Hantu Raya Siam

Before I start my story, I just want to tell that I like the Chinese brother’s stories about his experience in Thailand. <3 <3

Ok, cerita aku pula.

Cerita seram ni berlaku semasa aku berumur 15 tahun, 9 tahun yang lepas. Aku tak tahulah cerita aku ni seram ke tak tapi bagi aku yang mengalaminya sendiri, of course cuak!
Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu. Ada 3 buah SBP kat sini, so korang tekalah yang mana 1. Masa tu, aku bakal menghadapi peperiksaan percubaan PMR (sekarang PT3). Jadi, aku dan kawan aku selalu mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Mula-mula tiada apa yang berlaku sampailah suatu malam ni.

Jam hampir menunjukkan ke angka 3 pagi. Kawan aku sudah bersedia untuk tidur. Katil kami pula bersebelahan. Aku pun nak tidur juga tapi tiba-tiba aku berasa mahu membuang air kecil. Aku berlalu ke bilik air. Selepas selesai melepaskan hajat, aku kembali ke dalam bilik. Semua teman sebilik akutelah enak tidur,termasuklah kawan aku. Aku terus baring di atas katil. Katilku terletak di tepi tingkap. Mataku begitu mengantuk. Aku separuh sedar masa tu, tiba-tiba aku tak dapat bergerak. Dadaku sesak. Aku merasakan suatu benda berat menghempap tubuhku. Aku cuba melawan namun tidak berhasil. Pelbagai surah yang aku ingat aku cuba baca dalam hati, namun bacaanku masa tu kucar-kacir. Aku membaca ayatul kursi, tiba-tiba aku terdengar suatu suara garau mengikut bacaanku. Aku berasa amat takut masa tu. Dengan segala kudrat yang berbaki, aku azan sekuat hati. Barulah “benda” tu melepaskan badanku.

Aku tak ingat malam tu aku tidur ke tak tapi keesokkan harinya, aku ke sekolah seperti biasa. Aku anggap benda tu saja nak bergurau, biasalah duduk asrama. Malam itu, aku malas mengulangkaji lalu aku tidur awal. Mula-mula aku tidur nyenyak, namun apabila jam menginjak ke pukul 2 pagi, aku terkejut dari tidur. Aku dengar bunyi bising yang amat. Bunyi macam orang main motor. Kalau orang Terengganu cakap macam orang “PERREH” motor. Bingit! Aku cuba buka mata namun keadaanku sama seperti malam sebelumnya.

Namun malam ini, aku dengar suara garau lelaki bercakap dan berbisik di telingaku tapi aku langsung tak faham kerana “benda” tu cakap dalam Bahasa siam, ber kung kap kung kap. “Benda” tu tak marah, lembut je bercakap dengan aku. Aku mula panik. Aku meronta-tonta dan cuba untuk menjerit. Tiba-tiba bahuku ditepuk dan aku tersedar dari tidur. Rupa-rupanya kawanku dari katil sebelah. Dia terkejut mendengar jeritanku. Aku terus berpindah ke katilnya dan tidur disebelahnya hingga pagi.

Hari seterusnya, aku mula membuka cerita kepada kawanku. Dia turut merasa takut lalu menyuruhku menceritaan kisah itu kepada ketua bilikku, seorang kakak tingkatan 5. Malam hari tersebut, kami satu bilik tidur beramai-ramai sambil menggabungkan semua katil. Aku masih tidur di tepi sekali. Kakak senior bilikku menyuruh aku tidur sambil menyentuh kawanku di sebelah. Katanya hantu atau jin tidak boleh menindih orang yang tidur secara mengiring ataupun bersentuhan dengan orang lain. Aku hanya menurut.

Aku dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising lagi seperti sebelumnya. Aku mengemaskan pelukan di lengan kawanku di sebelah. Aku mula mendengar bunyi suara orang lelaki membebel dalam Bahasa siam. Tapi masa tu, aku masih tidak ditindih. Aku mula membaca surah Yassin walaupun aku hanya menghafal separuh surah sahaja semasa kelas tahsinul Quran. “Benda” tu mula marah. Dia mula menjerkahku dalam Bahasa siam. Aku terasa tangan kuat mencengkam bahuku, menarikku supaya tidur secara telentang. Aku mengeraskan badanku dan cuba untuk tidur hingga pagi.

Gangguan terus berlaku tiap-tiap malam. Kadang-kadang, apabila aku tertidur secara telentang tanpa sengaja, aku terus ditindih. Suatu kali, aku cuba melawan dan aku berjaya menolak dan menendang “benda” itu. Aku terkejut lalu membuka mata. Aku ternampak ada “benda” besar berbulu lebat memandang tepat ke arahku. Badannya besar dan tinggi hingga mencecah syiling. Bulunya berwarna coklat gelap dan lebat dari kepala ke kaki. Mata merhanya garang merenungku. Aku tak ingat apa yang berlaku tapi mungkin aku pengsan kut hingga ke pagi.

