lampu yang ada pada pistolnya, sementara Zul menggunakan spotlight yang ada pada kameranya. Masing-masing bergerak dengan perlahan. Daripada pemerhatian mereka, benda yang ada didalam bangunan itu hanyalah benda biasa. Ada sesekali mereka terdengar bunyi tapak kaki dan nafas manusia. Jantung mereka mula berdegup kencang. “Dah…tak ada apa-apa tu”. Kata Zakuan, cuba menenangkan suasana. Sejurus selepas itu, mereka menemui bilik kawalan utama. Wahidah mencadangkan untuk menggunakan bilik itu untuk menghidupkan cahaya tempat itu.
Sebaik saja mereka memasuki bilik itu, Zakuan terus menggunakan komputer yang ada disitu. “Kamu semua jangan risau. Saya tahu cara untuk menggodam. Cuma pc yang ada kat sini, semuanya lama-lama”. Ujar Zakuan, seraya menghidupkan komputer itu. Tertera logo aneh pada komputer itu. “Okay….Siap!”. Zakuan berjaya menghidupkan cahaya bangunan itu, dan pada masa yang sama, siren berbunyi. “apa yang kau dah buat??”. Soal Wahidah yang mula kegelisahan. “Mana aku tahu. Aku cuma menghidupkan tenaga disini”. Balas Zakuan.
“Brangggg!!!”.
Bunyi kaca dipecahkan. Terdapat beberapa orang gila yang menuju kearah mereka! Mereka cuba melarikan diri. Salah seorang daripada orang gila itu menerpa kearah Zakuan, namun dia menembak m**i orang gila itu. “Tak guna! Mana kita nak pergi??”. Soal Wahidah. Didepan mereka terdapat sebuah lif. Ketika mereka semakin menghampiri lif itu, bunyi nyaring kedengaran. “Arghh!! Tutup telinga!!”. Laung Zakuan. Wahidah dan Zul terus menutup telinga masing-masing. Namun, bunyi itu semakin lama, semakin kuat. Sementara orang gila itu semakin menghampiri mereka. Mereka terus menuju kearah lif dan berjaya melarikan diri.
“huh…huh…huh…nasib baik…”. Kata Wahidah. Namun, Zakuan menunjukkan sakit kepalanya. Wahidah dan Zul agak kerisauan dengan keadaan Zakuan itu. “J-Jangan risau…aku okay…”. Bukan apa, setelah mengetahui kesan yang bakal menimpa jika terdedah dengan bunyi itu, sememangnya mereka perlu berhati-hati.
“Ehh…kejap? Ke manakah kita pergi?”. Hairan Wahidah. Lif yang mereka naiki itu masih turun kebawah. Malah, tiada butang untuk mereka tekan. Pada waktu itu, lif itu berhenti, menandakan mereka sudah berada dibawah. Apabila pintu terbuka, mereka mendapati bahawa tempat mereka yang pergi itu agak maju, jika dibandingkan diluar sana. “Okay….ia agak aneh”. Ujar Zakuan. Perlahan mereka keluar dari lif itu. Terdapat beberapa bilik, namun semuanya terkunci. Ketika itu, kamera Zul mengalami glitch, dan apabila glitch itu hilang, Wahidah dan Zakuan juga hilang.
Zul mula berdebar. Tidak tahu untuk kemana. Ketika Zul cuba mencari rakan-rakannya, dia terlihat seorang wanita dihadapannya. “ZUL…..KENAPA KAU ABAIKAN AKU…..KENAPA KAU TINGGALKAN AKU….??”. kata wanita itu. Mendengar suara itu, Zul terus mengenalinya. Suara yang dia dengari ketika dia masih bersama dengan wanita itu. Ya, wanita itu merupakan bekas teman wanitanya! Apabila wanita itu menoleh, terdapat kesan d***h pada wajahnya. “KAU LIHAT…BETAPA AKU RINDUKAN KAU….SEHINGGAKAN AKU TOREH WAJAH AKU. UNTUK TUNJUKKAN SETIA AKU PADA KAU!!!”.
