Nama aku Hash (bukan nama sebenar). Kisah yang bakal aku kongsikan ini adalah pengalaman aku sendiri yang menuntut ilmu di negeri orang. Salam perkenalan semuanya. Pada tahun 2010, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah IPT di Negeri Bawah Bayu, Sabah. Di sinilah kisahnya bermula. Semua tempat dan nama aku ubah, untuk menjaga nama baik.
Mungkin ramai yang pernah terbaca atau terdengar tentang kisah-kisah mistik yang berlaku di asrama… atau mungkin pernah mengalaminya sendiri. Dan aku adalah salah seorang daripadanya (yang mengalami peristiwa diganggu) semasa tinggal di kamsis ataupun asrama. Kejadiannya bermula semasa aku berada di semester yang ketiga.
Sebelum itu, memang banyak kejadian pelik yang pernah aku lihat dan yang pernah aku dengar sepanjang aku mendiami asrama, tambahan aku juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pelajar kamsis. So, memang banyaklah cerita yang aku dengar dari senior, rakan dan juga pensyarah serta staff asrama. Ada yang histeria, orang minyak, kes pencuri yang mencuri hingga susah dikejar sebab pandai menghilang, ada kes yang terjun dari tingkat tiga tapi masih hidup, cuma tulang-tulang je patah dan sebagainya.
Kisah aku pulak?
Kisah aku bermula bila tibanya minggu study week semasa aku berada di semester yang ketiga. Masa study week, memang menjadi kewajiban untuk pelajar asrama untuk balik ke rumah masing-masing dengan membawa pulang sebahagian barang dalam bilik asrama. Jadi, tak susahlah bila dah habis exam, tinggal bawa luggage dan check-out dari asrama sahaja. Bagi kami yang jauh, terutama yang dari Sarawak mahupun semenanjung, terpaksalah stay dalam asrama je.
Walaupun study week, tak semua student akan balik; ada yang stay sebab ada study group dan kelas ganti, terutamanya pelajar-pelajar semester akhir. Untuk blok aku, which is blok M, aras dua, memang sunyi. Disebabkan aku tak ada roommate, jadi kesimpulannya, aku melepak di bilik kawan aku yang tak balik rumah yang sama blok dan sama aras.
Sambil melepak sambil bercerita sambil makan sambil itulah ketawa. Maklumlah, asrama kan sunyi? Jadi, kiranya aku dengan kawan aku tu lah yang menghebohkan suasana aras kami tu. Sebab, dihujung blok adalah paya dan hutan, manakala depan block pulak permandangannya hanyalah satu perumahan kecil untuk warga tempatan. Ada juga pelajar yang menyewa di dalam kawasan perumahan tersebut. Keadaan dan suasana menjadi sangat seram bila menjelangnya waktu malam dan tambah menakutkan bila bermulanya study week. Sebab kurang student, kan…
Untuk menghilangkan rasa sunyi, kawan aku ajak karaoke dalam bilik dia, memandangkan belum ada karaoke set yang canggih macam sekarang ni, so aku dengan dia nyanyi tanpa menggunakan set karaoke, buka youtube, lepas tu nyanyi yang minus one punnya lagu.
Dengan keadaan tingkap yang terbuka, ada angin yang agak kuat bertiup, memang feel-lah menyanyi. Selepas nyanyi beberapa buah lagu, aku bagi chance kawan aku yang nyanyi, jadi aku decide duduk atas katil sambil menghadap tingkap.
Tengah syok-syok kawan aku menyanyi, tiba-tiba mata aku tertangkap satu susuk tubuh, melompat setempat tetapi tegak. Masa tu aku dah tak sedap hati, jantung aku masa tu macam nak terkeluar dari mulut sebab dah terlampau takut, sesak nafas, susah nak bernafas semua ada. Sebab apa aku macam tu? Sebab aku tahu yang melompat tu bukan manusia. Aku macam terus tangkap apa ‘species’ makhluk tu sebenarnya; abang/kakak gula-gula! Aku dapat lihat dengan jelas muka dia, dan aku dapat describe muka dia dengan hannya mengatakan yang muka dia sungguh menakutkan. Memang betul apa orang cakap, bila kau nampak benda tu, memang sangat mustahil untuk kau bergerak mahupun untuk mengerlipkan mata sekalipun, cuma dalam hati kau berharap agar kau pengsan agar kau dapat menghentikan diri kau daripada terus menatap benda tu.