Seminggu telah berlalu. Aku mula menjadi murung dan letih kerana takut dan tidak cukup tidur. Sepanjang seminggu hijabku telah terbuka. Aku pernah melihat “benda” berambut panjang duduk mencangkung di balkoni sebuah kelas di sekolahku. Aku juga pernah ternampak seorang perempuan berjubah putih dan berambut panjang hingga ka kaki berdiri di pondok telefon asrama lelaki dan ada sekali aku Nampak satu entiti putih melompat dari bumbung ke bumbung bangunan sekolahku. Kadang-kadang semasa aku ditindih, aku tidak larat lagi untuk melawan. Aku hanya membiarkannya. Kalau aku tak melawan, “benda” tu baiklah dengan aku. Selalu berbisik lembut di telingaku sambal mengelus-elus rambutku. Aku mula stress dan sedih namun aku tidak bersedia lagi untuk membuka cerita kepada ibu bapaku di kampung.

Kawanku menyuruhku berjumpa seorang ustaz yang mengajar di sekolahku. Aku hanya menurut. Aku menceritakan semuanya kepada ustaz. Malangnya, ustaz aku tu pun tak tahu nak buat apa. Dia bukan pengamal perubatan Islam katanya. Dia memberiku beberapa bacaan doa dan menasihatiku supaya tidur dengan memakai seluar panjang dan berstokin. Aku mengamalkan apa yang diajar, namun hampa. “Benda” tu masih sedia mengganggu tidurku.

Hujung minggu tiba. Keluargaku datang melawatku. Aku tidak mampu menahan rasa lagi lalu aku terus menceritakan masalahku kepada mereka. Ibuku mula cuak namun ayahku berkata semuanya hanyalah mainan perasaanku sebab aku tertekan nak exam. Ayah aku memang tak percaya benda-benda macam ni. Aku malas berdebat. Aku letih. Aku angguk-angguk je. Lepas solat asar, mereka berlalu pulang. Aku menghantar kepulangan mereka dengan perasaan hiba. Aku tak tahu lama mana lagi aku nak tanggung semua ni.

Aku duduk di surau sekolahku sementara menunggu maghrib tiba. Usai solat maghrib, aku dikejutkan dengan panggilan tiba-tiba daripada salah seorang kawan sekelasku. Katanya ayahku datang. Aku pelik! Tadi baru diorang balik. Rupanya ibuku sibuk menyuruh ayahku mengambilku pulang untuk berubat. Risau katanya melihat keadaanku. Ayahku mengalah juga. Mereka berjumpa dengan ibu saudaraku yang tinggal di Kampung Manir, Kuala Terengganu. Suaminya ada mengenali seseorang yang pandai berubat. Kami pergi berjumpanya malam itu juga.

Sekali lagi aku membuka ceritaku kepada seorang pakcik yang kononnya handal berubat tu. Tapi aku pelik melihat caranya berubat. Membakar kemenyan sambal bersilat-silat. Betul ke ustaz ni? Takut bomoh je. Ibu bapaku saling memandang antara satu sama lain. Mereka juga cuak. Takutlah jika menyalahi agama pula. Jatuh khurafat dan syirik nanti. Pak cik tu memberiku satu tangkal yang berbentuk loket. Katanya “benda” yang sering menggangguku itu merupakan hantu raya yang jatuh minat kepadaku. Dia kata loket tu akan melindungiku. Dalam perjalanan pulang ke sekolah, aku tanya ayahku, “Takpe ke pakai tangkal ni?” Ayahku jawab kita cuba dulu. Aku hanya diam.

Malam tu, alhamdulillah aku dapat tidur. Namun aku selalu mendengar bunyi orang bergaduh. Bunyi jeritan kesakitan dan jerkahan. Selama seminggu perkara itu berlarutan. Memang aku tak lagi ditindih, tapi lenaku diganggu bunyi orang bergusti pula. Tiap-tiap malam.

Hujung minggu datang lagi. Nasiblah minggu itu merupakan minggu bermalam jadi aku dapat pulang ke kampung halaman. Ayahku mengambilku pulang. Aku menceritakan apa yang berlaku. Ayahku mula gelisah. Dia terus membawaku berjumpa dengan seorang ustaz di kampung halamanku. Kali ni memang betul-betul ustaz. Tatkala aku sampai ke rumahnya, ustaz tu memandangku dengan marah. Dia menyuruhku membuang tangkal yang aku pakai serta-merta. Rupa-rupanya pakcik yang aku pergi berubat sebelum ini merupakan seorang pawang. Dia menghantar salah seekor belaannya untuk menjagaku. Patutlah aku mendengar bunyi bergaduh tiap-tiap malam. Ada 2 ekor “benda” rupanya. Seekor yang sering menindihku dan seekor lagi milik pawang bersilat tu. Ayahku begitu kesal. Ini merupakan gangguan pertama yang berlaku kepada kami, jadi kami tidak tahu cara untuk menyelesaikannya.

Ustaz itu memberiku ayat pendinding dan dia akan solat hajat untuk menyelesaikan perkara ini. Aku juga disuruh supaya sentiasa solat hajat dan membaca Al-quran bagi melindungiku daripada gangguan-gangguan. Mujurlah, selepas berubat, aku pulih sepenuhnya. Aku tidak lagi diganggu dan dapat menjalani kehidupanku seperti biasa. Selepas semuanya selesai, aku tidak lagi nampak makhluk-makhluk halus yang menghuni sekolahku. Aku menamatkan zaman sekolahku dengan gembira di sekolah tersebut.

Seram tak??

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
🙂

7 thoughts on “Hantu Raya Siam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.