“Jangan sebut namanya di waktu malam..” Chapter V

“Jangan sebut namanya diwaktu malam”- Chapter V

Chapter V

Act I
“oi cak! lu nak study tak malam ni?”, sergah Kuda pada Cicak yg tengah berlingkau atas katil macam ular sawa baru lepas telan anak tenuk sambil khusyuk layan komik Spiderman. Cicak ni memang tabiatnya suka melingkau atas katil sambil baca komik. Banyak komik bersepah bawah katilnya. Hulk, Fantastic Four, Spiderman dan favourite aku, Mad..banyak koleksi komik Cicak ni. Panggil dia Komik pun kena jugak aku rasa. Tak tahu camana nama Cicak plak yang lekat kat dia sampai abis sekolah. Mungkin sebab jasadnya ni dalam kategori sekeping, sederhana tinggi, kulit cerah, mata besar dengan hidung yang agak mancung berserta rambut fesyen sikat belah tengah..( ni dlm era 80-an so standard aa trend belah tengah..heh)

(*Ed. note; ini nama gelaran dan sekali-kali bukan cerita sekor kuda yg berkawan dgn cicak. macam kurang masuk akal senario tu ya tak?)

“musti aa..spm tak lama dah nii..”, Cicak balas sambil terus belek2 komik spiderman tapi tak plak nampak cam ada tanda2 dia nak gerak dan ini buat suhu d***h Kuda naik sikit (kuda kan d***h panas)
“dah tu? yang lu duk melingkauu lagi ni tak gerak2, tunggu apa lagi? dah dekat pukul seboleh (sebelas) dah ni!” , Kuda mendengus. Bertalu-talu meremang bau ‘tancho’ menyerbu ke lubang idung Kuda ( kuda kan hidungnya besau)
“meremang nau bau tancho lu, cak. memalam bute ni lu nak gimana siap bertancho ni?”
(*Ed. note: bebudak remaja era 80-an awal 90-an kenal aa apa Tancho ni. sila la bertanya jika tak kenal apa benda tancho ni, ya?)

“yelaa yelaaa! jom gerak”, Cicak dengan hati tak berape rela sebab terpaksa memutuskan konsentrasi dia dengan alam Spiderman, pelan-pelan turun dari katil.
Cicak mengerling sekilas ke arah Kuda member sama kelas dia tu sambil nak pakai selipar. Dengan gaya simple bert-shirt AC/DC kaler hitam, berseluar jeans lusuh koyak kat lutut ( style standard zaman tu) dan berselipar made in japan, tinggi budaknya dan kurus gemalai. Bila berdiri nampak cam bongkok sikit, rambut berombak sikat tepi, kulit cam cerah2 merah gitu seperti kulit Arab, dengan muka nya yg berbentuk sedikit panjang, berjerawat dipipi, hidung mancung..jadi kira handsome jugak laa Kuda ni

Ditangan nya tersisip kemas buku teks Kimia. Kuda selalu score tahap gila dalam subjek ni. Subjek kental gak ni nak score. Ikut tradisinya dari Form 4, aku biasanya cukup2 makan sipi2 lagi nak kantul dalam subjek ni *batuk*

Pergi prep ( study memalam) ni antara jadual rutin kat sekolah aku dulu. Yang ramai buat prep ni form 5 sebab hujung tahun nanti cam biasalaa..ambik SPM. Exam yg menentukan masa-depan kalau ikut kepercayaan kitorang time tu. Gelap ke kelam ke nanti atau terang-benderang. Bebas nak port study kat mana. Tengah-tengah tenis court pun boleh kalau kitorang berselera nak lepak study kat situ. Tak pegi study memalam pun takpe. takde paksaan. Aku pun tak laa tiap2 malam pergi prep. Seminggu dalam 2-3 kali je. Selebih tu malam2 aku dihabiskan dengan melepak dengan member2 satu kiub ( kawasan katil double decker campur locker masing2) sambil dengar lagu dari mini-kompo Hitachi aku ( satu lagi “ikon” 80-an), main gitar dan berdengung kepala ( *batuk* pada sesapa yang faham) sampaila mata dah tak boleh nak angkat baru aku tidur. Biasalaa..sekolah semua jantan. Naughty nya Naudzubillah..banyak benda bukan2 yg kitorang amalkan. heh

