Jangan Sebut Namanya Di Waktu Malam -Chapter 2-

Jangan sebut nama dia diwaktu malam” 2

Manggis (bukan nama sebenar) cepat2 pakai kain dan kilas kemas2. Bilik dah takde orang, ramai dah ke surau. Manggis ni baik budaknya. Handsome pun handsome. Badan tegap kulit cerah tak tinggi sangat tapi main bola posisi wing memang klass. Macam Arjen Robben (sesapa yg kurang kenal encik Robben ni sila la rujuk ngan pakcik Google ya?).

Satu je masalahnya Manggis ni. Dia ada problem kencing tak lawas. Selalu dah abis kencing, keluar nak balik bilik, terpaksa buat u-turn plak sebab kencing ada keluau sikit lagi. Abis batal wuduk semua. Masalah gak tu ya tak? Simpati juga aku pada Manggis ni..

Syahdann, suatu petang remang2 senja dah dekat nak Maghrib, biasanya ramai tengah siap2 nak ke surau time2 gitu. Semua dah mandi jalan balik ke bilik dgn baldi/gayung masing2, pakai baju semua bedak sikit tekap songkok terus gi surau. Manggis pun sama rutinnya begitu. Cuma hari tu laa bila dia dah sampai bilik dah mandi wudhuk semua, melelehh plak lagi keluar sikit. Adoiii..patahhh balik manggis ke bilik air. Sampai bilik air ada la lagi 2-3 orang baru abis mandi. Manggis pun buat laa apa yg patut utk kembalikan kebersihan dirinya. Kesian Manggis, kan?

Manggis tak perasan yang dia dah sensorang kat dalam bilik air sebab sibuk cuci kain lagi. 2-3 orang budak tadi tu dah blah. Dia dah macam ralit (ikut kata orang Terengganu) cuci kain kat sinki. Tengah manggis perah2 kain dia terasa macam ada orang masuk. Manggis pandang ke pintu bilik air tak nampak sesapa. Bunyi tapak kaki pun takde tapi Manggis memang perasan macam ada orang masuk bilik air tadi

Bilik air seperti tetiba jadi sunyi-sepi. Bunyi air lalu kat paip2 yg di dinding dan ceiling pun tak kedengaran. Dah la lampu bilik air kat asrama2 kitorang ni jenis macam tak rela kasi cahaya. Malapp je. Putih tapi kusam. Korang imagine sendiri la ya? Dengan berlantai simen dan dinding jubin2 putih dah berkerak berapa generasi tak de sapa sental kasi kilat, macam pakcik Kordi kekuning-kuningan, ( korang tahu la nak buat apa ya jika kurang mengenali Pakcik Kordi ni) walau asalnya tile (jubin) kaler putih..

Manggis pun cepat-cepat gerak keluar nak balik ke bilik lepas dah ambil wudhuk. Ketika dia sampai kat muka pintu bilik air, dari tepi mata macam nampak ada makhluk tercegat kat tepi pintu satu tandas ni. Disebabkan berderau d***h, Manggis teruh tertoleh pandang makhluk tu. Makhluk tubuh besar hampir 2 kali ganda size manusia dengan rambut yang tebal kasar dan hitam pekat panjang sampai tak nampak kaki, baju labuh putih pudar takde potongan sedang berdiri seperti merenungnya. Ikut cerita yg didengari, Manggis nampak sikit mukanya macam mana tapi tak tau nak describe macam mana. Memang mengerikan hingga tahap Manggis kencing balik tapi dgn kuantiti yg agak banyak seperti biasa namun tanpa mempedulikan diri dalam keadaan bernajis, Manggis terus mencapah terlompat keluar dari bilik air terus turun tangga k ebawah dengan skala 2 kali lompat satu tangga menuju ke surau.

