Kenapa Dengan Ayah?

Salam semua. Aku nak cerita pasal ayah aku yang sakit dulu. Tak tahulah samada ayah aku ni kena buatan orang ataupun daripada saka keturunan. Wallahualam.

Benda ni berlaku masa aku form 3 tahun 2007. Yalah, nak PMR masa tu. Tapi itulah tahun yang memang ujianlah bagi aku dengan family aku. Ayah aku ni kira orang kuat agama juga sebenarnya. Aku rasa mungkin Allah nak uji orang yang macam ayah aku ni. Aku ingat lagi masa tu hari jumaat. Ayah aku pergi solat jumaat, bila balik tu ayah sampai rumah lambat. Rupa-rupanya ibu cakap ada aku yang ayah accident terjatuh. Tapi tak ada apa pun berlaku. Cuma kaki ayah lebam dengan satu selipar hilang tercampak mana entah masa accident tu. Sejak hari itu, ayah macam dah tunjuk perangai dan sikap yang sangat-sangat pelik.

Lepas ayah accident tu, ayah dah mula cakap sorang-sorang. Ada satu malam tu aku tunggu ayah ambil balik dari tuisyen. Tapi ya Allah sampai aku jadi orang terakhirlah balik punya lambat ayah aku datang. Nak menangis aku. Bila aku call ibu dekat rumah (guna public phone) ibu kata ayah dah lama gerak ambil aku. Tapi kenapa ayah lambat sangat sampai? Kira-kira 10 minit lepas aku call ibu, ayah sampai. Dengan perasaan marah dan geram, ayah ambil aku terus balik. Tapi, masa aku on the way ke rumah, ayah macam tiba-tiba bawa kereta slow gila. Sambil bukak cermin tingkap menjerit-jerit ke luar. Padahal dekat kawasan rumah aku tu dahlah sunyi sebab jalan kampung. Lampu jalan pun tak ada. Kira gelaplah jalan tu. Masa tu aku dah bengang dah kenapa ayah ni menjerit-jerit dekat tempat gelap? Gila tak takut! Nak menangis juga aku masa tu. Lepas tu aku pun panggillah ayah, minta supaya cepat balik sebab ada banyak kerja rumah tak siap lagi.

Sampai je rumah, aku masuk dalam rumah terus bagitahu ibu aku apa yang ayah aku buat tadi. Ibu aku dah buat muka pelik sebab mesti ‘benda’ tu dah start kacau ayah. Tapi masa aku masuk dalam rumah tu ayah aku tak ikut sekali. Ayah masih dekat luar. Aku dengan ibu pun tunggu sampai ayah masuk. Adalah dalam 20 minit tunggu. Lepas tu, ayah aku masuk rumah, dia macam tersengih-sengih tengok ibu. Dah kenapa pula orang tua ni, dalam hati aku. Kemudian ayah cerita yang dia pergi dekat belakang rumah yang kawasan gelap tu, pergi tampar bini jin sambil tersengih. Ya tuhan. Nak tergelak aku masa tu. Biar betul ayah aku ni pergi tampar bini jin? Ibu tanyalah, kenapa ayah tampar bini jin tu? Ayah cakap bini jin tu kacau ayah nak hirup angin malam. Okay, ini kelakar sungguh. Boleh pula ayah aku ni bergaduh dengan jin.

Lepas malam ayah tampar bini jin tu ayah dah semakin teruk. Ayah jadi sangat pemarah. Suka cakap benda merepek. Dah tak kenal ibu, aku dan adik beradik yang lain. Tapi yang peliknya, ayah kenal lagi makcik aku (kakak ayah). Ayah selalulah pergi berborak dengan makcik aku tu. Pernah satu hari tu, ayah nak makan. Ibu belikan Maggi mee sebab ayah tak nak makan nasi. Jadi ayah pun masaklah Maggi mee tu. Tiba-tiba aku yang tengah study masa tu terhidu bau macam terbakar. Aku terus berlari pergi dapur, tengok dapur dah berasap. Tapi ayah ada dekat tempat memasak tu sambil tenung tajam kuali yang tengah terbakar. Tiba-tiba ayah gelak kuat-kuat. Aku pun jerit panggil ibu! Ibu berlari keluar dari bilik ambil kuali tu campak ke luar. Dan ayah masih tergelak dekat situ tengok ibu. Aku masa tu dah menggigil dah. Macam-macam fikir. Kalaulah aku tak keluar bilik tengok, mesti dah hangus terbakar rumah.