“Kuda, lu tunggu jap. gua nak gi kencing aa”, Cicak inform Kuda sambil gerak nak menuju ke bilik air di hujung koridor. Ini menaikkan lagi beberapa degree suhu d***h Kuda

“lu cam pompuan aa..nak terkencing laa, loya2 tekak laa, nak asam boi laa..kang sampai kelas dah dekat pukul dua boleh ( dua belas). berapa jam je nak study?” Kuda menyampaikan protes dengan nada sedikit tinggi

“alaaa..rilek aa johnn..gua nak kencing kejap je..bukan makan 3 tahun pun. tu pun lu nak bisingg…”, Cicak hulurkan jawapan selamba sambil berlenggang jantan perlahan-lahan menuju kebilik air dengan gaya takde urgency yang menambahkan panas lagi hati Kuda

“lu lambat je gua gerak dulu!”, Kuda melaung dari jauh pada Cicak yg tengah jalan perlahan-lahan baru nak sampai bilik air nun jauh dihujung koridor

“yelaaa..yelaa!”, laung Cicak balik sebelum sampai kepintu masuk bilik air. Cicak jenguk kedalam sebelum masuk, takde sapa plak kat dalam. Sunyii je tapi tak la gelap sangat sebab lampu2 masih terpasang walaupun cahayanya tak ikut piawaian cahaya standard. Jenis cahaya putih kekuning-kuningan. Cicak pun lepaskanla hajat kecil nye tu dengan gaya yang masih takde urgency dan lepas tu sempat lagi plak adjust2 rambut belah tengah nye tu yg berkilat-milat sebab banyak lumur Tancho, mengadap cermin atas sinki sambil nyanyi2 kecil lagu Air Supply, kumpulan duet popular time 70-80an dulu…

“Cicak! gua gerak dulu. lu nak praktis bakat mak andam lu tu lu teruskan la. take your time”, Kuda tetiba terpacul depan muka pintu bilik air. Sejuk sekejap d***h Cicak terkujat tengok Kuda tetiba tercegat depan tu dengan gaya sesosok tubuh tinggi lampai agak bongkok sedikit nya tu

” oi! kejap aa. gua nak adjust sikit rambut gua ni aa. rasanya cam terlebih Tancho plak gua selet”, kata Cicak separuh merayu. Kuda dengan tak menghiraukan rayuan Cicak terus angkat kaki blah dari situ. Setelah selesai urusan peribadinya tu, Cicak melangkah keluar dari bilik air dan terus dia perasan yang koridor dah sunyi, lampu bilik semua dah padam dan Kuda terus tak kelihatan langsung..

“kecoh aa mamat ni. sekejap je pun tak bleh nak tunggu? apa punya member daa..”, rungut Cicak sambil menggeleng-geleng kecil. Cicak berjalan menuju ke bilik nya yg dah gelap sebab “lights-off” sekolah aku dalam pukul 11 gitu. latest by 11.30. Bila dia sampai kebilik, kelihatan beberapa junior yang baru nak siap-siap untuk tidur dan katil2 senior banyak yang kosong sebab tuan punya nya ke prep malam. Cicak bukak lockernya dan ambil buku latihan dan teks Fizik nya sebab malam tu dia nak buat latihan soalan Fizik sikit. Antara subjek liat jugak nak score ni ( untuk subjek ni aku boleh di kategori kan sebagai pelajar yang not too bad laa grade nya sebab aku minat matematik..heheh)

Cicak tak merasa pelik langsung pun dengan Kuda ni yg tetiba menghilang tak tunggu dia sebab Kuda ni memang fuse dia short sikit. Jenis d***h cepat naik tapi cepat pula turun. Jadi Cicak takde laa fikir apa-apa yang pelik ngan Kuda ni dan terus keluar bilik nak gerak menuju ke classroom..

Sampai je kat kelas, Cicak tengok Kuda takde kat meja dia. Ingatkan dah gerak awal2 sampai ke kelas dah si Kuda ni tapi takde plak kelibat mamat ni. Dalam kelas ada 4-5 orang member sekelas tengah khusyuk study..

