Hantu Gigi Jarang

Part 1 Baca Sini

Kami bertiga masih dalam proses bertenangkan diri sesama kami. Wajah Pak Awang kelihatan hampa kerana misi utamanya dlm memburu kancil emas tak kesampaian. Dia kat kampungnya terkenal sebagai pawang dan bermacam ilmu yang dia ada. Cuma jalannya lebih pada yang khurafat, oleh itu Pak Cu selalu mengingatkan saya jangan mencontohi amalan dan kelakuan Pak Awang membuta tuli.

Selesai sudah kami berehat seketika, waktu dah hampir petang matahari menunjukkan nak tenggelam. Jam boy london glow in the dark berstrap merah di tangan saya dah menunjukkan pukul 5.15pm. Walaupun beli di pasar malam tapi bermakna kerana dari hasil simpan duit belanja sekolah selama 2 minggu juga lah.

Pak Awang ambil keputusan selaku ketua ekspidisi memburu kali ini untuk merehatkan diri dan pilih kawasan untuk bermalam. Saya di tugaskan memasang khemah jenama rhino warna biru yang dibeli di pertama kompleks. Pak Cu mencari kayu api dan Pak Awang sibuk kemaskan kawasan tapak khemah dia sambil surya merah soft pack x lekang di bibirnya.

Ketika kami semua sibuk, tiba-tiba Pak Cu datang menerpa dan suruh kami diam membatukan diri. Kami semua terdengar dengan jelas akan bunyi lantai hutan di pijak. Bunyi itu jelas menuju ke arah kami, sy lihat Pak Awang dan Pak Cu sudah bersedia dengan golok dan senapang mereka dalam menghadapi segala kemungkinan. Saya macam biasa masih kanak2 lagi cuak lah.

Beberapa ketika, muncul kelibat 4 susuk manusia yang berpakaian x cukup kain. Rupanya kaum orang asli yang tnggal di kawasan hutan itu. Hampir saja Pak Awang menarik picu senapangnya, kalau x memang ada yang m**i juga.

4 orang asli tu perkenalkan diri dan nyatakan bahawa mereka sedang mengejar sesuatu makhluk hutan yang di gelar “hantu gigi jarang”. Waktu inilah kali pertama saya mula di ekspose dengan kewujudan makjluk berkenaan yang masih menjadi misteri sehingga kini.

Ujar mereka ketika memburu, hantu gigi jarang telah mencuri hasil buruan mereka pada perangkap yang dipasang iaitu seekor b**i hutan. Kerana itu adalah satunya hasil buruan, mereka tekad nak mengejar dan dapatkan balik b**i tersebut.

Pak Awang cakap bahawa kami baru saja sampai dan nak pasang khemah dan tak nampak atau perasan apa2 jejak binatang atau manusia di sekitar. Oleh kerana sifat ingin tahu yang tinggi, Pak Awang suruh tinggalkan barang khemah dan bawa apa yang perlu. Dia ingin mengikuti orang asli itu dalam memcari hantu gigi jarang. Pak Cu dan saya ikut sahaja dan persiapkan diri.

Kami ber 7 pun mula bergerak, setelah lebih kurnag dalam 10 minit, orang asli itu menunjukkan kesan tapak kaki hantu gigi jarang yang di temui. Tapaknya besar 4 kali tapak kaki manusia dan berkuku tajam. Tapak kakinya itu menghala ke arah songsang bukan seperti biasa. Petua orang asli tu cakap, kalau nak ekori tapak ni kena berjalan ke arah belakang seperti makhluk berkenaan juga. Kami bertiga tak reti nak jalan ke belakang, jadi orang asli tu yang bergilir antara mereka untuk berjalan terbalik.

Tiba2 hujan turun dan hari semakin nak gelap. Kami ber7 masih meneruskan jejak. Dengan tak semena2 orang asli yg paling depan berhenti dan menunjukkan sesuatu. Bangkai b**i hutan di depan dan jejak langkah tapak kaki tadi dah hilang ditelan dek ujan dan daun2 yang berguguran. Semua menghunuskan senjata masing2 kerana khuatir jika makhluk berkenaan ada di kawasan sekitar.

Lantas salah seorang dari orang asli suruh kami semua panjat pokok, jenuh nak panjat pokok time hujan ni. Saya sempat panjat pokok yang sama dengan Pak Cu. Berpaut pada dahan pokok memang susah lagi2 time hujan ni. Isyarat diam di tunjukkan, saya pandang ke bawah dan lihat sesusuk makhluk yang besar,tinggi dan bulunya warna kelabu2 sikit jalan secara terbalik. Sambil keluarkan bunyi macam monyet, ketakutan saya waktu itu. Pertama kali tengok makhluk berkenaan , walaupun dalam keadaan hujan bentuk tubuhnya takkan saya lupa. Makhluk itu berjalan ke arah bangkai b**i tersebut dan mula meratahnya dengan rakus. Saya lihat orang asli tu pun semua muka cuak juga. Dengan gigi taring tajam bagai, siat daging b**i tu senang je. Padahal kawasan itu sehingga tapak khemah kami xjauh jarak hanya kurang dari sejam berjalan kaki.

Makhluk berkenaan makan dengan rakus dan apa yang saya perasan, sebelah tangannya pendek sebelah sama ada sebab cacat atau pun memang begitu. Jam dah menunjukkan pukul 7.15pm dan makhluk itu pun dah habis makan b**i tadi. Setelah agak lama kami menunggu, barulah diberi isyarat oleh orang asli untuk turun dari pokok. Penat dah lengit berpaut kat dahan pokok. Pengalaman itu x dpt sy lupakan. Kami pun balik ke tapak khemah semula, raut muka orang asli tadi kecewa kerana habuan b**i yang diharap x kesampaian untuk di bawa ke family masing2. Pesan orang asli itu, jangan berkhemah disitu dan ikut mereka balik ke perkampungan kerana takut hantu gigi jarang akan kembali dan melalui kawasan khemah kami.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Hantu Gigi Jarang”

    • entahlah..saya pun x tahu sebab waktu tu kanak2 lg..sekarang pun xde penerangan dr saintifik atau mistik yang sohih ttg hantu gigi jarang..tp menurut org asli masa tu, diaorg kata spesis monyet yang suka makan daging.tu yg b**i buruan mereka kena rembat

      Reply
  1. Hantu gigi jarang atau omputih panggil big foot… Makna nyer sedara mmg pernah nampak lah makhluk tu… Kewujudan yang masih misteri samada makhluk halus atau makhluk nyata…

    Reply
  2. Bongok orang asli..memula kata tgh cari hantu gigi rongok(jarang),dh jumpa memasing lari panjat pokok pasai apa ..adoii

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.