Kawan aku yang dah mula perasan kelakuan pelik aku, mulalah menegur aku, “Oi, kenapa dengan kau ni? Macam nampak hantu je.” Waktu tu dia belum toleh lagi ke arah tingkap tu. Aku cuma jawab, “tu… tuu… tuuu… kau tengok tuuuu…” sambil menuding-nuding ke arah luar tingkap. Masa dia toleh tu, benda tu betul dah dekat dengan tingkap dah. Aku apa lagi, terus cabut, ketuk bilik orang depan, nasib baik orang bilik depan kawan aku tak balik rumah. Dia buka pintu, aku terus masuk, tutup pintu. Tinggallah kawan aku yang seorang tu dekat luar, sambil dia ketuk-ketuk pintu macam hilang akal. Tapi orang yang empunya bilik tak jugak buka pintu bilik, sebab dah sama-sama takut, sampaikan kawan aku tu berlari pergi rumah warden (bawah blok je).
Bila tengok dah pucat, berpeluh-peluh, bergetar-getar satu badan, penghuni bilik yang aku ketuk untuk menyelamatkan diri tadi terus pegang kaki aku, dia cakap dekat kawan dia yang satu lagi, yang kaki aku sejuk habis. Macam baru keluar dari tempat yang ada aircond! Dia ambil gelas, tuang air dan dia baca-baca something, which is aku tak tahu, sebab tak sama agama.
Tapi aku tahu, tu memang petua dia, sebab dia memang orang surau dan dia baik. Dia suruh aku minum. Dalam beberapa minit macam tu, aku back to normal, then aku ceritalah. Then dia cakap dekat aku, kedudukan bilik kawan aku tu memang laluan benda tu. Tapi yang membuatkan benda tu menunjukkan diri dia, mungkin ada sebab, which is aku buat andaian sendiri, sebabnya aku dengan kawan aku tu bising. Melalak macam orang gila. Kesimpulannya, aku demam dalam seminggu, dan aku terus taubat untuk buat bising tak kira hujung minggu ataupun study week. That it. Itu je kisah aku. Maaf andai penulisan aku kucar-kacir dan bahasa bercampur aduk. Bye!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
? takut punya pasal sampai lupa ajak kawan lari masuk sama2
weh, sihat?
Sihat walafiat? kau pulak?
sihat jugak. weh ciken, lama aku x nampak ko? huhu
Sama lah. Aku pergi mengembara kat bulan.. Tu yg kau susah sikit nak nampak aku
hm. jauh kau mengembara? takde tempat lain ke selain bulan? huhu
Nak cari sailor moon .. Kut kut boleh tolong sambutkan satellite China yang nak terhempas… #Selamatkan Malaysia
kenapa x cari ultraman? amboi~ matlamat ko selamatkan malaysia hahahah
ko keje angkasawan ke?
Tak suka ultraman sebab tu tak cari ??hhahaha aku keje jadi psychiatrist..
ohh psychiatrist.. kat mana ken?
FF … Aku gurau je la stpm pun belum habis….nak keje camne ? dalam mimpi jadi psychiatrist bolehlah ..reality tak mampu angan² je tu
hm. aku rasa macam nak carut je ko ni~ form 6 eh skrang?
eh. dah tuka nama hikhik
Dah register takdo pun notification yg kau reply aku ?? a’ah form 6 akhir tahun dah …bukan budak dah
wahh dah ijo lah nama ko ? tapi ko dpt tengok komen dr dashboard kan?
ko tetap budak di mata aku ?
Siap ketik notify of new replies to this comment ?
ulltraman makan julap. dia tak dapat datang
Julap? Kau ke ultraman tu..?
