Jengka Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fs semua. Ini kisah keempat aku akan ceritakan selepas kisah Politeknik, Rumah Sewa dan juga Resort Mayang Sari. Kisah kali ini aku akan ceritakan tentang JENGKA pahang dimana cerita ini aku adaptasi dari pengalaman kawanku sendiri.

Sebut sahaja Jengka semua orang akan fikir pasal kelapa sawit dan sebagainya. Majoriti penduduk Jengka bukanlah berasal dari Pahang sendiri kerana ramai yang migrasi dari serata negeri untuk membangunkan tanah rancangan sendiri kerana zaman dahulu sangat susah untuk membuka tanah sendiri. Jengka yang dahulu dengan sekarang sangatlah berbeza kerana sudah macam2 pembangunan dijalankan disana. Aku rasa cukup la mukadimmah tentang Jengka kita berbalik pada cerita asal.

Kisah 1( kepala boleh pusing)

Kalau korang pernah datang ke Jengka Pahang mesti korang pernah dengar akan Bandar Pusat Jengka atau nama lain iaitu Bandar Tun Razak Jengka dimana semua orang jengka akan bertandang ke situ untuk membeli barangan keperluan. Kalau korang memang orang jengka korang tahu akan jalan yang dipenuhi kelapa sawit kiri dan kanan untuk sampai ke Bandar Pusat.

Kisah ini terjadi pada kawan aku dimana dia bekerja di sebuah kedai makan di Bandar Jengka. Seperti kedai makan yang lain, kedai makan di Jengka akan ditutup paling awal pukul 1 atau paling lewat pukul 2 pagi.

Nak dijadikam cerita, satu hari kedai dia tutup jam 2 sebab ramai pelanggan yang datang terumatanya pelajar-pelajar UITM Jengka Pahang. Selepas semua siap dikemas, dia pun pulang menuju kerumah di Jengka 13 menaiki motorsikal. Dia perlu melalui kawasan kelapa sawit yang tebal dan tidak ada sebarang lampu jalan di kiri dan kanan bahu jalan. Sedang leka menunggang motorsikalnya, cahaya lampu motornya menangkap sesuatu tubuh yang tua seakan pak cik yang sedang berjalan menuju masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Dia cuba perhatikan betul-betul sambil memberhentikan motornya di tepi jalan lalu bertanya ” pak cik nak pergi mana ni malam-malam macam ni “. Pak cik tu diam seribu bahasa lalu dipanggil lagi ” pak cik ooo pak cik “. Pak cik tadi memberhentikan langkahnya, lalu kepalanya berpusing 360° merenung tepat kearah kawanku dengan muka yang hodoh serta gigi yang panjang. Kawanku mengucap panjang lalu lari mendapatkan motornya dan pecut meninggalkan kawasan tersebut. Keesokkannya, dia demam dan diberi cuti oleh majikannya.

Kisah 2 (Pontianak)

Kisah ini diadaptasi dari pengalaman seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Jengka 12 Pahang, dimana suatu malam dia sedang meronda kawasan perkarangan sekolah untuk memastikan semua dalam keadaan baik. Sedang melakukan rondaan, dia terdengar bunyi seakan orang sedang meminta tolong di makmal sains sekolah itu. Tanpa menunggu lama dia terus menuju ke bilik makmal sains dan membuka pintu untuk memeriksa jika ada seseorang di dalamnya. Berbekalkan torchlight di tangannya, dia menyuluh satu persatu sudut di makmal tersebut sambil hatinya berdebar-debar bercampur seram.

Sedang leka menyuluh setiap sudut di bilik berkenaan, cahaya lampunya menangkap sesuatu sedang merangkak dari dinding belakang makmal tersebut dengan posisi terbalik dengan mata yang merah. Allahu, tidak ada sebarang perkataan mampu diucapkan ketika itu, hanya berserah kepada ilahi dan membaca beberapa potongan ayat suci al-quran. Dalam keadaan berpeluh, pak guard itu melangkah setapak demi setapak ke belakang untuk lari meniggalkan kawasan makmal itu. Keesokannya harinya, dia ditemui pengsan di hadapan pintu makmal itu yang disedari oleh makcik cleaner sekolah tersebut. Dia diberi cuti kerana oleh pihak sekolah kerana pihak sekolah sudah tahu perkara yang terjadi menimpa dirinya sebab sebelum ini dah banyak pak guard kena macam dia.

Rasa cukup sampai itu sahaja, kalau ada masa lagi aku akan ceritakan sambungan untuk kisah 3 dan 4. Mohon kepada pembaca jangan takut untuk bertandang ke jengka kerana jengka yang sekarang tak macam jengka yang dahulu. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HAFIZ

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.