“Dondeng, lu ada nampak Kuda masuk kelas tak tadi?”, tanya Cicak pada Dondeng yg lagaknya macam tengah konsentrasi tinggi menatap buku teks Biologi tapi raut wajah nampak cam tengah mengelamun jauh ke negara China. feeling aa tuu. Tak pun baru dapat surat kot dari aweknya di TKC, Cicak berserkap jarang

“takde plak nampak Kuda masuk kelas”, jawab Dondeng yang bertubuh agak gempal dengan rambut belah tengah (satu fesyen dengan Cicak dan ramai lagi kat sekolah tu) dengan j*****t dalam 2-3 kuntum dah buat kampung kat dahi, berkulit cerah dengan bibir cam muncung sikit. “apasal? dia ada janji dengan lu ka nak study sesama?”

“yelaaa..tadi dia kata nak tunggu aku gi kencing jap. aku keluar bilik air je mamat tu dah lesap. apa punya kaki laa…”

“kaki kuda laa..takkan kaki siput plak..hahah”, Dondeng buat lawak yang memanaskan hati. Dondeng ni memang masyhur sebagai kaki lawak yg selalu nya dia sensorang je yang gelak dengan lawak ciptaannya sebab member2 lain tak faham atau tak kelakar. biasanya tak kelakar. Tapi dia tak pernah give-up buat kelakar bangang. Ini satu sifat dia yang agak terpuji gak laa..

“ahh..suka ati dia laa..malas aku nak layan perangai sumbu pendek dia ni. kejap2 nak angin satu badan. tak padan ngan badan sekeping”, Cicak mengumpat ringan sahabat baik dia tu sambil berjalan menuju ke meja nya. Maka tekunlah Cicak buat latihan subjek fizik tanpa menghiraukan suasana sekeliling…

Act II
Sambil bersandar kat verandah koridor Kuda yang sedang menunggu Cicak, membelek-belek buku teks Kimia nya cari page yg ditanda untuk sambung study nanti. Buku teks nya memang nampak terpakai. Sebab selalu pakai. Dengan hujung2 helaian buku terkelepet kecik2…

“jom..”, suara cam lesu tapi dalam menegur disebelah Kuda. Macam nak terlompat Kuda terperanjat arnab nampak Cicak dah tetiba berdiri kat sebelah dia dengan merenungnya tajam sambil menyeringai…

“anak *****, *******, ****** ******, ****** ***** ***** ****!!!” (censored), Kuda menyumpah-seranah tanpa tapisan ( Kuda ni membesau di Melaka dengan neneknya masa kecik2 dulu jadi perbendaharaan katanya dalam arena makian-makian ni kira tahap A+ laa). Bertuah jugak laa si Kuda ni tak terkejut sampai terlompat jatuh kebawah dari tingkat 2 tu. Jika salah gaya pendaratan cemas bila terjatuh, mau patah jugak tiga empat k***t kaki nya

“sial la lu cak!”, Kuda separuh menengking pada Cicak yang tegak berdiri merenungnya sambil menyeringai..termengah-mengah gak Kuda terkujat gila tetiba ditegur Cicak camtu

“lu sergah gua lagi cam tadi, gua pijak2 muka lu,” Kuda sampaikan amaran keras pada Cicak yg masih berdiri tegak depan Kuda sambil terus menyeringai menampakkan giginya yang sedikit kekuningan..

“jom..”, pelawa Cicak tetiba. Cicak yang sedari tadi tak menunjukkan apa2 respons yang sesuai ketika Kuda terperanjat arnab dan menyumpah-seranah dia sesedap tekak, tetiba menonongg je menuju ketangga terus turun kebawah. Terkulat-kulat jugak Kuda seketika tengok Cicak blah camtuu je dengan tak bawak buku ke apa nak study

“Cak! lu tak bawak apa2 buku ke nak study?”, laung Kuda sambil mula gerak menuju ke tangga..
“jomlaa..”, kedengaran suara Cicak dari bawah tingkat satu. Macam haluss je suara dia tapi dengar cam dekat…