Dengar khabar ( tapi tak pasti sangat kesahihannya), masalah kencing tak lawas Manggis ada berkureng sikit lepas kejadian tu. Nampak macam selalu ada awal2 lagi kat surau lepas tu…

Monologue

Alright. cerita kat atas tu memang macam tak relevant dengan tajuk. But no. Cerita kat atas tu seperti introduksi satu legend lagi di sekolah aku yg watak angkernya aku sebut sebagai Kak R sahaja la ya? Memalam camni, fefaham aje laa..batuk

And to those in charge of this site, please accept my sincere gratitude in publishing my story. Thanks a lot FS shake hands

Sesapa yg miss cerita aku yg first published tu dan sudi nak baca sila klik di—->http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-di-waktu-malam/

dan pada yg ada bertanya pasal A B ni, dan bertanya apa nama penuhnya, maaf la ya. Kena plak aku tengah type ni tengah memalam dah masuk pagi sebenarnya. Bukan takutt, just don’t wanna take a risk. huhu

But i give you a hint. Nama dia ni bukan cam nama biasa sekarang. Bukan Abu Bakar dan juga Ahmad Belon mahupun Abu Ghraib

Nama dia style nama klasik gitu. Style nama yg biasa dipakai ketika zaman pertengahan rumpun Melayu ketika tu. Zaman Sultan2 berkuasa penuh. A…. B…..

Mengikut sejarahnya, A B ni seorang panglima perang or warlord daerah tu yg hartanya termasuk tapak sekolah aku. Padang sekolah aku agak luas juga dan mengikut riwayat dari mulut ke mulut, di tapak padang tu la terjadinya satu pertempuran bersenjata lengkap antara tentera A B dan dan tentera musuhnya atas isu atau sebab apa aku tak ingat or tak pasti

So pertempuran pun berkecamuk. Nak pendekkan cerita, tentera A B kalah dan yg brutalnya, kepala A B dikerat dan mayatnya ditanam diatas bukit kecik dihujung padang. Kepalanya tak sure kat mana. Ketika aku bersekolah kat situ, kubur tu memang ada kat atas bukit tu betul2 belakang rumah pengetua sekolah. Celah-celah pokok rendah dan ada pokok2 tebu sikit. Kubur A B dipercayai disitu. Tapi minus kepala..

So legend A B ni memang “pekat” laa legendnya kat sekolah tu. Tambah plak ada beberapa kejadian bila ada murakbal ni mulut bila lepas makan tak cuci betul2, sebut nama A B ni tetengah malam. Balik prep pepagi buta, kena sergah. Tempat A B ni memang favourite dia kat atas almari dalam bilik asrama. Gaya dia memang standard cam yg aku dah ceritakan dalan cerita pertama aku;

Gaya duduk bersila panggung siap bertanjak dan berbaju kain songket merelit benang emasnya, keris panjang berhulu seperti gading terselip kemas dipinggang dan keris kecil berhulu kayu merah digenggam ditangan kirinya..

Tapi ada juga cerita yg A B ni menjelma tengah2 bilik sambil berjalan perlahan2 sehingga keluar bilik. mana yg belum tidur lagi dan yg ternampak, ada yg khabarnya lepas tu demam gak laa seminggu masuk sick-bay

Until next time. happy reading guys!

Sambunga: Part 3

 Part 4

Part 5 

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

21 thoughts on “Jangan Sebut Namanya Di Waktu Malam -Chapter 2-”

  1. Awang Besar?
    btw tulis la panjang2 sikit, kalau ye pun nak buat series, biarlah puas orang yg membaca satu episode tuu haha.
    #janganmarah

    Reply
  2. Awang Besar…dah dekat sangat dah tu tapi kurang tepat but a very good guess??

    kalau tulis panjang2 sgt pun nanti ramai plak malas nak baca, ye tak? so aku ambik pendekatan straight to the story and tulis dlm format compact heheh

    @yibo, yup. correct. Bayern Munchen player

    and yeah. cara m**i yg brutal. mintak jauhlaa m**i camtu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.