Abang-abang aku pun ada sekali tengok kejadian tu. Lepas je ibu campak kuali tu ke luar, ayah tetiba jadi marah melenting dekat ibu sebab ganggu kerja dia. Sampaikan ayah nak cekik ibu masa tu. Aku dengan abang pun halang ayah. Ayah sampai ambil kerusi nak campak dekat ibu. Abang pun halang dan bergelutlah dengan ayah. Lepas diorang bergelut tu, kepala ayah dah benjol sebab abang pergi baling kerusi tu dekat ayah. Ya Allah, dengan keadaan kepala benjol tu ayah boleh lagi tergelak-gelak. Menangis kitorang masa tu. Kalau korang nak tahu, ayah dah banyak pergi berubat dah tapi tak elok-elok jugak sakit dia tu. Sampaikan aku pernah berdoa minta ayah aku ni mati. Astaghfirullah. tapi itulah, masa tu kecil lagi. Tak boleh fikir panjang.

Kitorang hantar ayah berubat kat ustaz, tapi tak sembuh juga. Makcik aku desak ibu aku hantar ayah berubat dengan bomoh. Sebab dia kata berubat dengan ustaz pun tak elok. Ibu aku tak nak, sebab takut syirik. Menangis-nangis ibu masa tu. Ada satu hari tu, tiba-tiba ayah pakai jubah, serban, bawa baju masuk dalam beg nak lari rumah. Berlari aku dengan abang aku pergi kejar ayah. Lepas tu kami kunci pagar semua. Disebabkan masa tu aku dengan abang aku sekolah lagi, ayah tinggal dekat rumah. Kitorang akan kunci rumah tu, tutup tingkap dengan pintu, gas semua cabut, tak nak kejadian buruk berlaku lagi.

Pernah satu hari, aku tengah mandi. Tiba-tiba ayah aku nak masuk bilik mandi tu. Aku dah jerit kata ada orang dekat dalam. Tapi ayah macam nak masuk juga! Habis ditendangnya pintu bilik mandi tu sampai tercabut. Menjerit-jerit aku panggil ibu minta tolong. Ibu tarik ayah pergi keluar, kemudian suruh aku cepat-cepat masuk bilik. Korang bayangkanlah, ibu nak jaga aku adik beradik lagi, nak jaga ayah lagi. Kesian ibu. Dengan orang kampung mencemuh ayah aku lagi. Sampailah satu hari, ayah nak cuba lari lagi. Tapi ibu dengan abang sempat halang. Ayah jadi marah sampai dia ambil parang, nak parang kitorang. Ibu dah tak tahan, ibu call polis. Akhirnya polis datang tahan ayah aku. Masa ayah kena gari dengan polis tu, ayah sempat lagi gelak-gelak macam orang gila sambil pandang kitorang.

Tak silap aku, ayah ditempatkan dekat hospital gila. Masa ayah dalam tu, ada jugalah sekali aku ikut ibu pegi melawat ayah. Ayah macam tak kenal lagi anak-anak dia. Tapi ayah kenal lagi ibu. Hampir 2 minggu jugalah ayah ditempatkan dekat situ. Sampailah ayah dah elok, kemudian ayah dah boleh balik rumah. Lepas ayah dah balik tu, dia macam baru sedar lepas tengok keadaan rumah dah tunggang terbalik dia buat. Ayah cuba betulkan pintu yang dia tendang tu, dan akhirnya ayah dah sembuh. Family aku dah jadi okay balik. Cuma ayah dah jadi kurus kering sebab sakit. Alhamdulillah, walaupun dengan dugaan yang macam tu, aku masih dapat keputusan yang bagus dalam PMR tahun tu. Tapi, masih lagi jadi pertanyaan bagi aku, apa sebenarnya yang terjadi dekat ayah?

13 thoughts on “Kenapa Dengan Ayah?”

  1. Misteri xterungkai.crila btul2 tmpat berubat.kalo akak, akak xpuas hati.sampai dpt akak nk tau ap punca dia.xkshla moden ke alternatif.geram plak hakak dik.ending tgntung gini

    Reply
  2. byk kemungkinan la
    1. Tekanan perasaan
    2. Tuntut llmu yang dia tak mampu nk tanggung (yg ni sy bleh ckp sbb penah jumpa org cam ni ..dia terlalu taksub blaja agama)
    3. Gangguan jin (samada buatan org atau jin sesat)
    pe pn smoga ayah adik cpt sembuh. Jgn berhenti berusaha untuk cari penawar (elakkan guna bomoh yer)

    Reply
  3. Agaknya masa accident tu otak beliau ada mengalami goncangan..tiba2 skizo..laki aku pun sbb accident dia jadi ogoraphobe..huhu

    Reply
  4. Baguslah tak hantar ke bomoh. Ni masalah perubatan, bukan mistik. Sebab tu tak sembuh lepas juga ustaz. Patutnya bila dah jadi pelik lepas eksiden bawak jumpa doktor scan kepala guna CT scan. kot ada trauma eksiden kat otak.

    Reply

Leave a Comment