Kuda turun tangga cepat2 dan bila sampai ke ground floor, nampak Cicak dah dekat 20 depa jauh nya di depan dan terlihat cam lajuu je berjalan macam kaki tak jejak bumi..
“menonongg je lu! slow aa sikit oi!”, Kuda sapa Cicak dengan nada sederhana sebab lampu2 diblok2 dan bilik semua dah off, suasana pun gelap dan sunyi..Kuda pun mula berlari anak nak catch-up ngan Cicak didepan. Kejar punya kejar hingga Kuda mula perasan yang dia tak dapat2 nak sampai kat Cicak setelah cungap jugalaa berlari-lari anak sedangkan nampak cam samaa je kelajuan Cicak melangkah..

Kuda percepatkan lariannya. Cicak terus melangkah tanpa menoleh sedikitpun kebelakang pada Kuda. Sedang Kuda berlari nak sampai ke Cicak, dengan tiba2 Cicak berhenti melangkah. Kuda pun terberhenti lariannya. Tercungap-cungap jugak Kuda ambik nafas bila dengan perlahan-lahan Cicak memusingkan kepalanya memandang kebelakang tepat pada Kuda yang lebihkurang sedepa je dibelakangnya..

Matanya besar hampir memenuhi seluruh mukanya serta merah seperti merah biji saga berbentuk betul2 bulat seperti bentuk bulan penuh, tidak berhidung dan berdagu panjang hingga ke pangkal tengkuk, berambut seperti Cicak, susuk tubuh dan gaya seperti Cicak namun makhluk didepan Kuda sekarang jelas bukan Cicak. Ia masih menyeringai menampakkan gigi2 nya yang sekarang hitam pekat tidak bersinar sambil merenung tepat ke wajah Kuda…

Act 3
“Cak! gua gerak dulu. see ya amigos!” Dondeng sapa Cicak sambil memberi satu tepukan yang agak padu ke bahu Cicak. Hampir separuh semangat nya terbang di tepuk begitu. Ketat jap rasa diperut

“cibet aa lu Dondeng! terbang semangat gua!”

“gerak bro. see ya later lizard boy”, Dondeng sengih2 sambil berjalan menuju ke muka pintu kelas

“jap aa Dondengg..kita balik sesama..gua nak abiskan sikit lagi ni aa bab ni”, Cicak cuba pujuk Dondeng yang sedang berjalan keluar kelas nak balik bilik

“gua dah ngantuk aa. lu takut ke nak balik sensorang?”

“takut apa plakk. rasa sunyi je sensorang. kalau ada lu terhibur gak dengan lawak2 bodo lu”

“a ah. iyo la tuu”, jawab Dondeng sambil menunjukkan jari tengahnya, tersengih-sengih dan terus berlalu pergi

Cicak pandang sekeliling kelasnya dan menjeling jam Casio nya ditangan. lagi 5 minit nak pukul 2 pagi…Cicak baru perasan yang dia dah tinggal sensorang dalam kelasnya. Punyalah tinggi tahap fokus Cicak study sampai tak sedar yang sorang demi sorang member sekelas yang ada study tadi dah blah balik bilik nak tido dan sekarang Dondeng pun dah gerak balik

“uishh..mana kutu2 kering ni semua?sekor pun tak sound aku nak balik? cipet tul laa..”, Cicak mengomel sensorang. Cicak kemas2 mejanya nak balik bilik.
Suasana dalam kelas sunyi-sepi. Bangku2 serta meja2 yang kosong kaku tak berpenghuni seakan-akan berperanan menambahkan keheningan suasana pepagi buta camtu. Kelas2 yang berjiran ngan kelasnya pun senyapp je macam takde orang. Biasanya Cicak tak rasa sunyi sangat time2 gini bila tengah study sebab kelas2 lain mesti ada kutu2 malam tengah study takpun bersembang atau main gitar, nyanyi-nyanyi..tapi malam tu sunyi-sepi sampai sound effect bunyi cengkerik jantan pun tak kedengaran…macam heningg sunyii gitu…

Cicak melangkah keluar dari kelasnya dan toleh kiri dan kanan. Takde tanda-tanda yang menunjukkan ada manusia lain disekitar kawasan bilik darjah kat blok tu. Semua kelas dah gelap. Cicak pun mula beredar dari situ bila tetiba dia terasa seperti ada orang berjalan dibelakangnya dan apabila dia menoleh, terlihat rakannya Kuda berjalan masuk ke kelas..

