JALAN DI PAHANG

Assalamualaikum kepada pembaca setia FS semua, setelah sekian lama tidak mengarang cerita kerana sibuk akan urusan kerja, kali ini aku tampil menulis semula. Harap pembaca dapat menerima cara penulisan aku. Ini kisah kelima aku akan ceritakan setelah kisah Politeknik, Rumah Sewa, Resort Mayang Sari, dan Jengka Pahang. Kisah kali ini berkaitan Jalan raya yang berhantu di sekitar Pahang. Kisah ini hanyalah dari pengalaman orang yang melalui jalan tersebut. Kalau tanya orang sekitar Pahang pasti tahu akan jalan angker tersebut yang dah meragut nyawa serta banyak kemalangan berlaku di sana. Saya ceritakan kisah ini hanya untuk pembaca tahu sahaja supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

Kisah 1(Jalan pintasan Jengka 23)

Ketika hari raya memang jalan raya akan sesak dek kenderaan yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran bersama keluarga. Ada satu keluarga dari ibu kota ingin pulang ke kampung halamannya melalui jalan pintasan Jengka 23. Mungkin ramai tidak tahu akan jalan jengka 23 ini, kerana jalannya amatlah gelap serta kurang sesak dan sangat-sangatlah sunyi ketika waktu malam.

Ketika si suami memandu melalui jalan Jengka 23 untuk pulang ke kampungnya di Jengka 21, si isteri terpandang suatu sosok berbungkus kain putih di berdiri tegak di tepi pohon kelapa sawit dengan mata yang merah merenung tajam tepat kearah mereka. Si isteri istighfar panjang lalu mengatakan kepada suaminya supaya melajukan kenderaan mereka. Si suami pelik akan tingkah laku isterinya lalu bertanya ” kenapa awak ni? Kenapa badan awak menggigil ni? ” si isteri hanya diam seribu bahasa dan hanya mengatakan abang laju sikit. Si suami akan tahu ada sesuatu tidak kena, pedal minyak ditekan sedikit kedalam untuk melajukan kenderaan mereka.

Sesampainya mereka dirumah, barulah si isteri bercerita kepada suaminya dan ibu bapanya. Si ayah menyuruh anaknya untuk basuh kaki dahulu sebelum masuk rumah lalu diambil sebotol air mineral lalu membacakan sesuatu untuk diminum oleh anaknya. Selepas sedikit tenang si ayah menasihati agar berhati-hati ketika melalui jalan itu dan sentiasa pasang ayat-ayat suci al quran di dalam kereta agar perkara yang tidak diingini berlaku.

Kisah 2 ( jambatan Kuala Krau )

Mungkin ramai tidak tahu akan nama Kuala Krau, jika anda berasal dari Pahang belah-belah Jengka dan kawasan sekitarnya pasti anda akan mengenali Kg Kuala Krau. Banyak kisah seram yang pernah diceritakan berkaitan jambatan yang menghubung Rumpun Makmur dengan Kuala Krau ini. Ada segelintir penduduk kampung mengatakan jangan lalu jambatan itu selepas 12 tengah malam dan ke atas atas sebab tertentu.

Aku simpulkan namanya sebagai Ali, dia seorang kaki pancing yang gila, maksud gila disini bukan akal yang gila tapi minat terhadap memancing yang gila-gila. Mana tidaknya pantang ada rakan-rakan mengajak memancing pasti dialah orang nombor 1 yang akan ikut serta.

Kisahnya bermula dimana sewaktu dia ingin pulang memancing dari Sg Pahang untuk menuju kerumahnya, dia perlu melalui jambatan Kuala Krau untuk sampai ke kediamanya di Jengka 25. Sebelum itu, rakannya telah mengajak dia tidur dirumah rakanya itu tapi ditolaknya kerana memikirkan esok dia perlu bekerja. Hasil tangkapan harini sangat banyak untuknya. Mungkin terlalu happy dia tidak menghiraukan perjalan hitam yang bakal dia tempuh sebentar nanti. Jam ditangan sudah menunjukkan 12.00 malam agak lewat sedikit baginya untuk pulang kerana kebiasaannya dia akan sampai dirumah bawah pukul 11malam. Tanpa berlegah lagi terus dihidupkan kunci motorsikalnya lalu berlalu pergi dari kawasan perkarangan rumah kawannya sambil mengucapkan
” nanti kita menancing lagi boss.. Aku gerak dulu “.

Dalam malam yang hening bertemankan angin yang sejuk, dia terus memandu motosikalnya secara berhati-hati sambil menyanyikan lagu-lagu di era 90an. Dalam sedang memandu, dia ternampak papan tanda masuk ke kanan untuk ke Jengka 25. Dalam hatinya dah nak sampai yahoo dijerit sekuat-kuatnya mungkin rezeki harini yang banyak membuatkan dia berasa sangat gembira. Keadaan malam itu agak kurang kenderaan lalu lalang kerana sudah lewat malam.

Selang beberapa minit dia telah menaiki jambatan Kuala Krau untuk menuju kerumahnya, sedang asyik menunggang motosikalnya. Anak matanya menangkap sesuatu yang sedang bertengkek diatas jurai besi jambatan itu. Di tatap dengan penuh dalam sambil berkata dalam hatinya “apa benda ni”. Dalam sedang perhatikan makhluk itu, tiba-tiba makhluk itu terbang ke jurai besi yang lain sambil megilai-ngilai. Allahuakhbar hanya laungan takbir sahaja mampu dia diucapakan lalu dipulas throttle minyaknya selaju yang boleh meninggalkan kawasan tersebut.

Gelak hilaian itu semakin lama semakin kuat dan membuatnya semakin takut serta berpeluh-peluh. Badanya seperti sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan dek ketakutan yang amat sangat. Selang 15minit , dia sampai dirumahnya lalu melulu masuk kerumah meninggalkan ikan-ikan yang dia bawak di dalam raga motornya. Dia terus masuk kebilik dan terus berbaring berselubung didalam selimut akibat ketakutan. Sedar tak sedar pagi sudah menjelma dan ketika dia bangun dia dapati pehanya penuh lebam2 seperti dipukul dengan objek keras sehingga menyebabkan warna menjadi biru kehitaman.

Dia menunjukkan pehanya kepada ayahnya lalu si ayah mengatakan ” peha kau ni dah kena hisap di hantu, itulah orang cakap jangan balik tengah malam kalau memancing tu, sebelum tidur basuh kaki mandi dahulu barulah boleh tidur”. Pengalaman itu membuatkan dia insaf buat seketika waktu untuk pergi memancing lagi. Cukuplah dua kisah untuk hari ini, nanti ada masa lagi aku akan teruskan tentang kisah jalan misteri di sekitar Pahang. Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HAFIZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

1 thought on “JALAN DI PAHANG”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.