Hadiah daripada Jin 2

Hadiah daripada Jin 2

baca part 1 sini

Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Alhamdulillah sekarang aku dah tak diganggu lagi. Memandangkan sudah ramai membaca penulisan aku iaitu Hadiah daripada Jin yang telah dipublish baru-baru ini, aku berharap korang berhati-hatilah bila nak terima barang atau hadiah daripada orang. Aku ada terbaca di komen facebook dan instagram yang tertanya-tanya siapakah Izzul sebenarnya. Dan di sini aku nak beritahu supaya pembaca tidak salah faham lagi.

Izzul sebenarnya kawan sekelas aku. Dia pernah beritahu aku yang dia ada belajar ilmu. Tapi aku anggap dia main-main saja. Atau kalau betul pun, aku harap lepas ni dia tak salah gunakan ilmu yang dia pelajari itu. Ilmu ini orang kata boleh digunakan sekiranya dalam keadaan terdesak. Mungkin aku ada buat silap kepada Izzul sebelum ini tanpa aku sedar, dan itu ‘sentuhan’ untuk aku supaya beringat lain kali sebelum bertindak. Apa-apa pun aku rasa bersalah kepada dia sebab dalam hati ini aku masih anggap dia sebagai kawan aku.

Ada pembaca tanya Izzul ni membela ke? Jawapan aku, aku memang tak tahu. Benda macam ni akan sentiasa misteri.

Dan yang memang misteri ialah biji-biji putih transparent yang tergeletak di atas katil hostel aku dan kelibat perempuan berambut panjang di belakang loker. Aku langsung tak rasa dalangnya ialah suspek dalam kisah ini. Sebab itu tajuk penulisan ialah hadiah daripada jin. Kalau bukan manusia siapa lagi ?

Mimpi-mimpi seram such as mimpi pontianak tunjuk diri, mimpi kakak aku cuba m******h, berada di tempat aku tak pasti, dan banyak lagi yang aku sudah lupa selalu bertandang semasa aku tidur tu menjadi tanda tanya buat diri sendiri. Dan, aku anggap biarlah ia kekal misteri.

Sebilangan kawan-kawan kolej dah baca kisah aku dan aku harap lepas ni jangan pula kondem Izzul. Dalam kisah pertama aku, aku nyatakan Izzul hanyalah suspek. Boleh jadi dia orangnya dan boleh jadi bukan dia yang buat.

Ingat lagi yang aku cerita pasal mimpi lelaki harimau, orang tua nak wariskan saka, mimpi dicakar kucing hitam dan dihimpap hantu raya ? Dalam hal itu aku rasa berkait rapat dengan saka keturunan yang nak berdamping sebab aku ingat kata-kata lelaki harimau dalam mimpi aku tu, “Kenapa tak nak aku?!” yang memberi maksud apesal tak nak bela dia, sedangkan moyang dulu boleh jaga dia.. Lebih kurang begitulah.

Aku terfikir pasal ni pun bila nak buat kesimpulan secara overall tentang gangguan yang aku kena.

Dan ada juga pembaca yang menyatakan bahawa beliau diganggu apabila bangun tidur selalu ada manik-manik halus tetapi versi warna coklat. Mungkin situasi kami sama dan tindakan bijak oleh beliau ialah beliau tidak menghiraukan biji-biji tersebut dan lama-kelamaan perkara itu terhenti. Berbeza dengan tindakan aku, kutip lepas tu tunjuk bukti kat warden & family. Lantas, gangguan masih berterusan dan semakin teruk. Ya, ada perkara aku kurang cekap menguruskannya.

Aku minta maaf sekiranya penulisan pertama aku itu menyebabkan salah faham dalam kalangan pembaca. Tolong sebarkan penulisan kedua aku ini, ya ?

Terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syakk

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Hadiah daripada Jin 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.