“oi lahabau! mana lu pegi dari tadi tak nampak2?”, Cicak menyapa Kuda yang teruss je berjalan masuk kekelas tanpa menjawab sapaan Cicak. Cicak terus berpatah balik kekelas dan apabila dia sampai ke muka pintu kelas, maka terlihatlah olehnya Kuda yang sedang berdiri tegak diatas mejanya. Cicak terasa kaku seluruh badan apabila melihat Kuda atau makhluk yang menyerupai sahabatnya tu berdiri tegak tak berkelip merenungnya tanpa berkaki..hanya dari paras pinggang keatas sahaja yang kelihatan…

Act 4
Kuda tergamam. Lembik habis seluruh tubuh. Namun Kuda masih ada sisa-sisa tenaga untuk perlahan-lahan berundur sambil cuba membaca apa-apa ayat suci yang masih mampu keluar dari ingatannya dalam suasana genting begitu. Makhluk yang menyerupai susuk tubuh Cicak namun berwajah mata besar tidak berhidung terus berdiri tegak merenungnya. Setelah beberapa tapak berundur dengan diiringi bacaan ayat2 suci yang kopak-kapik sebab tengah menggelabah gila, Kuda berpusing dan terus memecut lari dengan kadar kelajuan yang memungkinkanya layak ke pusingan akhir 100m Olimpik ( kuda memang lari laju)

Kuda terus berlari menuju kebiliknya hingga tidak sedar buku2 yang dikepitnya berterabur melayang entah kemana. Sampai je kebiliknya yang dah gelap dan sunyi, dengan termengah-mengah, Kuda terus kekatilnya, sarung selimut dan pejam mata rapat-rapat. Hampir 5 hari lamanya Kuda demam dan takde selera makan dan hanya makan sup je dan buah-buahan sepanjang dia demam tu. Semenjak peristiwa tersebut, Kuda jarang-jarang sangat buat prep malam dan tetentunya tidak lagi study sama-sama dengan Cicak..

Act 5
Dalam keadaan terkedu melihat makhluk tidak berkaki tapi menyerupai wajah sahabatnya Kuda, berdiri tegak merenungnya tanpa berkelip, entah bagaimana Cicak tetiba mendapat semangat untuk melaungkan Azan.Tak sampai suku azan dilaungkannya, makhluk tersebut tetiba melayang keluar kelas tembus melalui dinding belakang terus lenyap tanpa sepatah bunyi. Cicak tanpa melengahkan masa, terus berterabur memecut laju secara berkaki ayam sebab selipar dah melantun tak tahu kemana akibat gaya lariannya yang mencapah nampak tak semenggah. Hampir seminggu jugak laa Cicak demam dan dimasukkan ke sickbay. Lepas keluar sickbay, Cicak ambik cuti seminggu balik kampung…

Note ;

cerita diatas berdasarkan apa yang penulis dengar sendiri ketika bersekolah disitu. Namun cerita nya diolah semula serta disampaikan ikut imaginasi dan gaya penceritaan penulis

Sebelum ini, 4 kisah2 seram dari sekolah ni telah disiarkan FS dan pada sesapa yang termiss baca bolehlah rujuk 3 dari 4 cerita tersebut dibawah ni;

i. http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-diwaktu-malam-chapter-3/
ii. http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-di-waktu-malam-chapter-2/
iii. http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-di-waktu-malam/

right. until next time folks. see you soon!

-ezrin marsh-

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on ““Jangan sebut namanya di waktu malam..” Chapter V”

  1. Terbaik..aku suka cara kau bercerita
    Layan AirSupply jugak noh..haha

    btw kau study ke kau menetap kat luar negara

    Reply
    • saya menetap diluar negara. dah lama dah abis study☺️

      sure glad you like my story. zaman tu air supply tgh top hehe

      thanks a lot?

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.