Laung wanita itu. Zul cuba melarikan diri, namun kakinya kaku disitu. Saat wanita itu cuba menyerang Zul, satu suara muncul ditelinganya.
………… “Zul…Zul!!!”.
Panggil Wahidah, menyedarkan Zul. Zul melihat dirinya kini terbaring diatas lantai. “Oh…kami ingatkan kau dah m**i!”. Kata Zakuan pula. Zul masih terpinga-pinga. Apa yang berlaku? Ketika itu juga, beberapa orang gila tiba dan berlari kearah mereka. Mereka kemudiannya memasuki sebuah bilik dan melihat terdapat saluran udara diatas syiling. Zul dan Wahidah memanjatnya, sementara Zakuan menahan pintu itu. “Cepat Zakuan!!”. Wahidah memanggil Zakuan. Namun Zakuan membuat keputusan untuk tinggal disitu, untuk menahan pintu itu. “Kamu berdua pergilah! Cari kebenaran mengenai tempat ini!”.
Kata Zakuan, sebelum orang gila itu berjaya memecah masuk dan menyerang Zakuan. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa meninggalkan Zakuan. Zul dan Wahidah kemudiannya merentasi kawasan itu melalui laluan udara itu. Tiba disatu tempat, laluan udara itu pecah, menyebabkan Zul dan Wahidah terjatuh kebawah.
“Aduh….kaki aku…”. Kata Wahidah seraya mengerang kesakitan. Terdapat kayu terpacak pada betisnya. Zul terus mencabut kayu itu dan menggunakan kain bajunya untuk merawat kaki Wahidah. Setelah itu, mereka mendapati bahawa mereka berada disebuah bilik yang seakan seperti bilik wayang. Pada waktu itu, satu siaran terbuka dengan sendiri, memaparkan simbol yang sama seperti di komputer itu. “Simbol itu….”. kata Wahidah perlahan. Sejurus selepas itu, terdapat tayangan yang muncul disitu. Tayangan dalam bahasa inggeris (P/S :aku malas nak translate. So aku letak dalam bahasa melayu)…
“Pada tahun 1930, pihak British telah menemui satu kawasan yang penuh dengan emas. Kawasan itu pula merupakan kawasan yang penuh dengan penduduk. Selepas membuat kajian, British mengenalpasti objek emas itu mengandungi satu tenaga yang mampu merosakkan sistem otak untuk berfungsi. Bagi mereliasasikan hasrat Negara untuk menakluk Tanah Melayu, British menghasilkan satu gelombang yang datang dari tenaga emas itu, yang mampu merosakkan otak penduduk sekitar, bagi tujuan penghapusan penduduk secara senyap”.
“antara kesan-kesan pendedahan kepada gelombang isyarat ini ialah mimpi ngeri, selalu berilusi, Nampak benda yang menjadi trauma kepada mangsa. Mangsa juga akan menjadi agresif dan boleh bertindak untuk mencederakan orang lain. Selain itu, haiwan juga boleh terdedah dengan gelombang isyarat ini, menjadikan ia sebagai senjata pemusnah yang sangat efektif. Alat-alat seperti kamera dan radio juga akan mengalami kerosakan jika terdedah pada gelombang ini. Jadi, mari kita harapkan bahawa Bristish dapat menyiapkan projek ini agar Tanah Melayu akan jatuh ketangan kita….”.
Dan tayangan itu berakhir. Zul dan Wahidah tergamam. Juga terpaku. Mereka sudah mengetahui segalanya. Projek yang terbengkalai selama ini, rupanya sudah siap dan menyebabkan kemusnahan kepada kampong disitu. Malah, ia menjadi punca kepada segala kejadian dan kematian dihutan ini. Zul terutamanya, dia sudah memahami kenapa dia melihat bekas kekasihnya itu. Juga kenapa setiap kamera mengalami glitch di hutan ini. Ketika itu, Wahidah pula mengalami sakit kepala dan orang gila pula muncul.