Masa karaoke aku kena gangguan oleh suara kawan aku je. Sumbang. hahahahahahahahaha
jom duet?
Jom duet dgn aku..lagu memori daun pisang..kahkah
ko nak part mana? laki ke perempuan?
Aku nk part pompuan..nk gelek lebih..ewahhhh~~~??
yihaaaaaa! Goyang bam goyanggg~~ ???
dah2..penat ahh gelek..lenguh pinggang aku..hahaha
kesian kawan ko kene tinggal kat luar
Nasib encik gula2 tu xjoin korang nyanyi.xpun jadi juri…mesti garang cam mas idayu..haha.opss!
.
si gula-gula tu nak join karaoke juga kot.
mana tau dia nak pilih lagu sndiri..
hehehehhee
btw, story best ..meremang baca !
Seram! kesian member huhu
Dia nak join karok jugak lh tu hehe
Kalau takut, sampai kawan sendiri lupa ???
Intro agak panjang.
Tapi cerita mudah difahami.
Sebut je pocong. tak payah takutlah.haha
5/10
.
best. Seram weyh… teringat time aku kat kampus dulu gak. Kesian kat kawan kau….. hahaha
%
% je komen ko??musykil aku..hahaha
haha.
Jnji komen.
Kalau meiyo jadi kawan yg ditinggalkan tu, memang tak panggil kawan dah, jadi musuh! Sampai anak cucu meiyo akan ingat orang yg tinggalkan meiyo dlm kesusahan ???. Okey la cerita, nais.. Lagi nais kalau ada yg tumpang mengilai..
…
Seram tu ada la jgk..
ok
Aku ni dah la suka KAROK! Kalau g tandas kat hujung, mesti dengar bunyi mcm2. Damn! Hahahaha
Hmm takut pulak nnti nak karok .
hai mashiii~ hati hati. Emel awak muncul kat nama awak. Takut nanti awak kena hack. huhu. pi tuka.
Hahaha..sempat lg ko kan..
aku ingatkan je. huhu. terang2 emel dia link dgn nama dia. takut lah nanti jadi benda yg bukan2 huhu
Baik adik ff ni..bagus betul..nama aku ade nmpk emel x?xpasal2 ade cikbambam2 plk..haha
Bamm.. Mana gambar kau??
adik x pernah jahat, kak bam. hahahhahaha ko punya takde. ko letak lah gambar bam. huhu
bong..kak lang..sbnr nye ade cite di sebalik tkr gmbr tu..aku pm tepi yo.malu den nk cito kek sini..hahahaha
Hahahaha… Xleh nak tukar gambar ke cane?
taknak kak lang. aku nak kak cik. haha dah kenapa ko pandai malu ni kak bm? bkn ko sejenis yg x tau malu ke?hahahhahhahahah meh lah pm tepi
hahaha..hampeh korg..jap aku pm..
aku seorang gadis pemalu okey..malas nk tunjuk je..kahhh
sama la..aq karok2 jugak..tapi time siang la..hihi
Sian kawan ko weh..kalo aku mau merajuk seminggu dgn ko..hahaha..story simple & senang faham..aku bg 6/10..
Ko ponnn sian kawan ko ????
BEST!
Teruskan berkarya!?
Seram sbb kene tinggsl member.. hntu ade kt blakng lgi
apa jadi dgn kwn kau? 😀
sian kawan tu kne tinggal~
👍
gula2 nk dtg join…. minggu study week biasanya mmg x ramai student stay masing2 nak balik rmh.
so exam dlm demam ke cemana ni?
perghh..dye g tinggalkan mmber dye sorang..ish2..x patut…
pengajaran nye jgn buat bising mlm2 bute
Apelah pnya kawan!!! Tak gune pnye!!!
asal kau tinggal kawan kau dohh. tapi aku faham perasaan kau. kalo aku pon xingat ape dah .xkisah la kawan kau tu keturunan raja. dah main dgn takut. xpeduli dah pangkat or darjat. hahaha btw cerita kau simple tapi padat. teruskan berkarya bossku
SERAM…hu..hu..