Zul dan Wahidah cuba melarikan diri, namun lampu tertutup secara tiba-tiba. Ketika Zul menghidupkan spotlight kameranya, orang gila muncul dihadapannya dan menerkamnya. Zul meronta seketika, sebelum mencapai kayu yang menusuk betis Wahidah itu. Zul menggunakannya dan menikam mata orang gila itu.
“Zul….Kenapa…kau….???”. kata orang gila itu. Rupa-rupanya orang itu ialah Wahidah! Zul menjadi keliru. Bukankah orang gila yang menyerangnya? Orang gila yang sebenarnya cuba mengejar Zul, menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Wahidah. Zul teru berlari sambil menangis. Dia telah m******h rakannya sendiri. Dengan tangannya. Ketika itu, dia terlihat papan tanda ‘exit’ di satu laluan. Harapannya semakin memuncak untuk menyelamatkan diri. Dia juga tidak mahu rakaman yang dibuatnya menjadi sia-sia. Dia perlu tunjukkan kepada dunia.
“ZUL NAK KEMANA?????”.
Muncul bekas teman wanitanya dibelakangnya! Wanita itu terus menerkamnya, menyebabkan Zul terjatuh. Zul cuba melawan, dan pada saat itu dia teringat bahawa apa yang muncul dihadapannya, hanyalah ilusi. Tidak betul. “Tak…..kau…tak betul..tak wujud! Dan aku…tak gila..kau…tak wujud!!!”. Laung Zul seraya menutup matanya. Apabila dia membuka matanya, wanita itu sudah hilang. “huh…huh…aku..tak gila…”. Ujar Zul seorang diri. Dia terus bangun dan menuju ke jalan keluar……
………….
“Kau okay tak? Soal Ganesh kepada Zul yang sudah menaiki helikopter. Setelah Zul menggelengkan kepalanya, Ganesh menghembuskan nafasnya. “Jadi…. Hanya kau saja yang dapat keluar, huh? Tak mengapa, kita boleh tunjukkan rakaman kau pada satu dunia. Supaya kematian Zakuan dan Wahidah tidak sia-sia”. Ujar Ganesh lagi. Namun Zul hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. “Hei, Zul! Kau okay tak ni?”. Soal Ganesh sekali lagi. Apabila Zul menoleh, mata dan hidungnya mengalir d***h. Zul terus menyerang Ganesh seraya berkata
“B***H!!!!!!!!!”……………………………………
“Berita terkini. Sebuah helikopter ditemui terhempas di sebuah hutan yang berdekatan dengan daerah Pekan. Mangsa dikenalpasti sebagai Ganesh A/L Arumugam, juruterbang Azrol dan seorang jurukamera Z..Z…Z……………………………
Tamat
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ramai penulis kerap tertukar perkataan
“SILING”
dan
“SYILING”
Cerita anda bagus, teruskan berkarya.
suke cite nii … ni klau wat filem ni confirm laku
Penulis tolong menulis dalam perenggan. Senang akak nak baca. Tq 🙂
sangat best jln cerita ni…tak bosan, teruskan berkarya ye..
Lebih kurang cerita wrong turn . Ada wrong turn 3 dan wrong turn 1 dan 2. Remake yg bagus!
Seram bak ang huhuhuhu
Creative.
niceeee
berpinar mata baca.. kedekut sangat nak buat perenggan..
Best2…xckup nafas baca haks 👍
⭐⭐⭐⭐
Best sangat cerita ni…teruskan berkarya ya bang…good job well done
Wow… best
wah…klo emas tu bercahaya…org yg pndg tu leyh jd giler erk
Klu abg polis mmg boleh bg pnjam pistol kt adik bradik ea?huhu